“Shafiq, lapan kali sembilan?” Cikgu Izzati menyoal Shafiq secara mengejut.
“Aaaaaaaa…”
“Rotan satu kali.” Belum sempat Shafiq ingin menjawab soalan tersebut, Cikgu Izzati sudah membantah kerana Shafiq tergagap-gagap untuk menjawab.
“Nabila, sembilan kali lima?”
“Empat puluh lima.” Aku tersentak dengan soalan Cikgu Izzati lalu menjawab dengan pantas.
“DOMMM..” Bunyi hentakkan pintu di bilik air telah membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku terkial-kial mencari telefon pintar untuk melihat jam di kaca skrin telefon pintarku. Aku tidak mampu untuk membuka kedua-dua belah mataku tetapi aku perlu memaksa diriku untuk bangun kerana hari ini adalah hari pendaftaran dan hari pertama aku ke Universiti Selangor.
“Fuyoo, besar juga UNISEL Shah Alam ni.” Aku berasa teruja apabila melihat bangunan yang besar dan bertingkat dua itu, kini bangunan tersebut sudah berada di hadapanku ini.
Sebelum ini, aku hanya dapat melihat di kaca televisyen sahaja. Tetapi, UNISEL di kawasan Bestari Jaya mempunyai pemandangannya yang lebih luas berbanding kawasan pemandangan di Shah Alam.
“Ramainya.” Encik Rosdi sedikit terkejut dengan kehadiran pelajar baru yang terlalu ramai di kawasan pendaftaran tersebut.
“Takutlah pula.” Aku hanya memandang ke arah mamaku.
“Ingat, niat nak belajar.” Puan Hasnah memberi peringatan kepada anaknya.
Aku hanya menganggukkan sahaja kata-kata mamaku itu lalu aku terus beratur di mana pelajar-pelajar baru yang sedang mendaftarkan diri di tempat yang telah ditetapkan. Aku hanya melihat ke kiri dan kanan sahaja lalu melihat pelajar-pelajar yang ada di situ dengan berpakaian formal. Aku begitu cemas dan berasa rendah diri apabila melihat pelajar lain yang lebih bersemangat untuk memasuki Universiti, sedangkan aku berasa sedih secara tiba-tiba.
‘Huishh, ramainya.’ Fikir aku sambil melihat kedua-dua orang pelajar baru yang berada di sebelah kanan dan di sebelah kiriku. Aku hanya memerhatikan sahaja mereka berdua yang sedang memegang sebuah fail dan sebatang pen yang berada di tangan mereka.
‘Diorang ni tak nak cakap dengan aku ke, aku duduk tengah-tengah ni macam cacing kepanasan je,’ fikir aku lagi. ‘Please, please, someone cakap dengan aku. Aduh, bosanlah macam ni,’ aku hanya merenung ke bawah sahaja. ‘Baik aku mulakan dulu.’
“Hai awak, nama sapa?” Aku hanya tersenyum sahaja.
“Shima.”
“Ambil course apa ya?” Sambung aku.
“Bhrm.” Shima tersenyum.
“Ehh, samalah dengan kita. Duk mana? Orang mana?” Belum sempat aku ingin menghabiskan soalanku, aku telah dicuit oleh seseorang yang telah menyapaku dengan nada suara yang lembut dari tempat duduknya yang berada bersebelahan denganku.
“Hai awak, nak tanya sikit boleh?” Seorang pelajar perempuan yang bertudung bawal coklat telah menyapa aku.
“Ohh, boleh. Saya Nabila.” Aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu.
“Nasuha. Umur berapa?”
‘Nasuha!!! Huishhh nama adik aku,’ fikir aku sejenak lalu aku tersentak seketika apabila dia memberitahu namanya itu.
“20.” Ringkas aku lalu aku mengangkat keningku ke arah pelajar baru tersebut.
“Ohh, tua setahun jelah. 21. Boleh panggil Kak Su.”
“Okay, baik kak.” Aku hanya tersenyum sahaja dan berasa lega kerana mendapat kawan baru yang sudah lama terdiam diri selama empat jam itu.
“Yang sebelah tu dari mana.” Kak Su menyoal lagi. Aku hanya menoleh ke arah Shima yang baru sahaja aku kenal.
Perasaanku kini sedikit lega kerana mempunyai kawan yang sudi untuk berborak denganku. Aku hanya memerhatikan di sekeliling kawasan dan aku masih lagi tercari-cari kelibat abah dan mamaku yang tidak kelihatan dari aku beratur untuk mendaftar ke dalam dewan lagi.
Betapa penatnya aku mendaki anak tangga ke tingkat empat dengan membawa beg bagasi yang berat itu untuk dibawa ke pintu hostel. Aku melihat sahaja kelibat ibu bapa yang berada di muka pintu hostel untuk memerhatikan anak-anak mereka dalam keadaan yang baik.
“Kak, bilik kakak yang mana.? Puan Hasnah memerhatikan di sekeliling kawasan ruang tamu di hostel itu.
“Yang sebelah sini.” Aku menunjukkan ke arah pintu yang bernombor 4A.
Aku hanya memerhatikan sahaja dua orang pelajar baru yang berada di dalam bilik yang sama denganku. Mereka berdua terus mengeluarkan pakaian mereka untuk disimpankan ke dalam lokar masing-masing. Sedangkan aku baru sahaja sampai dan hanya memerhatikan di sekeliling kawasan ruang tamu itu, termasuklah di bahagian dapur.
‘Diorang ni tak nak tegur dengan aku ke, fokus betul diorang ni kemaskan pakaian,’ aku bermonolog lalu aku terlihat nama seseorang yang tentera di bahagian atas beg bagasi dengan dakwat pen berwarna hitam, ‘Vina. Maybe nama dia kot,’ fikir aku lagi.
“Hai, ni nak panggil nama apa ye.” Aku menegur salah seorang rakan sebilik lalu aku menghulurkan tangan kananku untuk bersalam dengannya.
“Aliya.”
“Saya Ifah.” Salah seorang rakan sebilik yang berada di atas katil itu menyahut sambil menyarungkan bantalnya lalu tersenyum ke arah aku.
“Nabila.” Ringkas aku.
“Saya ingatkan nama awak Vina.” Sambung aku seketika.
“Ni memang nama saya juga. Aliyahvina.” Aliya hanya mampu tergelak sahaja.
“Laa ye ke.” Aku tersenyum lalu menggarukan kepalaku yang tidak terasa gatal itu dan dituruti gelak tawa dari Ifah.
“Okaylah, saya turun dulu. Family ada kat bawah.” Aku menyahut.
“Okay, nanti kita borak lagi.” Ifah menyahut lalu dia menyambung semula mengemas katilnya itu.
Aku bergegas ke bawah sambil mengira anak tangga yang begitu banyak tetapi tidak habis untuk dikira kerana ingin mengejar waktu untuk bertemu dengan keluargaku sebelum pukul 11.00 malam. Hostel ini terletak di Seksyen 2 yang berhampiran dengan Mcd dan bangunan ini dinamakan ‘Wisma Mais’ yang tidak jauh untuk aku ke Universiti dengan menaiki ‘Smart Free Bus’ yang berada di Shah Alam.
“Haa kak, macam mana kat hostel. Okay duk sini.” Encik Rosdi menanyakan keadaan anak sulungnya itu lalu menghirup sup tulang yang berada di dalam mangkuknya itu.
“Hmmm, entahlah.” Ringkas aku lalu aku memonyokkan mukaku.
“Tak apa, niat tu penting. Datang sini nak belajar, bukan nak main-main.” Puan Hasnah mencelah.
“Bukan tu masalahnya.” Aku mengerutkan dahiku.
“Habis tu.” Puan Hasnah menjeling ke arah anaknya.
“Sebab dah duk jauh dari family ku yang tercinta.” Nadaku berirama lalu tergelak sendirian.
“Nanti dah kerja jauh-jauh macam mana.” Puan Hasnah mencelah lagi lalu menghabiskan sisa-sisa makanannya yang masih berbaki lagi di pinggannya itu.
“Esok kena bangun awal kan. Ada orientasi berapa hari?” Puan Hasnah menyoal lagi.
“Dua hari.” Aku menyahut.
“Lekloklah belajar kat sini. Nanti ada pape call mama.” Encik Rosdi mencelah. Aku hanya menganggukkan sahaja kata-kata abahku itu lalu aku tersentak seketika.
“Aiii, bukan sepatutnya kena call abah ke.” Aku pula yang menyoalkan kepada abahku itu.
“Abah busy, harap maaf.” Encik Rosdi menjawab dengan mukanya yang selamba.
“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.” Dayana mencelah seketika.
“Sila hubungi sebentar lagi.” Nasuha pula yang mencelah lalu menghirup air jus orennya itu.
Encik Rosdi hanya tergelak sahaja apabila melihat kerenah anak-anak perempuannya itu. ‘Aku tidak mahu melihat mereka menderita, aku mahukan mereka bahagia sentiasa. Aku mahu mereka berjaya dan aku akan buktikan didikan yang telah aku berikan selama ini akan berguna untuk masa depan anak-anakku,’ Rosdi bermonolog.
“Tunggu, tunggu aku..”
“Jangan tinggalkan aku kat sini…”
“Tungguuuu…”
Aku berasa ingin berlari dan terus berlari tanpa berhenti. Seolah-olah badanku dikawal oleh sesuatu yang tidak mahu untuk aku menghentikan langkah. Aku tidak dapat berfikir dengan tenang, apa yang aku fikirkan sekarang untuk segera pulang ke rumah tetapi jalan yang aku terokai itu tidak pernahku lihat atau melintasi jalan tersebut.
Aku tidak peduli, aku ingin pulang ke rumah dengan segera tetapi aku berlari semakin laju dan tidak dapat menghentikan langkahku apabila aku melihat di hadapan ada jurang yang begitu besar dan tinggi. Aku mahu berhenti daripada terus berlari tetapi kakiku masih lagi tidak dapat untuk dihentikan. Aku mahu menjerit tetapi aku tidak dapat mengeluarkan suara lalu aku hanya mampu berserah dan terus melompat ke dalam jurang tersebut.
“AAAAAAHHHHHHhhh.” Aku menjerit sedikit lalu aku bersyukur kerana ini hanyalah mimpi dan aku masih lagi bernyawa.
“Astagfirullah Al Adzim. Peningnya kepala aku ni.” Aku beristighfar lalu memecit-mecit kepalaku yang sedang pening apabila aku bangun dari tidur secara mendadak.
‘Ehh, ni bantal siapa pula yang tercicir kat bawah ni,’ aku bermonolog lalu mengambil bantal kepunyaan Aliya untuk meletakkan kembali ke atas katilnya yang berada di katil dua tingkat itu. Aku pula berada di bahagian bawahnya manakala Ifah berada di katil singlenya yang bersebelahan dengan aku.
‘Ehh, ni benang apa yang kerinting ni. Berjuntai pula tu kat atas ni,’ fikir aku sejenak lalu aku terus menarik benang yang berjuntai itu dengan pantas.
“Aduhhh, sakitnya.” Aliya mengadu kesakitan apabila rambut panjangnya ditarik dari bawah yang berjuntai itu.
“Siapa yang tarik rambut aku ni.” Sambung Aliya sambil menggaru-garukan kepalanya itu.
‘Alahai..!!! Rambut dia ke, aku ingatkan benang. Macam mana ni,’ fikiranku bercelaru lalu aku hanya memikirkan sesuatu perkara.
“Al, kau dah bangun ke.” Aku menyergah.
“Aku mandi dulu.” Aku segera beredar dari bilik tidur untuk ke bilik air.
“Lepas ni, aku pula nak mandi.” Ifah menyahut lalu kembali baring ke bantalnyaitu .
Aliya hanya tergaru-garu dari tadi tanpa sebarang jawapan dan dia hanya melihat gelagat Nabila yang telah beredar dari bilik mereka dengan keadaan yang tergesa-gesa.