HARI berorientasi telah pun tiba pada hari ini danhari ini juga telah di nanti-nantikan oleh pelajar-pelajar baru untuk memulakan permulaan cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka. Bukan senang nak mengharungi kehidupan seharian, tetapi jika kita berusaha dan sentiasa tabah, insyaAllah segala usaha yang kita lakukan tidak akan pernah dipersia-siakan. Hanya perlu percayakan diri bahawa kita sendiri sahaja yang mampu untuk maju ke hadapan.
“Okay semua. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.” Salah seorang daripada fasilitator telah memberi salam kepada semua pelajar baru yang berada di dalam dewan kaunselor tersebut.
“Waalaikumusalam.” Serentak kami menjawab salam tersebut.
“Sebelum kita mulakan aktiviti kita, saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Boleh panggil saya abang Faiz.” Faiz memperkenalkan dirinya kepada pelajar-pelajar junior yang berada di hadapannya itu.
“Saya dan rakan-rakan saya yang berada di hadapan kamu ni adalah fasi kamu semua.” Faiz menyambung lagi kata-katanya.
“Yang berdiri di hujung sana Kak Mira. Lambai sikit kak Mira kat adik-adik kita ni.” Faiz tersengih ketika menyuruh Mira bermesra dengan pelajar-pelajar junior itu.
“Yang kat tepi pintu tu pula…. hai abang Virat.” Faiz membuat memek mukanya sambil melambaikan kedua-dua belah tangannya.
Pelajar-pelajar senior yang telah menjadi fasilitator itu ditugaskan untuk mendorong pelajar-pelajar baru agar lebih berdisiplin dan berdikari dalam setiap cabaran yang perlu diharungi oleh mereka.
“Yang kat sana pula… blaa… blaa… blaa… blaa.” Sambung Faiz yang belum habis memperkenalkan rakan-rakan fasilitator lalu terus memberi ucapan untuk meneruskan hari orientasi ini.
Aku hanya memerhatikan sahaja gerak-geri pelajar senior yang telah menjadi fasilitator untuk mengajar dan mencurahkan ilmu kepada kami agar ilmu tersebut lebih berguna pada masa hadapan. Setiap perkara dan pengalaman yang baru buat kami adalah ilmu yang diberi agar kita dapat menilai perkara mana yang baik mahupun perkara tidak baik yang perlu kita hindarinya.
“Bil, kita tak cukup warna ni nak lukis.” Izni mengerutkan dahinya.
“Kejap, aku pergi tanya fasi.” Aku bingkas bangun lalu terus menuju ke arah salah seorang fasilitator yang sedang berbicara dengan fasilitator yang ada berhampiran dengannya itu.
Aku melihat di sekeliling kawasan sambil melihat pelajar-pelajar lain yang sedang duduk di dalam kumpulan mereka masing-masing untuk melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh fasilitator kami. Sedangkan kumpulan kami masih lagi tidak mencukupi peralatan bagi menyiapkan aktiviti kami.
“Maaf bang fasi, kumpulan kami tak cukup baranglah.” Aku menegur salah seorang fasilitator yang berada berhampiran di pintu dewan itu.
“Ehh, saya bukan fasi.” Seorang pemuda yang berbadan tegap itu menyahut.
Aku kebingungan lalu aku membulatkan mataku ke arah tempat lain. ‘Huihhh, kalau bukan fasi, siapa pula dia ni. Ke dia ni lecture,’ fikir aku lalu aku terus memandang ke arah pemuda tadi. Belum sempat Nabila ingin mengatakan sesuatu, pemuda itu telah menyahut dengan pantas.
“Dan saya bukan lecture. Saya student.”
‘Mamat ni mencurigakan, aku tak cakap apa-apa pun lagi,’ fikir Nabila sementara pelajar yang berbadan tegap tadi hanya tercegat sahaja di sebelahnya.
“Oh ya. Sorry sorry” Aku tersengih sahaja. Aku berasa sedikit tersentap apabila melihat dari segi gaya fizikal dan tingkah lakunya seolah-olah seperti fasilitator yang lain, mahupun seperti gaya pensyarah pun memang ada gayanya juga.
“Ehh, tak apa. Biasalah tu.” Pelajar lelaki tadi pun menyahut.
“Kenapa? Tak cukup peralatan ke?” Soal pelajar lelaki itu.
“A’ah, tu yang nak tanya kat fasi tu.” Jawab aku.
“Fasi tu cakap, tunggu dia ambil.” Pemuda itu tadi menunjukkan jari telunjuknya ke arah salah seorang fasilitator yang berada di atas pentas tersebut.
“Okay.” Ringkas aku seketika.
Seharian kami di Universiti dari pukul 5.00 pagi hingga ke pukul 11.00 malam. Semua pelajar-pelajar yang berada di dewan itu termasuklah fasilitator telah menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang diberi pada hari kedua berorientasi ini.
“Pah, tunggu. Lajunya kau naik.” Aku terkebil-kebil mengejar Ifah dan diikuti dengan Aliya.
“Cepat sampai.” Ringkas Ifah tanpa menoleh ke belakang.
Aku hanya mengiyakan sahaja.
“Haaa letihlah, marathon aku hari ni.” Syaza tercungap-cungap apabila sudah sampai ke muka pintu.
“Ehh, hai jiran sebelah.” Syaza melambai-lambaikan tangannya kepada Ifah yang baru sahaja sampai ke muka pintu hostel itu.
Ifah hanya mengangkat tangan kanannya sahaja sambil tersenyum sinis kepada Syaza kerana dia keletihan apabila mendaki beberapa anak tangga ke tingkat yang paling atas sekali iaitu di tingkat 4.
“Hai, jiran-jiranku.” Sambung Syaza.
“Hai.” Ringkas aku dalam keadaan yang tercungap-cungap apabila sudah mendarat ke pintu rumah hostel itu.
Aliya hanya tergelak sahaja tanpa mengatakan apa-apa, sementara Ifah masih lagi mencari-cari kunci untuk membuka pintu. Kami masih lagi dalam proses untuk mengenali antara satu sama. Lagipun di dalam rumah kami ini pun masih belum bertegur sapa lagi untuk memperkenalkan diri masing-masing. Masing-masing berasa kekok untuk bersemuka dan lebih seronok untuk membuat hal mereka tersendiri daripada bergaul. Tetapi, ini semua hanya permulaan buat kami, masih ada tiga tahun lagi untuk kami menjadi rapat sebagai satu persahabatan.
“SIAPA LAGI KAT BILIK TU, TURUN CEPAT..!!!” Salah seorang fasilitator wanita berteriak dengan begitu kuat sekali.
“Krikkkkkkkkk.” Loceng berbunyi menunjukkan pada pukul 5.00 pagi.
“Adussss.” Ifah bergegas mengambil tualanya di dalam almari lalu mengejutkan Nabila dan Aliya untuk bangun dari tidur mereka kerana dia terkejut apabila terdengar seorang perempuan yang sedang menjerit dari tingkat bawah bangunan hostel itu.
“Bil, Al, bangun. Akak tu dah menjerit. Aku mandi dulu.” Ifah bergegas ke bilik air.
“Huishhh, dah lambat.” Aku bingkas bangun dan terus mencari peralatan mandian aku.
Tiga puluh minit kemudian…
“CEPAT..!!! LIMA MINIT LAGI..!!!” Jerit salah seorang fasilitator perempuan itu lagi.
“Ishhh, macam mana ni. Dorang kena dendalah.” Aliya berselindung di belakang dinding bangunan itu.
“Weh, Ifah tak ada lah kat situ.” Aku mencelah sambil berselindung di belakang Aliya.
“Dia sempat melarikan diri kot.” Aliya menyahut.
“Kalau macam tu, jom.” Aku mencelah lagi.
“Nak pergi mana.” Aliya menyoal.
“Kita pergi ke sanalah.” Jawab aku sambil menunjukkan arah ke gelanggang badminton untuk beratur ke kumpulan masing-masing.
“Habis tu, denda tu.” Aliya kebingungan.
“Sebab Ifah dah lari, kita pun larilah.” Aku memberi petunjuk untuk melepaskan diri daripada membuat denda tersebut.
“Nanti fasi tu marah.” Aliya kebingungan lagi.
“Tapi sekarang tiada siapa yang nampak kita kan.” Aku pula yang menyoal.
Aliya hanya melihat di sekeliling kawasannya sahaja lalu mengiyakan kata-kata Nabila itu.
“Okay, jom.” Aku terus menarik lengan baju Aliya untuk ke kumpulan masing-masing.
“Haaa, korang larikan diri ye.” Tegur salah seorang pelajar lelaki yang berbaju kemeja kelabu itu.
“Ehh, mana ada. Kita orang minta izin pergi tandas tadi.” Aku membuat alasan lalu membuat muka selamba sahaja.
“Iye iye je kau.” Pelajar lelaki tadi tersenyum sendirian lalu memandang ke arah Aliya yang sedang mencari sesuatu di dalam beg galasnya.
“Apa hal kau. Nampak ni..!!!” Aliya menunjukkan penumbuknya ke arah muka pelajar lelaki itu.
“Huishhh, ganasnya pompan ni.” Pelajar lelaki itu terkejut apabila penumbuk Aliya sudah hampir-hampir ke mukanya.
Aku pun turut terkejut apabila melihat gelagat si Aliya yang bersikap ganas terhadap pelajar lain. Walaupun perangainya seakan-akan dengan perangai lelaki, dia lebih selesa dengan perwatakan dirinya sekarang dan tidak menghiraukan kata-kata orang yang selalu menegurnya.
Bagiku, setiap perwatakan yang ada pada diri seseorang adalah satu anugerah yang telah diberikan oleh-Nya, cuma kita sahaja yang perlu menjaga perwatakan tersebut supaya tidak terhindar daripada perkara-perkara yang negatif.
“MAKAN TU CEPAT SIKIT..!!!” Jerit salah seorang fasilitator perempuan sambil mengarah-arah kami untuk bergerak pantas.
“SAYA BAGI MASA LIMA MINIT SAHAJA, LEPAS TUGERAK KE DEWAN TERUS..!!!” Tegas fasilitator tersebut.
“Uishhh, tercekik aku cam gini.” Sahut salah seorang pelajar lelaki yang berkemeja hitam dan berseluar jean hitam itu yang duduk berhampiran dengan meja Nabila.
“Tau tak apa, 5 minit doh. Makan pun tak sempat.” Celah salah seorang sahabatnya itu.
“Semua benda nak 5 minit, aku nak lepaskan berak pun tak sempat.” Pelajar lelaki itu mengadu kepada sahabatnya.
“Wehhh, agak-agak laa. Aku tengah makan ni.” Tersedak sahabatnya itu ketika dia sedang berselera untuk menjamah makanan yang berada di pinggannya itu.
“Kalau macam nilah gayanya, cekeding aku dibuatnya.”
‘Memang kau dah kurus kering pun. Nasi bertimbun, memang tak sempatlah nak habiskan. Kau ingat ni kedai mamak boleh makan satu pinggan,’ fikir aku sejenak.
Aku hanya mecuri dengar sahaja perbualan antara mereka berdua yang sedang merungut kerana mereka berasa tidak berpuas hati dengan layanan fasilitator-fasilitator yang bersikap tegas terhadap semua pelajar-pelajar baru itu.
‘Yang fasi ni pula satu hal, lima minit memang tak cukuplah. Nak beratur lagi, nak ambil nasi dengan lauk lagi, ni pun dah ambil masa beberapa minit, apatah lagi nak makan,’ fikir aku lagi sambil merungut seorang diri. ‘Aduh, perut aku pula yang buat hal. Gastriklah ni,’ aku bermonolog.
“Allahu Akbar Allaaahu Akbar.” Laungan azan sudah berkumandang menandakan waktu solat Zohor telah pun tiba.
“Bil, aku gi ambil wuduk dulu.” Aliya memandang Nabila dan Ifah.
“Cuti.” Ringkas aku.
“Sama.” Ifah menjawab.
“Okay.” Aliya hanya mengangukkan sahaja.
Aku berasa tenang apabila melihat mereka menunaikan solat secara berjemaah bersama-sama. ‘Kalaulah aku tak cuti hari ni, boleh solat bersama,’ fikir aku dalam keadaan yang sedih kerana tidak dapat menunaikan solat bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain.