Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,906
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 15

Telefon bimbit Samsung Galaxy S III dicapai. Nombor telefon Haffiy dicari. Mujur dia ada terjumpa majalah KMM di bilik Jay. Stalking punya stalking, akhirnya, jumpa juga nombor telefon bimbit klon Jaejoong itu.

“Harap-harap dapatlah call budak ni,” omel Puan Julia sendirian di ruang tamu banglo dua tingkat miliknya bersama Johari.

Tuutt...tutt..tutt...tutt...

“Helo.” Kedengaran suara seorang remaja lelaki di hujung talian. Macam suara Haffiy je.

“Helo, anak ni Haffiy ke?” soal Puan Julia.

“Ya. Ini siapa?” tanya Haffiy kembali.

Yes! Betul juga nombor telefon dalam majalah tu!” Alamak, tercakap kuat pulak! Malulah pulak dengan Haffiy. Ah, lantaklah! Rancangan harus diteruskan.

Haffiy sendiri mahu tergelak kecil dengan sikap mak cik yang dia sendiri tidak kenal. Siapalah mak cik ni? Macam mana dia dapat nombor aku? Eh, tadi dia cakap jumpa kat dalam majalah. Majalah mana ek? Aku rasa nombor telefon aku ni tak adalah kantoi sampai masuk dalam majalah Galaxie, tapi kalau betul bestjugak. Boleh aku kenal ramai awek. Hehehe...

Ke situ pulak dia.

“Maaflah kalau mak cik ni mengganggu kamu, Haffiy. Mak cik ni Puan Julia. Ingat tak?” ujar Puan Julia lembut memperkenalkan dirinya.

Puan Julia?

“Em...oh, Puan Julia emak kepada Jannah, kan?” teka Haffiy.

Correct!

“Kenapa, Puan Julia? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”

“Macam ni. Kamu tahukan yang Jef masuk hospital kelmarin? Doktor dah bagi dia kebenaran keluar wad tapi kena tinggal di rumah untuk beberapa hari lagi. Sementara nak tunggu dia masuk sekolah balik, boleh tak kamu tolong mengajar?”

“Mengajar? Saya nak mengajar siapa?”

“Ajar Jeflah. Takkan nak ajar mak cik pulak?”

“Em...bila ya, mak cik?”

“Hujung minggu boleh tak? Bila-bila masa yang agak-agak kamu free dan tak ada aktiviti di kolej, kamu datanglah rumah ya. Jef tu dah lama tak datang sekolah. Risau pulak mak cik ni sebab tahun depan dia dah nak SPM. Tahun ni je dia dah banyak tinggal kelas. Takut nanti susah pula nak catch up semua benda.”

“Puan nak saya ajar subjek apa?”

“Kamu pelajar jurusan fizikal kan? Kamu ajar Jef subjek fiziklah kalau macam tu,” balas Puan Julia. “Pasal bayaran kamu tak perlu risau. Mak cik akan bayar ikut yang kamu nak. Makanan pun nanti mak cik sediakan, free of charge.”

Wow, fantastic baby! I wanna dance, dance, dance, dance!

Dapat makan free ni. Jimat sikit duit aku. Kalau aku minta bayar RM50 seminggu memang lebih dari cukup. Campur duit poket mama dan papa bagi, fuh, berkepuk sikit duit kat dalam poket ni! Itu belum lagi elaun dalam bank. Peh, makin tebal duit aku!

Ish...ish...ish! Haffiy...Haffiy...Orang minta mengajar dengan ikhlas. Bukan sebab duit. Mata duitan betul!

“Boleh tak, Haffiy?”

Nafas ditarik. Kata putus diambil.

“Okey.”

***

Beg dikemas. Pencuci muka dan segala alat solek dimasukkan ke dalam beg. Beg kemudiannya dizip rapat. Tidak mahu ada yang bocor dan tercicir nanti.

Jay melihat semula apa-apa yang patut dibawa pulang. Tidak mahu nanti ada barang-barang yang penting tertinggal. Baju kotor semuanya dia sudah basuh dan sidai. Mujur tidak ramai yang menggunakan mesin basuh hari itu. Senang sedikit kerja nak membasuh. Tidak perlu berebut.

‘Dompet, kad pengenalan dan kad matrik dah ada. Jom, balik kampung!’

Ya, minggu itu dia mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang di rumah. Lagipun, Jef sudah dibenarkan untuk pulang. Jadi dia tidak perlu lagi ke hospital.

Tak pergi hospital, tak payah lagi jumpa Haffiy. Tak payah jumpa Haffiy, tak payah nak berebut masuk tandas. In conclusion, no hospital, no Haffiy. Yippie!

Pandaikan Jay membuat teori?

Jay menuju ke pintu pagar kolej untuk menunggu teksi.

“Manalah teksi ni? Selalunya, berebut orang nak minta perkhidmatan kau. Hari ni, aku memerlukan khidmat kau, tapi kau tak ada pulak?” Jay mengomel sendirian.

“Tak apalah. Tunggu je. Sabar, Jay. Adik kau tu selamat ada kat rumah. No worries!” Sambil memegang beg, Jay menunggu ketibaan teksi dengan setianya. Walaupun ada motor Batman berkuasa tinggi yang menjemputnya untuk menghantar ke stesen bas sekalipun dia tidak mahu. Dia hanya mahu teksi. Teksi! Teksi!

Mr. Taxi, Taxi, Taxi soutou jeukshi jeukshi jeukshi

(Mr. Taxi Taxi Taxi I’m going quickly quickly quickly)’

Eh, tiba-tiba pula lagu Mr. Taxi – SNSD berkumandang di telinganya. Mentang-mentanglah tengah tunggu teksi. Lagu Mr. Taxi pula yang jadi pilihan.

Ha, itu pun teksi dah datang! Hehehe...Memang lagu Mr. Taxi ni memberi impak yang positif, pantas dan efisyen!

Jay terus menuju ke arah teksi dan masuk ke dalam.

“Pergi bus stand ya, pak cik,” ujar Jay lembut.

Pak cik pemandu teksi di hadapan mengangguk lalu clutch ditekan untuk masuk gear satu. Baru sahaja dia tekan minyak, tiba-tiba dia terpaksa berhenti.

“Pak cik! Pak cik tunggu kejap!” Seorang pelajar lelaki berhenti di tepi teksi itu. Termengah-mengah betul nampaknya. Entah berapa kilometer sejam agaknya dia berlari dari asrama lelaki.

Pelajar lelaki itu mengetuk tingkap mahu pemandu teksi itu membuka tingkap. “Pak cik, hantar saya pergi bus stand.”

“Masuklah,” balas pemandu teksi itu ramah.

Pintu belakang teksi di buka lalu dia terburu-buru masuk ke dalam. Fuh, nasib baik dapat kejar teksi! Tak sia-sia aku berlari 20km/jam. Peluh dilap menggunakan kain.

“Hei, kau rupanya?” Tiba-tiba Jay bersuara. Macam terkejut.

Memang terkejut pun! Budak lelaki yang termengah-mengah selepas kejar teksi tadi ialah Haffiy!

Aduh, kenapalah aku kena lagi berhadapan dengan mamat ni? Bosan aku asyik menghadap muka kau je.

“Jannah?” Haffiy juga terkejut. “Eh, saya ingat tak ada orang dalam teksi ni tadi. Rupanya ada juga minah kelas kedua ni kat sini.”

Haffiy dipandang geram. Entah apalah maksudnya dengan minah kelas kedua. Yang penting, gerak hatinya mengatakan yang tidak baik pasal perkataan itu. “Call me ‘minah kelas kedua’ one more time...

“Minah...kelas...kedua!”

Dush!

“Padan muka kena penumbuk aku!”

Jay girang. Haffiy mengerang.

Haffiy memegang mukanya sebelah kanan. Sakit. Peh, tak pernah-pernah perempuan bagi penumbuk kat aku, perempuan ni jugalah yang telah mencemar duli muka suci aku ni.

“Eh, cik berdua! Janganlah bergaduh dalam ni. Nanti saya hantar pergi masjid kang,” sampuk pak cik pemandu teksi.

“Ha? Nak buat apa pergi masjid?” ujar Jay dan Haffiy serentak.

“Nikah,” jawab pak cik itu selamba.

Terbatuk-batuk terus kedua-dua remaja di tempat duduk belakang. Amboi, pak cik ni! Bukannya pendamai tetapi makin menyakat.

“Hahaha...Pak cik main-main jelah. Kamu berdua ni janganlah bergaduh. Tak baik tau. Cik adik ni pun janganlah kasar sangat. Nanti tak kahwin baru tahu.”

Jay mencebik. Huh, siapa nak kahwin?

“Dengar tu, cik Jannah! Lembutlah sikit dengan bakal suami awak ni,” Haffiy mencelah.

Dush!

Satu lagi tumbukan tepat ke muka Haffiy sebelah kiri pula.

“Hahaha!” Ketawa jahat.

***

“Ke tepilah!” Jay menolak Haffiy yang turut ingin menaiki bas yang sama. Hei, dari tadi asyik bergaduh je budak dua orang ni. “Yang kau ni nak naik bas ni kenapa? Bukan ke kau nak pergi Hospital Melaka?”

“Cik adik Jannah, kalau nak pergi Hospital Melaka baik saya naik teksi je terus dari kolej tadi. Tak payah saya bayar duit lebih nak pergi bus stand.”

Aah ek. Betul juga apa yang Haffiy cakap tu. “Habis tu, kau nak pergi mana?” soal Jay.

Is that concern I hear?” soal Haffiy kembali.

Jay terdiam. “Concern? Only in your head, Mr. Ryan.

Padahal, Jay tidak tahu nak balas apa. Nampak sangat Jay cuba mendekati Haffiy. Oh, itu sama sekali tidak! Mamat tak ada kelas ni, buat apa nak kenal sangat? Tengok muka pun dah menyampah tahap gigabait.

Naik sahaja bas, semua tempat sudah penuh kecuali dua tempat duduk.

Jay dan Haffiy saling berpandangan.

‘Nampaknya kita berdua kena duduk sebelah-sebelah,’ desis hati Haffiy.

‘Aduh, tak nak aku! Boleh tak kau pergi tempat lain? Naik bas lain pun bagus jugak,’ desis hati Jay pula.

Mereka berdua ni bercakap dalam hati ke?

‘Ala, takkan saya nak kena berdiri pulak? Penat tau. Tadi dahlah kena penumbuk awak.’

‘Padan muka. Siapa suruh tak jaga mulut. Kan dah kena.’

‘Ah, saya tak kira! Saya nak duduk jugak!’

Alahai, sudahlah tu bergaduh. Tadi bergaduh secara fizikal, sekarang bergaduh dalam hati pulak?

Jay mengambil tempat duduk di tepi tingkap manakala Haffiy duduk di sebelahnya. Jay segan sendiri. Jarang dia duduk sebelah lelaki serapat itu. Tidak ada apa yang boleh dia kata melainkan senyap. Cari gaduh nanti satu bas kecoh. Malaslah.

“Kenapa senyap? Tadi bukan main bising.” Haffiy mula membikin dialog. Matanya memandang Jay yang berada rapat di sebelahnya.

‘Manisnya wajah Jannah ni. Bertudung pulak tu. Nampak sopan je walaupun aku tengok muka dia dari tepi.’ Hati Haffiy berdetik. ‘Cun!’

Janganlah senyap je, cik Jannah oi! Bersuaralah.

Kadang-kala, dia berasa bersyukur dengan kejadian yang berlaku di kafe dulu. Boleh nampak ‘kegarangan’ Jay. Comel je tengok dia membebel walaupun kadang-kadang bingit jugalah telinga. Dia memang tidak kisah dipijak, ditumbuk atau diterajang oleh gadis itu. Semakin geli hatinya melihat telatah Jay.

Kenapalah perempuan ni diam je dari tadi? Malu ke nak cakap dengan aku?

Haffiy meneliti lagi si gadis di sebelahnya. La...tidur rupanya. Padanlah senyap je.

Bas masih lagi bergerak. Jam baru menunjukkan 3.00 petang. Alahai, bosanlah pula. Si Jannah ni tidur. Kalau tak, boleh aku mengusik. Nak ajak berborak, penumpang yang lain semuanya aku tak kenal. Kalau ada budak KMM, bolehlah buat kawan tapi sorang pun tak ada.

Haffiy membuka beg galas tepinya. Mencari-cari sesuatu kalau ada apa-apa yang boleh dijadikan bahan hiburan.

“iPod Touch! Lupa pulak aku ada kau. Kau ni memang kawan terbaik. Kaulah kawan aku masa aku kebosanan je.”

Tak guna betul dapat kawan macam Haffiy ni. Ingat masa susah je. Huhuhu...

Skrin iPod disentuh. Jari mencari-cari lagu yang boleh dibuat halwa telinga. Lagu Call Me Maybe – Carly Rae Jepsen ni best jugak.

‘I threw a wish in the well,

Don’t ask me, I’ll never tell,

I looked to you as it fell,

And now you’re in my way.’

Haffiy memandang Jay yang sedang lena tidur. Lama. Renjatan elektrik terasa. Jantung berdegup laju tiba-tiba. Aku tachycardia ke?

‘I’d trade my soul for a wish,

Pennies and dimes for a kiss,

I wasn’t looking for this,

But now you’re in my way.’

‘Kenapa awak tiba-tiba muncul dalam hidup saya, Jannah? Kenapa tiba-tiba saya rasa lain bila saya jumpa awak?’ desis hati Haffiy. Wajah Jay dipandang lagi.

Yes, you’re in my way,Jannah.

‘Hey, I just met you,

And this is crazy,

But here’s my number,

So call me maybe.’

Selama perkenalannya dengan Jay, Haffiy berasa sangat gembira. Jay lain. Jay sangat mementingkan persahabatan. Perempuan-perempuan lain mahu berkawan dengannya hanya kerana wang dan rupa semata-mata.

Setelah kejadian di kafe itu, dia tahu Jay membenci dirinya. Mungkin dia fikir Haffiy hanya berkawan atas dasar rupa dan wang ringgit. Biarlah gadis itu menjeling. Melihat cara pandangan Jay terhadapnya, dia tahu perempuan itu menyampah dengan sikapnya kelmarin. Namun, dia berbuat sedemikian ada sebabnya. Bukannya dia suka-suka.

Maya.

Itulah sebabnya.

Maya merupakan teman wanitanya sejak di bangku sekolah lagi. Takdir tertulis bahawa dia dan Maya masih dipertemukan bersama di Kolej Matrikulasi Melaka.

Semasa Jay mahu berjumpa dengan Haffiy di kafe dulu, Maya betul-betul berada di belakang Jay. Mahu tak mahu, dia terpaksa buat-buat tidak kenal.

Dia kenal Maya. Maya jenis yang cemburu buta. Sekali berbual dengan perempuan lain, 50 kali call baru nak jawab telefon. Susah hendak dipujuk. Kadang-kala, dia jelik dengan sikap Maya.

Namun, dia sayang gadis itu. Mayalah yang membuat dirinya bangkit semula setelah kehilangan kakaknya. Dia rapat dengan arwah kakak. Apabila diingat semula, dia rasa macam nak mati saat-saat dia tahu kakaknya sudah meninggal dunia akibat kanser otak. Mana boleh dia lupa sedangkan perempuan itulah yang selalu menemaninya bermain. Dialah yang selalu ajar Haffiy apa-apa subjek yang dia tidak faham. Dialah yang selalu menyakat Haffiy siang dan malam.

Kemunculan Maya bagaikan menariknya daripada terus lemas di dasar kesedihan. Maya, gadis lincah yang suka kepada cabaran. Kelincahannya itulah juga yang kadang-kala menjengkelkan Haffiy. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Cemburu. Itulah kelemahan Maya.

Jannah.

Gadis yang sedikit sebanyak menambat hati lelakinya. Apa yang kau dah buat pada aku, Jannah? Makin aku dekat dengan kau, makin terasa debaran hati ini.

Bahu kirinya tiba-tiba terasa sesuatu. Lembut sahaja. Pandangan beralih untuk melihat apa.

Oh, kepala. Ha? Kepala Jannah?

Jannah yang lena tidur, terlentok di bahu Haffiy. Mahu dikejutkan tetapi kasihan. Penat tumbuk aku agaknya tadi.

Haffiy memandang wajah itu.

Tiada perkataan...melainkan terukirnya senyuman.

***

“Kenapa kau ikut aku ni, Haffiy?” Risau pula tiba-tiba Jay. Sejak di kolej tadi lelaki itu asyik mengikutnya. Naik teksi yang sama. Naik bas yang sama. Duduk dalam bas pun sama-sama. Sekarang, Jay mahu melangkah ke rumah pun dia ikut sama.

“Kau ni ada niat jahat kat aku ke?” Jay semakin risau. Mungkin Haffiy mahu membalas dendam sebab dapat tumbukan percuma daripadanya tadi.

Haffiy tersenyum. Ada-ada ajelah si Jannah ni. Aku muka baik macam ni dia kata aku ada niat jahat.

“Eh, Haffiy. Kalau kau sakit hati sebab aku tumbuk kau tadi maaflah. Janganlah pasang niat tak baik kat aku.”

Langkah Haffiy terhenti. Jay juga sama.

“Saya tak ada pasang niat neither positive nor negative apa-apa kat awak tapi saya ada satu hajat. Hajat ni baik punya!”

Dahi Jay berkerut. Niat dengan hajat tak sama ke? “Apa dia?”

“Tolong saya tunjukkan jalan nak pergi rumah awak.”

What?

“Saya nak pergi rumah awak.”

“Tak ada hajat lain ke selain tu?”

“Awak ingat awak ni jin dalam cerita Aladin tu ke nak minta hajat banyak-banyak? Hajat pertama saya pun belum buat lagi, nak minta hajat lain pulak.”

“Kau ni nak buat apa datang rumah aku?”

“Nak minta izin mak dan ayah awak. Saya nak kahwin dengan awak.”

Hohoho...talk to the hand, brother! Aku sanggup tak balik rumah kalau macam tu,” balas Jay sambil menunjukkan tangannya ke muka lelaki itu.

“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”

Miang betul mamat ni! Aku terajang nanti baru tahu.

“Gelilah kau ni! Tak ada topik lain ke yang kau nak ungkit. Balik-balik isu kahwin je yang kau nak timbulkan.”

“Hehehe...malu-malu kucing konon. Helo, Jannah, muka kucing kat rumah saya tu lebih comel daripada muka minah kelas kedua macam awak ni tau. Tak ada hatilah saya nak kahwin dengan awak.”

“Dah tu buat apa menyibuk datang rumah orang? Pergilah balik rumah kau sendiri. Cuci mata tengok kucing kau tu. Habis cerita.”

“Cemburu ke?”

Urgh! Tak ada kerja aku nak jealous.”

“Hehehe...comellah awak bila cemburu. Saya suka.”

Mamat ni memang patut masuk hospital sakit jiwa. Tadi cakap kucing kat rumah dia comel. Ini lain pulak yang dia cakap. Agak-agak subjek Bahasa Melayu dia dulu masa SPM gagal kot. Pointtunggang terbalik.

“Jannah, cepatlah tunjuk jalan mana nak ke rumah awak.”

Jannah diam. Berdiri sahaja di situ. Malas mahu menurut kata Haffiy. Tak ingin aku nak bawa kau balik rumah. Kalau kau boyfriend aku tak apalah jugak.

“Kot ye pun tak nak balik rumah, takkan awak nak tidur kat tepi kubur ni?”

“Ha? Kubur?”

Lantas matanya beralih ke seberang jalan. Aahlah. Ada kubur.

“Awak tahu, malam-malam nanti kan, ada...”

Jay sudah melompat ke arah Haffiy. “Mak takut! Ada hantu!” Badan Haffiy dipeluk kuat-kuat. Mata dipejam rapat-rapat. Rasa macam betul je ada hantu nak kacau Jay.

“Hahaha...Cik adik Jannah ni berat juga ek?”

Jay tersedar. Mata dibuka laju. Kenapa aku rasa macam aku tengah panjat sesuatu ni? Oh, my god! Aku tengah peluk Haffiy rupanya!

Cepat-cepat dia turun. Aduh, malunya aku! Janganlah muka aku ni blushing.

“Comellah awak kalau blushing,” ujar Haffiy tersengih-sengih. “Macam awek Jepun tau.”

Ada tak makeup remover yang boleh lap segala blushing yang ada kat pipi aku ni? Kalau tak ada, lepas ni, aku nak suruh Silky Girl buatkan makeup remover macam tu lah. Aku nak beli banyak-banyak.

Haffiy mengekek ketawa geli hati. Comel je Jannah ni. Macam Pooh pun ada.

“Jannah, siang-siang macam ni mana ada hantu. Apalah...”

Jay lantas mengangkat begnya yang terjatuh lalu terus berlari. Malu terlebih senduk! Rasa nak lari 200km/jam je. Biar Haffiy tak dapat kejar.

“Jannah, tunggulah! Kita jalan, eh, lari sama-sama!”

Sampai sahaja di rumah, Jay terus meluru masuk. Tangan emaknya langsung tidak disalam. Apa yang dia tahu, dia mahu selubung dalam selimut. Tak nak keluar bilik!

Haffiy ni pun satu. Apa hal dia beria sangat nak datang rumah? Betul ke dia nak minta izin nak kahwin dengan aku? Ish, gila! Tak ada hati aku nak kahwin dengan kau, Haffiy.

“Nurul, turunlah bawah dulu! Hoi, salam mak ni!” Kedengaran Puan Julia sudah menjerit dari tingkat bawah.

“Aduh, kalau kena turun bawah confirm kena tengok muka Haffiy tu. Ala, malasnya. Boleh tak kalau aku cakap aku tak ada kat rumah?” omel Jay di dalam bilik.

“Nurul...”

Jay mengeluh. Terpaksa juga kakinya melangkah. Tak sopan juga sebab tak salam emaknya tadi. Ini semua Haffiy punya pasal. Kalau tak mesti aku dah senang-lenang duduk dalam bilik ni. Huh!

Sampainya Jay di ruang tamu, dia terus menyalam Johari dan Puan Julia. Kakinya terasa mahu diangkat bla terus je tetapi Puan Julia menghalang.

“Nurul duduklah kat sini dulu teman Haffiy. Biar mak dan abah pergi buat air kat dapur.” Puan Julia dan Johari terus berangkat.

Mak dan abah ni macam ada plan sesuatu je. Kalau setakat nak buat air, sorang je cukuplah. Lagipun, aku bukannya tetamu kat rumah ni pun. Buat apa aku pulak yang kena duduk sini?

Haffiy masih lagi dengan senyuman miang. Kelakar pula melihat reaksi Jay yang tidak tahu apa-apa.

“Ehem...”

Jay memandang Haffiy. “Haffiy, kau tahu tak kenapa dengan mak dengan ayah aku macam tu?”

Haffiy tergelak lagi.

“Yang kau ni tersengih-sengih lepas tu tergelak macam orang gila ni kenapa? Aku suruh kau jawab soalan. Bukan ketawa.”

“Sebenarnya, Puan Julia yang suruh saya datang sini.”

Terbeliak mata Jay pada saat itu juga!

Mak dan abah dah approve ke aku kena kahwin dengan Haffiy? Oh, no! Rasa ada batu belah batu bertangkup menghempap badannya!

“Jangan risaulah. Mereka bukannya nak suruh saya kahwin dengan awak pun,” jelas Haffiy.

Macam tahu-tahu je apa yang aku cakap dalam hati Haffiy ni.

“Saya tahu. Mesti awak asyik terfikir yang saya ni betul-betul nak minta izin dengan parents awak sebab nak petik bunga mereka.”

Amboi, puitis betul ayat!

“Habis tu, buat apa kau datang rumah aku?”

“Macam yang saya cakap tadi, Puan Julia yang suruh. Dia suruh saya ajar adik awak fizik. Itu je,” terang Haffiy ringkas.

“Eleh, setakat fizik. Macamlah aku tak boleh ajar. Apalah mak ni. Anak sendiri ada. Minta anak orang lain pulak yang ajar.” Jay mengomel menunjukkan tanda protes.

“Awak ingat lagi ke subjek fizik yang belajar masa kat sekolah dulu?”

“Eh, of course!

“Agak-agak awak kan, apa formula nak kira wavelength?

Er? Apa benda tu?

“Eleh, tadi kata ingat. Saya ni budak jurusan fizikal. At least saya bolehlah tolong adik awak sikit-sikit dalam pelajarannya sebelum exam. Lagipun, adik awak tu dah lama tak datang kelas. Mesti dia dah banyak tinggal topik-topik penting.”

“Okey...okey! I get it!

Jay menghela nafas panjang. Alahai, apalah nasib badan. Aku ingat tak payah lagi tengok muka mamat ni. Rupa-rupanya, makin kena tengok adalah!

***

“Puan Julia, Dato’ Johari, dah malam ni. Saya rasa saya nak minta diri dululah,” kata Haffiy.

Jam di tangan menunjukkan pukul 10.00 malam. Cukup dulu buat malam ini dia mengajar Jef. Kalau mengajar lama-lama, mengantuk pula si Jef tu. Budak itu perlukan rehat juga. Haffiy sendiri sudah letih. Dari petang tadi dia tidak berehat. Selepas solat Maghrib di rumah Jay, dia terus mengadakan sesi kelas tambahan buat Jef.

Yes, nak balik jugak mamat ni!’ desis hati Jay. ‘Cepat-cepatlah eh balik, Mr. Ryan. Jenuh dah aku ni pakai tudung dalam rumah.’

Puan Julia yang sedang sibuk menonton televisyen bersama Jay menoleh. “Eh, dah pukul 10 malam ni. Nak balik naik apa?”

“Bas tak ada ke?” tanya Haffiy. Bahan mengajar yang berada di atas meja di kemas bersama-sama Jef. Kertas dan bekas pensil dimasukkan ke dalam beg.

“Jangan haraplah kamu nak dapat bas malam-malam buta ni. Bus stand pun jauh,” celah Johari yang sedang sibuk melayari internet menggunakan iPad.

‘Alamak, bus stand jauh ke? Ingatkan bolehlah aku balik tidur kat rumah atuk aku,’ desis hati Haffiy pula.

Oh, my god! Don’t tell me yang Haffiy kena tidur kat sini?’ desis hati Jay pada masa yang sama.

Mata Haffiy dan Jay saling berpandangan. Bagaikan ada satu kuasa elektrik di situ. Zzzzzzzz!

“Haffiy, rumah atuk kamu di Masjid Tanah, kan? Jauh tu. Kalau nak drive pun lambat sampai,” celah Puan Julia.

‘Aduh, mak ni selalu nak menangkan si Haffiy ni! Biarlah dia balik rumah atuk dia.’

“Apa kata kamu tidur je rumah mak cik dulu?” cadang wanita itu.

Oh, no!” cakap Jay dan Haffiy serentak.

‘Kalau aku tidur sini, mahu nanti kena terajang dengan Maya kalau dia dapat tahu.’

“Mak, biar jelah dia balik rumah atuk dia. Pinjamkan je kereta abah. Suruh dia drive sendiri,” Jay menyampuk.

“Kereta abah dah habis minyak,” ujar Johari kemudian.

“Habis tu, macam mana abah nak pergi kerja esok?”

“Ala apa susah? Panggil jelah driver syarikat abah. Dia kan ada. Pinjam kereta dia pun boleh.”

Jay mengeluh. “Ha, bagilah Haffiy ni pinjam motor abah.”

Sedaya upaya dia mahu mengusir Haffiy keluar dari rumah itu. Memang tidak aman dia nak tidur malam ni kalau mamat tu ada.

“Motor? Abah ada motor ke, ma?” Johari memandang isterinya yang duduk di sebelah.

“Motor kapuk kat belakang rumah tu adalah. Itu pun motor dah semput.”

“Kalau kena naik motor, saya tak boleh kot. Lesen motor dah mati,” Haffiy mencelah.

Jay memandang tajam ke arah Haffiy. Rasanya boleh tercabut mata kalau pandang lama-lama. Ketajaman pandangan gadis itu bagaikan tajamnya sebilah pedang. Kalau kamu tidak memotongnya, maka dia yang akan memotong kamu. Eh, itu peribahasa Arab. Apa kait?

“Kalau macam tu, kamu tidur kat sini jelah, Haffiy.” Kata putus sudah diambil oleh emaknya. Kalau itu yang dikata, itu jugalah yang mesti dibuat.

Habislah aku! Mamat ni tidur sini malam ni!

“Saya tak menyusahkan Puan Julia ke ni?” soal Haffiy sopan.

“Ala tumpang tidur je pun. Lagipun, esok kamu kena mengajar lagi. Kan susah nak ulang-alik dari rumah ni ke Masjid Tanah.”

“Betul kata mak Nurul ni. Kamu gunalah bilik tamu kat tingkat atas tu. Nurul, pergilah tunjuk Haffiy kat mana bilik tu,” ujar Johari pula.

‘Ah, sudah! Masalah!’

‘Tak apalah kot kalau nak tidur rumah Jannah ni. Bukan selalu. Lantaklah pasal Maya. Dia takkan tahu kalau tak ada sesiapa yang buka mulut.’

“Nurul, apa lagi tercongok kat situ? Pergilah ajak Haffiy ni naik atas,” gesa Puan Julia.

Dengan lemah longlai, Nurul bangun daripada duduknya dan mengajak Haffiy naik ke tingkat atas.

“Mewah juga keluarga awak ek, Jannah. Besar gila banglo ni,” kata Haffiy memulakan perbualan.

Jay diam. Malas mahu melayan. Sakit betul hatinya. Memang dia tidak boleh tidur agaknya malam ini. Sudahlah bilik tidurnya betul-betul sebelah dengan bilik tamu itu.

“Awak tak suka ke saya tidur kat sini?”

“Ya, Haffiy. Aku tak suka sampai aku rasa aku nak keluar dari rumah ni je,” jawab Jay.

“Eh, janganlah lari rumah. Nanti siapa yang nak jadi tour guide saya ronda-ronda banglo awak ni?”

First of all, ni bukan banglo aku. Ni banglo parents aku. Secondly, kau ada kaki, ada tangan, why don’t you be a tour guide yourself? Okay?

“Cik adik Jannah, first of all, saya memang ada kaki, ada tangan, ada hidung, ada mata, ada mulut, telinga, jari...bla...bla...bla...”

Loyar buruk pulak mamat ni.

Secondly, ni bukan banglo saya. Ni banglo parentsawak. Kalau saya ronda sorang-sorang, lepas tu, saya sesat macam mana? Tak pasal-pasal awak rindu kat saya pulak nanti.”
“Huh! Tak ada kerja nak rindu kau.”

Haffiy senyum kecil. Cute je tengok Jannah ni. Ah, Haffiy! Tolong ingat kau tu dah ada girlfriend.

Mereka sudah sampai di bilik tamu. Jay membuka pintu dan menjemput Haffiy masuk ke dalam.

“Ini bilik tamu. Kalau ada apa-apa, aku ada kat sebelah,” ucap Jannah. Tidak marah mahupun gembira.

“Bilik awak kat sebelah ni je ke?”

“Tak adalah. Bilik aku kat lubang hidung.”

“Ha? Kat lubang hidung? Meh sini saya tengok.”

“Ish, janganlah. Apa ni nak tengok lubang hidung anak dara orang? Aku saman jugak nanti. RM50 hari tu pun tak bayar lagi.”

“RM50? Oh, kes kat hospital dulu ya. Saya rasa awaklah yang kena bayar kat saya RM50 tu.”

“Ha? Apa hal pulak?”

“Petang tadi kan awak dah puas peluk saya.”

Jay tercengang. Alamak! Malu kembali bertamu apabila teringat peristiwa itu.

“Saya pegang bahu awak je RM50. Tambah tolak darab bahagi, awak peluk saya, awak kena bayar RM100 pada saya. So, awak bagi saya RM50 jelah. Okey?”

Haffiy ni kan!

Make sure I get that RM50 by tomorrow morning,” kata Haffiy sambil tersenyum sinis.

Jay menjegil matanya ke arah Haffiy. Geramnya!

“Cik adik Jannah tak puas hati ke? Nak saya up kan tak? Atau awak nak free je? Kira halallah saya bagi awak peluk saya tadi.”

“Kau ni...” Jari telunjuk Jay dihalakan ke muka Haffiy. Rasa mahu ditenyeh-tenyeh je muka lelaki itu.

“Ha, kalau macam tu esok bagi saya RM50 eh? Berkepuk lagilah duit aku macam ni.”

“Sewellah kau.”

“Kenapa? Kalau awak nak free, apa kata malam ni awak dan saya...ehem...”

Jay sudah fikir bukan-bukan. Terus dia menutup dadanya dengan kedua-dua tangan. Sah mamat ni gila! Kau jangan harap dapat masuk bilik aku. Aku kunci pintu guna mangga besar malam ni.

“Hahaha...apalah awak ni. Takkan saya nak buat benda bukan-bukan kat awak. Saya ni tastetinggi tau. Badan nak kena solid. Muka nak kena lawa.”

“Dahlah, Haffiy. Aku malas nak layan kau.”

“Hehehe...sorry, Jannah. Saja je bergurau dengan awak malam-malam ni.”

Jay mencebik. Ingat aku sukalah dengan gurauan kau tu?

Haffiy meletakkan begnya di atas katil. Duduk di tepi katil, dia berkata kepada Jay yang duduk di muka pintu, “Pasal RM50 tu awak tak payahlah risau.”

Dia kembali bangun dan bergerak ke arah Jay. Dekat. Sungguh, Jay dapat merasakan kehangatan tubuh Haffiy. Terasa berdebar-debar pula jantungnya tiba-tiba.

“Kalau awak terfikir pasal saya malam ni, even just a tiny thing, saya bagi awak free.” Senyuman yang cukup manis dihulurkan khas buat Jay.

Jay terpana.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina