SENANG atau susah, itu bukan persoalan bagi Nabila. Baginya, dia akan terus cuba dan terus mencuba bagi setiap tugasan baharu yang dia perolehi. Tiada siapa yang akan bantu kita, jika kita sendiri yang tidak pernah berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mahupun, lawan atau kawan, tetapi mereka juga adalah pesaing yang kuat dan kita perlu lebih berusaha untuk terus berjaya.
‘Aduh, lepas ni giliran kami pula nak present. English aku dah laa tak perfect,’ fikir Nabila dalam keadaan yang panik seketika.
“Bagus laa group diorang. Aku pulak yang rasa nervous.” Jawab Ain seketika.
“Tulah, diorang memang bagus. Aku ni yang tak berapa confident.” Celah Mawi seketika.
“Jangan cakap macam tu. Aku pun sama dengan kau juga.” Jawab Ain lagi.
“Ehh, mana sama.” Mawi membuat muka yang pelik kepada Ain.
“Kenapa pula.” Ain kebingungan seketika.
“Yelah, kau perempuan, aku lelaki. Tak sama kan.” Gurau Mawi sambil tergelak-gelak kerana dia berasa geli hati.
“Ishh, kau ni. Memang nak kena. Nabila, tengok kawan kau ni.” Berang Ain seketika lalu dia tergelak sahaja.
“Aku rasa Nabila tengah berzikir tu.” Celah Mawi lagi.
“Wehhh, aku nervous. Macam mana aku nak present ni.” Rungut Nabila seketika lalu kembali menumpukan perhatiannya terhadap pembentangan dari kumpulan lain.
“Aku nampak kenervousan kau tu, dari jauh dah nampak nur di wajah.” Gurau Mawi lagi dengan selambanya.
“Kau memang nak kena tembak dengan aku ni.” Sahut Nabila lalu hanya mengukirkan senyuman sahaja.
“Sorry..”
‘Tengoklah cara diorang present, ni boleh jadi pemimpin yang baik ni,’ fikir Nabila.
“For this definition, a business reference is information about the customers or clients' creditworthiness or financial standing. In practice, this information can be obtained from… ….. bla.. bla.. bla..” Bentang salah seorang pelajar perempuan di hadapan.
‘Cara dia cakap pun, clear je. English aku dah lah teruk dari sekolah rendah lagi. Confident level aku pun sudah hilang sekarang ni,’ fikir Nabila lagi.
“Okay, group yang seterusnya.” Sahut Sir Effuandy yang sedang menyemak beberapa nama pelajar dari kumpulan tersebut.
“Guys, jom. Yang penting jangan nervous.” Mawi memberi kata-kata semangat kepada kumpulannya itu.
“Okay, jom.” Jawab Ain lalu dia hanya mengukirkan senyuman di wajahnya.
“Ingat guys, kita jawab dengan logik akal je. InsyaAllah, kita boleh lakukan.” Sambung Mawi lagi.
Mereka hanya mengiyakan sahaja pendapat daripada sahabat mereka lalu terus mempersiapkan diri masing-masing untuk membentangkan tentang tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah mereka.
Masing-masing memerlukan sedikit pertolongan daripada kumpulan mereka supaya mereka dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan yang diberi. Ini menunjukkan bahawa mereka perlu memberi idea atau pendapat dan berbincang sesama mereka untuk memperolehi kepimpinan yang baik setiap tugasan yang diberi supaya pembentangan yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.
“That’s all for us.” Jawab Mawi apabila kami sudah selesai membentangkan tugasan kami kepada pensyarah.
“Okay, my question is..” Sir Effuandy sedang memikirkan soalan yang perlu diberikan kepada kumpulan tersebut.
“What should be avoided while writing an application letter?” Soal Sir Effuandy.
Mawi dan Ain terus memandang ke arah Nabila. Tanpa berfikir panjang, Nabila terus menjawab soalan Sir Effuandy secara spontan.
“Well..!!! In your application letter, you should avoid stating any grie…. eee….” Nabila terkaku seketika untuk menyebut salah satu perkataan tersebut.
“Grievances.” Sahut Sir Effuandy untuk membetulkan perkataan yang diungkap oleh Nabila.
“Yes, grievances. Grievances concerning your present job, the company or boss, express any dislike about the people or things and discuss subjects unrelated to your objective.”
“Okay, good. Next..!!!”
…………………………………………………….
“Mesyuarat pada hari ini, hanya sampai di sini sahaja.” Jawab Encik Samsuri seketika.
“Untuk perbincangan yang seterusnya, kita bincang pada minggu hadapan.” Sambung Encik Samsuri.
“Finally.” Bisik Amirul.
“Oh ya.” Sahut Encik Samsuri seketika.
“Haa, ada lagi.” Bisik Amirul lagi.
“Nabila, Enny!!! Masuk ke bilik saya sekejap.”
“Baik, bos.” Sahut Enny dan Nabila serentak.
“Huishh, selamat aku kali ni.” Amirul berasa lega apabila namanya tidak dipanggil sekali.
“Kau, jangan nak gembira sangat ye.” Celah Enny.
“Ehh, mestilah aku gembira, sebab nama aku tak dipanggil.” Gelak Amirul seketika.
“Tunggulah, turn kau nanti.” Celah Enny lalu dia berasa geram terhadap Amirul.
“I wait… ta ta..” Gelak Amirul lagi.
“Ishh, dia ni kang..”
“Sudah.. jom. Bos dah tunggu tu.” Aku hanya menarik lengan Enny untuk menuju ke bilik majikan kami.
“Ttukk.. ttukk.. ttuk..”
“Ye, masuk.” Sahut Encik Samsuri dari dalam bilik pejabatnya.
“Bos, ada apa yang boleh kami bantu?” Soal aku.
“Sebenarnya, saya nak tawarkan kamu berdua untuk ambil bahagian Master.”
“Apa!!!” Aku dan Enny hanya terkejut sahaja apabila bos kami memberi pendapat yang sebegitu.
“Macam mana? Berminat tak?”
“Ka.. kami..” Enny hanya membulatkan matanya sahaja.
“Tentang kos dan pengajian, kami yang akan uruskan. Kamu hanya daftar masuk dan sambung belajar.” Jelas Encik Samsuri seketika.
“Tapi, kerja kami..” Celah Enny.
“Kerja tetap kerja. Kamu berdua hanya belajar pada hujung minggu je.” Jelas Encik Samsuri lagi.
Aku hanya mengangguk sahaja cadangan yang diberikan oleh bos kami itu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja tanpa sebarang bantahan, yang aku fikir sekarang ini, ‘ini peluang yang terbaik, bila lagi aku nak merasa tawaran sehebat ini. Semua bos support pula tu.’
“Haa, macam mana kamu berdua. Kalau kamu setuju, minggu depan daftar masuk dan bagitahu saya secepat yang mungkin.” Cadang Encik Samsuri lalu menghulurkan surat tawaran tersebut kepada Enny dan Nabila.
Bukan senang bagi mereka untuk mendapatkan peluang keemasan ini. Apatah lagi ditaja sepenuhnya oleh syarikat yang mereka sedang bekerja sekarang. Tanpa melengahkan waktu, Nabila dan Enny sudah menyetujui untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat kedoktoran.
Waktu yang diberi memang agak terhad tetapi mereka pandai mengagihkan masa dengan kerja dan pengajiannya. Ini adalah peluang yang baik untuk mereka naik pangkat dengan kebolehan mereka tersendiri dalam syarikat tersebut.
SEJAK seminggu yang lalu, Nabila dan Enny telah menerima tawaran untuk sambung pengajian tersebut. Kini, mereka menuju ke tempat Universiti yang berdekatan dengan rumah mereka di Seremban. Tetapi, mereka perlu ke tempat lain dulu untuk menghadiri mesyuarat di suatu tempat tertentu. Mereka berdua mengambil keputusan yang sama dan tidak mahu meremehkan keadaan lagi.
“Enny.” Panggil aku sambil memandu kereta.
“Ya.”
“Aku nak pergi Kuala Triang kejap.” Jawab aku.
“Okay.” Sahut Enny.
“Kejap. Kau nak buat apa kat sana?” Soal Enny dalam keadaan bingung.
“Aku nak ziarah kubur arwah aki dengan adik aku.” Jelas aku seketika.
“Ohh, okay. Lagipun, resgister pukul 3 petang kan.” Sahut Enny.
“A’ah. Tak apa kan.”
“It’s okay, dear.”
Sudah tiga puluh minit dalam perjalanan, kami baru sahaja sampai di tempat perkuburan tersebut. Enny dan Nabila serentak membuka pintu kereta lalu terus menuju ke arah tempat di mana arwah aki dan arwah adik kembar perempuannya dikebumikan.
Nabila menjadi sayu dan sedikit sebak apabila melihat kedua-dua kubur yang berada bersebelahan di hadapannya itu. Dia dan Enny terus sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua orang yang tersayang. Bukan senang untuk melupakan setiap memorinya bersama dengan mereka, walaupun sekejap atau yang sudah lama dikenali, pastinya akan pergi jua.
“Assalamualaikum, Aki.” Aku hanya merenungkan sahaja.
“Assalamualaikum, Siti Aminah.” Sambung aku lagi.
‘Semoga roh kalian bahagia di sana dan bahagia di sisi Allah S.W.T. Tunggu kami semua di sana,’ fikir aku lalu hanya menahan sebak di dada.
Enny turut merasakan kesedihan daripada sahabatnya itu lalu dia hanya membiarkan sahaja Nabila merenung dengan mengenangkan nasibnya yang lampau. Nabila telah mengimbas kembali masa lampaunya yang membuatkan dia teringat akan wajah seseorang semasa dia masih berusia 12 tahun itu.
…………………………………………………….
“Korang!!!”
“Hmm..”
“Apa yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu?” Soal Abu seketika.
“Senang je ni.” Sahut Irwan.
“Haa, apa dia?” Abu hanya menunggu sahaja jawapan daripada kawan-kawannya itu.
“Bahasa yang diolah kepada Bahasa Melayu.” Celah Hazwan lalu dia tergelak seorang diri.
“Bukan. Haa kau, Irwan. Kata senang je.”
“Jawapan aku, BM!!!” Gelak Irwan sekuat hatinya lalu diikuti dengan gelak tawa kawan-kawannya itu.
“Memang senang jawapan kau ni.” Abu turut tergelak dengan jawapan yang diberi oleh kawannya itu.
“Bil, Jemy. Tau tak jawapannya.”
“Tak tahu.” Jawab Jemy dan Nabila dengan serentak.
“Jawapannya. Bahasa, bahasa laa. Melayu, melayu laa.” Abu pula yang tergelak sekuat hatinya.
“Serabut laa.” Berang Jemy lalu turut tergelak sama dan diikuti dengan gelak Nabila.