Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 11

APABILA kami sudah sampai di destinasi kami iaitu di Seremban untuk berjumpa dengan anak saudara Puan Hasnah yang sudah lama tidak berjumpa dalam masa tiga tahun kerana tiada kesempatan dan waktu yang sesuai untuk bertemu. Dan akhirnya, Puan Hasnah dapat melepaskan kerinduannya kepada Rahimah iaitu anak kepada kakaknya.

          Sejak dari bayi lagi Rahimah sudah dijaga oleh Puan Hasnah semasa dia masih lagi duduk serumah bersama dengan kakaknya di Bahau. Apabila sudah bekerja, Puan Hasnah menyewa rumah di Kajang kerana tidak mahu menyusahkan kakaknya lagi untuk menjaganya. Tetapi Rahimah masih lagi berhubung dengan Puan Hasnah hanya di dalam talian sahaja, tidak kira di mana pun mereka berada.

          “Assalamualaikum.” Puan Hasnah dan kakaknya memberi salam dengan serentak apabila sudah sampai di pintu pagar rumah Rahimah.

          “Waalaikumusalam.” Muncul si kecil yang muncul di depan pintu rumahnya lalu menyahut salam tersebut dengan gaya yang comel sekali.

          “Eleh eleh cucu opah, mari salam opah dengan nenda muda ni.” Mak Jang memeluk cucunya lalu menyuruh cucunya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Hasnah.

          “Ehh, dah besar dah anak Rahimah.” Puan Hasnah begitu teruja sekali melihat anak Rahimah yang comel itu seperti anak orang cina kerana matanya yang sepet dan rambutnya yang ditocang kemas sekali.

          Aku hanya tersenyum memanjang apabila melihat kerenah budak kecil yang comel sedang bermain-main dengan opahnya. Nasuha hanya tersengih lalu mendekatkan dirinya kepada si kecil comel itu. Sementara kami leka bermain dengan si kecil ini lalu kami disapa oleh seseorang yang baru keluar dari pintu kereta Myvi biru itu yang di kawasan luar rumah Rahimah.

          “Assalamualaikum mak, mak baru sampai ke?” Si pemuda itu terus menghulurkan tangan untuk mencium tangan mak mertuanya.

          “Waalaikumusalam, ya baru saja sampai ni. Kamu Man dari mana.”

          “Tak kerja ke hari ni?” Sambung Mak Jang.

          “Kerja. Petang ni nak kena gerak ke KK.” Jawab Man sambil memberi bungkusan sebagai buah tangan kepada mak mertuanya.

          “Pulangannya bila.” Mak Jang menyoal lagi.

          “Minggu depan baru balik mak.” Jawab Man sekali lagi.

          “Tak tiduran malam ni. Si kakak sorang-sorang di rumah.” Mak Jang mengerutkan dahinya kerana terlampau risau terhadap anaknya yang akan ditinggalkan oleh suaminya dalam masa seminggu.

          Mana tak risaunya, Rahimah adalah satu-satunya anak perempuan sulungnya daripada empat orang adik-beradiknya. Yang lain semuanya anak lelaki dan dia yang sulung kena selalu diberi perhatian, bukan kerana dia seorang yang manja tapi dia seorang perempuan yang masih di bawah jagaan mak dan ayahnya lagi, selagi mereka masih hidup.

          Aku pula terpinga-pinga dengan perkataan yang tidak difahami apabila Mak Jang berbicara dengan mamaku dalam bahasa Banjar. Ada yang sesetengah perkataan itu masih lagi kami boleh faham, jika terlalu panjang dan terlalu cepat perkataannya memang kami tidak akan faham.

         “Nurul, macam mana belajar.” Kak Rahimah sedang menyusun pinggan mangkuknya di tempat rak pinggan lalu terdetik untuk dia menanyakan soalan kepada sepupunya.

         “Okay je kak.” Aku hanya tersengih sahaja.

         “Rasa takut tak, bila result nak keluar.” Kak Rahimah menyoal lagi.

         “Huishh, hanya Tuhan jelah yang tahu kak.” Aku menggeleng-gelengkan kepala kerana terlalu seram dengan soalan yang diberikan tadi.

         “Tak apa, Nurul mesti boleh.” Kak Rahimah memberi senyumannya kepadaku.

         “InshaAllah kak. Tapi akak lagi hebat dari Nurul. Nurul ni suam-suam je orangnya.” Aku tersengih sambil mengangkatkan keningku.

         “Nurul dah usaha mesti ada tuahnya.” Kak Rahimah tersenyum lagi.

         “Mama.” Aku tersentak apabila Qhaila menerkam aku secara tiba-tiba.

         “Ehh, jangan buat kakak macam tu.” Kak Rahimah menegur anaknya. Qhaila hanya memandang aku dan menjauhkan dirinya dariku kerana dia tersalah orang untuk mengadu lalu terus memeluk mamanya.

         Aku hanya tersenyum dan berasa geram apabila melihat kecomelan Qhaila yang masih berusia dua tahun setengah itu. Aku pun bingkas bangun dari kerusi lalu aku mencubit pipi Qhaila yang gebu itu dan terus menuju ke keluar rumah untuk melihat keadaan adik-adik aku yang sedang bermain di kawasan rumah Kak Rahimah itu. Sementara Puan Hasnah dan Mak Jang sedang rancak berborak di luar rumah, aku pula mula mengusik adik-adikku yang sedang bermain sambil merasakan tamparan angin yang halus itu berlalu di mukaku di waktu petang.

 

PUTRAJAYA merupakan sebuah bandar terancang yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur. Keindahan yang ada di Putrajaya membuatkan pengunjung berasa teruja untuk pergi ke lokasi yang ingin mereka kunjungi. Kini, Kak Rahimah telah membawa kami sekeluarga pergi ke ‘Alamanda Shopping Centre’ untuk melihat barangan yang dijual di sana. Kami berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama.

          “Min, mak nak pergi ke sana.” Mak Jang merenung ke arah anak bongsunya itu.

          “Min ikut sekali laa mak.” Min menyahut.

          “As, mau pergian sekali tak.” Mak Jang mengajak adiknya untuk melihat ke kawasan yang baru ditunjuk olehnya.

          “Boleh.. boleh.. Angah, adik, nak ikut tak.” Puan Hasnah memanggil anak-anaknya yang sedang bermain dengan kakaknya di sebalik dinding yang berada di dalam pusat membeli-belah itu.

          “Nakkkkk.” Serentak dua beradik itu menyahut lalu berlari ke arah Puan Hasnah.

          “Kakak stay dengan Kak Rahimah ye.” Aku menyahut lalu mengejar si Qhaila yang sedang berlari terkedek-kedek.

          “Angah pun nak stay dengan kakak laa.” Dayana terus berlari anak ke arah aku. Nasuha pun turut mengekori jejak langkah si angahnya.

          Kami adik-beradik memang rapat dan tidak boleh dipisahkan, apatah lagi dalam keluarga Encik Rosdi semuanya perempuan dan sentiasa saling menjaga antara satu sama lain. Nabila sebagai anak sulung memang sukar baginya untuk menempuhi segala tanggungjawab yang perlu dia lakukan. Buat masa sekarang, dia hanya memikirkan tentang masa depannya untuk belajar dan terus belajar.

          ‘Apa yang adik aku buat tu,’ fikir aku seketika. ‘Boleh pula dia menari di tengah-tengah bulatan tu,’ aku bermonolog lalu melihat di sekeliling kawasan di mana pengunjung yang sedang lalu-lalang di kawasan pusat membeli-belah yang luas itu.

          Lalu aku terus memerhatikan gerak-geri Dayana yang asyik bermundar-mandir dari ke hulu sampai ke hilir yang tidak jauh jaraknya dari aku untuk memerhatikannya. ‘Apalah si budak ni buat, yang sorang macam ni, yang lagi sorang macam ni,’ fikir aku sekali lagi.

          “Aaahhh.” Nasuha menjerit lalu terduduk ke atas lantai kerana terlanggar seorang pemuda yang berjalan di kawasan itu. Aku pun bergegas bangun untuk mendapatkan Nasuha.

          “Ohh, I’m so sorry. Are you okay child?” Si pemuda itu membantu Nasuha untuk bangun.

          “Adik, okay tak.” Aku terus menarik Nasuha dalam dakapanku lalu aku mengecilkan mata ke arah pemuda tersebut. Nasuha hanya terdiam sahaja lalu memelukku dengan begitu erat.

          “Ohh, I’m so sorry Aunty.” Si pemuda itu menyahut.

          “What..!!!” Aku terkejut kerana si pemuda itu memanggil aku, ‘Aunty’.

          ‘Ishhh, mamat ni gelar aku ‘Aunty’ pula. Aku ni cute tau, cuma hidung je tak berapa nak mancung,’ aku bermonolog.

          “I’m.. sorry.” Si pemuda itu tergagap-gagap apabila Nabila merenungnya dengan mata yang tajam.

          “Ok. Forget it.” Aku tersenyum sinis lalu terus beredar daripada si pemuda itu. Si pemuda itu hanya menggarukan kepalanya sahaja.

          ‘Suka hati dia je panggil aku mak cik. Mat Salleh ni kang memang nak kena duku dengan aku,’ fikir aku lagi dalam keadaan yang marah. ‘Aku ni nampak macam mak-mak orang ke,’ terfikir aku sekali lagi.

          “Nurul.” Aku tersentak apabila namaku dipanggil oleh Kak Rahimah.

          “Cantik tak kerongsang ni.” Kak Rahimah menunjukkan sesuatu kepadaku.

          “Cantik. Yang butterfly tu cantik.” Mataku tidak berkelip apabila melihat pelbagai jenis warna dan reka bentuknya yang unik telah menarik minatku untuk membeli kerongsang itu.

          Aku terdengar suara seorang pemuda yang sedang rancak bercakap dalam bahasa korea dengan kawannya sambil memilih-milih topi yang tergantung di luar kawasan kedai itu. Aku hanya melihat sahaja dua orang pemuda itu yang sedang bergaduh mulut untuk memilih salah satu topi yang diminatinya. Aku tertarik melihat dua orang pemuda yang berbangsa Korea itu kerana wajah kulitnya yang putih dan berseri.

         “Wah..!!! Neomu yeppeo.” Salah seorang pemuda yang berbaju kuning itu mencelah apabila kawannya yang sedang memilih topi.

         “Andwae..!!! Igeo yeppeuda.” Kawannya yang berbaju hitam itu mencelah lalu menggelengkan kepalanya kerana dia tidak berkenan dengan pilihan topi tersebut.

         “Geuege mul-eobosibsio.” Sambung si pemuda yang berbaju hitam itu lalu menunjukkan ke arah aku. Sedangkan aku sedang leka memandang mereka berdua tanpa mataku berkelip.

         “Ye.” Pemuda yang berbaju kuning itu hanya mengiyakan sahaja kata-kata kawannya itu lalu mereka terus bergerak ke arah aku.

         Aku tersentak apabila melihat mereka berdua sedang menuju ke arah aku. Aku berasa gelisah, ‘Apahal diorang datang ke arah aku ni. Weh, semakin dekatlah pula diorang ni,’ fikir aku.

         “Hello miss.” Pemuda yang berbaju kuning itu memberi senyuman kepadaku.

         “Eh.. ehh.. hai.” Aku berasa kaku seketika.

         “Which one do you like?” Pemuda itu menunjukkan reka bentuk topi itu ke arah aku. Kelihatannya kedua-dua topi itu sangat cantik, cuma warnanya sahaja yang berbeza.

         “Oh, I think this one.” Aku tersenyum lalu terus menunjukkan warna hitam lebih cantik berbanding dengan warna merah.

         “YES..!!!” Pemuda itu tadi berasa gembira kerana pilihannya tepat dengan citarasanya.

         “Thank you miss.”

         “Oh okay.” Aku terkaku seketika.

         ‘Wah, hensemnya diorang. Ada gaya macam Sean lah. Alangkah indahnya, kalau diaaa….. Ehh, macam kenal je si kenik tu,’ aku membulatkan kedua-dua mataku kerana terkejut apabila aku ternampak Nasuha sedang mengekori dua orang pemuda itu dari belakang mereka lalu memandang ke arah aku dengan gaya jalannya yang terkedek-kedek sambil melambaikan kedua-dua belah tangannya itu untuk mengenakan aku.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.