Semester
baru telah bermula, setelah dua bulan bercuti.
Farsih tidak sabar memulakan hari ini, yang paling dia tidak sabar
adalah untuk bertemu dengan Dhia Adirra. Dua bulan dia tidak bersua muka dengan
gadis itu, hanya sekadar mendengar suara. Hari ini Farish mengenakan jeans
berwarna biru gelap, badannya di tutupi dengan T-Shirt berwarna merah terang.
Rambutnya di sikat rapi. Wajah yang baru di cukur itu dibeleknya lagi, melihat
jika ada apa-apa yang tidak kena. Dia mengambil kunci kereta yang ada di atas
meja. Kemudian matanya ke arah sebungkus kain sutera yang berwarna merah hati.
Kain yang dibeli oleh Mama Lia untuk Erica, isterinya. Farish berhenti sejenak.
Memikirkan bagaimana hendak dia serahkan kain itu kepada Erica.
Rasanya dia perlu
menyelesaikan satu perkara dengan Erica. Perkara yang membabitkan dirinya dan Erica.
Farish mengambil telefon bimbitnya. Sebelum penggal ini bermula, dia akan
bersemuka dengan Erica.
“Rica, ini aku Farish.”
Farish memulakan bicara, selepas mendengar suara Erica di hujung talian.
“Em, kau nak apa?”
“Aku nak jumpa dengan kau,
boleh?” soal Farish dengan lembut. Kalau boleh dia hendak membaiki hubungannya
dengan Erica. Dah tua-tua malas nak bergaduh.
“Ada apa pulak? Rindukan
aku?” usik Erica. Farish tersenyum sendirian.
“Aku ambil kau kat rumah
sekarang. Boleh?”
“Ish, kau ni Farish. Apa
lagi.”
“Ada hal aku nak bincang
dengan kau. Tolonglah. Aku dah malas nak gaduh-gaduh.”
Erica ketawa, “Okey. Kau
ambil aku. Tapi kita bincang kat tempat lain.”
Erica sesekali menjeling ke
arah Farish yang semakin pandai bergaya. Kolar bajunya sengaja tidak dilipat
kemas.
“Sah kau ni dah kena kejutan
budaya Farish,” tegur Erica.
Farish hanya tersenyum. Marah
pun tidak. Dia merasakan dia boleh berbaik dengan Erica.
Farish memberhentikan
kenderannya, dari atas bukit itu jelas nampak bangunan KLCC yang menjadi
kebangaan Malaysia.
“Makin kurus aku tengok kau
sekarang, makan hati ke?” soal Farish dengan berani.
“Dua bulan cuti, Mama Lia
bagi kau makan apa? Sampai hilang segala kelembutan?” Soal Erica dengan berani.
Farish tersenyum lagi. Kali
ini sikit pun dia tidak merasa marah dengan apa yang dikatakan oleh Erica.
“Rica, aku nak tanya pasal
kita.Macam mana?”
“Maksud kau?”
“Ialah. Kau tak rasa apa-apa
ke?’ serkap Farish. Erica memandang wajah Farish dengan serius.
“Aku tak berapa nak fahamlah
maksud kau ni Farish. Jangan-jangan kau ni dah falling in love dengan aku ni?”
Farish ketawa.
“Boleh tahan jugak kau ni Erica.
Memang aku in love, tapi bukan dengan
kau.”
“Aku teka, dengan budak yang
suka pakai topi kaler-kaler tu ke. Atau dengan.. kau jangan Farish, kau dah
macho-machi macam ni jangan nak jatuh cinta dengan kaum sejenis pulak.”
“Kau ni tak habis-habis nak
kutuk aku. Aku tahu dulu aku salah sebab cuba menukar apa yang ALLAH telah
tentukan. Tapi tak lah sampai aku nak buat hubungan songsang. Kau ni ingat aku
ni tak ada iman ke?” Farish berkata.
“Amin,” Erica menadahkan
tangannya.
“Jadi kau memang sah lah ni
jatuh cinta dengan perempuan tu?”
“Tak declare lagi.” Jawab Farish selamba.
Erica ketawa sambil mencucuk
bahu Farish.
“Kau ni pasal?” tanya Farish
kehairanan dengan tingkah Erica.
“Aku suka dengar kau dah
pandai main cinta. Macam ni baru lelaki. Bukan kepit sana patah sini. Pandai
pulak perempuan tu ubahkan kau ek?”
“Itulah, sekarang hubungan
kita macam mana,” Farish tersepu-sipu malu setelah diketawakan oleh Erica.
“Macam mana apa lagi, macam
biasa je. Kejap je Farish lagi setahun lebih sahaja. Setahun ni kita boleh
tempoh, tanpa siapa pun tahu kecuali keluarga kita. Kalau ikutkan aku, aku nak
je tamatkan ini semua. Tapi iya lah, dah syarat dia tiga tahun.”
“Lepas tu kau jadi Pengerusi
lah.” Usik Farish.
“Kau percaya tak, jauh di
sudut hati aku, bukan sebab untuk jadi Pengerusi, tapi aku tak mahu hampakan
apa yang Nenda usahakan selama ini. Kau sendiri tahu kan, sepanjang hidup dia,
hubungan aku dengan dia tak sebaik hubungan kau dengan dia. Aku sebenarnya
cemburu lihat dia baik dengan kau Farish. Cemburu sangat-sangat,” Erica cuba
menahan air matanya.
“Rica, kau dah salah faham
pada dia. Dia sayangkan kau lebih dari dia sayangkan aku. Kau cucu dia, darah
daging dia. Aku hanya menumpang kasih sayang dia.” Erica tidak dapat menahan
sedihnya rasa menyesal kerana
mengabaikan kasih sayang neneknya. Erica menangis. Farish memgang bahu Erica
dengan lembut. Selama ini dia salah faham dengan keegoaan dan kekasaran Erica.
“Maafkan aku Farish, aku
banyak sakitkan hati kau.”
“Aku pun macam tu jugak. Dah
lah. Kita lupakan apa yang berlaku. Aku sayangkan kau Rica. Aku kenal dari kau
kecil. Kalau kau ingat, masa kecil-kecil dulu kita baik je. Sampailah masa
arwah mama kau tiada, barulah hubungan kita jadi macam tu.”
“Aku sebenarnya sayangkan kau
jugak, tapi geram sebab kau baik dengan Nenda. Lagi satu aku menyampah sangat
tengok kau gedik macam sotong rebus yang tak masak-masak.”
“Wei, sempat lagi nak mengata
aku.” Marah Farish sambil menarik telinga Erica.
“Kau akan tetap jadi adik aku
sampai bila-bila,” kata Farish lagi.
“Kenapa susah sangat kita nak
baik selama ini? So bila kau nak
pikat budak tu?” Erica bertanya bila keadaannya semakin baik.
“Em,, itulah tengah fikirlah
ni. Aku bimbang nanti kalau kau tengok dengan dia, kau akan rosakkan program
aku. Mana tahu lah kan. Kau nak sakitkan hati aku, maka kau akan war-warkan
pada orang ramai tentang kita.”
“Gila kau Farish. Simpang
malaikat empat puluh empat. Tapi bestkan
kalau dapat bersama dengan orang kita sayang. Tak macam aku,” rintih Erica
perlahan. Sejak dari pertemuannya dengan Izhan di KLCC, langsung Izhan tidak
menghubunginya. Dan Erica sendiri tiada keberanian untuk menghubungi Izhan.
“Kau memang cintakan dia kan?
Dari air muka kau aku tahu kau tengah kecewa. Boleh aku tahu siapa?”
“Biarlah, tapi aku janji pada
diri aku, setelah aku bebas dari jadi isteri kau. Aku akan dapatkan dia.”
“Rica, hubungan kita hanya
atas kertas, perkahwinan tanpa rela kau dengan aku. Aku izinkan kan berhubungan
dia selagi tak melanggar batas. Kenapa nak tunggu nanti, rebutlah sekarang.
Bukan dia tahu pun pasal kita.”
“Masalahnya dia tahu,” Erica
menundukkan kepalanya.
“Dia tahu? Siapa? Izhan ke?”
soal Farish bertalu-talu. Dia bagaikan tidak percaya ketika melihat Erica
menganggukkan kepalanya.
“Izhan tu playboy lah Rica. Carilah orang lain,”
pujuk Farish.
“Kata orang cinta tu buat
kita buta. Dan sekarang aku menang buta pun. Buta cintakan dia.” Jawab Erica
bersahaja.
Farish menarik tangan Erica,
dia merenung ke dalam mata Erica yang berkaca dengan air mata yang ditakungnya.
“Kau memang betul-betul
cintakan dia?” Erica menganggukkan kepalanya.
“Dan kau rasa dia betul-betul
cintakan kau?” Erica mengangguk lagi. Dia yakin Izhan turut menyintainya.
“Dan hubungan kita jadi
pengahalang?” soal Farish lagi. Erica mengangguk lagi.
Farish mengambil telefon
bimbitnya. Di dailnya nombor Izhan.
Izhan terkejut bila melihat
nama Farish terpampang di skrin. Sudah lama Farish tidak menelefonnya.
“Hello,” jawab Izhan ringkas.
Cuba mengagak kenapa Farish menelefonnya di pagi-pagi buta ini.
“Sibuk ke?”
“Taklah, buat-buat sibuk je.
Apa hal kau telefon aku ni. Setahun lebih kau tak reti-reti nak telefon aku.
Siotlah kau ni Farish. Lupa daratan,” kutuk Izhan. Namun hatinya sedikit
bungkam kerana Erica milik Farish.
“Ada orang nak cakap dengan
kau ni.”
“Siapa pulak? Kau ni ada-ada
je lah.” Balas Izhan.
Farish kemudiannya
menghulurkan telefom bimbitnya kepada Erica. Erica menolaknya tetapi dipaksa
juga oleh Farish. Erica menarik nafas yang panjang.
“Hello, Abang Iz,” kata Erica.
Kemudiannya suaranya terputus di situ. Telefon dihulurkan kembali kepada Farish.
Dia sudah tidak mampu untuk bersuara.
“Rica,” panggil Izhan.
Terkejut juga dia mendengar suara Erica melalui telefon bimbit Farish
pagi-pagi. Jangan-jangan Farish apa-apakan Erica. Syak Izhan.
“Terkejut ke Iz?” tanya
Farish. Izhan menelan air liur.
“Pasal lak nak terkejut. Dia
kan bini kau?” balas Izhan. Tidak disangka lembut-lembut Farish ada hati juga
nak mengapa-apakan Erica.
“Kalau kau dah tahu dia bini
aku, pasal kau nak kacau?” suara Farish sedikit kuat. Erica tersentak. Dia
memandang Farish. Sebaliknya Farish hanya tersenyum. Izhan mendiamkan diri.
“Kenapa kau diam?”
“Kau dah tahu aku nak kata
apa. Aku minta maaf. Lagipun aku dah tak hubungi dia. Kau jangan nak salahkan
dia. Salah aku.”
“Memang salah kau pun, dia
dah separuh mati cintakan kau sekarang,” kata Farish pura-pura marah. Izhan
diam.
“Aku pun dah separuh mati rindukan dia,” bisik Izhan di dala hati.
“Kalau kau nak dia, tunggu
lagi setahun setengah, boleh? Tapi kau jangan kecewakan dia pulak. Kau jangan
susah hati aku tak sentuh dia. Aku simpan dia untuk kau,” Farish kemudiannya
ketawa.
“Kau ni bagi aku gabra je
lah. Panggil dia sekejap boleh?” pinta Izhan. Dia tahu dan maklum sangat
tentang hubungan antara Erica dan Farish.
“Nah, buah hati kau nak
cakap,” Erica mengambil telefon yang dihulurkan oleh Farish.
“Kenapa tak bagi tahu Abang
sendiri. Kenapa nak suruh Farish bagi tahu?” Izhan bertanya.
“Kita jumpa petang ni Abang
ambil Rica kat rumah. Ajak Farish sekali.” Sambung Izhan lagi. Erica
menganggukkan kepalanya, walaupun dia tahu Izhan bukannya nampak.
“Boleh tak?” tanya Izhan lagi
kerana dia tidak mendengar pun suara dari Erica.
“Boleh, pukul lapan Abang Iz
ambil Rica kat rumah.” Erica menjawab.
“Okey. Bye.” Erica
kemudiannya menyerahkan telefon itu kembali kepada tuannya.
“Terima kash Farish.” Kata Erica
kepada Farish. Tangan Farish digengamnya erat.
Farish
mengangguk lega. Kini masalahnya dengan Erica sudah selesai, yang tinggal kini
hanya lah untuk dia memburu cintanya. Bagaimana dia hendak memenangi hati Dhia
Adirra.