FAIL-fail di tangan sudah jatuh
bertaburan atas lantai. Telefon bimbit masih melekat pada telinga. Tangan
kirinya laju memungut semula fail-fail tersebut.
“Iyalah
mak. Along tahu. Nanti along bagi tahu pada adik.”
“Jangan
lupa kain pasang 3 helai seratus ringgit tu? Makcik Wok tu dah membebel pada
mak dah.”
“Iya-iya.
Along tak lupa kali ni.”
“Pesan
sekali pada Syahin jika along jumpa buah hati along tu. Mak dia mintak
sampaikan pesanan. Syahin dah lama tak balik menjenguk ke kampung.”
“Mak…
along pun dah lama tak jumpa…”
Tup!
Talian terputus.
Nuha
melepaskan nafas panjang memandang telefon bimbit di tangan. Aiseh, bateri
habis.
“Nuha!”
Suara Puan Ramona sudah bergema di bilik mesyuarat.
Perempuan
seorang ni tahu nak memekik saja. Macamlah telinga aku pekak sangat. Nuha
merengus dalam hati. Susah kalau bekerja dengan majikan yang selalu ‘datang
bulan’ ni. Nasib badan.
Nuha
bingkas melangkah ke bilik mesyuarat.
“TIGA tahun along kerja dengan Puan Ramona
tu. Takkan masih berada ditakuk lama
lagi kut. Along pun ada talent apa. Jangan jadi mangsa ‘buli’
Fiona perasan bagus tu.” Komen Naurah adiknya ketika mereka makan tengahari
bersama.
“Takperlah. Belum sampai rezeki along lagi.”
“Hm!
Apa citer pulak dengan abang Syahin? Masuk
ni dah 10 kali tak jadi masuk meminang along. Alasan sama lagi ke?”
Naurah
sudah buka cerita pasal Syahin pula. Nuha menggaru tudung di kepala.
“Dia
sambung kontrak lagi tiga tahun.”
“Apa?
Lagi tiga tahun. Dia ingat along ni tunggul kayu.”
“Takper.Along sanggup tunggu.”
“Along
ni setia sangatlah. Tak reti nak
cemburu langsung. Kalau adik tengok gambar Abang Syahin berkepit dengan artis
perempuan dalam majalah tu dah lama adik meroyan. Along boleh steady lagi.”
Nuha
ketawa.
“Along
masih percayakan dia.”
“Along…
Abang Syahin tu buaya okay. Macam dalam drama PlayboyItu Suami Aku, King
of Crocodile. Kalau adik salah menyebutnya sila betulkan.”
Menggeleng
kepala Nuha.
“Gossip-gossip ni tak boleh percaya
sangat.”
“Along…
pada adiklah kan, species segala
buaya ni memang tak boleh dipercayai. Masa belum popular dulu memanglah dia
sayangkan akak, sekarang dah popular kak. Teman wanita mesti keliling pinggang.”
“Nuha…”
Panggilan singkat itu menyentak lamunan Nuha.
Nuha
menoleh. Bola mata berwarna coklat itu memandang lelaki yang sudah tegak
berdiri dengan wajah agak tegang.
“Syahin.”
Bibirnya menguntum senyuman sebaik menatap wajah yang dirindui itu. Jarang
sekali Syahin ada masa untuk bertemu dengannya kini. Sibuk dengan pengembaraan
drama sana sini katanya,
Syahin
menarik kerusi.
“Kan
saya dah cakap kalau nak bertemu tunggu call
or messagedari saya dulu.” Keras bunyi nada suara Syahin.
“Tunggu
call or message awak tak
sampai-sampai. Busy sangat awak.”
Balas Nuha tenang.
Serba
sedikit Nuha berkecil hati dengan sikap Syahin yang adakala dingin dengan dia.
Namun dia cuba bersangka baik pada Syahin. Mungkin Syahin stress dengan kerja.
“Awak
pun tahu kerja saya tak menentu. Tolonglah faham.”
“Saya
faham.”
“So…”
“Saya
akan tunggu call dan message awak dulu.”
“Good. Sorry Nuha. Bukan saya nak
marah-marah awak. Saya sedang hangin sedikit.”
“Pasal
Harraz Aryan ke?” Nuha terus menembak. Sejak Syahin berada dalam industri lakonan
ini, saingan ketat Syahin adalah Harraz Aryan pelakon dan model kacak kegilaan
ramai.
“Siapa
lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu.”
“Dia
memang bagus apa.”
“Nuha…”
Jelingan maut Syahin tidak mendatangkan sebarang efek pada Nuha.
“Saya
tak nafikan dia memang bagus.”
“Ah,
takdelah bagus mana.”
Syahin
mencebik seraya menyilangkan tangan.
“Walau
pun dia tak bawa watak hero tapi watak villain
dia memang the best.”
“Oh,
Nuha suka dialah.”
“Suka
tengok lakonan villain dia aja.”
“Jangan
awak pulak jatuh hati sudah.”
Nuha
ketawa kecil. Ada nada cemburu di situ. Terkaan Naurah tentang Syahin meleset
sama sekali.
“Kalau
saya jatuh hati pada dia pun apa salahnya. Saya singlelagi.”
“Nuha!”
Syahin
membeliakkan matanya. Tidak senang dengan kata-kata Nuha. Nuha tu nampak saja
seperti gadis lurus bendul tapi dalam diam ada juga ‘akal’nya tak dijangka.
“I’m joking.”
Perbualan
mereka terhenti sebaik Syahin menerima panggilan telefon. Syahin menjauh ketika
menjawab panggilan tersebut seperti tida mahu Nuha memasang telinga.
Telefon
bimbit dimasukkan semula ke dalam kocek seluar.
“Saya
kena gerak sekarang. Ada shooting di
Wangsa Walk Mall.” Syahin sudah mengaturkan langkah dan melolos masuk ke dalam
keretanya.
Nuha
turut bangun dan mengejar langkah Syahin.
“Syahin…
sekejap!”
Tidak
sempat Nuha mahu menahan kereta Syahin sudah memecut laju. Nuha melepaskan
keluhan kecil. Dia lupa mahu menyampaikan pesanan emak Syahin.