Bab 10

Kesihatan Amir semakin pulih. Emosinya juga semakin stabil. Dia sudah boleh duduk tetapi perutnya masih sakit kesan cucian oleh doktor untuk mengeluarkan sisa ubat tidur yang ditelannya tempoh hari.Syahir datang melawat dan duduk di sebelah katil tempat Amir baring. Kasihan betul Syahir apabila melihat keadaaan rakannya itu.


"Sorry Mir, kalau bukan aku yang bawak kau ke sana mesti kau tak jadi macam ni," Syahir berkata pada Amir dengan nada kesal.


Amir menepuk bahu kawannya dan cuba memujuk, "Bukan salah kau Syahir. Kau tak bersalah langsung dalam hal ni. Aku sendiri yang nak ikut kau kan. So kau dah tak payah fikir lagi pasal benda tu okey? rilekla kita kan kawan..." 


Syahir tersenyum. Lega hatinya apabila Amir berkata begitu. Melihatkan wajah Syahir yang yang masih sugul, Amir cuba pula berseloroh. 


"Weh Syahir, awek seksi malam tadi tu cun jugak, terliur aku dibuatnya. seksi au au... hahahhaha," 


Syahir tergelak besar bila Amir berkata begitu. "Nakal jugak kau ni ya," bisik Syahir dalam hati.


Tiba-tiba seorang nurse menegur mereka, "Dik... Tolong senyap ya.. Gelak tu gelak jugak. tapi ingat ya, ni hospital bukannya disko," Nurse tersebut menegur 


"Err sorry nurse. hehe,'" kata Amir dan Syahir serentak.


Hari itu juga merupakan hari yang sibuk bagi Amir apabila menerima ramai pelawat dalam kalangan pengetua, guru-guru serta peniaga di pasar yang mengenalinya.Mereka semua datang membawa semangat kepada Amir supaya kuat bertahan. Mereka semua adalah keluarganya sekarang. Mereka sangat sayangkan Amir.


Amir dibenarkan discharge setelah empat hari menerima rawatan di hospital. Kesihatannya semakin pulih namun keluarga Mr.Wong tidak membenarkan Amir pulang ke rumahnya lagi. Mereka memaksa Amir untuk tinggal dengan mereka.


Di wad hospital ketika sedang bersiap-siap untuk pulang, 


"Lu tinggal saja dengan kami sampai habis sekolah. Biar kami jaga lu, lagipun lu boleh study dengan Ah Cheng. Lagipun itu tambi ahh banyak malas belajar ohh. bila ada lu saja baru dia mau belajar. Gua mahu lu ajar dia ya," kata Mr.Wong bersungguh-sungguh.


Amir terkejut. "Hah? bila masa uncle panggil Ah Cheng tambi ni?"


"Ehh haiya, gua sudah terpengaruh itu kawan gua yang India tu la," Mr.Wong menggaru kepala. Mereka ketawa dengan nada sederhana. Walaupun berbeza adat, bangsa dan budaya.. Mereka tetap bagaikan sebuah keluarga yang bahagia.


Sejurus sahaja keluar dari hospital, Amir meminta Mr.Wong untuk membawanya ke penjara.


"Uncle, boleh bawa saya ke penjara? Saya dah lama tak jumpa dengan ibu saya," pinta Amir pada Mr.Wong. Mr.Wong bersetuju lalu membawanya ke penjara.


Di penjara, Amir hampir menangis ketika berhadapan dengan ibunya. Tanpa sedar sudah sebulan Amir tidak melawat ibunya kerana terlalu leka dengan perasaannya.


"Ibu, Amir nak minta maaf. Ampunkan Amir ibu," Amir merintih bersungguh-sungguh.


Salmah hanya tersenyum. Kasihan dia melihat anaknya yang merintih menangis meminta ampun. Jika tidak kerana ada cermin yang menghalang mereka, sudah dipeluknya Amir sekuat-kuatnya dan memujuk anak bujangnya yang seorang ini.


"Sudah la tu sayang, jangan menangis lagi, ibu ampunkan kamu, ibu maafkan kamu dunia akhirat," Salmah berkata lembut.


Amir mula menangis tersedu-sedu di hadapan ibunya tanpa mempedulikan lagi tentang maruah seorang lelaki.


"Amir, dengar sini baik-baik. Sebenarnya ibu tahu semua cerita tentang kamu di luar tu. Miss Mary tiap-tiap minggu datang melawat ibu dan dia ceritakan semua yang jadi pada kamu, ibu tahu cerita cinta kamu. kamu menderita bila dipisahkan dan pasal kamu masuk wad pun ibu tahu," 


Amir terkejut dan sangat malu apabila semua rahsianya yang selama ini dia cuba sembunyikan dari ibunya rupa-rupanya telah diketahui oleh ibunya. Niatnya ialah agar ibunya tidak bimbangkan akan dirinya tetapi rupaya 'kantoi'.


"Ibu yang minta Miss Mary jangan rahsiakan apa-apa cerita pasal kamu. Sebagai ibu, ibu perlu tahu walaupun ibu sendiri pun kekadang macam tak sanggup mendengar tentang 'kesakitan' anaknya. Ibu juga yang minta Miss Mary menjaga kamu,"


Salmah berkata lagi, 


"Anakku, macam ni lah. Tentang cinta kamu tu, anggap je itu aturan yang Allah dah tentukan untuk kamu. Allah sengaja ingin menemukan kamu  dengan Sofea malah ujian dalam hidup kamu pun Allah yang tentukan. Cinta tu memang 'gila'. Kamu tengok hidup ibu ni cukup la. Disebabkan cinta pada ayah kamu lah ibu jadi macam ni. Ibu jadi buta cinta sampai masuk ke lembah hina. Cinta patutnya bawa ibu kepada kebahagiaan tetapi cinta tu sendiri yang dah heret ibu ibu ke lembah derita. Jadi kamu jangan salahkan diri sendiri lagi ya Amir," 


Amir menggangguk lemah. Sendunya sudah terhenti cuma sisa-sisa air mata sahaja yang tinggal.


"Kamu masih muda lagi. ibu tak salahkan kamu jika sesekali kamu tersasar. Kamu masih lagi belum cukup kuat dan tiada pengalaman hidup lagi. Tapi belajarlah dari pengalaman dan kesilapan. InsyaAllah doa ibu sentiasa mengiringi kamu. Ibu sentiasa berdoa agar kamu dilindungi dan dipelihara dunia dan akhirat," ucap Salmah dengan panjang lebar.


Kali ini air mata kegembiraan dan syukur pula yang mengalir. Rupanya selama ini doa ibunyalah yang yang menyelamatkannya dari terus tersasar dan kerana doa ibunya juga yang menyelamatkannya dari mati dalam kekesalan.


"Terima kasih ibu," ucap Amir perlahan.


"Apa sahaja yang terbaik buatmu Mir," kata Ibunya lembut sambil tersenyum memandang anaknya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh