Bab 9

"Awak stress?" sapa gadis seksi itu. Solekkannya tebal sehingga melindungi wajah sebenarnya. Amir terdiam. Terkaku sebab tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Gadis seksi tadi cuba menggoda Amir lagi. Dihulurkan segelas air kepada Amir.


"Minumlah, I belanja. You first time ke sini ye," bisik gadis seksi itu. Dia melihat Amir begitu janggal berada di situ. Amir menggangguk lemah dan cuba tersenyum.. Amir menyambut gelas yang dihulurkan oleh gadis seksi tersebut.


"Minum la, hilangkan stress tu," goda gadis itu lagi sambil memandang Amir dengan pandangan menggoda. Amir yang kelihatan 'malu-malu kucing'  itu cuba membiasakan diri.


Sejurus gelas tadi menyentuh bibir Amir, dia seperti tercium bau yang sering diciumnya dahulu. Bau yang dibawa pulang oleh oleh ayahnya. Arak! Bau yang membuatkan ibunya merana kerana dipukul ketika ayahnya mabuk! Amir yang seperti terjaga dari mimpi terus terlepas gelas yang dipegangnya lalu gelas itupun jatuh ke lantai dan pecah berderai.


Malah lebih mengejutkan lagi, dalam kesamaran cahaya di pusat disko itu, dilihatnya wajah gadis seksi tadi seolah-olah jelmaan wajah Sofea. Direnungnya sambil mengalirkan air mata. Amir terus bangun dan berlari mencari jalan keluar.. Dalam kegopohannya berlari, dia telanggar pula seorang lelaki mabuk.


Lelaki itu terhuyu hayang cuba mengimbang badannya tetapi tetap terjatuh apabila dilanggar oleh Amir. Amir yang berasa bersalah cuba membantu lelaki tadi bangun. Apabila terpandang olehnya wajah lelaki itu, jelmaan wajah ayahnya pula yang muncul. Sekali lagi Amir ketakutan.. 


Tanpa arah dia terus berlari mengikut gerak kakinya mencari jalan keluar. Dia tidak menoleh ke belakang lagi..Dia berlari dan terus berlari dan tanpa sedar kakinya sudah membawanya ke pintu rumahnya. Amir menangis semahu-mahunya. Dia meraung sekuat-kuatnya. Dia tidak peduli lagi jika orang sekeliling mendenganya.


"Aku tak tahan lagi! Aku tak kuat!" Amir  merintih sepuas-puas hatinya.


"Sofea. Aku rindu kau Sofea, aku menderita Sofea," rintihannya kali ini perlahan sambil melutut menunduk memandang tanah.


Amir masuk ke rumahnya lalu masuk ke dalam biliknya. Amir cuba berbaring. Dia mahu tidur untuk melupakan segalanya, tetapi gagal. Semakin lama dia cuba melupakan, semakin selalulah bayang Sofea ada di matanya. Tiba-tiba dia teraba satu botol di bawah tempat pembaringannya.


Pil tidur ibunya. Ibunya sering menggambilnya jika dia tidak dapat tidur selama beberapa hari. Amir menelannya dua biji. Dia cuba terlelap namun masih gagal. Ditelan dua biji lagi. Pun masih gagal untuk tertidur. Amir pun telan lagi dan telan lagi sehingga tidak terkira jumlah pil yang sudah ditelannya dan ntah bila agaknya dia akan terlena.


Apabila sudah lena, lenanya terus menjadi terlalu lena, lena yang amat lena. Lenanya tidur Amir sehinggakan dia sendiri tidak sedar bila pula dia akan terjaga. Disaat dia cuba membuka matanya, kelopak matanya seperti terlalu berat seolah-olah digam. Badannya seolah-olah dihempap batu besar. Terlalu lemah dan tidak berdaya.



"Ha yijing yishi dao (Haa sudah sedar)" 

Satu suara yang amat dikenalinya kedengaran dicuping telinganya.


"Papa, mama... Amir zhidao (Papa, mama... Amir dah sedar) Ah Cheng memanggil ibu dan ayahnya. 


Wajah mereka sekeluarga muncul dihadapan mata Amir. Disaat dia cuba bangun, kelihatan di tangannya dicucukkan dengan tiub air. Barulah dia sedar, rupa-rupanya dia berada di katil hospital. Perutnya terasa sangat sakit.


"Amir, ni weisheme..Aiyooo.. Ni yaosi ma? Weisheme zuo zhe zhong?? (Amir, kenapa lu.. Aiyoo.. mau mati ka? kenapa bikin ini macam?) Mr.Wong kerisauan sehingga dia tidak sedar bahawa Amir tidak faham apa yang dia cakapkan. 


"Uncle, uncle ingat saya ni anak uncle ke? Mana saya faham bahasa cina uncle... adoii la," Amir merungut.


"Aiyaa. Uncle minta maaf ya. Sebenarnya uncle nak cakap yang lu mahu mati ka? Apa pasal lu bikin ini macam? Lu mahu bunuh diri ka?" kata Mr.Wong mempertejemahkan katanya tadi.


"Ya loo, doktor cakap lu overdoss. ni mesti lu nak bunuh diri kan?" Aunty Mary pula bersuara.


"Kan kan kan?" Ah Cheng menyampuk.


Amir terpingga-pinga cuba mengingati apa yang berlaku. Dia menggelengkan kepalanya.. Barulah dia tahu apa yang berlaku. Seperti yang dikatakan Aunty Mary, dia sebenarnya sudah overdoss  menelan pil tidur pada malam itu.


"Aunty, uncle, Ah Cheng... saya tak bunuh diri la. Saya cuma mahu tidur saja," balas Amir lemah.


"Mau tidur sampai satu botol lu telan? Itu boleh boleh mati tau. Nasib baik ini Ah Cheng jumpa lu cepat. Kalau tak. haiya," Mr.Wong membebel. Mak cik bawang kalah ditangan Mr.Wong.


Pada pagi tersebut Ah Cheng datang mencari Amir di rumahnya kerana Amir berjanji akan datang ke kedai pada pagi itu. Mereka berjanji untuk menyiapkan tugasan sekolah bersama-sama. Ah Cheng berasa tidak sedap hati kerana Amir tidak pernah mungkir janji. Bimbang jika berlaku apa-apa kerana Amir tinggal seorang diri disaat dirinya masih belum betul-betul sihat akibat dibelasah tempoh hari. 


Kebimbangannya benar, setibanya Ah Cheng di rumah Amir kelihatan pintu rumah tidak terkunci. Dipanggilnya nama Amir namun tiada siapa yang menyaut. Alangkah terkejutnya Ah Cheng apabila melihat Amir terbaring tidak sedarkan diri dengan pil tidur bertaburan di atas lantai. Bagai lipas kudung, Ah Cheng pun menelefon bapanya. Sepantas lipas kudung juga mereka membawa Amir ke hospital.


"Amir, lu mesti kuat semangat ya.  Aunty tahu lu sakit hati, kecewa, tapi lu mesti kuat. lu masih ada ibu, ibu lu sangat sayang sama kamu," Aunty Mary berkata dengan lembut pada Amir.


"Aduh... Kenapa aku boleh lupakan ibu... bodohnya aku, kalau jadi apa-apa yang buruk pada aku, macam mana dengan ibu? Kenapa aku boleh lalai! Kenapa aku boleh lupa? Aduh kesian ibu, mesti dia sangat kecewa dengan aku," Amir merintih sendirian. 


"Maafkan Amir ibu, maafkan Amir," Amir  berkata dalam hati sambil mengalirkan air mata.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh