Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 7

 

RING... Ring.. Ring..”

          “Hello.. Assalamualaikum.. Ehh, kenapa tak jawab?”

          “Ring.. ring.. ring..”

          Aku kehairanan ‘kenapa suara tak berbunyi, jawab pun tak ada siapa yang sahut,’ fikirku sejenak lalu aku menepuk dahiku apabila aku mendapat tahu rupa-rupanya aku terambil sikat bulat adik aku yang terletak tidak jauh dari telefon bimbit aku. Aku pun terus mengangkat telefon bimbit.

         “Assalamualaikum Nabila.” Sahut Nad memberi salam.

         “Waalaikumusalam Nad. Iya ada apa call?” Aku pun membalas salam dalam keadaan mamau.

         “Kau lupa ke hari ni nak pergi rumah Teacher Haidah kan. Nanti aku jemput kau dalam pukul 10.00 pagi tau. Siap-siap ya.” Nad pun terus mematikan talian.

         “Oh my, macam mana aku boleh lupa ni. Aku kena bersiap cepat ni sebelum minah tu datang.” Bergegas aku ke bilik air dengan muka yang sememeh.

..................................................

Dua jam kemudian…

          “Mama.. kakak pergi dulu, kawan dah sampai. Assalamualaikum mama.” Aku terus mencium tangan mamaku dan bergegas gerak menuju ke kereta Nad.

          “Bye mak cik, kami pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Nad memberi salam kepada Puan Hasnah sebelum bergerak ke destinasi.

          “Iya, hati-hati nak. Balik jangan lewat sangat. Ingat…!!! Waalaikumusalam.” Puan Hasnah memberi amaran sambil melambaikan tangannya ke arah anaknya.

          “Woii Bedah, cepat pula kau keluar, siap berdiri kat luar macam tahan teksi je aku tengok.” Nad mula membuka kata-katanya.

          “Oii Minah, sedap mulut kau je cakap aku bedah.”

Nad hanya mampu tersengih sahaja tanpa banyak bunyi.

          “Kita ni nak tunggu dorang kat mana ni.” Sambung aku.

          “Din dengan Zam dah ada kat KFC, so kita gerak ke sana jelah.” Nad masih menumpukan perhatiannya untuk memandu.


DOM.. Dom.. Dom..” Bunyi hentakkan yang begitu kuat sampai pandangan dari pelanggan-pelanggan yang berada di KFC itu terkejut apabila melihat gelagat si remaja yang khusyuk bermain game ‘Mobile Legend’.

          “Kau tak rasa ke, ni semua rancangan si Kim yang poyo tu.”

          “Dia ada taktik licik ni.” Sambung Din sambil bermain mobile legendnya.

          “Oiii… aku cakap sorang-sorang ke. Zam, kau dengar tak ni?” Din berasa bengang apabila layanannya tidak dipedulikan oleh Zam.

          “Hishhh, aku tengah makan ni. Bagilah aku makan ayam ni dengan aman.” Rungut Zam apabila makanannya diganggu oleh sahabatnya yang sibuk dengan mobile legend.

          “Kau ni pun satu, kau bukan tak kenal si Kim tu. Dekat kelas pun dia poyo. Dan kau jangan lupa, playboy dia boleh tahan juga. Kalah kecomelan aku ni tau.” Zam terdiam seketika.

          “Tapi dia ni licik laa, aku geram wehh.” Rungut Din kerana tidak puas hati.

          “Hishh, kau ni. Dia memang licik dalam game mobile legend ni. Sampai game ‘Dinner Dash’ aku pun dia nak kebas.” Sampuk Zam dan dia malas nak melayan kerenah si Din.

          “Tapi Zam, dia kalahkan ‘Drow Ranger’ aku.” Din masih lagi tidak mahu mengalah.

          “Binatang apa tu, berranger bagai.”

          “Mokkk, hero dalam mobile legend laa.” Pekik Din untuk menerangkannya.

          “Oh ya, okay.” Zam tak menghiraukan Din lagi. Baginya, makanan yang ada di depannya sekarang adalah lebih penting untuk dinikmatinya.


          “Ehhh, mak kau hijau.” Terkejut Din dibuatnya apabila disergah oleh Nabila dan Nad.

          “Huhhh, semangat aku.” Din mengurut-urut dadanya kerana terlampau terkejut.

          Nabila dan Nad terus menarik kerusi untuk duduk yang berhampiran dengan meja Din dan Zam. Nad menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat rakan-rakannya itu, yang si Din memang kaki game, dan yang si Zam pula memang kaki makan. Tiada siapa yang boleh tandingi kekacakan dan kecomelan mereka berdua. Tapi perkara ni memang tidak boleh dibicarakan di hadapan mereka kerana ada yang perasan atau angkat hidung sendiri di kemudian hari. Sudah sebulan exam STPM berlalu, kami masih lagi berhubung dan meluangkan masa bersama walaupun rumah kami agak berjauhan.

          “Oiii Zam, kau order apa tu.” Sampuk aku sambil melihat Zam menikmati makanannya itu.

          “Sekarang kita ada di mana.” Soal Zam kepada aku.

          “KFC, so…” Ringkas aku.

          “So… aku tengah makan KFC laa ni, mana ada makanan lain.” Gelak Zam kerana dapat mengenakan aku.

         Aku mula berasa geram dengan si Zam. ‘Memang ada yang nak kena penyet dengan aku kejap lagi. Kejap lagi pancit laa kau montel aku kerjakan.’ Rungut aku dalam hati. Aku pun terus menjamah ayam KFC yang telah dibelikan olehku, lalu aku pun teringat akan sesuatu perkara yang tidak boleh dilupakan.

……………………..

RIUH-rendah dibuatnya apabila pelajar-pelajar telah membuat persiapan untuk majlis kecemerlangan akhir tahun bagi seluruh pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Cikgu-cikgu di sekolah juga telah menyediakan jamuan makan-makan bagi memeriahkan lagi suasana antara pelajar-pelajar dan guru-guru.

          “Cikgu, mana makanannya maa. Kami sudah lapar woo.” Zhi Kiong tidak sabar lagi untuk menjamah makanan kerana perutnya sudah memanggil-manggil untuk diisi.

          “Hishhh, kamu ni Kiong. Pasal makanan laju je kamu ni ye.” Cikgu Melissa memerhatikan gelagat anak muridnya sambil menyusun hidangan di atas meja kantin sekolah.

          “Aiyoo cikgu, ni punya orang haa sudah makan woo.” Celah Hui Min sambil mengenakan rakannya.

          “Hei, zhe shi gei women de shiwu. Le, qu ba.” Lee Wei menyampuk lalu menyuruh Zhi Kiong pergi dari situ.

          “Mei you. Wo xiang chi.” Zhi Kiong tidak mahu beredar lalu dia memeluk Lee Wei untuk bergurau senda dengannya.

          “Hey, kamu ni. Buat apa tu, peluk-peluk pula.” Cikgu Melissa menegur dengan lemah lembut sekali.

          “Tak ada maa, mau bergurau saja.” Lee Wei dan Zhi Kiong tergelak sambil membetulkan rambut mereka masing-masing.

         “Ada-ada je kamu ni.” Cikgu Melissa hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat anak-anak muridnya. Walaupun pelajar-pelajar cina di dalam kelas Akaun terlampau bising, namun cikgu Melissa tetap sabar untuk mengajar mereka selagi mereka tidak kurang ajar kepada guru yang telah mengajar mereka.

          “Sin Yin.. Nabila.. mari sini kejap, tolong cikgu.” Cikgu Melissa memanggil anak muridnya untuk membantunya.

          “Baik cikgu. Lai Sin Yin, cikgu panggil tu.” Jawab aku sambil memegang tangan Sin Yin untuk menuju ke arah cikgu.

          “Okay.” Jawab Sin Yin secara ringkas.

          “Cikgu nak kami tolong apa ye.” Aku teruja untuk menolong cikgu.

         Dalam kelas, hanya ada dua orang pelajar melayu sahaja yang mengambil kelas akaun iaitu aku dan Thira. Thira memang fasih berbahasa Cina, apatah lagi dalam bahasa Inggeris, memang dia powerlah daripada aku. Aku kenal Thira pun semasa aku mula-mula masuk di tingkatan empat dan aku mengambil kelas Akaun, walaupun yang lain semua pelajar cina di dalam kelas itu. Sedangkan ramai je pelajar melayu di dalam kelas ICT tetapi aku tidak berminat dengan subjek itu, aku lebih cenderung dengan mengira nombor.

          “Wah, cikgu order KFC maa. Lai, lai, lai semua, makan, makan.” Zhi Kiong tidak sabar lagi lalu dia bingkas bangun untuk mendapatkan makanan di atas meja yang telah disediakan oleh guru-guru yang lain.

          “Heiiii, aiyoo, sabar Kiong. Nak roboh meja ni dibuatnya.” Cikgu Asnani menjerit kerana terkejut dengan gegaran meja yang dirempuh oleh Zhi Kiong.

          “Aiyaa, saya tak sengaja maa. Saya pun terkejut woo, kenapa ayam ini besar sangat.” Zhi Kiong tersengeh dan mula mencari alasan untuk menutup kesilapannya.

          “Banyaklah alasan kamu, panggil kawan-kawan kamu tu, makan.” Celah Cikgu Rosnani.

          “Sin Yin, tolong ambilkan untuk saya. Saya mau pergi toiletlah.” Jawab aku.

          “Oii Nabila, kalau lambat, saya habiskan.. ha ha ha.” Zhi Kiong saja mengacau dan tergelak sendirian.

          “Aippp, jangan..” Aku pun terus merenung Sin Yin lalu beredar.

          “Okay, kamu nanti duduk di sebelah saya ya.” Sin Yin menyahut.

          “Haa okay okay.” Aku bergegas mencari jalan untuk ke tandas tetapi ada orang telah menarik lengan bajuku secara tiba-tiba.

          “Oiii, kau dah kenapa, aku nak pergi tandas laa.” Marah aku.

          “Aku nak ikut, sorry..” Thira tersengeh sambil mengangkat kedua belah tangannya ke telinga.

          “Jom..” Tanpa membuang masa, aku pun terus menarik tangan Thira.

         Lega aku apabila dapat membuang air kecil. ‘Barulah aku boleh makan dengan tenang dan tiada gangguan,’ fikir aku sendirian.

         “Dommm..” Bunyi hentakkan pintu yang begitu kuat dan membuatkan aku terkejut di dalam tandas.

         ‘Bunyi apa tu,’ fikir aku sejenak lalu terdengar bunyi suara seorang pelajar perempuan memekik dengan memanggil nama Thira. Tak lain dan tak bukan lagi itu memang suara, ‘Qis… apa pula laa agenda perempuan ni nak buat.’ Rungut aku di dalam hati lalu aku pun bergerak secara perlahan-lahan supaya tidak kedengaran olehnya.

         “Heiii pompan, kau memang tak sedar diri ye. Kau berani dekat dengan pakwe aku. Aku dah bagi warning kat kau kan.” Qis memekik dan menunjuk-nunjuk jarinya ke arah Thira.

         “Apa yang kau cakap ni, aku tak……” Belum sempat Thira nak jelaskan, Qis sudah memotong jalannya untuk bercakap.

         “Heii pompan, kau ingat aku buta ke haa.”

         “Dah dasar pompan gatal tu, cakap jelah.” Ira mencelah lalu menafikannya lagi.

         “Kau ni dah kenapa, nak gaduh dengan aku pula.” Thira membantah dan ingin mempertahankan dirinya.

         “KAUUUUUUU.” Qis menjerit.

         “Oiii, korang dah kenapa. Nak gaduh pergi ke tempat lain laa, dalam toilet juga korang pilih. Dah kenapa!!!” Aku menjerit tanpa menghiraukan pergaduhan mereka.

         “Kau diam Nabila, jangan cari pasal dengan kami!!!” Ira memberi amaran kepada aku.

         “Apa hal korang ni. Kalau nak gaduh, jangan depan aku. Aku tak suka orang bergaduh kat depan aku.” Aku pun terus memberi amaran dan membulatkan mata aku kepada Qis dan Ira, lalu aku terus menarik tangan Thira daripada mereka bertengkar lagi.

         Aku memang tidak suka pada pergaduhan, apatah lagi nak cari pasal dengan orang lain, memang taklah aku nak masuk campur. Dari mula lagi aku masuk di tingkatan empat, mereka dah bermusuhan antara satu sama lain walaupun berlainan kelas kecuali kelas Agama Islam sahaja yang kami sama kelas. Sampaikan mereka cuba untuk menghasut aku supaya tidak berkawan dengan Thira. Alasannya, Thira suka berkawan dengan pelajar-pelajar cina sahaja daripada berkawan dengan mereka.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.