HARRAZ duduk bersilang panggung sambil
menyelak skrip yang baru diterima dari Amraz. Dia akan memulakan pengambaraan
drama tersebut awal bulan depan.
“Kenapa
kau tolak watak hero tu?” Soal Amraz
tidak puas hati. Asyik-asyik pegang watak jahat, Harraz tak bosan ke? Dia mahu
juga lihat Harraz memengang watak baik sekali.
“Aku
tak sesuai jadi hero.”
“Belum
try belum tahu. Kalau kau tak pandai romantic de amour aku boleh bagi kelas
pada kau.”
Harraz
angkat kepala. Dia tenung tajam wajah Amraz.
“Takkan
kau nak jadi watak villainaja.
Kadang aku rasa macam kelakar sebab villain
cukup hensem dan lebih hot dari
hero.” Amraz menyilangkan tangan.
“Asal
ada rupa mesti nak jadi hero ke?” Harraz angkat kening.
Amraz
senyum.
“Handsome tu dah satu pakej selain pandai
menghayati watak. Kau bukan pelakon kayu.
Dari awal kau berlakon kau memang dah ada talent.”
Harraz
letakkan skrip atas meja. Dia bangun menyelukkan kedua-dua tangannya dalam
kocek jeans.
“Aku
tak minat dengan watak hero. Kalau dalam drama atau filem tu hero akan menang
segala-galanya tapi dalam dunia realiti ada hero yang kecundang.”
Amraz
terdiam seketika.
“Kau
masih tak boleh lupa cerita lama?”
Amraz
memengang bahu Harraz.
“Jadi,
kau tak perlu paksa aku pegang watak-watak hero ni.”
“Baiklah
bro. Aku tak paksa kau lagi.”
Amraz
melangkah keluar. Harraz bingkas duduk mencapai majalah yang tersedia atas meja.
Beberapa
minit kemudia Amraz melangkah masuk semula.
“Mana
budak perempuan yang datang nak jumpa tu?” Harraz menyoal.
“Tak
sampai lagi.”
“Setengah
jam dah ni.”
“Jalan
sesak kut.”
“Ini
bukan time orang balik kerja. Aku
malas nak menunggu dalam bilik ni lagi. Tekak aku dahaga. Kita ke kafe bawah.”
“Aku
pun haus jugak ni.”
“Kalau
dia tak datang lagi bagus.” Harraz meletakkan majalah atas meja.
“Tapi
firasat aku mengatakan yang dia akan datang.” Amraz tersengih panjang.
NUHA menarik nafas sebaik keluar dari
kereta Savynya berwarna putih itu. Dia menagturkan langkah masuk ke banggunan
setinggi lima tingkat itu.
“Assalamualaikum.
Saya Nuha Alwani wakil dari Rosella Advertising.
Saya ada buat appointment dengan
Encik Amraz.”
“Waalaikumusalam.
Sebentar saya buat semakkan dulu.”
“okay.”
“Cik
Nuha Alwani. Encik Amraz dan Encik Harraz sedang tunggu cik di bilik tamu
tingkat 3.”
“Terima
kasih.”
Nuha mengaturkan langkahnya semula masuk ke
perut lif. Sebaik melangkah keluar dari perut lif, dia terus mencari bilik tamu
yang dikatakan oleh cik penyambut tetamu tadi. Tiada sesiapa pula yang
lalu-lalang di sini untuk ditanya. Kiri dan kanan nampak dinding aja. Tak
jumpa-jumpa pintunya. Nuha menggaru kepala yang bertudung litup.
“Kalau
aku tahu sesat macam ni aku minta tolong pak guard kat tingkat bawah tadi tunjukkan arah.” Desis hati kecilnya.
Nuha
menarik nafas panjang.
“Aku
kan ada nombor telefon bimbit Encik Amraz tu. Kenapalah bodoh sangat aku tak calldia terus.” Nuha mengetuk-ngetuk
kepala sendiri.
“Cik…”
Telefon
terlepas dari tangannya.
Terkejut
dia dicuit dari belakang begitu.
“Jangan
cuit-cuit saya begitu. Nasib baik saya ni takde lemah jantung. Kalau tak padam terus saya.”
Amraz
senyum.
“Cik
ni… Cik Nuha Alwani kan?”
“Ya,
saya.”
“Setengah
jam saya dan Harraz tunggu cik. Ingatkan tak datang tadi.”
“Encik
Amraz.”
“Ya,
saya…”
“Maaflah
saya terlambat. Saya tak sempat nak maklumkan pada Encik Amraz yang saya datang
lewat sedikit.”
“Tak
apa. Marilah.”
“Emmm…
kita nak ke mana? Bukan kita nak berbincang di bilik tamu?”
“Harraz
dah panas punggung tunggu Cik Nuha. Dia sudah melepak di kafe di bawah tu.”
“Okay-okay.”
Nuha
menuruti langkah Amraz.
“Err…
Encik Amraz.”
“Ya,”
“Mooddia okay tak?”
“Okaylah
kut?”
Okaylah
kut? Rasanya bunyi macam lebih kepada
tak okay. Berdebar-debar hati ni. Dia mesti buat sampai Harraz Aryan tu
bersetuju.