Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,653
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 20

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 20)

Hendak bangun untuk solat subuh sebenarnya tetapi rasa letih sangat. Ketika bangun dia tersepak beg pakaiannya yang diletakkan di bawah kakinya. Oleh kerana mahu selamatkan perutnya dari terkena lantai, dia segera menahan kedua belah tangannya. Tangan kanan terpelecok menahan badannya akibatnya tangan kanannya terseliuh. Berdetup bunyinya. Aduh, sakit...

Dia cuba untuk bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Sakit tangan membuatkan dia cepat-cepat mengambil air solat dan segera menunaikan solat subuh.

Rasa sakit semakin nyilu. Diambilnya minyak gamat, lalu disapukan ke pergelangan tangan. Dirasanya perutnya sendiri. Mula lah rasa takut. Takut sesuatu yang buruk menimpa anakanda kesayangannya ini. Terus dia menghubungi Tengku Izraf Akif di istana. Telefon tiga kali baru lah di angkat. Hello pun tak, salam pun tak. Mesti masih marah. Campur berita ini lagi lah marah.

Zara Irdina kembali menutupkan telefon. Dia tidak berani memberitahu hal sebenar kepada suaminya itu. Nanti lagilah marah. Lambatnya nak pukul 8.00 pagi, sebab dia mahu ke klinik membuat pemeriksaan saja.

Tetapi sejak dari tadi sakit tangan saja. Dekat tempat-tempat lain semuanya okey lah. Janganlah terlalu cemas sangat, Zara Irdina. Semuanya dalam keadaan selamat lah. Kecuali sakit di perut atau pun pinggang, itu yang menakutkan. Ini tak ada masalah pun.

Kalau pergi buat pemeriksaan kat klinik, nanti lagi lah kecoh. Tinggal tiga hari lagi nak kahwin tetapi aku sudah mengandung, macam mana? Lagi lah isu panas di sini nanti.

Tengah berfikir lagi apabila jendelanya di buka orang. Suaminya itu muncul dengan muka yang masam yang teramat. Tangan kanannya sudah mula berwarna merah dan bengkak. Mahu disembunyikan dari pengetahuan suaminya tetapi suaminya itu menarik tangannya. Tengku Izraf Akif melihat tangannya yang bengkak dan sudah merah.

“sakit lah!”ujarnya menahan kesakitan

“Cepat kita pergi ke klinik!” ajak Tengku Izraf Akif.

“Tangan saja lah sakit!” beritahunya

“Sebab bantah dan degil lah yang jadi macam ini!” kata Tengku Izraf Akif.

“Apa?” tengking Zara Irdina. Ada kaitan ke sebab aku buat bantahan semalam?

“Cepat sikit!” gesa Tengku Izraf Akif.

Lambat-lambat Zara Irdina mengambil pakaiannya dan masuk ke bilik air. Menyalin pakaian lalu muncul semula di hadapan suaminya.

Dalam perjalanan pun tidak bercakap, balik pun macam itu jugak. Doktor cakap tak ada masalah, semuanya selamat.

“Sebab nak selamatkan baby, awak tahan dengan tangan awak kan?” kata Doktor Azie sambil membalut tangannya. Zara Irdina tersenyum saja. Tetapi Tengku Izraf Akif amat marah mendengar semua itu. Ini padahnya lawan cakap aku. Walaupun tak jadi apa-apa tetapi tetap panas hati.

“Sayang sangat kat dia kat dalam nie,” beritahu Zara Irdina sambil memandang wajah suaminya yang masin tidak bersuara.

“Semua ibu akan buat perkara yang sama lah, Zara!” balas Doktor Azie. Tak kut. Sebab Sharifah Kamariah tak sayang pun aku. Teringat Sharifah Kamariah tiba-tiba. Hati pun rasa sudah tidak bahagia.

“Mak mana yang tak sayangkan anak, tambahan lagi anak hasil dari hubungan dengan kekasih hati..,” dia hanya tersenyum saja.

“Berani awak berdua yer.. tak menikah, tapi simpan anak macam ni..,” tuduh Doktor Azie. Sudah dapat meneka tadi.

“Simpan rahsia kita orang yer..,” pesan Tengku Izraf Akif terus bangun dan membawa isterinya keluar. Itu ayat pertama yang keluar dari mulut suaminya sebelum dia menguncikan bibirnya.

“Benda kecil pun nak marah ke?” soal Zara Irdina ketika sudah sampai di rumahnya. Depan pintu rumah sekarang.

“Kecil kau kata? Besar bagi aku lah. Sebab melibat kau dan anak aku!” jawabnya. Tengku Izraf Akif tidak mahu benda-benda seperti ini menimpa isteri dan anaknya. Mujurlah tak ada apa-apa. Sebab dia tidak sanggup kehilangan zuriat pertama ini.

“Sikit saja lah!”

“Yang sampai terseliuh tangan tu kenapa. Nak tunjuk berani? Ini mesti nak tahan perut dari jatuh kat lantai..,” tuduh Tengku Izraf Akif.

“Benda nak jadi lah. Aku pun tak minta benda ini semua!”

“Kau bantah cakap suami kau. Aku dah cakap nak jaga kau, nak jaga Shah. Habis tu kau tolak? Tak nak tidur di istana lah, apa lah. Ini akibatnya kan?”

“Tak ada kena mengenalah,” tepi Zara Irdina.

“Sesuatu yang berlaku tentu ada sebabnya. Isteri lawan cakap suami, anak lawan cakap mak dan ayah. Ingat semua tu nak jadi tanpa sebab ke?” bukan nasihat ini, bukan juga teguran tetapi kebimbangan yang amat sangat.

Daun pintu terbuka. Wan Aisyah muncul dengan senyuman. Tidak tahu menahu apa yang telah berlaku.

“Pergi mana pagi-pagi ni?” soal Wan Aisyah. Puas dicarinya Zara Irdina di bilik tadi tetapi tiada.

“Mama, tengok tangan dia lah, terseliuh sebab terjatuh kat bilik!” jawab Tengku Izraf Akif terus masuk ke dalam rumah

“Laaa.. bakal pengantin dah cacat ni..,” ujar Wan Aisyah. Berkerut dahinya. Zara Irdina nie kau macam-macam hal lah sekarang.

“Nak sarung cincin kahwin pun dah tak boleh lah, mama!” jawab Tengku Izraf Akif. Dengan Wan Aisyah dia tidak boleh bermasam muka atau tidak mahu bertegur sapa, kerana dia menghormati mama angkat Zara Irdina itu. Lagipun dia bukan marah Wan Aisyah pun. Marah isterinya yang degil di sebelahnya ini.

“Balut dekat pergelangan tangan lah, mata kau buta kut!” balas Zara Irdina lagi.

“Sudah lah tu, syukur alhamdulillah, sikit saja tu. Akif dah beritahu Zara?” balas Wan Aisyah. Dia orang nie kalau tak bergaduh sehari, bukan nama Akif dan Zara lah jawabnya. Bergaduh ini perkara biasa bagi dia orang ini. Kalau tak bergaduh, itu yang nampak peliknya. Macam mana lah kalau dah kahwin esok yer.

“Tak pun mama!” jawab Tengku Akif. Zara Irdina bukan setuju semua itu.

“Apa mama?” soalnya.

“Petang nanti sebelum mahgrib, ada upacara mandi bunga tujuh tempayan, malam nanti ada majlis berinai pula!” beritahu Wan Aisyah. Kehendak Tengku Cempaka yang mahu mengikut adat. Wan Aisyah hanya menurut saja. Semua ini tidak sempat dibincangkan dengan Zara Irdina kerana Zara Irdina tiada di sini.

“Hah??” terkejut Zara Irdina. Hari itu dah beritahu Tengku Akif, tak mahu ikut adat dan protokol, cukup lah akad nikah dan kenduri kahwin saja. Ini sudah terlebih. Dengan mandi manda berbagai ini.

“Mak Engku yang nak semua ini. Majlis berinai tu ada tiga semuanya, malam nanti sekali. Malam besok sekali, selepas akad nikah sekali. Sebelum akad nikah ada majlis khatam al quran. Akif pun kena khatam al quran juga, bukan setakat Zara!” jelas Wan Aisyah. Banyaknya majlis, siap dengan berbagai-bagai nih. Zara Irdina menjeling ke arah suaminya. Dia pula yang naik marah.

“Mandi seorang ke dengan Akif?” soal Zara lagi. Selalunya kalau ikut adat, mandi dengan tunang lah, tetapi sekarang dia orang sudah jadi suami isteri.

“Mandi berdua lah!”jawab Wan Aisyah.

“Zara tak nak lah, mama!” jawabnya kuat.

“Ini permintaan bonda Akif lah,” jawab Wan Aisyah. Wan Aisyah tahu Zara Irdina tidak suka semua ini sejak dari dulu lagi, tetapi apa boleh buat. Tengku Cempaka pun berhak untuk melakukan semua ini untuk anaknya.

“Kalau kau tak nak, batalkan saja majlis kahwin ini senang cerita. Semua tak nak. Asyik nak ikut dia saja!” sampuk Tengku Izraf Akif mengejutkan Wan Aisyah yang sedang mendengar.

“Batal pun batal lah apa aku kisah!” balas Zara Irdina membuatkan hati Tengku Izraf Akif semakin sakit mendengarnya.

“Apa tadi?” celah Tengku Cempaka yang mendengar perbualan antara mereka.

“Batalkan saja semua majlis ini. Dina tak nak buat majlis, tak nak kahwin kut!” beritahu Tengku Izraf Akif, semua yang mendengar tercangang-cangang. Apa sudah jadi ini, sampai nak batalkan majlis perkahwinan ini pula.

“Jangan cari pasal, tiga hari saja dah nak sampai majlis tu, bonda dah atur semuanya lah!” kata Tengku Cempaka pula.

“Kau dah cakap pasal kita kat bonda atau belum ni?” soal Zara Irdina pula. Bukankah semalam dia pulang untuk beritahu hal perkahwinan kami. Berapa kali nak kahwin?

“Belum lah, cadang nak bawa kau tu sekali. Dah kau tu banyak sangat songgehnya!” jawab Tengku Izraf Akif siap menjeling lagi. Mata hidung tu kalau marah semuanya nampak sangat.

“Patut lah pun,” jawab Zara Irdina perlahan. Tengku Cempaka dan mama belum tahu akan perkahwinan kami rupanya.

“Habis, takut aku tak nak bertanggungjawab???” soal Tengku Izraf Akif. Geram sangat dengan sikap Zara Irdina sejak dari semalam lagi. Semalam kalau boleh nak bergaduh dah depan mama. Cuma dia bersabar saja.

“Kau memang tak nak bertanggungjawab kan??” Tuduh Zara Irdina lagi. Lagilah Tengku Izraf Akif bengang dengan kata-kata Zara Irdina.

“Kita batalkan semua majlis, bonda!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan bondanya pulang ke rumah.

Wan Aisyah kebingungan yang amat sangat. Kenapalah jadi macam ini, sedangkan segala urusan dah buat. Jemputan bukannya boleh tarik balik. Kalau tak jadi malu lah keluarga kami. Keluarga Tengku Cempaka lagi. Sekali nak biarkan orang bercakap agaknya. Aduh, sakit kepala lah tiba-tiba hari ini. Hendak bernafas pun tak boleh.

“Zara, kenapa ni?” soal Wan Aisyah perlahan.

“Zara nak berehat lah, mama!” jawabnya sambil menuju ke biliknya.

“Kita orang perempuan lah, cuba belajar mengalah dengan Akif,” pujuk Wan Aisyah. Itu saja yang termampu dia lakukan.

“Akif yang tak nak lah, mama!” beritahu Zara Irdina. Kerana aku lah tadi tu. Bukan ada apa pun. Dia kan bimbang sangat dengan keadaan aku dan anak aku ini, sebab itu jadi macam ini.

“Zara pun mama tengok sama naik dengan Akif. Apa masalah yang sebenarnya ni?”

“Tak ada apa lah, mama!” jawabnya bersahaja.

“Habis, kenapa bergaduh?” soal Wan Aisyah lagi. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.

“Mama bukan tak faham dengan Abang Akif tu?” balasnya.

“Sekarang mama tak faham dengan anak mama sendiri..,” kata Wan Aisyah.

“Hati dia tengah panas, nanti Zara pujuk dia, sejuk lah tu!” jawab Zara Irdina sambil tersenyum.

Hati aku tengah panas juga sebab dia tak beritahu kami sudah pun berkahwin dan aku tengah mengandung anak dia. Susah sangat ke nak cakap? Dia ingat main-main ke semua ini?

Macam mana sekarang? Kalau tunggu dia datang memujuk aku, sampai kiamat lah jawabnya. Aduhai, Tengku Izraf Akif, jangan lah Tengku Iskandar Shah ikut perangai kau nanti. Kasihan dekat kekasih hatinya kelak.

Apakah menjadi satu kerugian andainya dia mengalah dan mengorbankan prinsip hidupnya? Dia tahu suaminya terpaksa menurut kehendak Tengku Cempaka, sebab Tengku Cempaka adalah ibu yang membesarkannya. Bukan kehendak hati suaminya pun. Dia kenal sangat dengan Tengku Izraf Akif.

Turut lah walaupun tak suka.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.