“ASSALAMUALAIKUM…” Suara ala lunak manja
itu membuatkan Harraz memusingkan tubuhnya. Seraut wajah membalun pandangan.
Menghentam hati dengan paluan kencang. Harraz terpana sebentar.
Gadis
manis bertudung shawls itu melukiskan
senyuman di bibir. Nampak santun orangnya. Amraz turut berdiri di sisi gadis
tersebut.
“Waalaikumusalam.”
Harraz membalas. Dia pernah bertemu dengan gadis itu sebelum ini.
“Maaf
sebab buat Encik Harraz menunggu lama.” Ucap Nuha lagi.
Harraz
memandang ke arah Amraz.
“Cik
Nuha Alwani dari Rosella Advertising.”
Amraz memperkenalkan Nuha kepada Harraz.
“Em.”
Harraz seperti tidak berminat dengan sesi perkenalan antara mereka.
Riak
muka Harraz nampak tegang. Nuha menelan air liur berkali-kali. Keyakinannya tidak
boleh luntur ketika ini. Kalau dia mengalah, maka dia akan dibuang kerja.
“Silakan
duduk Cik Nuha. Kita berbincang sambil minum-minum.” Jemput Amraz ramah.
“Makan
dan minum bayar sendiri.” Harraz menokok.
Nuha
mengerling lelaki itu. Macamlah dia terhegeh-hegeh pinta dibelanja makan dan
minum. Dia ada duit, tahulah dia membayar sendiri.
“Jangan
ambil hati.” Amraz berbisik.
Nuha
masih tersenyum. Senyumannya masih manis bergula. Mungkin Harraz sedang menguji
sekebal mana ketahanan pada hatinya.
“Tekak
saya masih basah lagi. Perut saya masih kencang lagi.” Nuha membalas selamba.
“Okaylah,
rasanya lebih baik kita terus ke topik utama kita.” Amraz segera mencelah
sebaik menyedari air muka Harraz mula berubah.
“Saya
rasa Encik Harraz dan Encik Amraz sudah tahu tujuan temujanji ini. Pihak klien
kami telah menyediakan kontrak untuk satu iklan komersil yang memerlukan
khidmat dari Encik Harraz. Iklan tersebut…”
“Saya
tidak berminat.” Tidak habis Nuha menerangkan Harraz sudah memintas.
Agak
dah! Mesti dia menolak.
“Encik
Harraz tawaran yang diberikan amat lumayan. Scene yang diberikan pun...” Nuha
masih bersabar.
“Maaf
saya tidak berminat. Cari muka lain untuk model iklan tu.” Harraz menolak
mentah-mentah.
“Cakah (Sombong).” Nuha terlepas cakap.
Segera dia menekup mulut.
“Awak
cakap apa tadi?” Jelingan tajam Harraz terus menikam ke muka Nuha.
Nuha
tersenyum.
“Saya
cakap apa ya tadi.”
“Cakah. Apa cakah tu?”
Lega.
Nasib baik Harraz tidak tahu bahasa Banjar
yang disebutnya. Dia berasal dari perak tetapi emaknya ada keturunan Banjar.
Serba sedikit dia belajar bahasa itu dari emak.
“Saya
ada cakap ke? Rasanya takde. Betul
tak, Encik Amraz?”
Amraz
hanya mengangguk.
Harraz
tahu dia tak salah dengar tetapi dia tidak mahu memanjang cerita.
“Simpan
aja tawaran dari klien awak tu. Saya tidak berminat nak berlakon dalam iklan
walaupun ditawarkan emas satu gunung.”
Harraz
bingkas bangun.
Nuha
mengebam bibir. Asal mamat ni tak mahu terima agaknya. Rasanya iklan tu tidaklah
teruk mana. Bukannya iklan tak senonoh pun.
“Encik
Harraz… baca dulu kontrak yang disediakan. Saya tak iklan ni tidak membawa sebarang
pulangan kepada Encik Harraz? Kalau soal waktu shotting tu kita boleh
bincangkan agar tak bertindih dengan jadual shotting Encik Harraz yang lain. ”
Nuha
tidak berpuas hati dengan cara Harraz menolak. Tiada langsung alasan kukuh
diberikan.
“Amraz…
kita gerak sekarang. Aku ada shooting
pukul 3.00 petang ni.” Harraz bangun dan menjeling ke arah Amraz.
Jelingan
Harraz sudah cukup memberikan isyarat kepada Amraz. Amraz hanya
tersenyum-senyum.
“Maaf
Cik Nuha. Kami minta diri dulu.”
Amraz
turut bangun dari duduknya.
“Encik
Harraz Aryan… saya tidak akan berputus asa lagi. Awak akan berlakon dalam iklan
tu!”
“Whatever!”
Harraz
dan Amraz berlalu.
Macam
itu saja dia tamatkan sesi temujanji mereka. Nuha merengus kecil. Geram
bercampur sakit hati.
“Takpe, kau tunggu dan lihat. Kau akan sain
kontrak iklan tu jugak nanti. Nuha Alwani tidak mudah goyah dengan mudah sekali.”
“HARRAZ… dia takkan berputus asa pujuk
kau.” Suara Amraz ketika mereka berada di dalam kereta.
“Dia
akan mengalah nanti nanti.”
“Kau
ni suka betul uji orang ya?”
Harraz
menarik nafas panjang.
“Aku
ada sebab aku sendiri.”
Harraz
sudah memenggang stereng kereta.
“Kau
tahu apa yang dia maksudkan cakah
pada aku tadi?” Harraz menyoalAmraz.
Amraz
jongket bahu.
“Manalah
aku tahu bahasa apa?”
“Hmm…
Bahasa negeri mana agaknya? Bunyi macam pelik.”
Harraz
menghidupkan enjin kereta.
“Kita
nak ke mana ni? Shooting hari ni kan
dibatalkan.”
“Lepak-lepak rumah aku, main game.”
“Alright. Cantik tu.”