Bab 4

AMIR memerhatikan sahaja gelandangan tadi beratur dan mendapatkan makanan. Dia juga berminat untuk melihat lalu berfikir,


"Dalam dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia" katanya dalam hati.


Dia mula berminat dan tanpa dia sedar, kakinya sudah mula membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan.


"Adik nak makanan? Sila beratur ya." Amir ditegur oleh seorang petugas.


"Eh tidak, saya cuma datang nak tengok saja." Amir menjawab sambil meninjau-ninjau ingin tahu. 


Tiba-tiba seorang lagi petugas datang menghampiri Amir lalu berkata,


"Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela saja." kata petugas yang satu lagi.


Amir mengorak senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas Amir mencari, rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis.


Gadis tersebut ialah seorang petugas yang turut memberi makanan kepada gelandangan di situ. Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi dia tidak pula menghalang Amir untuk menyertai NGO tersebut. 


Syahir melihat Amir dari jauh lalu berkata, "Suka hati kaulah. Buatlah apa yang kau suka asalkan kau bahagia." 



Pada malam itu, Amir mula membantu apa yang perlu. Dia berasa seronok dan ikhlas melakukannya. Semasa Amir sibuk menyusun barang, seorang gadis menegurnya,


"Hai Amir. Saya Sofea. Awak kenal saya?" gadis itu menegur.


Amir mengelih ke belakang,


"Eh hai, erm Sofea? Awak sama sekolah dengan saya kan?" soal Amir. 


"Haah. Awak pun join juga? Sofea menjawab.


"Ya, baru hari ini join. Ha okeylah,  banyak lagi barang nak kena angkat ni. Kita jumpa lagi ya." Amir sedikit malu-malu dengan Sofea. 


Secara tidak sedar, Amir mula terasa teruja. Tak sabar rasanya dia ingin menunggu minggu hadapan untuk berjumpa dengan Sofea lagi.



Esoknya...


Hari yang indah. Setiap detik menjadi indah bagi anak remaja ini. Amir tidak pernah merasai perasaan sebegini dalam hidupnya. Pelik baginya, namun amat bahagia. Setiap detik dia akan tersenyum bersendirian. Amir  mengelamun sambil terbayang-bayang wajah comel Sofea yang tersenyum ketika berbual dengannya. Manja dan mesra. 


Perasaaan apakah ini? Tak sabar rasanya untuk bersiap ke sekolah dengan memakai uniform barunya yang telah Amir jahit tag nama dan lencana itu.



Di sekolah, wajah berseri-seri Amir disedari oleh beberapa rakan sekelasnya. Mereka mengusiknya,


"Hai... dah jatuh cinta ke?" 


Namun ada juga yang menghina,


"Ada ke orang nak kat anak pembunuh macam dia tu."


Hati Amir sedikit 'terbakar' namun dipekakkan telinganya. Amir buat-buat tidak dengar dengan penghinaan tersebut. Hatinya sedikit marah namun apabila dia teringat pesan ibu dan gurunya, Amir terpaksa bersabar dan tidak mempedulikan semua kata orang sekeliling. 


Sofea tidak sekelas dengan Amir namun sejak malam itu Sofea semakin berani mendekati Amir. Memang diluar jangkaan, rupanya Sofea ini amat baik akhlaknya malah pandai menghormati orang lain. Walaupun ramai tahu tentang kisah hidup Amir, Sofea tetap kagum dengan semangat Amir malah bertambah kagum apabila Amir terpilih sebagai pelajar terbaik walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan. 


Sejak hari itu, Sofealah satu-satunya gadis yang berani menegur dan mendekati Amir. Sesekali mereka mengulangkaji pelajaran di perpuskataan sekolah. Amir juga amat kagum dengan Sofea. Walaupun datang dari keluarga yang kaya dan terhormat, namun orangnya amat merendah diri dan bersopan santun.


Sofea juga tidak malu untuk menyertai NGO yang membantu gelandangan dan bantuan lain di bawah NGO. Melalui Sofea juga, Amir banyak belajar dan mengetahui tentang peranan NGO dan badan-badan kebajikan yang lain. Barulah Amir tahu rupa-rupanya ada badan kebajikan yang boleh membantu isteri dan wanita yang teraniaya seperti ibunya. 


"Kalaulah aku tahu awal-awal dulu,  comform aku dah bawak ibu lari dan mintak bantuan dan tidaklah nasib ibu dan kakak jadi macam sekarang." Amir mengeluh sendiri.


Melalui Amir juga, Sofea belajar erti ketabahan dan kegigihan yang sebenar. Walaupun hidupnya diselubungi kesenangan dan kemewahan, namun jiwanya mudah rapuh. Melihat ibu bapanya sering sibuk sehinggakan tiada masa untuknya. 


Sofea kesungian dan terasa kosong. Mahu berjumpa seminggu sekali pun payah. Mujurlah Sofea pandai membawa diri.


Sudah terlalu bosan dengan televisyen, novel dan telefon bimbit, Sofea tergerak untuk menyertai NGO. Itupun secara kebetulan ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah gedung beli-belah. Terlihat olehnya sebuah badan NGO sedang mempromosi dan memperkenalkan badan mereka. Sejak dari hari itu Sofea mula bergerak aktif bersama mereka.



Seminggu sekali, Amir dan Sofea akan bertemu di tapak gelandangan. Sesekali juga Sofea akan datang ke pasar tempat Amir bekerja. Itupun bersama dengan Cik Pah, pembantu rumah Sofea. 


Sambil-sambil Cik Pah mencari barang basah, Sofea pun mengambil kesempatan untuk menemani Amir makan sewaktu rehatnya. Amir sememangnya tidak sangka bahwa Sofea sanggup menjejakkan kakinya di pasar yang kotor dan berlecak itu.



Satu hari, Mr.Wong yang sedang berurusan dengan pengedar, terlihat olehnya Amir sedang bergelak tawa bersama seorang gadis. Selesai berurusan, Mr.Wong pergi mendekati Amir yang sedang melambai seorang gadis yang ingin pulang dari situ.


"Wah, sudah ada girlfriend aaa, banyak cantik oo..." Mr.Wong mengusik Amir sambil membetulkan kaca matanya.


"Ehh Mr.Wong, terkejut saya. Bila masa Mr.Wong ada dekat sini?" Amir terkejut dengan kemunculan Mr.Wong yang tiada khabar itu.


"Haiya, baru saja maa. Itu tadi siapa? Lu punya girlfriend ka?" soal Mr.Wong.


"Eh Mr.Wong ni. Mana ada, itu kawan saya, Sofea namanya." jawab Amir.


"Ohh Sofea namanya... Hmm sudah cukuplah itu, baik lu siapkan ini kerja. Uncle ada kena jumpa orang." kata Mr.Wong.


"Orait boss" kata Amir.



Pada cuti sekolah dan Amir tidak bekerja, Sofea akan membawa Amir menyertai program dibawah rakan muda. Mereka lebih gemar aktiviti rekreasi seperti "sukan" mendaki gunung dan rock climbing. Amir juga ada menyertai satu latihan silat yang diadakan setiap hujung minggu.


Sekurang-kurangnya Amir dapat mempelajari cara dan teknik untuk mempertahankan diri lagi-lagi dengan ancaman musuh yang melibatkan senjata seperti pisau.


Semakin lama, Amir dan Sofea semakin rapat dan tanpa sedar ia telah membuahkan cinta pandang pertama. Tanpa sedar juga, mereka telah terlupa bahwa helang dan pipit masakan boleh terbang bersama.


Bukan itu sahaja, mereka juga telah terlupa bahwa langit tidak selalunya cerah. Ada ribut yang bakal melanda...

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh