Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 14

 

          “Kakak, dah prepare barang semua.” Puan Hasnah memanggil anaknya.

          “Kejap.. kejap..” Ringkas aku.

          “Kemas barang-barang tu, esok nak kena bangun awal.” Encik Rosdi mencelah.

          “Kejap.. kejap..”

          “Kakak, buat apa tu.” Puan Hasnah berasa geram lalu berjalan menuju ke pintu bilik tidur untuk mencari Nabila.

          “Kejap.. kejap.”

          “Ya Allah, budak ni. Buat apa tu.” Puan Hasnah terkejut apabila melihat Nabila dan adik-adiknya sedang mengira wang dari tabung-tabung mereka.

          “Kejap maa.. kejap..” Aku hanya mengira duit yang berada di tanganku tanpa menoleh ke arah mamaku yang sedang mencengkam pinggangnya di hadapan pintu bilik mereka.

          “Bertuah punya budak.” Puan Hasnah menggelengkan kepalanya kerana sikap anaknya yang asyik khusyuk dengan mengira duit sahaja.

          “Kejap ye mama.” Aku hanya tersengih sahaja.

          “Kejap, kejap. Dah kemas barang-barang belum.” Puan Hasnah menyoal.

          “Sudah. Tadaaaaa.” Aku menghulurkan kedua-dua belah tanganku lalu menunjukkan ke arah beg bagasi yang berwarna merah yang sudah siap tersedia dengan segala keperluan aku untuk ke hostel Universiti pada hari esok.

          Maklumlah, baru pertama kali aku mengemas pakaian yang begitu banyak untuk dibawakan ke sana. Dan hari keesokkan jugalah bermulanya hari berorientasi bagi pelajar-pelajar baru yang bakal menghadapi ujian di Universiti tersebut. Aku tidak sabar lagi untuk menceburi cabaran yang bakal diterima nanti.

          ‘Wah, untung juga bulan ni. Hanya sebulan je aku boleh mencapai keuntungan yang memuaskan. Boleh aku keluar sikit duit untuk bayar yuran pendaftaran esok,’ fikir aku sejenak lalu terus menyimpan wang tersebut ke dalam sampul yang berwarna putih itu.

          “Alaaa, angah salah kira lagi.” Dayana mengeluh kerana duit syiling yang dikira olehnya terlalu banyak dan menyebabkan dia sukar untuk mengiranya semula.

……………………………………………..

          “Siapa yang tak siap kerja sekolah, bangun.” Tegur Cikgu Izzati kepada anak muridnya dengan nada yang nyaring.

          “Hmmmm, ramai yang tak siap.” Cikgu Izzati menegur lagi.

          Murid-murid yang berada dalam kelas 5 Usaha itu telah menjadi sunyi sepi dan membuatkan mereka berasa bersalah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah mereka yang telah diberikan oleh Cikgu Izzati. Bukan kerana mereka sendiri tidak mahu menyiapkan subjek Matematik itu tetapi mereka tidak tahu untuk menjawab dan cara penyelesaian dalam pengiraan tersebut. Yang terselamat dalam kelas itu hanya Nabila, Jemy, Syif, dan Shafiq sahaja yang berhasil menyiapkan kerja sekolah mereka.

          ‘Huish, nasib baik aku dah siapkan semalam. Kalau tak, kena cubit dengan cikgu,’ aku bermonolog. ‘Ni pun aku pakai bantai je ni, janji ada jawapan, biar salah pun,’ fikir aku lagi.

          “Nabilaaa. Tunjukkan jawapan kamu di papan putih.” Cikgu Izzati memanggil nama Nabila lalu berjalan ke arah Nabila sambil menghulurkan sebatang pen pena yang berwarna biru.

          Aku tersentak seketika apabila namaku dipanggil untuk ke hadapan dengan menulis jalan pengiraan di papan putih itu. ‘Aduh, apasal aku yang kena, kenapa tak panggil Jemy atau Syif. Dahlah jawapan salah ni, mampus aku macam ni,’ fikir aku sendirian lalu aku terus memandang buku latihan Shafiq untuk melihat jalan pengiraannya, sama ada jawapannya sama ataupun tidak sama dengan jawapanku. Shafiq hanya menghulurkan sahaja buku latihannya itu.

          “Tak payah tengok, jawapan korang bukan sama pun.” Tegas Cikgu Izzati.

          “Aaaa, okay cikgu.” Aku menyahut lalu tersengih sahaja.

          ‘Alamak cikgu ni, tahu-tahu je jawapan kita orang tak sama. Habislah aku kali ni,’ fikir aku lagi sambil tersengih sahaja.

          “Biarlah jawapan kamu salah atau tak, janji kamu siap kerja saya.” Cikgu Izzati menegaskan pendapatnya.

‘Ehh, Cikgu ni boleh baca fikiran saya ke,’ aku tersentap seketika kerana sedikit terkejut dengan penjelasan Cikgu Izzati itu.

          “Kalau salah pun, kita bincang sama-sama jalan pengiraannya. Sekarang siapa yang nak kena denda lagi.” Sambung Cikgu Izzati lalu menyoalkan kepada anak muridnya.

          “Tak nak cikgu.” Sahut murid-murid yang berada dalam kelas 5 Usaha itu.

          Aku hanya terkaku dan berasa sedikit gementar apabila berada di bersebelahan dengan Cikgu Izzati. Dan aku juga berasa sedikit lega kerana jawapan aku yang salah itu dapat diselesaikan bersama-sama dengan cikgu. Sudah satu jam berlalu, Cikgu Izzati pantas mengambil buku-buku dan bekas pensilnya untuk beredar dari kelasnya itu kerana waktu pembelajaran subjek Matematik sudah pun tamat pada waktunya.

          “Weh Zul, sakit tak kena cubit dengan cikgu.” Shafiq mengusik bahu Zul yang sedang tercari-cari sebatang pensilnya yang kenik itu.

          “Kau cubalah tak siapkan kerja sekolah, baru kau rasa sakit ke tak.” Zul pula yang mengusik Shafiq lalu mencebikkan mulutnya sahaja.

          “Alaaa, kau ni. Aku takutlah. Sebab tu aku siapkan kerja sekolah.” Shafiq mengadu lalu memandang ke arah Zul.

          “Sebab apa kau tak siapkan kerja sekolah haaa.” Tegas Shafiq lalu dia mencengkam pinggangnya di hadapan Zul.

          “Bukan aku tak nak buat.” Zul tersengih.

          “Sebab dia main bola sampai tak ingat dunia nak balik ke rumah.” Aku menyahut lalu merenung tajam ke arah Zul. Zul hanya mampu tersengih sahaja sejak dari tadi.

          “Lepas tu, balik rumah rasa letihlah jawabnya. And then tidurlah kerja dia.” Sambung aku lalu aku terus beredar keluar dari kelas untuk ke kantin sekolah.

          “Ooo begitu, kau ni Zul. Ehh, Bil tunggu.” Shafiq hanya memikirkan sahaja keadaan si Zul lalu dia terus mengekori Nabila untuk ke kantin sekolah.

          Zul hanya tersengih sahaja kerana kata-kata Nabila itu sememangnya ada betulnya juga tentang perangainya semalam dan dia berasa amat bersalah dalam situasinya itu.

          “Bil, hebatlah kau. Semua jawapan kau salah tapi jalan kira betul.” Shafiq tergelak sambil menyuap nasi lemak yang berada di tangannya untuk dimasukkan ke dalam mulutnya.

          “Kau perli aku ke.” Aku berasa bengang apabila Shafiq mula mempersendakan aku.

          “Bukanlah, kau jangan salah faham.” Shafiq menutup mulutnya dengan tisu kerana dia tidak berniat untuk mempersendakan Nabila.

          “Aku terpegun je.” Sambung Shafiq sambil mengumpulkan sisa-sisa nasi yang masih berbaki di pinggannya itu.

           “Sedap nasi goreng ni.” Aku membuat alasan lalu tidak mengendahkan kata-kata dari Shafiq yang asyik dari tadi tidak berhenti-henti bercakap semasa waktu makan.

 

HIDUP aku kini memang penuh dengan drama-drama mereka yang selalu memberi alasan yang tidak kukuh. Tiap-tiap kali kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu, pastinya mereka akan mengeluh. Suasana yang aku alami sekarang ini telah membuatkan aku berasa malas untuk menyiapkan kerja sekolah yang semakin berlambak di atas meja belajarku itu.

          Disebabkan asyik menangguh-nangguhkan kerja sekolah dan asyik membuang waktu dengan menonton televisyen berjam-jam sahaja telah membuatkan aku tidak mempedulikan pada semua benda yang berada di hadapanku itu. Apabila aku mahu membuat kerja sekolah, mesti ada sahaja alasan aku untuk menonton televisyen disebabkan cerita kegemaran aku sudah pun muncul di kaca televisyen iaitu ‘Action Movie’ yang dilakonkan oleh ‘Jackie Chan’.

 

          “Krikkkkkkkk.”

          “Krikkkkkkk.. krikkkkk.” Bunyi loceng telah menggegarkan gegendang telinga kiri Nabila yang masih sedang tidur lagi di atas katil yang empuk itu telah membuatkan Nabila tidak mahu bangun dari tidurnya.

          “KAKAKKKK..!!! Bangun, dah pukul berapa ni. Nanti lambat ke sekolah.” Puan Hasnah berteriak dari arah dapur rumahnya.

          “KAKAKKKK..!!!” Puan Hasnah berteriak lagi.

          “Okay okay.” Aku menyahut dalam keadaan aku yang mamau.

          “Aduhhh.” Mataku berat untuk membuka lalu aku ingin menekan butang loceng yang sudah lama berbunyi, akan tetapi….

          ‘Ehh, apasal lembik ni,’ fikir aku lalu aku membuka mataku sedikit untuk melihat benda apa yang telah aku tekan tadi.

          “Ya Allah, budak ni. Hidung si montel rupanya. Patutlah lembik semacam.” Aku merungut lalu bingkas bangun untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah.

          “Auchhhh.” Aku mengadu kesakitan lalu mengurut-urutkan dahiku kerana terantuk di bahagian bucu pintu bilik air ketika hendak masuk ke dalam tandas tersebut.

          ‘Hishh, pintu ni. Lain kali kena besarkan sikit. Asyik nak langgar aku je,’ fikir aku sambil merungut dengan keadaan aku yang separuh sedar dari tidur itu.

 

Empat puluh minit kemudian…

          “Aduhh, mana pula buku Matematik ni.” Aku kerunsingan.

          “Mana pula bekas pensil ni.” Aku berasa geram seketika.

          “Mama, kakak gerak dulu.” Aku terus bergegas dengan menuruni anak tangga di rumahku itu yang berada di tingkat dua lalu terus ke muka pintu rumah.

          “Sarapan dulu.” Puan Hasnah mengajak anaknya untuk bersarapan dahulu sebelum ke sekolah.

          “Tak apa maaa, kakak bawa bekal.” Aku terus mengambil basikalku yang terletak di sebelah motosikal abahku itu.

          “Hey, kakak…”

          “Assalamualaikummama.” Aku terus mengayuh basikal dengan lajunya untuk ke sekolah.

          “Waalaikumusalam.” Puan Hasnah hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil melihat kerenah anaknya yang suka tergesa-gesa.

          Waktu pagi ini adalah waktu subjek Matematik dan subjek ini juga telah membuat semua murid-murid di dalam kelas 5 Usaha itu berasa cemas apabila Cikgu Izzati akan datang ke kelas pada waktu yang tepat.

          “BANGUN..!!!”

          “Assalamualaikum Cikgu.” Ketua kelas dalam kelas itu telah memberi arahan lalu memberi salam kepada Cikgu Izzati. Dan dituruti oleh kami sekelas.

          “Waalaikumusalam. Okay semua duduk.” Cikgu Izzati menyahut lalu menyuruh anak muridnya untuk duduk di tempat masing-masing.

          “Kerja sekolah semalam dah siap.” Soal Cikgu Izzati kepada anak muridnya.

          “Sudah cikgu.” Murid-murid dalam kelas tersebut menyahut dengan serentak.

          “Okay, bagus. Macam nilah anak murid cikgu.” Cikgu Izzati sungguh gembira terhadap anak muridnya.

          “Sekarang, cikgu nak kamu semua bangun.”

          Tersentak seketika apabila Cikgu Izzati menyuruh mereka untuk bangun dari tempat duduk mereka. Murid-murid tersebut mengikuti arahan cikgunya itu.

          “Cikgu nak soal kamu tentang sifir.” Cikgu Izzati merenung tajam ke arah anak muridnya itu.

          “Ahhhh.” Aku dan Jemy hanya saling pandang-berpandangan sahaja antara satu sama lain.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.