Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
40,396
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

HARRAZ terduduk di atas kerusi dengan wajah agak lesu. Ada beberapa babak yang terpaksa berulang-ulang dilakukan semula kerana pelakon wanitanya terlupa dialong dalam skrip. Nuha

mendekati Harraz. Dia hulurkan segelas air kosong kepada lelaki itu.

“Awak nampak tak okay?”

Harraz mengangkat wajahnya.

“Saya okay.”

“Tipulah.” Nuha menyilangkan tangan. Dia nampak langkah Harraz agak terhuyung-hayang tadi. Langkah tidak stabil.

Harraz menghela nafas kecil. Spontan telapak tangan Nuha melekap pada dahi Harraz. Serentak itu dia menarik tangannya semula.

“Panas.”

“Panas sikit aja.”

“Awak juga kena kesiankan tubuh badan awak.” Suara Nuha agak meninggi.

Harraz senyum.

“Dah lama saya tidak kena marah begini.”

“Maaflah jika mulut saya ni bising macam mak nenek sikit.”

Harraz senyum lagi.

“Harraz! Kita dah boleh ready untuk scene tu semula!” Suara selaku pengarah drama tersebut memanggil.

“Okay.” Harraz bangun dari duduk.

Lelaki itu berlagak seperti tidak apa-apa. Nuha mengebam bibir.

Dalam kesibukkan menjalani penggambaran, Nuha lihat Harraz tidak meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Lelaki itu menunaikan solat di tempat yang tertutup. Sejuk perut ibu Harraz mengandung kerana memiliki anak yang menjaga tiang agamanya.

Pada Nuha, pelakon bernama Harraz Aryan itu berimej bersih. Tiada kontroversi hangat melanda lelaki itu. Tidak nampak lelaki itu berpelukan bergambar artis wanita sana-sini. Lelaki itu menjaga batasnya. Adegan-adegan lakonannya juga lebih kepada aksi. Barangkali Harraz mencari watak yang bersesuaian dengan dirinya. Tanpa sedar dia membandingkan Harraz dengan Syahin.

“Esh, tak baik betul aku. Baik buruk Syahin aku sepatutnya terima. Dia orang yang aku sayang.” Hati kecil Nuha berbisik sendiri.

“Okay, cut!” Pengarah berpuas hati dengan babak berkenaan.

Harraz menarik nafas lega.

Dia mula tercari-cari Nuha. Nuha sudah tiada di lokasi penggambaran. Ke mana pula gadis iu menghilang? Harraz berasa kepala berpinar-pinar. Panas badannya terasa membahang. Dia kembali bersandar pada kerusi.

“Maaf… saya menghilang sebentar.”

Nuha muncul di belakang Harraz.

“Awak ke mana tadi?”

“Beli ubat untuk awak.” Nuha menayangkan plastik farmasi di tangannya. Mujur saja ada

farmasi berdekatan.

“Tak menyusahkan awak ke?” Harraz bersuara rendah.

Nope. Selaku sebagai P.A awak, so memang sudah menjadi tugas saya.” Nuha tersenyum sahaja. Mungkin dia hanya P.A satu hari kepada Harraz tetapi tugas yang diamanahkan dia perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan kerana kontrak tersebut.

“Terima kasih Nuha.”

“Sama-sama. Awak rasa sakit tekak kan? apa kata awak telan strepsilsni.” Nuha menghulurkan satu pek strepsilskepada Harraz.

“Lepas habis shooting ni, kita pergi klinik.” Nuha menyambung kata.

“Baiklah Cik Nuha.”

Kali ini Harraz terpaksa menurut kata.

Harraz perlu menyudahkan tiga babak lagi untuk pengambaran drama tersebut sebelum menamatkan sesi untuk tugasnya hari ini. Dari Kuala Lumpur ke Shah Alam untuk pengambaraan bukan jarak yang dekat. Kalau terpaksa tempoh jam memang lewat sampai KL.



MAGHRIB menghampiri ketika mereka keluar dari lokasi penggambaran tersebut. Nuha bertindak mengambil tempat pemanduan. Harraz tidak terata apa melihat kerlingan tajam Nuha. Dalam keadaan Harraz yang demam, lelaki itu lebih merbahayakan keselamatan jika dibenarkan memandu.

“Singgah masjid berdekatan. Saya nak solat Mahgrib dulu.” Pinta Harraz.

“Kita singgah masjid Shah Alam untuk solat.”

Harraz mengangguk.

Usai solat mereka meneruskan perjalanan. Harraz bersandar lesu. Walaupun dia sudah menelan dua pil panadol siang tadi demamnya masih belum.

Nuha mencari-cari klinik 24 jam yang berdekatan. Dia memandu dengan kelajuan yang sederhana.

Harraz sudah memenjamkan mata di sebelah. Dalam keadaan yang tidak sihat pun lelaki itu masih bersikap professional dalam kerjanya. Kalau dilihat ketika Harraz berlakon tadi tidak kelihatan seperti dia sedang demam.

Nuha merenung lelaki itu di sebelah. Hatinya tersentuh. Kesian. Jelas nampak kepenatan pada wajah Harraz. Jadual Harraz kerap kali padat. Itu yang pernah dinyatakan oleh Amraz.

Nuha meletakkan ear phone di telinga. Dia cuba menghubungi Amraz. Liat pula lelaki seorang ini mengangkat telefonnya. Tidak seperti selalu. Baharu pukul 8.00 malam, masakan sudah masuk bilik tidur.

“Awak takkan dapat hubungi dia. Dia sedang ber ‘dating’ dengan bakal pak dan mak mertualah tu.” Suara Harraz mengejutkan Nuha.

Ingatkan lelaki itu tertidur. Harraz macam tahu-tahu pula dia ingin menghubungi Amraz.

“Bakal pak dan mak mertua?”

“Sesi soal kenal.”

“Oh,”

Nuha sudah mengerti maksud Harraz.

“Lepas ke klinik kita terus pergi makan. Cari saja restoran berdekatan. Perut saya lapar.”

“Saya pun lapar juga ni.”

Perutnya hanya diisi dengan biskut chips more dan air kosong. Itu ketika mereka terperangkap di dalam di dalam lif. Mana kenyang makan biskut beberapa ketul itu. Dia kena cari nasi.

“Awak nak makan apa? saya belanja.”

“Emmm… tak kisahlah. Janji halal dan mengenyangan perut saya.”

“Kalau begitu, saya ikut saja restoran yang awak pilih.”

Senyuman Harraz masih manis bergula. Kalau ditambah dengan susu lemak berkrim pasti akan disukai ramai.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.