Mr.
R: Hey, there!
Anna: Assalamualaikum!
Mr.
R: Hehehe...
Anna: Apa
hehe?
Mr.
R: Huhuhu...
Anna: Jawablah
salam.
Mr.
R: Waalaikumsalam.
Anna: Good boy.
Mr.
R: Awak
apa khabar?
Anna: Alhamdulillah.
Sihat je. Awak?
Mr.
R: Sihat
jugak. Lama jugak ek kita tak contact.
Anna: Nak
buat macam mana. Semua orang busy. Final exam kan dah nak dekat.
Mr.
R: So, sekarang ni apa perkembangan awak?
Anna:
Perkembangan yang macam mana?
Mr.
R: Dari segi study.
Anna: Entahlah. 50-50 kot.
Mr.
R: Aik, mana boleh
50-50. Kata examdah dekat. Mana
boleh separuh-separuh.
Anna:
Entahlah. =(
Mr.
R: Kenapa, awak?
Awak ada masalah ke?
Anna:
Entah.
Mr.
R: Awak stress
belajar?
Anna: I don’t think studying is my problem right now. I’m doing fine in my
revision.
Mr.
R: So, what happened?
Anna: =(
Mr.
R: Ni mesti boyfriend happen kan?
Anna: Ish, awak ni! Berapa kali saya nak
cakap saya tak ada boyfriend?
Mr.
R: Dua kali. Haha.
Ala janganlah marah. Habis tu, kenapa awak macam sedih
je ni? Ceritalah kat
saya.
Anna: Em...adik dan ayah saya sakit. Accident, tapi doktor cakap mereka dah
stabil.
Cuma kena tinggal kat
wad beberapa harilah.
Mr.
R: Dah tu apa yang awak nak
risau?
Anna: Saya akan risau selagi mereka tu
ada kat hospital.
Mr.
R: Ala tak ada bendalah. Kan
doktor dah cakap mereka okey. Doa je
banyak-banyak. Everything’s going to be fine.
Anna: Entahlah.
Mr.
R: Awak ni! Kenalah fokus!
Kalau awak nak tengok mereka gembira, awak kena
buat mereka gembira.
Pergi belajar sana! Dapatkan 4.0 flat
untuk semester dua
ni.
Anna: Eleh, kata orang. Dia tu pergi
ajak orang chatting buat apa?
Mr.
R: Er...saya mengisi masa
lapang setelah berhempas pulas memerah otak
menjawab soalan fizik
tadi. Hehehe... =P
Anna: Gila skema ayat.
Mr.
R: Hahaha...so are you feeling better now?
Anna: A little bit.
Mr.
R: Jangan fikir sangat okey.
Anna: Tengoklah macam mana.
Mr.
R: Tengok tu!
Anna: Hehehe...
Mr.
R: Apa hehehe?
Anna: Huhuhu...
Mr.
R: >,<
Anna: Haha...dah kalah!
Mr.
R: Fine, dah malam ni. Lelaki tidur lambat tak apa. Perempuan tidur
lambat sikit
nanti ada dark circle.
Anna: Mana ada. Lelaki pun samalah.
Mr.
R: Hihi...fine. You know about skin care more than I do. GTG.
Good
night. Assalamualaikum.
Anna: Sweet dream. Waalaikumsalam. =)
Jay
sudah menguap. Terbuka besar mulutnya. Nasib baik tahi cicak tak masuk mulut!
Eww! Ngeri!
Laman chatting room Kolej Matrikulasi Melaka ditutup. Kena juga off! Dah pukul 1.00 malam dah ni.
Kalau ikutkan malas nak off tetapi nanti takut melarat.
Kadang-kadang, Ree dan Aten yang satu bilik tu pun dia ajak chatting. Mereka tu pantang sikit kalau
diajak berbual. Hot gossip! Artis tu!
Artis ni! Oh, The Vampire Vampires Season 4 akan keluar tak lama lagi!
Nasib baiklah budak dua orang tu
sudah lama lena. Mahu meleret-leret cerita kalau mereka masih celik. Biasalah,
orang bujang.
Esok nak kemas bilik dengan budak
dua orang tu. Jadi, rehat kena cukup sebab nak kerah tenaga mengangkat segala
perabot bilik.
Berbincang balik mengenai Mr. R,
siapakah dia sebenarnya?
Entah, Jay pun tak tahu. Yang dia
tahu, di laman chatting KMM, dia
hanya menggunakan nama samaran Anna dan berkenalan dengan seorang jejaka yang
dia sendiri tidak tahu paras ketampanan, kekayaan, kebaikan dan kepandaiannya.
Apa-apa yang dia tahu hanyalah nama samaran lelaki itu.
Mr. R.
Ala kalau setakat buat kawan tu
bolehlah. Buat luah-luah cerita hangat dekat KMM pun jadilah. Aku pun bukan ada
ramai sangat kawan lelaki pun. Setakat Adi dan Haffiy tu bolehlah kot. Nasib
baiklah Adi tu satu kelas. Kalau tak, jadi macam Haffiy yang jarang berjumpa.
Bercakap mengenai perasaannya
terhadap Haffiy, bolehlah ada tahap suka. Suka berkawan. Orang kata berkawan
biar beribu, bercinta biar satu. Jay tidak mungkin akan menyukai Haffiy. Tak
mungkin kalau dia tu tak ada awek. Entah-entah keliling pinggang. Orang-orang
kacak ni bukan boleh percaya sangat. Depan je nampak baik, belakang ditipunya
kita hidup-hidup.
***
“Rise and shine, baby!”
Aten mengelipkan matanya cuba
melihat masa di telefon bimbitnya.
“Baru pukul 4.30 petang,” kata Aten seraya
mengambil bantal peluk kataknya yang sudah berpeta itu. Peta negara apa Jay
sendiri tidak tahu. Yang penting, kasihan juga dengan kataknya itu kerana sudah
dicemari dengan air liur tuannya yang suka tidur tidak tutup mulut.
“Sebab dah pukul 4.30 kau kena
bangun. Kata nak kemas bilik petang ni,” Ree pula mencelah. Dia juga baru
sahaja dikejutkan daripada alam mimpi. Ini semua gara-gara Jay yang meletakkan
lagu Brick by Boring Brick – Paramore di telinganya tadi. Bingit betul! Jika
tidak, mesti dia sedang berseronok membeli-belah di KLCC. Dalam mimpi sajalah
Ree!
Aten menggeliat. Terasa badannya
masih lagi kepenatan walaupun sudah tidur selama beberapa jam. Selepas makan
tengah hari tadi, kononnya dia mahu membaca sedikit nota kimia. Nama pun
‘membaca’. Disebabkan Aten masih belum immune
lagi dengan perbuatan yang digelar ‘membaca’, dia terus tertidur apabila baru
membaca dua ayat.
Itulah Aten. Pelajar sains fizikal
yang kurang menggemari benda-benda yang melibatkan pembacaan. Baca novel sahaja
yang dia boleh. Itupun jika tulisan dalam novel itu besar dan mudah dibaca.
Jika novel itu bertulisan kecil seperti sesetengah buku yang dijual di pasaran,
alamatnya goodbye baby. Welcome mimpi!
“Cepatlah, Aten!” gesa Jay pula.
Badan Aten dipukul-pukul dengan bantal peluk Spongebob Squarepants.
Aten pula masih baring di atas
katilnya bersama dengan katak-kataknya yang lain. Nampaknya dia masih belum
memberikan reaksi positif untuk bangkit dari katilnya walaupun mata sudah
celik.
“Aten, cepatlah!” Kini, giliran Ree
pula memanjat ke atas katil Aten. Bantal peluk Minney dicapai lalu
dipukul-pukul ke arah kepala kawannya itu.
“Ish, yalah! Aku bangun ni!” ujar
Aten yang sekarang sudah duduk. Tidak baring seperti tadi. Nasib baik juga
bantal yang memukulnya. Kalau batu bata, alamat kawan-kawannya itu akan
menghadiri kenduri arwah juga malam itu.
“Korang pergilah sembahyang dulu.
Aku baru je lepas sembahyang tadi. Lepas tu, kita fikir nak susun katil macam
mana,” tutur Jay yang duduk di sebelah Aten.
“Yes,
ma’am!”
Oleh yang demikian, bergeraklah Aten
dan Ree ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah itu, solat Asar ditunaikan.
Beberapa minit berlalu, mereka selesai melipat telekung lalu digantung di
sebalik lokar.
“So,
kita nak susun katil macam mana ni?” tanya Ree sambil meletakkan punggungnya di
atas katil Jay. Jay pula mengambil tempat di sebelah Ree. Pada masa yang sama,
Aten duduk di atas kerusi di meja belajar Jay.
Diam. Masing-masing membisu tanpa
kata.
“Ish, tadi beria betul kejutkan aku.
Lepas tu, tanya diam pulak Jay ni!” ujar Ree melihatkan Jay dan Aten yang masih
diam membisu. Mungkin masih lagi tidak puas tidur. Mana tidaknya, tiba-tiba
telinga dibingitkan oleh lagu rock kumpulan Paramore apabila tengah syok tidur.
Siapa yang tak terkejut?
“Fine!”
tutur Jay. Rasa bersalah pula menyelinap hati. “Kita kan memang nak rapatkan
semua katil, so kita gerakkan semua
katil ke satu tempat. Katil Aina je kita biarkan di tempat asalnya sebab dah
memang tak ada sesiapa yang guna melainkan kita sendiri buat iron baju.”
“Aku setuju!” celah Aten. “Semua
almari ni kita kena gerakkan dan susun di satu tempat juga. Meja belajar pun
kita susun sederet. Tak adalah nampak sempit nanti bilik kita.”
Ree dan Jay mengangguk tanda faham
dengan kata-kata Aten.
“Jomlah gerak sekarang!”
Oleh yang sedemikian, ketiga-tiga
gadis itu bangun dan menggerakkan katil Jay terlebih dahulu memandangkan mereka
sedang berada berhampiran dengan katil gadis itu. Ringan juga katil Jay.
Tidaklah seberat yang mereka sangka. Kalau katil ringan, ini bermakna almari
juga mungkin tidaklah seberat mana...kot. Meja belajar Jay ditolak juga ke
hadapan pintu bilik yang ditutup rapat menghalang mereka yang mahu keluar masuk
ke dalam bilik itu. Meja belajar tersebut juga ditolak bagi memudahkan mereka
untuk menolak katil Jay tanpa berlanggar dengan mana-mana perabot yang lain
yang ada di bilik itu.
Katil Aina yang sudah tidak bercadar
dipusing 90 darjah. Katil yang tadi menghadap tingkap sudah jadi melintang meninggalkan
banyak ruang untuk meletakkan lokar.
Meja belajar Aina ditolak ke hujung
bilik. Lokar Aina yang telah kosong juga ditolak sehingga kedudukannya
bersebelahan dengan meja belajar Aina.
Giliran lokar Jay pula ditolak.
“Mak ai! Gila berat lokar kau, Jay!”
ujar Aten sambil menolak lokar Jay ke sebelah lokar Aina pula.
“Kau letak apa dalam lokar kau ni?”
Ree pula mengeluh.
“Bajulah cik kak oi! Takkan batu
bata pulak,” balas Jay. Tenaga ketiga-tiga gadis itu dikerah sebanyak mungkin
untuk menolak lokar yang berat itu. Mereka juga berhati-hati untuk mengelakkan
barang-barang di dalam lokar tidak terkeluar memandangkan masing-masing malas
mengunci lokar.
“Kita tolak lokar korang pulak,”
ujar Jay lagi.
Mereka menuju pula ke lokar Ree dan
Aten. Mereka berkira-kira mahu menggerakkan lokar Ree terlebih dahulu.
“Eh, kenapa lokar Ree tak boleh
gerak?” tanya Aten. Matanya melilau ke sekeliling lokar Ree untuk melihat jika
ada apa-apa yang menghalang pergerakan lokar Ree.
“Tak ada benda pun yang menghalang.
Habis tu, kenapa lokar Ree tak boleh bergerak ek?” Persoalan yang sama juga
timbul di mulut Jay.
“Lokar kita bercantumlah Aten,”
celah Ree melihat ke dalam lokarnya. “Cuba kau tengok ni. Ada paku. Lokar kau
dan aku tak boleh berpisah sebab ada paku ni.”
Aten menyuakan kepala untuk melihat
ke dalam lokar Ree. Memang benar. Ada paku yang mencantumkan lokarnya dan juga
lokar milik Ree. Patutlah almari Ree tidak boleh bergerak.
“Habis tu, kita nak buat macam mana
ni?” tanya Aten.
“Aku rasa kita kena kosongkan lokar
kitalah Aten,” kata Ree.
Jay mengangguk tanda setuju dengan
kata-kata Ree. “Betul tu. Kalau korang tak kosongkan, nanti korang susah nak
ambil barang-barang sebab pintu lokar dah terhalang dengan lokar aku.”
“Ruang nak letak lokar pun dah tinggal
sikit sebab ada katil Aina,” kata Ree juga.
“Aku letak barang dalam lokar Aina.
Kau pulak letak barang dalam lokar aku. Lokar kau kita letak makanan. Boleh?”
ujar Aten kepada Ree.
Ree mengangguk. “Okey je.”
Beberapa minit berlalu lagi.
Barangan kesemuanya dialihkan. Kini, mereka telah jadikan lokar Ree sebagai
lokar untuk menyimpan segala stok makanan. Meja belajar Aina juga telah
dijadikan sebagai ‘dapur’. Sos cili, gelas dan roti diletakkan di atas meja
tersebut.
Setelah berhempas pulas meletakkan
barangan masing-masing di lokar yang baru, mereka meneruskan kerja-kerja
menyusun perabot bilik semula. Almari ditolak. Meja belajar disusun sederet.
Katil pula dipusing dan disatukan di satu tempat. Heish, banyak kerja sungguh!
***
“Ish, bisingnya!”
Minah mengambil bantalnya lalu
ditekapkan ke telinga. Moga-moga bunyi bising itu tidak menerpa ke telinganya
lagi.
Kreekk...kreekk...kreekk!
“Apa bendalah yang budak bilik bawah
ni buat? Bisinglah!” Minah masih cuba menutup telinganya dengan bantal. Bunyi
bising di bilik A1.2.5 memang mengganggu tidurnya.
“Mereka kemas bilik kot. Mesti
mereka tolak segala almari dan katil,” ujar salah seorang ahli bilik Minah yang
bernama Ija dengan tenang. Dia ketika itu sedang membaca novel.
“Mengganggu ketenteraman betul!”
bebel Minah lagi. “Mana boleh ubah segala kedudukan katil! Memekik betullah!
Ish!”
Geram betul nampaknya Minah. Dia
memang tidak suka malah membenci orang yang mengacau tidurnya lebih-lebih lagi
pada sebelah petang. Mesti dia akan membebel tidak kira masa. Air liurnya
memang tidak akan habis membebel seperti mak cik-mak cik bergosip. Ahli-ahli
biliknya yang lain sabar hati sahaja mendengar bebelan Minah. Mahu ditegur,
Minah merupakan ketua blok yang pantang ditegur. Apabila berbalas kata dengannya,
Minah mesti akan naik angin. Keputusan yang diambil selalu sahaja melulu tanpa
mengira baik buruk.
Krekkk...krekkk...krekkk!
Bunyi almari dan katil ditolak masih
lagi bergema di bilik A1.2.5. Kerja-kerja mengemas bilik masih belum selesai
lagi.
“Ah, bisinglah oi!” jerit Minah
daripada katilnya. Entah ahli bilik A1.2.5 dengar atau tidak, dia sendiri tidak
tahu.
Krekkk...krekkk...krekkk!
Nampaknya ahli bilik A1.2.5 memang
tidak dengar Minah menjerit!
***
Kerja-kerja mengemas dan
membersihkan bilik masih diteruskan oleh ahli-ahli bilik A1.2.5. Makanan
disusun atur di atas meja. Makanan yang sudah expired dibuang ke dalam tong sampah.
Tingkap
dilap licin. Kipas siling juga dibersihkan. Cadar dan semua baju yang telah
kotor dibasuh. Terpaksa juga mereka menutup hidung semasa menyapu sampah.
Banyak sangat habuk! Sedikit-sedikit bersin. Memang bahaya untuk orang yang
mempunyai penyakit resdung.
Karpet berwarna merah berbelang
hitam milik Aten dibentangkan semula di tengah bilik. Meja tengah juga
diletakkan di bawah kipas siling yang telah bersih. Febreeze disembur untuk
menaikkan aroma bilik yang menyenangkan hati.
Finally!
Tiba juga saat mereka untuk bersenang-lenang memandangkan kerja-kerja mengemas
bilik sudah tamat.
Ketiga-tiga gadis yang bernama Aten,
Ree dan Jay sudah terlentang di atas karpet di tengah bilik. Memang penat
menolak segala almari, katil dan meja. Berat sungguh! Tak payah pergi gim pun
tak apa. Boleh terbina sendiri otot biceps!
Kipas yang tadi baru dibersihkan
berpusing laju tidak seperti sebelumnya yang memang lembab dek habuk yang
melekat di balik kipas. Angin juga terasa berputar laju menyapa segala
permukaan kulit yang telah berpeluh. Terasa mengantuk pula apabila dapat
bermalas-malasan di bawah kipas itu. Mentang-mentang bilik dah luas, memang
seronok dapat lepak-lepak di tengah bilik. Tidak berhimpit-himpit seperti
selalu.
“Leganya semua dah siap kemas,” ujar
Ree memulakan bicara. Mata ditutup menikmati angin yang diputar laju oleh kipas
siling.
“Tahu tak apa,” kata Jay pula.
Memang terasa tangan dan kakinya penat. Memang dia dan rakan-rakan sebiliknya
bersenam secara tidak langsung pada petang itu. Tidak perlu berlari keliling
padang tujuh kali. Menolak segala perabot bilik sahaja sudah mencukupi.
Lagu pada telefon bimbit Jay
dipasang. Lagu If I Was You – Far East Movement feat. Snoop Dogg dipasang dengan volume sederhana cukup untuk menyapa eardrum mereka bertiga. Masing-masing diam melayan perasaan.
Masing-masing senyap memandang siling tidak terkata.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul
enam lima belas minit petang. Badan terasa masih malas untuk bangun daripada
pembaringan. Penatnya bukan main lagi.
“Bila nak makan ni?” tanya Aten
kepada dua orang kawannya, memecah kesunyian antara mereka.
“Aah ek. Makanan belum beli lagi,”
jawab Jay meletakkan kedua-dua lengannya di bawah kepala.
“Yang tu korang jangan risau. Tengah
hari tadi parents dan nenek aku
datang,” ujar Ree. Dia sudah bangun daripada pembaringan lalu mengambil
beberapa buah bekas makanan di dalam beg plastik kertas berwarna merah jambu di
atas meja. “Mereka bagi makanan. Banyak gila.”
“Rajinnya parentsdan nenek kau datang kolej hari Jumaat,” tutur Aten sambil
melihat-lihat isi di dalam bekas-bekas tersebut. Memang sudah tidak sabar
nampaknya Aten itu. Perutnya sedari tadi sudah berbunyi-bunyi minta diisi.
Nampak sahaja Ree mengeluarkan makanan terus dia bangun. Memang mahu terliur
pada saat itu juga! Saliva secretion
activated!
“Aku pun tak tahu mereka nak datang.
Mereka cakap mereka nak ke Muar lepas jumpa aku tadi. Melawat saudara kata
mereka,” balas Ree sambil membuka penutup-penutup bekas.
Sebaik sahaja penutup dibuka, bau
makanan semerbak ke seluruh ruangan bilik.
“Roti jala!” jerit Aten dan Jay pada
masa yang sama. “Wah, nak rasa!”
Aten dan Jay sudah mendekati bekas
makanan bagaikan kucing kelaparan. Badan digesek-gesek pada Ree yang sedang
menyediakan mangkuk untuk menjamu selera.
“Ish, gelilah! Korang ingat korang
tu kucing ke nak menggedik dengan aku?” ucap Ree sambil mengelap mangkuknya
menggunakan tisu.
“Ala, kami gedik-gedik dengan kau
je, Ree,” kata Aten.
“Ish, tak kuasa aku nak layan
korang! Gedik-gedik, nanti tak dapat makan,” balas Ree.
“Lapkanlah mangkuk kami sekali, Ree.
Kau kan baik, penyayang, sopan santun, budi pekerti etc...” Giliran Jay pula cuba mencairkan hati Ree.
“Menyampah I!” ujar Ree. Tangan ke dada, mata ke atas. Dia terus berlalu ke
luar bilik untuk membasuh tangan.
“Ree!” jerit Aten dan Jay serentak
melihat Ree yang sudah menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Memang
bergema bilik itu gamaknya.
“Ree ni memang susah betul nak
cair,” kata Jay. Dia sudah berdiri lalu menuju ke meja untuk mengambil
mangkuknya.
“Dia cair dengan orang lelaki yang
comel-comel je. Buat apa dia nak cair dengan kita yang sama spesies dengan
dia,” kata Aten berlelucon. Dia juga mengambil mangkuk plastik miliknya yang
bercorakkan bunga-bunga kecil berwarna-warni.
Jay meletus ketawa mendengar
kata-kata Aten.
Setelah membasuh tangan dan mengelap
mangkuk, mereka bertiga menjamu selera. Menu petang itu ialah roti jala dan
kari ayam. Memang sedap betul! Berkeping-keping mereka tambah roti jala
tersebut. Kata Ree, roti jala dan kari ayam itu dibuat oleh neneknya. Nama pun
nenek, sudah semestinya orang-orang ‘senior’ ini pandai memasak. Sekali makan
pasti kaw punya! Kalah cef terkemuka!
“Korang...” tegur Aten sambil
menelan roti jala yang baru dikunyah empat puluh kali. Tiba-tiba dia mengangkat
tangan macam isyarat polis sedang memberhentikan kereta sahaja. “Kejap.”
“Pott!”
Terbeliak terus mata Ree dan Jay.
Hidung masing-masing terbau haruman gas ammonia yang baru dikeluarkan oleh
Aten.
“Pott! Pott! Pott!” Keluar lagi gas kentut
Aten berdas-das macam machine gun.
“ATEEENNN!!” jerit Ree dan Jay pada
masa yang sama. Makanan yang belum habis dikunyah terus ditelan. Mereka berdua
terus menuju ke pintu lalu memulas tombol. Ree dan Jay berlumba-lumba untuk ke
luar bilik yang sudah diselubungi dengan molekul gas Aten.
Muka dikipas bagi menghilangkan bau
kentut Aten yang masih menjalar di setiap pelusuk hidung. Cepatlah hilang bau
oi! Busuk yang amat! Oh, my respiratory
system! Sabarlah kau dengan bau kentut Aten. Entah berapa lamalah budak tu
tak jejak tandas?
“Peh, Aten! Kau kalau nak kentut pun
tak payahlah time makan!” ucap Jay
yang sudah lemah dek gas kentut Aten yang masih belum menghilang lagi. Macam
terbau gas racun sahaja. Baunya...peh! Kalaulah ada pertandingan bau gas paling
busuk di dunia, kalah gas ammonia yang ada tersimpan di makmal kimia Kolej
Matrikulasi Melaka. Aduh, sabarlah hidung!
Ree mempercepatkan kelajuan kipas
bilik. Moga-moga bau kentut hilang dengan cepat. Bolehlah aktiviti makan roti
jala diteruskan.
“Serius, Aten! Kau ni kena masuk
kelas tambahan Sivik dan Kewarganegaraan,” bebel Ree pula. Tidak pernah-pernah
Ree membebel, nampaknya petang itu dia telah pecah rekod. Tahniah buat Ree!
“Mak ai! Kau makan apa sampai bau kentut kau macam ‘tuuttt’!”
Aten sudah meledakkan ketawa.
Kelakar melihatkan kawan-kawannya yang sudah tidak tahan bau. Lawak melihatkan
mereka yang menutup hidung gara-gara bau kentutnya yang memang kalis pada
hidungnya.
“Hahahaha!” Aten ketawa lagi.
“Hihihi!”
Eh, ketawa lagi perempuan ini!
“Boleh pulak kau ketawa! Nasib
baiklah tangan aku ni kotor dengan roti jala dan kari. Kalau tak memang aku dah
cekik-cekik kau!” kata Jay yang berbaur ugutan.
“Hahaha!” Aten meletuskan ketawa
lagi.
Ree menjejakkan kaki masuk ke bilik.
Hidungnya menjalankan tugas untuk mengesan bau gas yang tidak sepatutnya dibau.
Memang nampak macam hidung kucing sedang hidu makanan saja hidungnya itu.
“Dah tak ada bau. Jay, masuk jom!
Bilik kita dah selamat,” kata Ree.
“Fuuh, lega!” ucap Jay pula.
“Korang ni! Tak baik tau buli aku,”
tutur Aten sambil menyuap roti jala pusingan yang ketiga. Memang sedap betul
penangan roti jala buatan nenek Ree.
“Apa pulak kita orang buli kau?”
tanya Ree.
“Kau yang buli kita orang nak
makan,” ucap Jay.
“Hehehe...kasihan korang. Perut aku
banyak anginlah. Itu pasallah aku kentut. Aku kalau dah kentut tak kira masa.
Makan minum semua dia nak bedal keluar je.”
Jay dan Ree tersenyum. Sudah lali
dengan perangai Aten yang memang selamba. Perangai selambanya juga itulah yang
membuatkan hampir kesemua pensyarah di KMM mengenalinya. Mereka memang kenal
dengan Aten yang kecoh dan sentiasa happy.
Mahu mengajar pun senang hati.
Aten...Aten...Ingatkan nak ushar
lelaki je kau selamba. Nak kentut pun sama!