BAB
4
“Papa, macam mana ni Papa?” Erica
bertanya kepada Zahid. Nampaknya rancangannya gagal. Sebaliknya dia yang
terperangkap.
“Macam mana apa?”
“Tak kan Papa nak tengok Rica kahwin
dengan sotong tu esok?” soal Erica. Dia tidak tidur di rumah agam itu
sebaliknya mengikut papanya balik ke hotel walaupun dia meluat melihat ibu
tirinya, Shirin. Tetapi dia lebih meluat melihat Farish di rumah agam itu.
“Rica yang pandai-pandai cabar dia
kan? Selembut mana pun dia, dia tetap lelaki. Dan lelaki ni pantang di cabar.”
Bidas Zahid. Dia memang marahkan Erica. Seronok lah Tengku Atylia. Masih jelas
lagi bagaimana Tengku Atylia dengan segera bangun dan memanggil Siti Sarah
untuk memaklumkan keputusan mereka. Keputusan tentang perkahwinan antara
anaknya dengan Farish.
“Papa pun nak salahkan Rica. Rica
mana nak tahu dia lelaki,” Erica mempertahankan tindakannya.
“Sekarang ni terima lah,’ jawab Zahid
bersahaja.
“Rica, kita tengok dari sudut yang
positif,” Shirin bersuara, setelah mendengar semuanya.
Erica menjeling, hatinya berbisik, “ Menyampuk pula dia ni. Ada kena mengena
ke?”.
“Makcik bagi cadangan. Rica kahwin
sahaja dengan dia. Kan wasiat tu bagi tempoh selama tiga tahun. Kalau tak
sesuai Rica bercerai lah. Tiga tahun tu bukan lama Rica. Yang penting lepas ni
Rica jadi Pengerusi kat syarikat tu. Bayangkan mungkin Rica masuk world of record, Pengerusi paling muda,” Shirin sengaja menbayangkan sesuatu
yang indah kepada Erica.
Erica menarik nafas yang panjang.
“Boleh
tahan juga idea orang tua ni,” Erica masih berbisik di dalam hati.
“Bila Rica dah dapat jawatan, apa
sahaja yang Rica nak, Rica boleh dapatkan. Sebut sahaja,” kata Shirin lagi,
memancing hati anak tirinya. Dia kemudiannya memegang bahu Erica.
“Shirin, awak ni nak ke dia kahwin
dengan budak Farish tu. Budak tu lembut tau tak?”
“Sebab budak tu lembutlah, Rica
boleh kahwin dengan dia. Mesti dia tidak
akan apa-apakan Rica. Yang penting Rica jadi Pengerusi kat situ. Lagipun tiga
tahun sahaja kan? Kalau saya, saya setuju sahaja. Lepas tiga tahun cerai lah.
Apa nak susah.” Jawab Shirin. Erica sudah tersenyum.
“Betul cakap makcik. Tak sangka kan,
ingatkan perempuan macam makcik ni, akal pendek.” Kata Erica.
Shirin tersenyum kelat.
“Nasib
baik bapak kau ada kat depan ni, kalau tak tahulah nasib kau.” Shirin
bersuara, tetapi hanya di dalam hati. Sejak dari hari pertama perkahwinannya
dengan Zahid setahun yang lalu memang hubungannya dengan Erica tidak berapa
baik.
Hari ini tidak ramai di pejabat
Agama Islam Negeri Melaka. Erica hanya mengenakan baju kurung yang berwarna
hitam. Dia turut mengenakan tudung yang juga berwarna hitam. Baju yang baru dibelinya
pagi tadi. Farish ada dihujung sana mengenakan baju melayu yang berwarna merah
jambu. Ada manik-manik dan labuci yang menghiasi baju melayunya itu. Farish
hanya ditemani Amylia. Mimik muka antara Erica dan Farish sama sahaja. Masam
mencuka.
Tidak lama kemudian mereka berdua
dipanggil. Amylia, Zahid dan Shirin mengikut jejak langkah mereka berdua.
“Mana bakal pengantin ni?” tanya
pegawai yang memakai tanda nama Harun itu.
“Mereka berdua ni,” Zahid menjawab.
Pegawai itu merenung ke arah Zahid, meminta kepastian.
“Betul Encik, yang ini memang bakal
pengantinya. Dan saya Zahid, ayah kepada Erica Soffea, pengantin perempuan.
Segala borang dan maklumatnya ada dalam tu. Dah siap isi pun.”
“Emm. Sebenarnya saya dah semak pun.
Tapi kenapa macam ada sesuatu yang tak kena pada mereka berdua ni. Kena kahwin
paksa?” soal pegawai itu lagi.
“Hek Ellah, dia ni banyak soal lah
pulak,” rungut Erica perlahan, namun masih jelas butir bicaranya.
“Bukan apa, perkahwinan bukan
sesuatu yang boleh di buat main. Sekarang ni banyak sangat pasangan yang
berkahwin muda dan banyak sangat kes dah kahwin sebulan dua baru tahu rupanya
tak serasi lah, macam-macam. Setahun dua kahwin dah nak bercerai.”
“Jangan susah hati Encik, kami ni
lama lagi kalau nak bercerai pun, lepas tiga tahun baru bercerai,” sampuk Erica. Farish menjengilkan
matanya.
“Encik, boleh kahwinkan kami
sekarang tak? Saya dah tak sabar nak jadi suami dia ni,” kata Farish.
Pegawai itu mengelengkan kepala.
Nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena pada mereka berdua. Awal-awal lagi
sudah tidak bersefehaman, bagaimana hendak hidup bersama.
Akhirnya selepas tiga kali akad
nikah, Erica Soffea selamat menjadi milik Muhammad Farish Haikal. Zahid
menghidupkan enjin keretanya. Shirin di sebelahnya hanya tersenyum dan melirik
ke arah Erica yang masih lagi mencuka.
“Kenapa masam ni? Pengantin kena lah
ceria, bukan masam macam ni?” tegur Zahid kepada anaknya.
“Papa ni, bising lah. Bila nak balik
K.L?” Erica bertanya.
“Esok pagi kenapa?”
“Nak ikut,” jawab Erica ringkas.
“Rica, sekarang ni Rica dah jadi
isteri orang. Kena ikut suami bukan ikut Papa,” Shirin mengingatkan. Dia kalau
boleh biar Erica tinggal sahaja di Melaka ini, menyibuk sahaja kalau Erica mengikut
mereka balik Ke Kuala Lumpur.
“Makcik, makcik jangan menyibuk
boleh tak?” kata Erica.
“Rica,” Zahid bersuara.
Farish sedang termenung di dalam
biliknya. Airmatanya mengalir walaupun tidak selaju tadi. Dia tahu dia kini
sedang mempertaruhkan dirinya di kalangan Tengku-tengku di rumah agam ini. Tengku
Atylia melihatnya dengan wajah yang sinis, begitu juga dengan Tengku Eddrus dan
Izhan. Hanya Amylia sahaja yang masih melayannya dengan baik. Terfikir juga di
benaknya dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia sudah mempunyai isteri?
Bagaikan tidak percaya, bagaimana jika teman-temannya tahu tentang hal ini.
Farish mengeluh lagi. Dia menjenguk ke luar tingkap bila di dengarnya ada bunyi
kereta yang sedang memasuki perkarangan rumah. Kereta milik Uncle Zahid.
“Farish, jom kita ke sana,” panggil Amylia.
Farish bangun dengan malas. Dia mengikut
langkah Amylia, masuk ke bilik bacaan yang besar dan mewah dengan bahan bacaan
itu.
“Syukurlah, Erica selamat disatukan
dengan Farish,” kata Siti Sarah.
“Tak payah nak panjang-panjang Puan
Sarah. Sekarang ni mereka dah sah menjadi suami isteri. Seterusnya apa?” soal Tengku
Atylia tidak sabar-sabar.
“Saya akan menyediakan dokumen yang
diperlukan. Saya harap semua dapat bersabar. Ada satu lagi perkara yang perlu
saya beritahu,” Siti Sarah berkata.
“Apa lagi, tak habis-habis dengan
syarat,” marah Tengku Atylia.
“Perkara ini perlu saya beritahu
setelah Erica sudah berkahwin dengan Farish. Ini adalah geran dan kunci rumah
kondominium di Kuala Lumpur. Farish akan menyambung pelajarannya di sana.
Segala perbelanjaan dan yuran pengajian akan di tanggung oleh Khaleeda Beuty. Erica
juga akan meneruskan pengajiannya seperti biasa disamping akan belajar mengenai
Khaleeda Holdings. Di bawah seliaan Dato’ Mansor yang merupakan pemangku.
Selepas tiga tahun Erica akan dilantik secara rasmi. Dalam tempoh itu Erica dan
Farish akan di beri elaun sebanyak RM 3500 sebulan. Manakala Tengku Atylia,
Tengku Eddrus, Encik Zahid dan Cik Amylia akan menjadi penasihat kepada Erica
dan Khaleeda Holdings. Dan mereka ini akan menerima imbuhan sebagai mana yang
tertakluk. Sebarang perkara yang berkaitan dengan Khaleeda Holdings perlulah
dirujuk terlebih dahulu kepada penasihat sebelum dibuat sebarang keputusan. Itu
sahaja. Jika tiada apa masalah saya nak teruskan dengan kertas kerja dan
dokumen yang diperlukan,” sambung Siti Sarah lagi. Masing-masing mendiamkan
diri. Tengku Atylia gembira, selepas ini apa yang direncanakannya pasti akan
berjaya.
“Papa, tolonglah Rica nak balik K.L
dengan Papa,” Erica merayu sambil menarik kemaja yang dipakai oleh Zahid.
“Rica, ini keputusan Rica
sendirikan? Terima sahajalah.”
“Papa, Rica tak sangka sotong tu
setuju pulak. Tolonglah Papa.”
“Sorry, Papa tak ada hak atas Rica
sekarang. Rica kena tanya suami Rica. Siapa pun dia dia dah jadi suami Rica dan
Rica kena patuh arahan dia,” Zahid mengingatkan. Walaupun dia marah dengan
tindakan anaknya tetapi jauh di hatinya dia berharap dan berdoa agar tindakan Erica
berada di landasan yang betul.
“Okey, ikut suka Papa. Berbahagialah
dengan bini Papa tu,” Erica sudah naik
angin. Dia terus masuk ke biliknya, meninggalkan Zahid.
“Rica, Rica,” Zahid memanggil nama
anaknya, namun tidak diendahkan oleh Erica.
“Sudahlah tu, biarkan dia. Lagi pun
minggu depan dia balik. Jangan susah hati kat dia. Suami dia kan ada,” Shirin
memujuk suaminya. Bimbang juga jika suaminya berubah hati, membawa Erica
bersama-sama mereka pulang ke Kuala Lumpur.
“Shirin, Rica tu satu-satunya anak
saya.” Kata Zahid.
“Habis tu? Awak yang walikan dia
kan?” jawab Shirin. Zahid hanya mendiamkan diri. Malas dia nak melayan
kata-kata dari isterinya itu.
BAB
5.
Erica menghidupkan pendingin udara
di biliknya. Panas hatinya melihat papanya berlalu pergi tanpa langsung
menghiraukan keadaannya. Sempat dia melihat wajah ceria ibu tirinya. Dia
kemudiannya mengambil telefon bimbit, di dailnya nombor telefon Sarah, teman baiknya yang sedang
bercuti di Singapura.
“Hello geng,” Erica bersuara.
“Rica. Pasal tak telefon kita orang.
La, best gilerlah kat sini. Rugi kau tak datang,” balas Sarah. Erica dapat
mendengar dengan jelas bunyi riuh rendah di hujung talian.
“Hek elleh, kau kan tahu kenapa aku tak boleh joint . Cakap banyak
pulak,” marah Erica.
“Janganlah marah girl. Pasal tension-tensionni. Nanti kita plan
lain. Kau macam mana okey ker? Semua dah settle?”
“Emm, okey. Malas la aku nak
cerita.”
“La, kau ni Rica, macam tak seronok
je? Berapa juta nenek kau tinggalkan harta kat kau. Jangan lupa belanja kita
orang nanti,” usik Sarah.
“Banyak, siap tinggalkan sotong
untuk aku.”
“Sotong? Nenek kau bela sotong ke?”
Sarah bertanya kehairanan.
“Sotong kurita. Dah lah, malas aku
nak cerita. Bila kau nak balik ni?” Erica mengalih tajuk perbualannya dengan
Sarah.
“La, kan lagi dua hari kita orang
kat sini. Kau dah balik K.L ke?”
“Belum. Aku pun esok lusa balik lah
kot. Jumpa lah nanti. Jangan lupa beli apa-apa kat aku tau. Bye.” Erica mematikan
talian. Dia kemudiannya melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Dia
merebahkan badannya.
Pintu biliknya di buka, Erica menoleh
kelihatan Farish di hadapan pintu.
“Kau buat apa masuk bilik aku ni?”
marah Erica. Menyampah dia melihat wajah ayu milik Farish.
“Bilik bini aku, salah aku masuk?”
Farish menjawab dengan muka sardinnya.
“Kau cakap apa? Cuba kau ulang lagi
sekali?”
“La, muka je lawa.Pekak rupanya. Aku
cakap, aku masuk bilik bini aku, salah ke?”
“Uweek,” Erica membuat aksi.
“Hey,, belum apa-apa lagi dah nak
muntah? Mengandung ke?” sengaja Farish ingin menyakiti hati Erica.
“Ya ALLAH. Mangkuk jamban betul lah
kau ni. Kau ni ingat aku ni perempuan jenis apa? Bohsia ke?”
“Em, em,” Farish mengerakkan jari
nya sambil berkata, “Jangan derhaka pada suami. Dosa.”
Erica membalingkan bantalnya ke arah
Farish. Buk, terkena ke muka Farish. Dia tidak marah. Sebaliknya dia mengambil
bantal itu lalu diletakkannya di atas katil.
“Sakit hati ke?” Farish berkata
dengan muka yang sinis. Erica mengecilkan matanya, geram di hatinya hanya ALLAH
sahaja yang tahu. Ada air mata yang ditahan. Air mata marah. Farish terus
ketawa. Rasa bangga kerana berjaya menyakitkan hati Erica. Gadis cantik yang
sombong dan berlagak itu. Dia kemudiannya keluar dari kamar Erica.
“Farish? Kenapa senyum ni?” tegur Amylia.
Farish tersentak. Ketika itu dia baru sahaja keluar dari bilik Erica. Amylia
menjenguk ke dalam bilik Erica, dia melihat Erica yang sedang menyembamkan mukanya di atas bantal.
“Er, Mama Lia. Terkejut Farish,
ingatkan siapa tadi. Tak ada apa lah,” jawab Farish sambil melangkah ke
hadapan.
Amylia tidak berpuas hati sebaliknya
dia menarik tangan Farish.
“Farish sakitkan hati Rica ke?”
tanya Amylia.
“Ish, Mama Lia ni. Mana ada. Farish
ni kan suami dia. Mana ada sakit-sakitkan hati isteri ni. Tuduh je tak tau. Tak
baik. Dosa,’ jawab Farish sambil membaiki jambul depan rambutnya. Amylia
menjeling. Sikit pun dia tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut
Farish.
“Baguslah, kalau kenal dosa pahala.
Nah, ambil ni,” Amylia menghulurkan sebuah buku kepada Farish. Sebuah lagi
masih ada di dalam pegangan Amylia.
“Apa ni Mama Lia?” tanya Farish sambil
mengambil buku yang telah dihulurkan kepadanya.
“PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
PILIHAN ISTERI,” Farish membaca tajuk buku itu.
“Apa ni Mama Lia. Tak suka tau,”
marah Farish.
“La, inikan buku panduan. Hadiah
untuk pengantin baru,” balas Amylia. Walaupun hendak tergelak namun dia
menahan.
“Saja je tau. Terima kasih. Farish
tahu. Dah belajar masa sekolah tu,” jawab Farish. Dia kemudiannya terus berlalu
meninggalkan Amylia yang masih di hadapan pintu bilik Erica.
Amylia mengetuk pintu bilik Erica. Erica
tahu Amylia yang sedang mengetuk. Dia dengan jelas mendengar perbualan antara Amylia
dengan Farish sebentar tadi. Amylia masuk dan menghampiri Erica yang sedang
menangis.
“Kenapa ni sayang?” tanya Amylia.
“Sakit hati,” jawab Erica. Dia masih
lagi menyembamkan mukanya ke bantal.
“Kenapa pula?”
“Farish tu lah. Sotong gila,” rungut
Erica lagi.
“Rica, tak baik cakap macam tu. Farish
tu kan...” kata-kata Amylia terhenti di situ.
“Apa? Mama Lia pun nak cakap yang
Farish tu suami Rica. Ini semua sebab wasiat Nenda yang mengarut tu. Kalau tak
Rica tak jadi macam ni tau.” Marah Erica.
“Rica, janganlah cakap macam tu. Ini
semuakan takdir. Dah jodoh Rica dengan dia. Lagipun Rica, Farish tu baik
orangnya. Emm walaupun dia lembut tapi gentlemen
tau.”
“Tolonglah. Mama Lia tahu tak macam
mana Rica nak jumpa dengan kawan-kawan Rica. Kalau kawan-kawan Rica tahu.
Malunya. Kalau kahwin dengan Abang Iz okey lah juga. Hensem, macho. Gagah
perkasa. Ni, lembik tak bermaya. Jambu pulak tu. Adoi. Pakai baju bunga-bunga color pink,’’ kata Erica sambil meraung.
Amylia cuba menahan gelaknya. Dia sendiri mengakui di dalam hati, jika dia
tidak mengenali Farish sejak dari kecil pasti dia juga mempunyai anggapan yang
sama seperti Erica. Dia sendiri tidak pasti kenapa bondanya meletakkan syarat
yang sedemikian. Kasihan juga melihat Erica begini.
BAB
6
Tengku Atylia sedang sibuk meneliti
segala dokumen yang harus ditandatanganinya. Walaupun kepalanya pening namun
semuanya perlu diselesaikan. Banyak perkara yang harus difikirkannya. Sudah dua
minggu dia pulang dari Melaka, mendengar pembacaan wasiat merepek bondanya. Dia
kemudiannya meletakkan penanya. Kemudian dia mendail nombor sambungan anaknya, Izhan.
“Iz, masuk jumpa Mama sekejap,” arah
Tengku Atylia.
“Em, lagi sepuluh minit. Ada kerja
sikit ni,” balas Izhan.
Tengku Atylia meletakkan telefonnya.
Dia memicit-micit kepalanya. Memikirkan adakah anaknya akan mengikut segala
kata-katanya nanti. Hanya itu sahaja caranya yang tinggal bagi memastikan
segala harta milik bondanya akan berada di dalam tangannya. Tidak sepatutnya Khaleeda
Holdings ada di dalam tangan gadis mentah seperti Erica Soffea.
Izhan melabuhkan punggungnya di atas
kerusi empuk di pejabat Tengku Atylia. Dia membelek-belek jam tangan miliknya.
Mamanya dari tadi sedang membelek dokumen.
“Apa hal Mama panggil Iz ni?” Izhan
bersuara.
“Mama nak tanya Iz pasal wasiat
Nenda tu?”
“Wasiat? Nak tanya apa lagi? Kan
semua dah setuju. Apa yang Mama nak pertikaikan lagi?”
“Mama bukan apa. Sepatutnya Khaleeda
Holdings tu jadi hak kita bukan hak Erica.”
“Memanglah. Erica tu apa yang dia
tahu. Iz pun tak tahu kenapa Nenda buat macam tu. Apa motifnya? Iz pun memang
tak puas hatilah. Jangan-jangan sebelum Nenda meninggal, Erica ada hasut Nenda
tak?”
“Tak mungkin. Mama tahu. Erica tidak
pernah sukakan Nenda. Lupakan pasal wasiat tu, yang penting macam mana kita nak
dapatkan kembali Khaleeda Holdings. Nasib baik Erica sanggup berkahwin dengan
Farish, kalau tidak Khaleeda Holdings akan diuruskan oleh pihak ketiga. Harapan
kita untuk mendapatkannya. Hancur lebur tahu tak?” kata Tengku Atylia.
“Habis tu Mama nak buat apa?”
“Itulah yang Mama nak bincang dengan
Iz. Iz ingat tak apa yang di katakan oleh peguam tu. Kalau dalam tempoh tiga
tahun, perkahwinan mereka gagal, mereka boleh berpisah tapi Erica tak hilang
jawatannya. Jadi, apa kata kalau Iz ambil peluang tu?” Tengku Atylia memberikan
cadanganya.
“Maksud Mama?” tanya Izhan,
kehairanan.
“Ialah, selepas Erica bercerai
dengan Farish, Izhan pula kahwin dengan Erica.”
“Mama. Mama tahu tak apa yang Mama
cakapkan ni?”
“Sedar. Dan Mama bagi idea ni pun
dalam keadaan yang waras lah.”
“Iz tak mainlah bekas-bekas orang ni
Mama. Lagipun Erica budak-budaklah. Lawa macam mana pun, she is not my taste.”
“Ini bukan pasal taste ke, pasal second-hand ke. Ini pasal Khaleeda Holdings. Lagipun, Farish tu ada
selera ke kat Erica? Kalau dia pakai
baju kurung, make-up, letak dia sebelah Erica, orang pun tak tahu yang mana
satu Erica mana satu Farish. Don’t worry,
comfirm dia tak sentuh Erica. Pasal Erica pula, Mama bukan suruh Iz kahwin
dengan dia sampai mati. Sampai Iz dapatkan kembali Khaleeda Holdings tu sahaja.
Lepas tu, pandai-pandailah Iz,” Tengku Atylia mengutarakan cadangannya.
Izhan menganggukkan kepalanya.
“Macam mana kalau mereka tak
bercerai?” Izhan bertanya. Tengku Atylia
hanya ketawa mendengarnya.
“Mama jangan gelak sangat,” sambung Izhan
lagi.
“Iz, nasib baik wasiat tu nyatakan
tiga tahun, kalau tak hari ini kahwin esok dia orang dah bercerai tau. Dia
kahwin pun bukan sebab apa, sebab Khaleeda Holdings sahaja,” jawab Tengku
Atylia. Izhan membatukan diri. Masih lagi memikirkan apa yang dikatakan oleh
Mamanya.
“Nah, ini nombor telefon Erica. Telefon dia, curi hati dia.”
“Mama, lepas dia bercerai lah.
Takkan sekarang kot,” balas Izhan. Dia pun naik pening dengan cadangan Mamanya.
“Iz, kalau nak dapatkan Z kena
melalui A,B,C bukan terus pergi ke X,Y,” Tengku Atylia kemudiannya memicit bahu
anaknya. Izhan mengambil nombor telefon yang diberikan oleh Mamanya dengan
malas.
“I
just try my luck,” jawab Izhan dengan malas.