Sudah
dua minggu Farish berada di Melaka , setelah selesai peperiksaan terakhir dia
bergegas pulang. Rasa rindu pada rumah agam itu benar-benar membuatkan Farish
tidak sabar untuk pulang. Farish sedang
bersiap untuk pergi ke butik. Banyak idea-ideanya yang ingin dibentangkan
kepada Mama Lia. Farish masih lagi ingat saat dia sampai ke rumah agam itu,
Mama Lia hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Farish tidak seperti dulu.
Lain benar. Tingkah laku dan juga bentuk badan serta penampilan Farish amat
berbeza dari dulu.
“Dah siap ke Farish?” Amylia
mengetuk pintu bilik Farish.
Farish keluar dengan membawa
satu buku skrap. Hasil nukilannya semua ditafsirkan ke dalam buku skrap itu.
“Amboi, kacak bergaya nampak,
mana baju bunga-bunga?” usik Amylia.
“Biasa je. Tukar karektor.
Jom, Mama Lia. Tak sabar rasanya nak masuk ke butik. Dua minggu asyik terperuk
kat rumah sahaja. Boring giler,” Farish merungut. Rambutnya di biarkan sedikit
panjang di hadapan.
“Mama Lia nak tanya sikit.
Dah lama nak tanya ni, tapi tak berkesempatan,” Amylia meminta kebenaran
terlebih dahulu. Bimbang apa yang ditanyakan nanti akan menyebabkan Farish
terasa.
Kereta dipandu perlahan. Walaupun
kesesakkan di Melaka bukanlan sesak seperti di Kuala Lumpur tapi masih perlu
berhati-hati.
“Nak tanya apa pulak, Mama
Lia. Macam perkara penting je yang nak tanya?”
“Macam mana Farish boleh
berubah sampai macam ni? Ada apa-apa yang berlaku?” Soal Amylia. Farish
tergelak. Dia tahu memang itu yang akan di tanya.
“Apa lah Mama Lia ni. Farish
macam dulu jugak, yang berubah hanyalah penampilan Farish sahaja.”
“Apa yang menyebabkan Farish
berubah. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan Farish sanggup berubah. Beritahulah
Mama Lia. Sebab nak tawan hati Erica ke?”
“Ke situ pulak Mama Lia ni.
Tak ada kena mengenalah dengan dia. Farish berubah sebab Farish nak berubah.
Dulu tu bukan apa, krisis identiti je. Mana taknya, dari kecil sampai umur dua
puluh tahun, asyik dengan butik dengan spa dan butik pengantin.”
“Nak salahkan Mama Lia pulak?
Siapa suruh ikut Mama Lia. Suruh duduk rumah tak nak. Sibuk nak ikut Mama Lia
pergi butik la, pergi make-up pengantin lah.” Amylia bersuara. Terkilan juga
dengan kata-kata Farish seolah-olah dia yang menyebabkan Farish menjadi
‘lembut’.
“Mama Lia ni jangan marah.
Merajuk pula. Farish bersyukur sebab Mak Engku dengan Mama Lia sanggup jaga
Farish. Walaupun Farish ni anak bekass pemandu, tapi Mak Engku dan Mama Lia
jaga Farish macam keluarga sendiri. Dah lah tu, Farish minta maaf. Farish tak
nak lukakan hati Mama Lia.”
“Kalau macam tu, pikatlah Erica.
Jangan buat kontrak kahwin tiga tahun sahaja. Biar untuk selama-lamanya,” pujuk
Amylia. Kalau boleh biar Farish dan Erica terus bersatu.
Farish sekadar mendiamkan
diri. Malas dia hendak memberi renspon pada kata-kata Amylia.
“Farish dengar tak apa yang
Mama Lia cakapkan ni,” panggil Amylia. Tangannya mencubit peha Farish.
“Sakitlah Mama Lia. Dengar.
Bukan pekak pun. Farish dengan Erica memang dah tak boleh. Farish kenal dia
dari kecil, tak boleh lah. Mama Lia jangan lah paksa macam ni. Lagipun Erica tu
memang tak boleh nak terima Farish.”
“Itu masa dia belum tengok
Farish macam ni. Lagipun Farish sendiri yang cerita kan, nama je satu kampus
tapi tak jumpa. Cakap tak nak hampakan Mama Lia,” rajuk Amylia.
“Dah lah tu, tak payah lah
nak ungkit cerita tu. Lagi dua tahun kita bincang. Okey sekarang ni Mama Lia
masuk jalan depan tu. Lagi lima minit kita dah nak sampai kat butik. Asyik
bersembang je nanti terlajak pulak.” Tegur Farish. Amylia menjeling, marah.
Pintu butik di buka perlahan,
Farish tersenyum. Lega rasanya bila dapat menjejakkan kaki ke butik ini.
Kemudian, Farish duduk di sofa yang berwarna merah hati.
“Tadi beria-ia sangat nak
datang sini. Nak tolong Mama Lia buat kerja lah, nak bentang idea lah. Tapi
bila dah sampai sibuk nak goyang kaki pulak. Kalau takat nak goyang kaki tu.
Pergi balik rumah.”
“Mama Lia ni, nak menopos ke?
Dari tadi asyik merungut je.”
“Amboi, budak ni,” Amylia
tidak menunggu lama. Dia terus mendapatkan Farish yang enak-enak sedang mengoyangkan
kaki, Dipulasnya telinga anak teruna itu. Sayangnya pada Farish tiada tandingan
walaupun tiada sedikit pun darah yang mengalir di tubuh Farish yang berasal
darinya.
“Okey, okey. Farish buat
kerja sekarang ni. Tapi sebelum tu jom kita telefon Mc D. Buat delivery, kelaparanlah. Mama Lia
belanja. Mana staf lain tak datang lagi ke?” Farish mengalah.
“Pukul 10 nanti sampai lah.
Kan kita datang awal hari ni.”
Amylia sedang memerhatikan
lakaran-lakaran yang dibuat oleh Farish. Satu-satu lakaran itu dibeleknya.
“Amacam?” tanya Farish.
“Emm, cantik. Tapi boleh laku
ke? Kalau nak buat ni, kos tinggi ni. Kain chiffon yang jenis ni mahallah.”
Balas Amylia.
“Mama Lia, yang penting
kepuasan. Lagipun Mama Lia kan ada pelanggan yang pelbagai jenis. Mak-mak datin
tu kan ada. Lagipun mak-mak Engku kan bersepah. Tak kan nak berkira.”
“A’ah. Farish reka sahaja,
yang nak buat Mama Lia, yang nak pergi buat sale
pun Mama Lia.”
“Kali ni, Farish akan design dan Farish juga akan buat. Mama
Lia cuma pergi jual je.”
“Pandai ke nak potong kain
tu?”
“Bukan takat kain, badan Mama
Lia nak suruh potong 16 lepas tu cantum balik pun boleh,” Farish mendabik dada.
“Cakap besarlah sekarang.
Okey. Cuti lagi sebulan kan. Mama Lia nak upah dulu. Kalau Mama Lia selesa dan
berkenan barulah Mama Lia rekomenkan pada Mak-mak datin. Tapi kalau dah glamour
di kalangan Mak datin jangan lupakan Mama Lia pulak. Janji.”
“Mama Lia ingat Farish ni
jenis yang lupakan kulit ke? Tak baik main tuduh-tuduh. Sekarang ni pilih nak design yang mana? Lepas tu petang nanti
ke kedai kain, cari kain.” Amylia membelek lagi lakaran itu. Mencari yang mana
satu berkenan di hati.