Bab 8

Di sekolah, hangat tentang cerita Sofea ditukarkan sekolah dengan serta-merta dan Amir dibelasah oleh ayah Sofea. Ada yang bersimpati namun majoritinya tidak bersimpati, tetapi bersorak gembira.


"Haa padan muka, tak sedar diri," itu antara yang diperkatakan oleh mereka.


Di kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan mereka lagi-lagi apabila peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Amir tidak datang ke sekolah kerana mendapat MC dari klinik.


Bukan setakat risaukan Amir, mereka juga turut risaukan Sofea. Mampukah dua orang anak muda ini bertahan malah kuatkah mereka untuk hadapi dugaan ini? 


Sudah dua hari Amir bercuti. Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.


Di dalam kelas, Amir tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Terbayang wajah Sofea sedang tersenyum padanya. Di kantin, perpuskataan, padang sekolah dan semua sudut sekolahnya.


Pedihnya hati Amir hanya Allah saja yang tahu. Kali ini Amir sudah tidak tahu bagaimana mahu mengurus emosinya lagi. Marah, kecewa, sunyi dan rindu ini telah mengawalnya sehingga menyebabkan Amir bagai tidak tentu arah dibuatnya.


Tak sabar rasanya untuk menanti loceng pulang berdering. Rasa bagaikan mahu berlari pulang sahaja apabila pulang nanti. Sudah dua hari Amir tinggal di rumah Mr.Wong, pada hari ini dia pulang semula ke rumahnya. 


Sekali lagi dia membiarkan dirinya tidak terurus. Makan tak lalu, mandi tak basah dan seumpama dengannya.


Dia tidak faham, kenapa kali ini dia menjadi begitu lemah? Bukannya sebelum ni dia tidak pernah menderita. Sejak kecil lagi memang Amir sudah lali dengan penderitaan dan tangisan. 


Hidupnya penuh dengan peristiwa tragis yang bukannya sedikit. Hilang ayah dan berjauhan dengan ibu dengan sekelip mata.


Hidup berseorangan tanpa ada saudara mara di sisi. Tapi mujurlah dia masih ada Syahir yang sentiasa bersamanya saat senang dan juga susah. Namun, kenapa kali ini dia terlalu lemah? 


"Argh!" Amir buntu dan lemah. Cuba untuk tidur, gagal. Cuba untuk membawa diri bersiar-siar pun gagal. Bayangan Sofea tetap ada di mana-mana. Sehinggalah pukul 5 petang, Amir masih lagi baring bersendirian di atas katil. 


Sedang dia mengelamun bersendirian, Syahir muncul di muka pintu.


"Ha, ini pun kau, aku ingatkan kau kat rumah Mr.Wong lagi. Balik sudah kau rupanya," Syahir berkata sambil merenung Amir dari muka pintu.


"Eh terkejut aku, kau ni pun Syahir, kalau ye pun datang, bagilah salam,"  kata Amir yang tersedar dari lamunannya.. 


"Assalamualaikum" 


"Waalaikumsalam" Amir menjawab.


"Ha, ini aku ada bawak makanan. Tengok muka kau pun aku tahu, mesti kau tak makan lagi kan?" 


Amir pun bangun lalu Syahir datang duduk di sebelahnya sambil menghulurkan sebungkus makanan pada Amir.


"Nah untuk kau," Syahir menghulurkan bungkusan makanan itu pada Amir.


"Terima kasih Syahir," Amir membuka bungkusan tersebut lalu berkata lagi, "Kau ni macam tahu-tahu je nasi kerabu ni favourite aku. Mana kau beli ni?" Amir bertanya sambil membuka bungkusan tersebut.


Syahir kehairanan, "Aik, bila masa pulak nasi kerabu favourite kau? Bukan favourite kau nasi goreng kampung yang Pak Samad jual kat pasar malam tu ke?" 


"Ohh memanglah, tapi tu dulu. Aku suka nasi kerabu ni sejak aku kawan dengan..."  Amir terdiam apabila teringat kenangan manisnya bersama Sofea dulu. 


Dia bagaikan tidak tahu untuk menyambung kata-katanya. Amir juga teringat bahwa Sofea suka belikan Amir nasi kerabu masa di tapak gelandangan. Air mata kerinduan Amir mula mengalir.


"Amir, kenapa kau ni? Amir kau okey tak ni? Amirr!" kata Syahir sambil mengoyang-goyangkan badan Amir .


"Syahir, kau bawak aku pergi disko atau mana-mana. Aku dah stress. Aku dah argh, susahlah aku nak cakap," kata Amir secara tiba-tiba.


"Hah? Kau cakap apa? Disko?" Syahir terkejut.


"Kalau tak disko pun bawaklah aku pergi mana-mana pun. Aku dah stress gila dah ni weh. Serius aku cakap ni," Amir seolah-olah merayu.


Syahir menenung wajah rakannya itu sedalam-dalamnya. Wajah Amir yang amat kusut, kecelaruan dan tertekan itu ditenungnya. Selama ini Syahir cuba mempengaruhi Amir untuk mengikutinya ke tempat-tempat hiburan seperti itu, tapi Amir menolak dan tidak berminat.


 Syahir tidak memaksa, malah menghormati pendirian Amir. Tetapi kali ini, Amir sendiri yang mahu pergi berdisko.


"Kau seriuslah? Selalunya kalau aku ajak, kau tolak, siap dengan beribu-ribu alasan lagi, tapi sekarang kenapa tiba-tiba?" Syahir ragu-ragu.


"Betullah, boleh kan?" balas Amir.



Malam itu buat kali pertamanya dan tidak pernah terlintas pun di fikirannya untuk menjejaki tempat hiburan seperti itu. Kalau setakat itupun funfair dan konsert, itupun dia telah biasa.


Syahir membawa Amir melalui jalan tikus untuk masuk kerana mereka masih di bawah umur. Ada sahaja yang mengenali Syahir kerana dia biasa datang ke situ untuk supply dadah seperti ice dan pil-pil hayal yang lain.


"Wah, bawa geng kau hari ni," tegur seorang lelaki. Syahir tersenyum sambil merangkul leher seorang gadis seksi yang datang ke arahnya. Amir yang masih terpinga-pinga hanya menurut layanan Syahir.


Bunyi muzik yang kuat dan cahaya disko yang memeningkan kepala Amir kelihatan janggal dan terpinga-pinga. Amir juga mencuba untuk menggagahlan dirinya untuk mengikut rentak Syahir.


"Aku tak biasalah" kata Amir pada Syahir. Syahir hanya tersenyum.


"Tak apa, aku ada, aku akan ajar kau biasakan diri okey?" 


Gadis seksi yang dalam pelukkan Syahir turut tersenyum menggoda. "Yalah bang. Jangan takut ya, kami ada. hehe." 


Mereka berdua membawa Amir ke tengah dewan disko. Diajarnya Amir menari mengikut rentak muzik. Amir cuba mengikuti rentak tarian yang mereka ajarkan. Namun gerakkanya terlalu janggal macam robot. Tergelak Syahir bersama dengan gadis tersebut melihat Amir.


Bunyi muzik yang terlalu kuat buatkan Amir semakin rimas. Cahaya lampu yang pelbagai bergerak pantas membuatkan Amir bertambah pening. Amir cuba untuk berhibur namun apa yang dicarinya tidak ditemui. Di sekelilingnya kelihatan muda mudi perempuan dan lelaki tanpa segan silu menari dan berpeluk-pelukkan.


Mereka begitu gembira seolah-olah tiada apa yang perlu difikirkan termasuklah Syahir yang sentiasa bergelak tawa dan bergembira tanpa batasan di pusat disko tersebut.


Amir terasa seperti terasing dan janggal lalu keluar dari dewan tarian dan duduk di sebuah sofa. Kepalanya pening, buntu dan sakit kepala. Bunyi muzik yang berdentum kuatnya seolah-olah mahu memecahkan gegendang telinganya. Bau rokok juga membuatkan dia mual-mual.


Sedang Amir berpingga-pingga menahan pening, muncul seorang gadis seksi duduk rapat disebelahnya lalu menyentuh bahu dengan hujung jarinya hingga ke lengan tangan Amir dengan lembut. Amir agak terkejut tetapi dibiarkan sahaja gadis seksi itu menyentuh lengannya.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh