Bab 7

AMIR langsung tidak dapat melelapkan matanya walaupun seminit pada malam itu. Tidurnya seperti seolah-olah bermimpi dalam realiti.


"Kenapa malam ni?" Amir kebingungan. Rindu dan risau dengan keadaan Sofea. Tangisannya teringa-ringa di cuping telinganya. Semasa Sofea menangis, ingin sahaja dia terbang mendapatkan Sofea dan memujuknya. 


Kepalannya sentiasa berfikir dan berfikir. Sehinggalah terbit fajar, Amir masih tidak melelapkan matanya dan kepalanya terasa berat dan sakit akibat tidak tidur kerana tangisan. Mujurlah hari tersebut ialah hari minggu. Amir cuba untuk melelapkan mata, tapi lenanya hanya sementara. hatinya sakit. 


Menjelang tengahhari, Amir duduk termenung di pintu rumah dengan keadaan yang tidak terurus. Langsung lupa pada makan dan minum kerana tangisan tersebut.


"La, kat sini rupanya kau. Aku ingatkan kau kat pasar. Aku carilah kau kat sana. Mr.Wong cakap kau tak datang kerja hari ni. Kenapa?" Syahir yang tiba-tiba muncul di muka pintu berkata.


Syahir berasa sangat hairan apabila melihat Amir hanya duduk bersandar di bingkai pintu dan kelihatan tidak terurus. Amir memandang Syahir lesu. Mahu membalas sapaan Syahir pun terasa berat.


Syahir berasa sangat pelik dengan perubahan Amir. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah lagi Amir berkelakuan begini. Namun, Syahir belum mahu mendesak Amir untuk menceritakan apa yang berlaku. Dibiarkan dahulu sehingga Amir sedia untuk menceritakannya.


"Amir, jom kita pergi makan," Syahir mengajak. Dari keadaan Amir yang begitu, Syahir tahu sangat pastinya Amir tidak menjamah sebutir nasi pun lagi.


"Tak nak," Amir berkata lesu.


"Haip, mana boleh tak nak. Kau nak mati ke apa hah? Jom kita pergi makan, jom," Syahir tidak berputus asa.


"Tak nak..." Amir merengek lagi apabila tangannya ditarik oleh Syahir.


"Jom..." Syahir tetap mencuba untuk membangunkan Amir yang memberatkan badannya untuk bangun.


Setelah Amir berjaya dipujuk, Amir mengagahkan juga dirinya untuk keluar makan dengan Syahir. Di sebuah gerai, apa yang dimakan oleh Amir terasa pahit dan makannya serupa seperti tidak makan. Makanan tersebut tidaklah pahit, cuma perasaannya yang membuatkan apa yang dimakan berasa pahit. Syahir hanya memerhati.


Selesai makan, Amir berkata, "Aku nak pergi jumpa Mr.Wong lah.. Nak minta maaf sebab tak datang kerja hari ni.. Aku ingat nak mintak cuti la hari ni,"


Syahir hanya menurut sahaja permintaan rakannya itu. Dalam perjalanan, Syahir singgah di sebuah kedai gadget tetapi kerana Amir tidak berminat mengikuti Syahir, dia meneruskan perjalanannya seorang diri. 


Setibanya dia di satu lorong yang berhampiran dengan kedai Mr.Wong, tiba-tiba Sofea muncul di depan matanya. Amir tersentak apabila melihatkan keadaan Sofea yang tidak terurus dan wajahnya yang susut dengan matanya yang bengkak kesan dari tangisan. Hati lelakinya cukup tersentuh.


"Kenapa kau kat sini?" Amir bertanya sambil merenung Sofea. 


"Aku nak jumpa kau Amir. Papa aku nak bawa aku jauh dari sini. Aku takut tak dapat jumpa dengan kau lagi." Air mata Sofea mula mengalir.


"Papa aku nak pisahkan kita!" kata Sofea lagi.


Amir terkedu lagi. Dia hilang kata-kata. Ingin sahaja tangannya menyentuh dan mengesat air mata Sofea.


"Ingat janji kita. Teruskan impian kita!" Suara Sofia terketar-ketar.


Tiba-tiba sekumpulan lima orang lelaki datang meluru ke arah mereka. Tanpa Amir sempat berbuat apa-apa mereka membelasah Amir beramai-ramai dan salah seorang dari mereka menarik Sofea dan memegang kuat sehingga Sofea tidak dapat bergerak. 


"Jangan pukul dia! Jangan! Sudah!" Sofea menjerit.


Amir dapat juga sedikit sebanyak menepis serangan mereka hasil dari pelajaran silatnya namun kerana badannya yang lemah dan tidak bertenaga, dia tewas. Amir dipegang beramai-ramai sehingga tidak mampu melawan lagi. Mukanya lebam dan bibirnya berdarah.


Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang telah separuh usia. Segak dan berpakaian mahal iaitu Datuk Zaki. Dia terus menampar Amir dengan kuat. Sofea menjerit.


"Sudah papa, lepaskan Amir papa! Jangan apa-apakan dia lagi!" Sofea merayu. Datuk Zaki menghampiri anaknya pula.


"Berani kau larikan diri dari rumah semata-mata nak jumpa budak sial ni! Berani kau!" Datuk Zaki mula naik marah. Penampar Datuk Zaki hinggap di muka Sofea pula. Amir pula yang menjerit apabila Sofea ditampar.


"Kalau kau berani jumpa budak hina ni lagi, aku bunuh dia! faham!" gertak Datuk Zaki pada Sofea. Sofea hanya mengangguk lemah.


"Apa sahaja papa, dengan syarat papa lepaskan Amir. Jangan apa-apakan dia lagi. Jangan ganggu dia lagi," 


Datuk Zaki menghampiri Amir pula. Ditenungnya Amir seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya. "Kau budak! kau cermin muka kau dulu! budak hina macam kau layak ada dekat tapak kaki aku aje!" 


Diludahnya muka Amir sebelum memberi arahan pada pengikutnya untuk menghumban Amir ke tanah. Mereka sekumpulan berlalu dari situ dengan angkuh sambil mengheret Sofia yang meraung kesedihan melihat Amir diperlakukan seperti itu. 


Syahir terlihat satu kumpulan lelaki ditengah lorong sedang membelasah seseorang. Cepat-cepat dia berlari ke arahnya. Kebimbangannya benar, Amir adalah mangsanya namun dia gagal menyelamatkan rakannya. 


Amir sudah tersungkur di atas tanah. Syahir juga sempat melihat di kejauhan seorang gadis diseret oleh ayahnya serta pengikutnya. 


Barulah Syahir faham apa yang berlaku. Syahir menjerit memanggil Mr.Wong atau sesiapa yang mendengar. Kerana kuatnya jeritan Syahir, Mr.Wong dan Ah Cheng, anak kepada Mr.Wong  berlari anak mendapatkan mereka.


"Ai ya, kenapa ini? Apa sudah jadi dengan ini Amir?" Gelabah Mr.Wong melihat keadaan Amir yang separuh mati dipukul.


Ketika dipapah oleh Syahir dan Ah Cheng, beberapa orang peniaga lain di pasar pula datang membantu. Mereka terkejut melihat Amir diperlakukan begitu. Mr.Wong membawa Amir mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.


Mujur tiada anggota yang patah, cuma luka dan lebam. Tangan Amir turut terseliuh ketika bertarung dengan pengikut Datuk Zaki.


"Malam ni lu tidur kat rumah uncle ya. Aunty Mary pun risaukan lu. Dia mahu jaga lu," kata Mr.Wong sambil merenung wajah Amir.


"Ye la Syahir, kami semua risaukan kamu, pasal makan minum itu saya punya papa dah minta mak cik Temah masakkan untuk kau. Kami tak nak  biarkan kamu tinggal sorang-sorang. Lagi-lagi bila kamu macam ni. Lagipun saya ada, boleh teman kamu sekali-sekala,"  Ah Cheng mencelah.


Amir serba salah dibuatnya. Namun Mr.Wong sekeluarga terus memujuk dan mendesaknya sehingga Amir mengangguk akur.


"Sehari dua je ya," kata Amir lembut.


Mereka sekeluarga tersenyum riang. Pulang dari klinik, Amir turut dipapah oleh Syahir dan Ah Cheng. Tubuhnya sangat lemah lagi-lagi apabila dibelasah oleh pengikut Datuk Zaki. Selepas makan ubat, Amir tidur dengan lenanya. Syahir memandang wajah kawannya dengan perasaan yang bercampur baur.


"Nasib kita sama Amir, kita sama-sama disakiti perempuan," terbayang pula olehnya wajah Bella. Sakit hatinya belum hilang dan dendamnya hanya menunggu masa untuk dilepaskan saja.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh