Bab 11

Sepanjang berada di rumah Mr.Wong, Amir dijaga dengan baik oleh mereka sekeluarga. Bila tiba waktu makan, Amir akan pergi ke rumah Mak Temah, jiran Mr.Wong yang tinggal bersebelahan rumahnya. Bila tiba waktu solat pula Amir akan mengikut Pak Din, suami Makcik Timah ke masjid berdekatan.


Amir dan Ah Cheng akan belajar bersama-sama dan menghabiskan masa terluang bersama. Sesekali Syahir akan sertai mereka bermain bola atau beriadah di taman tasik. Satu petang, sedang mereka bermain catur di laman rumah, seorang budak perempuan datang berlari-lari ke arah mereka.


"Mei Mei, buyao darao women. Zai qita difang wan (Mei Mei, jangan ganggu kami. main la di tempat lain) Kata Ah Cheng pada budak perempuan tersebut.


"Aii, comelnya dia. Siapa tu Ah Cheng?" tanya Amir sambil tersenyum melihat kecomelan anak cina tersebut. Rambutnya diikat tocang sambil dihiasi riben merah dengan memeluk anak patung kecil.


"Oooo, zhe shi wo de nuren. May May shi ta de mingzi. (Ooo ini adik perempuan saya, Mei Mei namanya) jawab Ah Cheng. Sama seperti papanya, asyiklah tercakap cina dengan Amir. 


"Ah Cheng... Kau pun dah macam uncle Wong dah. Berapa kali dah tercakap cina dengan aku," Amir merungut.


"Aiyaaa, maaf Amir. Aku sudah terbiasa sampai dengan kau sekali aku tercakap cina. haha," kata Ah Cheng.


"Tak pe aku maafkan. Eh? Okey jugak kalau kau ajarkan aku bahasa cina, tak bolehla kau nak mengumpat aku lagi. Bolehlah eh? Janji tau!" kata Amir.


"Haa ok la ok la," Ah Cheng terjerat.


"Haa tu siapa?" tanya Amir semula.


"Itu adik aku," jawab Ah Cheng.


"Adik? Bila masa kau ada adik? Kau tak pernah cakap dengan aku pun," tanya Amir. 


"Oo dia tinggal dengan datuk dan nenek kami di luar negeri. Dekat  negara China. Dulu, nenek sibuk merayu untuk  jaga dia. Dia banyak sunyi sebab berjauhan dengan family.. Tapi sekarang dia sudah tua. Sudah  uzur. Mama aku yang minta Mei Mei balik sini semula. Dia pun rindu dengan anak gadisnya juga," Ah Cheng bercerita untuk menjawab persoalan Amir. 


Amir teranguk faham. Comelnya anak gadis itu tak sama dengan anak lelaki. Kecomelan dan kemanjaannya menyeri dalam keluarga.


Tiba-tiba Amir teringat sesuatu. Anak perempuan Salmah, kakak Amir. Semasa kakaknya dibawa 'pergi', umur kakaknya mungkin dalam lingkungan 12 tahun. Ketika itu dia masih kecil dan cuma ingat yang dia pernah bermain dan berkejaran dengan seorang budak perempuan.


"Haa, termenung apa tu!" Syahir menyergah apabila melihat Amir terkhayal merenung Mei Mei. 


"Ehh mak siti wan kembang kejar engkau!" Amir melatah terkejut. Syahir dan Ah Cheng tergelak apabila melihat Amir melatah.


"Amir, bila masa kau pandai melatah ni. Belum pernah kau melatah. Kau dah tua ehh?" Syahir mengusik.


"Bukan tua. dah expired. hahahaha" Ah Cheng menambah usikan. Mereka ketawa... 


"Hish korang ni, mana ada expired. Aku teringatkan kakak aku ajelah. Korang pun dah tahu dah kan kisah kakak aku. Ntah di mana lah dia sekarang ya. Masih hidup atau dah mati pun tak tahu. apalah nasib dia sekarang ya. Aku pun dah janji dalan hati aku yang aku nak cari dan satukan semula kakak aku dengan ibu aku. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana," 


Syahir mendengar rintihan Amir dengan teliti. Dia juga baru tahu tentang kakak Amir ketika tragedi pembunuhan yang menyebabkan ibu Amir dipenjara dulu. Syahir juga termenung dan berfikir.


Lain ceritanya di sekolah. Pengetua sekolah iaitu Datin Aini membuat satu mesyuarat khas dengan semua guru-guru tingkatan 5. Peristiwa dan kejadian yang menimpa Amir baru-baru ini telah menyedarkan dia tentang satu perkara iaitu mereka sebagai warga pendidik anak bangsa perlu melakukan sesuatu.


Mereka berbincang dan berpakat untuk melakukan satu program khas untuk anak-anak murid yang senasib dengan Amir. Mereka juga bertekad untuk cuba menyelamatkan anak bangsa seramai yang dapat. Satu dalan seribu, separuh dalam semua. Sedapat yang mampu.


Pada satu hujung minggu dan bila Amir tidak bersekolah, Amir akan bekerja di pasar seawal selepas subuh lagi. Bila tugassannya selesai, menjelang tengah hari Ah Cheng sudah tercegat di hadapannya.


"Jom! Teman aku pergi mall. Kau dah habis kerja kan?"  Ah Cheng mengajak Amir seperti sudah tidak sabar-sabar.


Amir tercengang apabila melihat Ah Cheng yang tersengih-sengih macam kerang busuk.


"Aku belum makan la, lagipun aku kena balik mandi dulu. busuk ni," Amir menunjukkan pakaiannya yang kotor dan bau badannya yang disimbahi peluh jantan.


"Ermm okey Amir! Kau balik mandi dulu ya. Cepat tau! Tak payah makan sebab nanti kat Mall aku nak belanja kau makan, cepat tau aku tunggu ni!"


Tak tahulah apa yang Ah Cheng tergesa-gesa sangat menyuruh Amir cepat bersiap. Habis tergopoh-gapah juga Amir dibuatnya kerana Ah Cheng sedang menunggunya.


Setibanya mereka di mall, Ah Cheng membawa Amir ke sebuah restoran yang sederhana mewah tetapi sangat mewah bagi Amir. Amir terasa asing. Nak sesuaikan diri pun payah lagi-lagi bila nak order makanan. Ah Cheng faham dengan keadaan Amir yang terpingga-pinga dan malu-malu kucing itu lalu dia pun membantu Amir untuk order makanan.


Dapatlah Amir merasa makan di restoran yang ada layanan mesra  seperti itu kerana ye la, mana la pernah Amir datang ke tempat-tempat begitu. Lepas makan, Ah Cheng membawa Amir membeli pakaian baru, kasut dan lain-lain.. Pada masa sama juga turut membeli barang keperluannya.


Amir sangat hairan dengan sikap Ah Cheng hari ni.


"Aku hairan lah dengan kau ni, pelik semacam. Dari tadi asyiklah tersengih-sengih macam happy sangat dari tadi," Amir bertanya kehairanan.


Ah Cheng mengeluarkan kad kredit plutonium di poketnya.


"Hoi! mana kau dapat tu? Kau curi papa kau punya ye," Amir terkejut. Ah Cheng tergelak.


"Tak adalah Mir, papa yang bagi aku. Dia la yang suruh aku bawak kau shopping. Tapi yang lagi best bila aku dapat 'tumpang rezeki' kau! Papa aku tu kedekut tau. It's not easy for him to spend his money. Tapi dia dah siap-siap warning aku la. Berapa limit yang aku boleh guna pun dia ada bagitau," Ah Cheng bercerita panjang lebar.


"Ini kira redward dari papa kau la ni ya," Amir bertanya inginkan kepastian.


"Yes Mir! He wants to 'redward' me because he is happy when he sees that I am diligent in studying now. best right?" Ah Cheng menjawab dengan gembira apabila dia dapat membeli barang idamannya selama ini.


"Hmm fasih jugak kau berbahasa inggeris ya Ah Cheng, ni boleh bagi A- ni.hehe," Amir bergurau.


"Hah? A- je? Hmm A- pun A- lah," Ah Cheng menggeleng kepala. Amir ketawa perlahan.


Mereka pun sambung bersiar-siar.. Sedang mereka bersiar-siar, Amir terlihat satu kelibat yang amat dikenalinya seolah-olah sedang mengintip seseorang.. 


"Hoi! Kau intip sapa tu?" Amir menyergah. Syahir terkejut lalu memandang ke arah Amir dan Ah Cheng.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh