“Papa,
papa. Tolong Rica Pa. Habislah Rica. Kalau kawan-kawan Rica dapat tahu,” Erica
menerpa ke arah Zahid yang baru sahaja keluar dari keretanya. Shirin yang ada
disebelah sekadar mencebikkan bibirnya. Menyampah melihat keakraban antara
suami dan anak tirinya.
“Apasal lak ni? Papa baru sampai je
ni,” marah Zahid. Dia menekan penggera keretanya.
“Penting ni Pa. Antara hidup dan mati
Rica, Pa,” kata Erica lagi. Dia menarik tangan Zahid masuk ke dalam rumah.
“Apa yang penting sangat ni. Kalau
penting pun bagilah Papa masuk dulu. Mandi ke. Papa Rica bukan balik dari shooping, balik dari kerja tau,” Shirin
berkata sambil menjeling. Geramnya jelas kelihatan.
“Hello, ini tak ada kena mengena
dengan makcik. Ini urusan antara Rica dengan Papa. Makcik jangan masuk campur,”
marah Erica kepada Shirin.
“Rica, kenapa cakap dengan Mama Shirin
macam tu. Kan betul cakap Mama Shirin tu. Papakan baru balik kerja. Bagilah
Papa masuk, rehatkan badan. Nanti kita bincang. Papa nak mandi dulu,” Zahid
mempertahanka isterinya.
“Papa, ini hal penting tau. Hal
Rica.”
“Abang masuk mandi dulu, nanti Shirin
siapkan minuman,” Shirin sengaja menarik perhatian Zahid.
Zahid melonggarkan ikatan tali
lehernya dan melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan Erica di halaman. Shirin
mengikut langkah suaminya, sambil menjeling sinis kepada Erica. Bangga rasanya
bila Zahid mengikut katanya. Erica merengus marah.
Zahid melabuhkan punggungnya ke atas
sofa yang berwarna merah hati.
“Abang tak masuk mandi ke?” tegur Shirin,
bila melihat Zahid hanya duduk di atas sofa, dan bukan menuju ke kamar milik
mereka berdua.
“Sekejap. Rica!,” Zahid memanggil
anaknya yang masih lagi ada di luar. Erica masuk dengan muka yang mencuka.
Geram dihatinya bukan kepalang. Papanya lebih rela mengikut kata-kata Shirin
dan tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada dirinya.
“Apa yang Rica nak bincang dengan
Papa?” tanya Zahid. Dia kalah dengan rajukan Erica.
“Tak payahlah. Papakan nak berehat.
Rica selesaikan sendiri masalah Rica. Tak yah lah Papa nak susah,” rajuk Erica.
“Merajuk lah pulak. Papa minta maaf.
Untuk anak Papa, Papa tak rehat pun tak apa. Apa masalahnya?” Zahid bertanya
lagi.
“Abang, abangkan baru balik dari
kerja, penat pun tak hilang lagi. Lagipun apa yang penting sangat masalah dia
tu?” marah Shirin.
“Tak pa lah Shirin, abang bukan
penat sangat pun. Kalau penat sekalipun, abang akan dahulukan Rica dari diri
abang sendiri. Shirin tolong ambilkan air untuk abang ye,” Zahid memberikan
jawapan yang benar-benar menyakitkan hati Shirin.
“Saya penat, abang ambik sendiri,”
marah Shirin. Dia tidak jadi menuju ke dapur sebaliknya terus masuk menuju ke
bilik tidurnya.
Zahid hanya melihat langkah marah
isterinya. Entahlah dia pun tidak tahu bagaimana hendak mengambil hati
isterinya. Jika hal yang berkaitan dengan anaknya sentiasa sahaja dipandang
remeh oleh Shirin. Sebelum berkahwin Shirin setuju untuk sama-sama menyayangi dan
menerima Erica Soffea di dalam hidupnya, namun kini semua itu ternyata hanya
tinggal janji. Zahid sedar sehingga kini Shirin masih tidak dapat menyayangi Erica
sepenuhnya. Dan Erica juga tidak dapat menerima kehadiran Shirin di dalam
keluarga mereka.
“Papa duduk sekejap, Rica ambilkan
air untuk Papa,’ kata Erica Soffea. Kasihan pula melihat layanan yang diterima
Papanya. Zahid hanya menarik nafas yang panjang dan menganggukkan kepalanya.
Erica tiba dengan membawa segelas
air oren yang dingin. Dihulurkan gelas itu kepada Zahid. Zahid mengambilnya
dengan wajah yang manis walaupun ada sinar suram di dalamnya.
“Apa hal yang penting sangat ni?”
tanya Zahid sejurus selepas tekaknya dibasahi dengan air oren hasil air tangan
anaknya.
“Farish,” jawab Erica ringkas.
“Farish? Kenapa dengan dia? Rindu?”
Soal Zahid. Sengaja mengusik Erica.
“Papa!” marah Erica. Dia
membalingkan bantak kecil yang menghiasi sofa di ruang tamu itu kepada Zahid.
Zahid menangkap dengan pantas. Dia kemudiannya ketawa. Zahid yakin itu tidak
mungkin akan berlaku.
“Ialah. Tak pasal-pasal timbul
cerita dia pulak ni.”
“Kalau Papa nak tahu sekarang ni dia
ada kat K.L,” Erica memberitahu.
“Siapa?” soal Zahid.
“Siapa lagi, Farish lah. Sekarang ni
dia ada kat sini, belajar sama kolej dengan Rica,” cerita Erica lagi.
“Dia buat apa belajat kat situ? Dia
beritahu Rica ke?”
‘Itulah pasal. Punya banyak kolej
kat K.L ni pasal kat situ dia belajar. Memanglah dia ni nak cari pasal dengan
Rica tau. Dia sengaja nak bagi Rica sakit hati. Geramnya dengan sotong tu,” Erica
meramas bantal kecil itu dengan geram. Jelas terukir di wajahnya rasa narah
terhadap Farish.
“Dia beritahu Rica?” tanya Zahid
lagi.
“Tak, Rica jumpa dekat cafee. Papa
tahu tak sebelum ni dia dah cari pasal dengan Fatin, berebut lot parking.”
“Kejap, Papa sebenarnya agak blur sikit. Apa kena mengena Fatin dalam
cerita ni?”
“Ish Papa ni, macam ni pun dah blur dah ke? Sebelum ni, Fatin ada
bergaduh dengan spesis sotong berebutkan parking tapi cerita tu dah dua minggu.
Alih-alih Fatin jumpa balik dengan sotong tu kat cafee. Apa lagi Fatin pergi sound lah, rupa-rupanya..” belum sempat Erica
habis bercerita Zahid menyampuk.
“Kenapa? Rupa-rupanya sotong tu
Farish? Menantu Papa?”
“Yes.
Dan jangan guna ayat ‘menantu Papa’. Nak termuntah tau,” balas Erica. Zahid
ketawa.
“Papa! Sampai hati Papa gelak. Papa
tahu tak ini semua bencana alam tahu? Bayangkan kalau rahsia ini terbongkar.
Mana Rica nak letak muka Rica. Papa. Kalau dia tu macho macam Abang Iz, okey
jugak. Ini, gelilah nak sebut,”
“Tak baik Rica. Buruk baik dia tu,
dia tetap suami Rica. Lagipun Rica yang setuju dengan syarat tu kan?’
“Ialah, tapi kena rahsiakanlah.
Kawan-kawan Rica seorang pun tak tahu. Yang Rica tak puas hati sangat dia boleh
buat muka sardin dia masa Rica jumpa dia.”
“Agaknya dia pun tak tahu Rica belajar kat situ kot,” agak Zahid.
“Mana boleh tak tahu. Mama Lia tahu
kan Rica belajar kat situ. Lagipun
masa Fatin gaduh dengan dia hari tu, Fatin cakap dia datang dengan seorang
perempuan, siapa lagi kalau bukan Mama Lia. Papa tak tahu ke Mama Lia datang
sini?”
“Entah, tak tahu pulak. Emm... Apa
yang Rica nak buat sekarang?”
“Rica akan buat dia sampai berhenti
dari kolej tu. Biar dia rasa. Ini Erica Soffea. Dia belum kenal lagi Rica ni
siapa.”
“Rica, tak baik buat macam tu.
Biarkan lah dia. Lagipun Rica kan tak lama lagi dah nak habis belajar. Papa
rasa dia pun tak mahu orang tahu pasal hubungan dia dengan Rica. Jadi Rica pun
buat tak tahu sajalah. Kalau Rica asyik serang dia, nanti orang boleh syak
pulak. Tapi Papa nak tanya sikit pasal Izhan. Rica ada apa-apa ke dengan dia.
Papa tengok kerap sangat Rica keluar dengan Izhan sekarang ni?”
Erica tertunduk malu, bila papanya menimbulkan
kisah hubungannya dengan Izhan.
“Malu pulak. Papa tak kisah siapa
yang Rica nak kawan. Tapi Izhan tu kaki perempuan, lagipun jangan lupa status
Rica. Rica tu isteri orang. Walaupun perkahwinan itu macam perkahwinan kotrak,
tapi sah. Rica jangan buat hubungan dengan sesiapa selagi Rica bergelar isteri
orang. Papa tak suka.”
Erica mengangkat mukanya,
bertentangan dengan papanya. Zahid
kemudianya bangun dari duduknya meninggalkan Erica sendirian di sofa.
Zahid menghampiri isterinya yang
sudah siap mandi.
“Dah habis bersembang dengan anak
kesayangan?” perli Shirin.
“Apa maksud Shirin ni?” Zahid
bertanya. Dia membuka butang-butang kemejanya satu persatu.
“Maksud apa pulak? Emm, abang jom
kita pergi KLCC. Ada sale,” pujuk Shirin.
“Bukan abang tak nak pergi, tapi
kita pergi hari mingu boleh, abang nak rehat ni. Penat sikit,” jawab Zahid.
“Penat? O, dengan saya penat. Tapi
dengan anak kesayangan abang tak kenal erti penat pulak?” Shirin sudah tidak
dapat menyembunyikan perasaannya.
Zahid memberhentikan langkahnya
untuk masuk ke bilik air sebaliknya dia memusingkan badannya.
“Apa yang Shirin cakap ni? Anak
abangkan anak Shirin jugak,” Zahid cuba berlembut.
“Bila pulak Shirin beranakkan dia.
Anak abang anak abang, tak kan jadi anak Shirin. Sudahlah kalau abang tak nak
perg Shirin pergi sendiri,” jawab Shirin lalu mengambil tas tangannya.
“Shirin, jangan pergi.”
Shirin memberhentikan langkahnya
seketika. Kemudian dia terus keluar tanpa menghiraukan Zahid. Zahid mengekori
langkah Shirin.
“Shirin, abang kata jangan pergi,”
Zahid berkata dan menarik tangan Shirin. Shirin merentapnya.
“Shirin bukan budak kecil lah. Abang
duduk je kat rumah, mengadap muka anak abang yang cantik tu. Shirin nak
keluar.”
“Shirin. Please,” Zahid cuba berlembut lagi. Erica yang masih ada di ruang
tamu itu hanya melihat.
Shirin menarik nafas yang panjang.
Kemudian dia menjeling ke arah Erica. Perasaannya mula terbakar bila melihat
wajah Erica. Dia tidak menghiraukan kata-kata Zahid sebaliknya terus ke kereta.
Zahid pula melihat dengan renungan mata yang tajam. Dia cuba menahan
perasaannya di hadapan Erica. Dia tidak mahu Erica melihat pertengkarannya
dengan Shirin. Shirin menghidupkan enjin kereta dan terus meninggalkan
perkarangan rumah itu.
“Papa,” panggil Erica.
“Papa nak masuk mandi,” jawab Zahid
dengan ringkas. Erica hanya mengelengkan kepalanya, Dari dulu lagi dia memang
tidak bersetuju bila papanya ingin mengambil perempuan seperti Shirin untuk
dijadikan isteri.