Bab 2

Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi Amir. Ingin sahaja dia 'terbang' pulang. Langkahnya terasa lambat, tak sabar rasanya dia ingin melompat dan memeluk ibu kesayangannya.


"Tak sabarnya aku nak bagitahu ibu tentang kejayaan aku ni.. Mesti ibu gembira sangat-sangat." ujar Amir seraya menunggu ibunya pulang dari kerja.


5 minit kemudian...


"Ibu! Ibu!" Amir menjerit memanggil ibunya yang pulang dari kerja lalu berlari anak untuk mendapatkan ibunya.Tanpa segan silu, dipeluk ibunya dengan sekuat hati.


"Ibu, Amir terpilih jadi pelajar terbaik kat sekolah! Doa ibu termakbul!"  lontar anak lelaki itu sambil memeluk ibunya. Salmah amat gembira dengan kejayaan anaknya itu. 


Dicium-ciumnya pipi anak bujangnya itu berulang kali sambil menangis kegembiraan. Sayang sekali, kegembiraan mereka tidak lama. Sedang mereka berpelukkan, tiba-tiba ada tangan kasar yang meragut dan menarik Amir dari pelukkkan ibunya. Amir terjatuh ke atas tanah setelah ditarik dari pelukkkan ibunya.


"Hoi! Drama apa ni hah! Mana duit aku!" jerit ayahnya dengan kasar.


Sepantas kilat penampar ayahnya hinggap ke pipi ibunya sehingga ibunya turut terjatuh ke tanah dan mengerang kesakitan. Habis bibirnya pecah dan berdarah akibat ditampar suaminya.


Amir menjadi sangat marah apabila ibunya diperlakukan begitu. Dia lantas cuba menahan ayahnya dari terus memukul ibunya tetapi tenaga orang yang pemabuk tersebut lebih kuat dan tubuh yang besar tidak mampu untuk dilawan oleh Amir. Dia hanya mampu memeluk ibunya dan menjadikan badannya sebagai benteng pertahanan kepada ibunya.


Akibat terlalu marah, ayahnya menendang dan memijak tubuh Amir dan menarik rambut Amir. Belum sempat penumbuk ayahnya hinggap di mukanya, tiba-tiba sekumpulan samseng tiba. Malik terkejut dengan kehadiran kumpulan samseng tersebut lalu melepaskan pegangan tangannnya pada rambut Amir. 


Kali ini Malik pula yang dibelasah oleh samseng tersebut. Amir dan Salmah memeluk ketakutan dan hanya mampu melihat Malik dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut.


Melihat keadaan Malik yang hampir separuh mati, ketua samseng tersebut, Acong bersuara,


"Mana lu mau lari? Hutang lu bila mau settle?" Acong bertanya.


"Aku janji, aku bayar." Malik berkata dengan terketar-ketar.


"Mana mungkin lu boleh bayar, sudah ratus ribu, kasi bunuh lu!" Acong mengarahkan pengikutnya untuk membunuh Malik.


Penghuni lain di lorong tersebut hanya berpeluk tubuh. Masing-masing berkurung di dalam rumah masing-masing. Ada juga yang mengintai dari tingkap untuk melihat apa yang terjadi. 


Malik mengigil ketakutan dan kesakitan. Tiba-tiba matanya memberi isyarat jeling pada Amir kepada Acong. Acong merenung ke arah Amir dengan teliti. Amir menjadi ketakutan.


"Lu mau jual dia pulak haa..." kata Acong. Acong mendekati Amir lalu mencekak leher baju Amir lalu meneliti tubuhnya dari atas hingga ke bawah.


Kemudian Acong melihat pula Salmah yang masih terduduk di atas tanah sambil tersenyum. Kebetulan pula kainnya sedikit terselak hingga ke bahagian betis. Amir menjadi amat marah dan cuba melawan, namun Amir pula yang dibelasah. 


Salmah meraung apabila melihat anaknya dibelasah. Malik pula cuba untuk melarikan diri dari situ namun gagal apabila ditahan oleh pengikut Acong.


Dalam kejadian tersebut, Syahir yang datang untuk mengajak Amir minum terkejut apabila melihat rakan baiknya dibelasah.. 


"Amir!" jerit Syahir lalu berlari ke arah rakan baiknya untuk membantu. Disebabkan kumpulan samseng tersebut ramai dan kuat, Syahir juga turut dibelasah mereka. Acong mengheret Amir di hadapan Malik yang sedang kesakitan lalu berkata, 


"Ok! Aku ambil ini. Dia masih muda. Lu punya bini lu simpan dulu." kata Acong sambil tersenyum lebar dan ketawa besar. Malik mengangguk. Amir sangat terkejut apabila ayahnya sanggup menjual anaknya sendiri.


Wana'uzubillah, demi hutang, sanggup jual anak sendiri! Salmah apatah lagi. Salmah yang sangat marah dengan tindakan tersebut terus bangun tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya. Dengan pantas, Salmah bangun dan berlari ke arah Amir.


"Jangan rampas anak aku lagi! Jangan!" bentak Salmah. Salmah ditolak sehingga jatuh. Amir meronta cuba melepaskan diri tetapi dipukul oleh pengikutnya.


Tidak sanggup kehilangan anak lagi, Salmah yang tidak berpuas hati terus bangkit semula. Dengan kekuatan yang ada, Salmah bangun dan berlari ke arah Acong. Dirampasnya pistol yang terselit di pinggang Acong lalu Salmah pun menembak tepat ke arah kepala Acong tanpa rasa belas kasihan. Acong jatuh tersungkur ke tanah. Amir terkejut dengan tindakan tersebut. Dia tergamam.


Samseng lain juga terkejut dan melarikan diri apabila melihat Salmah seolah-olah sedang dirasuk dan ingin menembak mereka pula. Malik juga tergamam. Dia merangkak cuba melarikan diri. Salmah menyerang suaminya pula.


"Setan kau! Kau memang setan! Binatang! Tak puas kau jual tubuh aku untuk langsai hutang kau, kau jual anak perempuan aku, ni kau nak jual anak lelaki aku pulak! Kau memang setan!" jerit Salmah sambil membelasah suaminya tanpa belas kasihan. Kemudian Salmah mengacukan pistol ke arah suaminya lalu berkata, 


"Kau yang paksa aku, sekarang kau mati!" Amir bangun lalu berlari ke arah ibunya lalu berkata, 


"Ibu! Jangan ibu!" Amir cuba ke arah ibunya untuk mengelakkan ibunya melepaskan das tembakan ke arah ayahnya.


Tidak sempat untuk menghentikan ibunya, peluru telahpun hinggap ditubuh Malik. Malik mati akibat ditembak secara bertalu-talu oleh isterinya. Salmah terduduk selepas dia menembak suaminya sambil menangis. Amir memeluk ibunya dan menenangkan ibunya.


Pada hari tersebut juga, lorong gelap itu menjadi tumpuan negara. Berita tragedi lorong menjadi liputan luas. Ketua samseng paling berkuasa di Kuala Lumpur dan suami dayus telah mati terbunuh. 


Salmah ditahan polis atas kesalahan membunuh. Reaksi orang ramai dan netizen bermacam-macam. Salmah yang kelihatan telah tenang tidak banyak berkata-kata.


Dia redha dan menerima sahaja ketentuan ilahi. Dia tidak hirau lagi dengan nasib dirinya asalkan anaknya selamat. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Cukuplah sekali dia tersilap dan dia tidak mahu tersilap lagi.


Sepanjang penyiasatan kes, Syahir sentiasa menemani Amir. Tambahan pula dia saksi kepada peristiwa tersebut. Semasa mendapat rawatan oleh petugas ambulans yang datang di situ, Amir berkata,


"Kesian kau Syahir. Kau pulak yang kena belasah dengan samseng tu." Amir berkata seraya mengerling Syahir.


Syahir yang sedang menahan kesakitan ketika lukanya dirawat berkata, "Tak apa Mir, aku okey. Dah alang-alang kan, kita ni kan dah macam adik beradik, tak akanlah aku nak tengok saja kawan aku kena belasah."


Kemudiannya seorang pegawai polis datang mendekati Amir, 


"Dik, lepas ni kamu ikut kami ke balai untuk keterangan yang lebih lanjut ya." pegawai polis itu merenung Amir.


"Baiklah." Amir tersengguk setuju.


"Amir, aku teman kau ya." Syahir memegang lembut bahu Amir. 


"Ok, terima kasih ya Syahir. Kaulah satu-satunya kawan aku." Amir berkata sambil tersenyum. Senyuman yang sedikit tawar.


"Sama-sama, kita kan kawan." Syahir turut tersenyum sambil memandang wajah Amir dengan sayu.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh