Bab 5

Seminggu sekali di tapak gelandangan, bukan sahaja Amir dan Sofea semakin rapat, Syahir juga tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan buah hatinya, iaitu Bella.


Perkenalan pertama Syahir dan Bella dulu menjadikan mereka semakin mesra dan sering keluar bersama dengan pergi menonton wayang.


 Bila ada masa terluang, mereka akan pergi berdating. Syahir juga yang belum pernah kenal erti cinta terasa amat bahagia. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi buah hatinya malah sanggup 'berhabis' demi memenuhi permintaan kekasihnya.


 Lautan api pun tidak mampu untuk diredahi, inikan pula sanggup berhabis demi buah hati. Namun sejak kebelakangan ini, Bella seolah-olah cuba mengelak untuk berjumpa dengan Syahir. Bermacam-macam alasan yang diberikan. Sibuklah, tak sempatlah, itulah inilah. 


Suara manjanya juga sudah berubah nada. Dulunya manja bagaikan bersama bidadari, kini bagaikan berada bersama banduan dalam penjara pula.


Syahir telah cuba bermacam-macam cara untuk memujuk Bella, namun pujukan tersebut tidak diendahkan. Syahir mula tidak tentu arah. Rindunya sudah tidak berbalas lagi. Dia sudah buntu dan stress.



Pada satu hari, ketika Syahir sedang melepak di sebuah arked, dia terlihat satu kelibat yang amat dikenalinya. Syahir melihatnya dengan lebih mendalam lalu mendapati kelibat tersebut ialah Bella.


 Bella sedang bermesra dengan seorang lelaki yang lebih kacak dan bergaya daripadanya. Mungkin lelaki tersebut ialah dari keluarga yang kaya.


Kemesraan dan gelak tawa mereka amat menyakitkan hati Syahir. Sesekali mereka berpeluk mesra dan api cemburu dan marah Syahir sudah tidak dapat terkawal lagi. 


Syahir pergi mendekati mereka lalu berkata, "Oo, ini kerja kau ya, keluar dengan jantan lain, patutlah kau mengelak dari aku, rupanya kau curang ya!" 


Syahir menengking dan menarik Bella dari pelukkan lelaki tadi namun ditepis oleh Bella dengan kasar. Syahir menumbuk lelaki tadi sehingga menyebabkan lelaki tadi jatuh ke atas lantai. Lelaki itu bangun dan membalas semula tumbukan Syahir tadi. Maka, berlakulah adegan tumbuk menumbuk antara mereka.


Orang ramai yang berada di situ cuba meleraikan mereka namun tidak berani mendekati mereka kerana khuatir akan ditumbuk pula oleh mereka. Kejadian tersebut disedari sekuriti yang meronda di situ lalu segera berlari anak ke arah Syahir dan lelaki tersebut lalu meleraikan mereka. Mereka bertiga dibawa ke balai polis dan diambil keterangan.


Hampir satu jam dalam lokap, mereka dibebaskan dengan jaminan polis beserta amaran keras. Di luar balai polis, mereka bertengkar lagi namun tidak berani untuk bertumbuk lagi.


Syahir amat marah dengan kecurangan Bella. Dia menyangka bahwa Bella ikhlas mencintainya setelah begitu banyak pengorbanan yang telah dibuat olehnya, namun ianya cuma cinta monyet sahaja.


"Kau ingat kau layak ke nak jadi kekasih aku? Eh kau cermin sikit muka kau, asal usul kau! Kau tu tak setaraf dengan aku! Lelaki hina, kotor!" Bella mengherdik Syahir.


"Ohh habis tu selama ni kau layan aku macam kekasih curang kau tu, kau kata kau sayang aku, cinta aku. Tu apa? Penipuan apa ni hah?" Syahir meluahkan dengan penuh perasaan geram dan keras.


"Kau tu yang bodoh! Baru layan sikit dah lebih-lebih. Baru bagi ayat sikit dah terlebih angau, apa yang kau habiskan untuk aku tu, salah kau ya. Kau yang bagi, aku terima jelah. Dah orang nak bagikan. Kalau tak ambik karang nanti mental pula!" balas Bella dengan angkuhnya menghina Syahir.


"Janganlah kau mimpi nakkan bulan, kau tu pungguk je kat bawah! Sedar diri tu okey! Balik la lorong busuk kau tu. Banyak lagi la perempuan lain kau boleh couple kat situ!" Bella menghina Syahir lagi.


Bella pun pergi berlari anak mendapatkan kekasih barunya itu yang sedang berjalan pergi dari situ.


"Sayang, jangan layan tau dia tu.. Dia tu sampah masyarakat, bukannya layak nak jadi kekasih Bella, over je lebih. Jom sayang kita pergi minum," Bella memujuk kekasih barunya itu dengan manja. 


Lelaki tersebut tersenyum lalu berkata "Jom baby, I belanja cendol," 


Bella tersenyum kegembiraan apabila hendak dibelanja cendol. "Yeay! Terima kasih sayang. I love you," 


Syahir melihat kemesraan mereka sambil mengenggam penumbuknya dengan keras. Hatinya sangat-sangat sakit dan kecewa. Syahir juga turut berasa marah kerana ditipu hidup-hidup malah dihina sebegitu rupa. Sejak peristiwa itu, dendam Syahir bermula...

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh