Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,355
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

BENCANTUM kening Damia. Dia mendekati sahabatnya itu yang sedang leka melayari internet di lap-top. Nuha menoleh sebentar, tersenyum sejuring, kemudian tidak mengacuhkan sahabatnya itu. Barangkali ada DVD yang ingin diambil oleh Damia. DVD milik Damia bersusun kemas di rak seperti novel.

“Nuha…” Damia menyentuh bahu sahabatnya itu.

Nuha menoleh. Tangan kanannya masih ligat memainkan mouse.

“Kau serius ke nak jadi P.A mamat tu dalam satu hari?”

Tangannya diam mendadak.

“Aku seriuslah.”

Senyap. Mata mereka saling bertentangan. Damia menggeleng perlahan. Kemudian dia tersenyum.

“Kau tak takut terjatuh dengan dia?”

Nuha tergelak kecil dengan soalan Damia itu.

“Aku takkan menduakan Syahin.”

“Hey, sahabat… tak salah pun kalau kau jatuh cinta pada lelaki laki lain. Kau dengan

Syahin bukannya ada apa-apa ikatan lagi. Orang bertunang pun boleh putus tahu.” Damia mencuit hidung kecil Nuha.

“Aku tetap setia pada Syahin. Tapi jika kami dah tak berjodoh, aku tak boleh nak salahkan takdir.”

Nuha masih percayakan Syahin. Suatu masa nanti Syahin pasti akan melamarnya juga. Dia perlu bersabar menanti saat bahagia untuk bersama Syahin.

“Syahin tak ajak kau nikah. Korang dah bercinta bukan setahun-dua. beb.”

“Emm…” Nuha meletakkan jari telunjuknya pada dagu.

“Takde lagilah tu.”

“Takpe. Aku sedia menunggu dia.”

Damia menarik nafas panjang. Dia bingkas duduk di sisi Nuha. Tangannya merangkul bahu Nuha.

“Moga-moga setia kau berbaloi. Dan jangan lupa, suka dan duka kau kongsikan pada aku. Aku akan setia mendengar raungan kau nanti.”

Sahabat sejati seperti Damia memang sukar untuk dicari.


ARTIS popular seperti Harraz hanya memakai kereta Proton Gen2 sahaja. Low profile juga lelaki ini. Terkebil-kebil Nuha melihat Harraz membuka bonet keretanya. Harraz sedang memeriksa enjin kereta. Lelaki itu cukup santai dengan kemeja yang lengan berlipat hingga ke siku. Rambut hitam pekatnya disikatkan ke belakang. Sehelai-dua anak rambutnya terjuntai di dahi.

Jantungnya pula kian berdengup kencang apabila Harraz mengalihkan wajah ke arahnya. Macam nak terjatuh cinta pula dengan lelaki ini? Nuha senyum sendiri.

Harraz meletakkan beg yang dibawa ke tempat duduk belakang. Kemudian melangkah masuk ke perut kereta. Pintu kereta di sebelah dibukakan dari dalam untuk Nuha.

“Masuk!” Arahnya.

Nuha menurut tanpa banyak bicara. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari beg tangannya. Jadual kerja Harraz yang diberikan oleh Amraz.

Harraz memerhati gelagat Nuha. Sempat matanya menjeling wajah Nuha di sisi. Wajah comel manis itu tenang, sesekali berkerut seperti berfikir sesuatu.

“Padat jugak jadual awak bekerja. Pukul 10.00 pagi ni awak ada show talk satu jam di TV kemudian pukul pukul start12.00 tengahari awak ada shooting sampai malam. Dua lokasi pula.”

Nuha menoleh ke arah Harraz.

Harraz terbatuk-batuk kecil. Tekaknya berasa agak perit sedikit. Dia memandu sambil memengang lehernya.

“Awak nampak macam tak sihat aja?” Nuha menyambung kata.

“Saya tak apa-apa.”

“Kalau tak sihat batalkan jadual untuk hari ini. Kita ke klinik buat check-up. Takut-takut awak kena demam ke?”

“Saya okay.”

“Betul ni?”

Yeap.”

Harraz mengukir senyuman. Terpana seketika Nuha. Senyuman itu tidak kelihatan seperti senyuman palsu.

Setengah jam kemudian mereka sudah berada di lokasi stesen televisyen untuk program temubual bersama Harraz. Nuha membuka pintu belakang kereta. Dia mengangkat beg milik Harraz.

“Berat.” Desis hatinya. Entah apalah isi di dalamnya.

Harraz merapati. Dia merampas beg dari tangan Nuha.

“Saya boleh bawa sendiri.”

“Tapi…”

Harraz mengerling sekilas jam di tangan tanpa mengendahkan Nuha. Dia mengaturkan langkah. Nuha menarik nafas panjang mengekori langkah panjang Harraz. Dalam hati mengutuk diri yang seakan tidak berfungsi sebagai P.A satu hari kepada Harraz.


NUHA dan Harraz saling membisu di dalam lif. Wajah Nuha sudah merah udang. Dia cukup malu kerana hampir merosakkan rancangan temubual Harraz sebentar tadi. Harraz meminta maaf bagi pihaknya. Dia bukannya sengaja mahu menimbulkan masalah.

Tiba-tiba lif yang dinaiki mereka berhenti secara mengejut. Mereka tersangkut di dalam lif. Nuha mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon dilekapkan pada telinga. Dia mengeluh kecil. Tiada line dapat disambungkan.

“Nampaknya kita kena tunggu orang selamatkan kita.” Harraz bersandar.

“Harap-harap begitulah.”

“Benda dah nak jadi. Jangan terhempas sudah.”

“Mulut awak cabul betul.” Marah Nuha.

Harraz senyum kecil. Sengaja dia menakutkan Nuha.

“Saya lapar. Awak ada apa-apa untuk dimakan. Macam biskut ke?” Dia lupa untuk bersarapan pagi. Perutnya masih kosong.

Nuha angguk. Kebebetulan ada sebungkus biskut Oreo di dalam beg tangannya. Segera dia membuka zip dan mengeluarkan sebungkus biskut Oreo lalu dihulurkan kepada Harraz.

Harraz pandang wajah Nuha tidak berkelip.

“Oreo…”

Nuha angguk lagi dan tersenyum. Lantas dia membukakan plastik bungkusan biskut Oreo itu untuk Harraz. Sebotol air mineral turut dikeluarkan dari beg tangannya itu.

“Macam beg Doraemon beg tangan awak ni.”

Nuha ketawa kecil.

“Sebab tu beg tangan saya ni bersaiz besar. Dan dalam beg ni memang sentiasa ada biskut dengan air mineral sekali.”

“Oh. Tak kisah saya habiskan biskut Oreo awak.”

“Takpe. Saya ada yang ni.”

Sebungkus biskut Chips more ditayangkan pada Harraz.

“Chips more.” Harraz jongket kening.

“Saya sukakan Chips more.”

Harraz senyum meleret. Harraz terbatuk-batuk kecil lagi.

“Awak… muka awak nampak pucat sedikit.”

“Saya tak apa-apa.”

“Awak… awak tak sihatkan?”

Harraz menggeleng-geleng.

Nuha ketap bibir. Tak nak mengakulah tu. Lif bergerak semula. Kedua-duanya menarik nafas lega.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.