Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 37

          Abu berasa resah dan dia tidak boleh lagi mendiamkan dirinya daripada berbuat perangai untuk mengusik kawan-kawannya itu. Kalau sehari tidak menganggu, memang tidak sah baginya untuk mengusik kawan-kawannya bagi menghilangkan rasa bosannya di dalam kelas itu.

          “Weh, korang. Jom main teka-teki.” Abu mencelah seketika.

          “Jom.” Ringkas Aliff yang berada di sebelah Abu itu.

          “Apa dia teka-teki tu?” Soal Hazwan kerana tidak sabar untuk mendengar soalan daripada kawannya itu.

          “Tunggu, jap. Panggil Nabila dengan Jemy sekali.” Sahut Abu.

          “Bil..!!! Jem..!!! Mari sini kejap, kita orang ada story ni.” Irwan memanggil kawan-kawannya untuk menyertai mereka dalam permainan ini.

          “Haa, okay.” Jemy hanya menyahut lalu berjalan seiringan dengan Nabila untuk menuju ke tempat mereka.

          “Apakah story itu.” Tanya Nabila seketika.

          “Takdelah, kita orang nak main teka-teki je.” Jawab Irwan lalu dia hanya tersenyum sahaja.

          “Hek eleh. Okay, jom.” Sahut Jemy.

          “Okay, teka-tekinya berbunyi begini..” Abu ingin memberikan soalan tetapi dia terhenti seketika.

         “Weh.. TUMPAH..!!!” Jerit Abu seketika.

          Mereka terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Abu. Mereka semua terkejut dan tercari-cari di mana kawasan yang ditunjukkannya itu.

          “Mana..” Hazwan hanya tercari-cari sahaja.

          “Apa yang tumpah, wehhh.” Aliff turut tercari-cari di bahagian atas lantai itu.

          “Entah dia, mana!!!” Nabila hanya memerhatikan sahaja di atas lantai itu.

          “Kat situ, yang tumpah..” Celah Abu.

          “Takde pun. Kat mana.” Sahut Irwan sambil melihat di sekeliling kawasannya.

          “Tu… tum pah se air..” Gelak Abu kerana dapat mengenakan lima orang kawannya itu.

          “Kuasam betul.” Sahut Nabila lalu mereka berenam hanya tergelak sahaja.

          “Okay okay, ni baru teka-teki.” Abu mencelah.

          “Kali ni, betul-betul.” Jemy memberi amaran kepada Abu.

          “Okay. Haiwan apa yang tak tahu malu?” Soal Abu.

          “Haiwan tak tahu malu.. semua haiwan tak tahu malu.” Jawab Irwan tanpa berfikir panjang.

          “Bukan.”

          “Zirafah!!!” Jawab Aliff dengan rasa yakinnya.

          “Kenapa pula zirafah.” Soal Nabila yang sedikit bingung dengan jawapan Aliff itu.

          “Yelah. Leher dia kan panjang, lepas tu dia mana nampak badan dia kat bawah, bersih atau tidak.” Jelas Aliff.

          “Banyaklah kau.” Celah Hazwan lalu tersengih sahaja.

          “Bukan.”

          “Dah tu, apa jawapannya?” Jemy mengalah kerana dia tidak dapat meneka jawapan Abu itu.

          “Zebra laa, jawapannya.” Gelak Abu lagi.

          “Ehh…” Hazwan dan Jemy kebingungan di situ.

          “Zebra..” Nabila hanya memandang ke arah Irwan lalu terfikir akan sesuatu perkara.

          “Dommmm…”

          “Aku tahu jawapan dia.” Irwan menghentakkan tangannya ke atas meja apabila dia sudah tahu sebab disebalik jawapan Abu itu.

          “Memanglah, kau tahu jawapan. Abu kan baru bagitahu tadi.” Tegas Hazwan lalu dia kembali bingung apabila melihat perangai pelik kawannya itu.

          “Bukan. Zebra kan yang tak tahu malu.”

          “So..” Jemy hanya memandang ke arah Irwan.

          “Dengar baik-baik. Zip..bra..” Jelas Irwan dengan teliti.

          “Alahai…” Kepala Nabila menjadi pening apabila mendengar jawapan mereka lalu mereka tergelak tawa dengan teka-teki yang diberi itu.

          “Krikkkk… krikkkk…”

          “Weh, dah waktu balik.” Aliff bergegas mengemas beg sekolahnya untuk segera pulang ke rumah.

          “Weh, liff..!!!” Panggil Abu.

          “Haa, apa dia.” Sahut Aliff.

          “Petang ni, jadi tak pergi ke sungai.” Tanya Abu seketika.

          “Jadi… lepas solat Jumaat, kita jumpa kat sana.” Jawab Aliff.

          “Okay.”

           Abu dan Aliff telah membuat perancangan untuk mandi-manda di sungai selepas mereka menunaikan solat Jumaat di masjid. Mereka menjadi kawan rapat semenjak dari darjah lima lagi. Bagi mereka, mandi-manda di sungai bukanlah kesalahan yang besar dan hanya untuk bersuka ria sahaja bersama dengan kawan yang lain.

          “Din!!! Kau lompat dulu. Aku lompat kemudian.” Arah Abu kepada kawannya.

          “Yeayyyy.. terjunan bertubi-tubi.” Jerit Aliff dengan gembira apabila dapat membuat terjunan yang mantap berbanding dengan kawan-kawannya yang lain.

          “Perrr.. caya laa..” Sahut Din.

          “Abu!!! Cepatlah terjun.” Jerit Aliff.

          “Kejap kejap, aku datang.” Sahut Abu yang masih lagi berpakaian baju melayunya itu.

          “Din!!! Kau nak pergi mana?” Soal Aliff.

          “Kejap, aku nak ambil something kat atas tu.” Jawab Din seketika.

         “Cepat sikit!!! Jangan tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.” Jerit Aliff lagi.

          “Okay okay.”

          Hanya Aliff seorang sahaja yang masih bermandi-manda di sungai itu. Walaupun mereka sudah tahu bahawa begitu dalamnya air sungai tersebut, mereka tetap akan bermain di situ juga.

          Aliff berasa tidak sedap hati apabila dia keseorangan di tengah sungai itu lalu dia terus berenang untuk menuju ke daratan. Akan tetapi, ada sesuatu yang telah menarik kakinya secara tiba-tiba.

          “ABU..!!!” Teriak Aliff dalam keadaan panik.

          “Kejap kejap!!!”

          “ABU!!! TOLONG AKU..!!!” Teriak Aliff lagi lalu dia tenggelam dalam air sungai itu.

          “Ehh.. Aliff..” Abu melihat kawannya sudah tenggelam dalam sungai itu.

          “ALIFF..!!!” Abu memanggil-manggil kawannya dalam keadaannya yang turut panik.

          “ALLIFF..!!! AKU DATANG..”

          Abu terus terjun ke dalam sungai untuk mencari kelibat Aliff yang sudah tenggelam dalam sungai itu. Pada masa yang sama, arus air sungai telah menarik mereka berdua dalam lingkaran pusaran air tersebut. Seumpamanya, air sungai tersebut telah menyedut mereka ke dalam pusaran tersebut.

          Akhirnya, Abu sempat menyelamatkan Aliff lalu dia membawa kawannya itu ke tempat yang lebih selamat.Tetapi, Abu telah ditarik semula ke dalam arus air sungai yang deras itu dan terus masuk ke dalam lingkaran pusaran air itu.

          “ABU!!! PEGANG TANGAN AKU..!!!” Aliff berteriak lalu dia menghulurkan tangan kanannya dan dibantu oleh kawan-kawannya yang lain untuk menyelamatkan Abu.

          Tetapi tangan Abu tidak kesampaian untuk mencapai tangan Aliff lalu arus air sungai itu telah melenyapkan Abu daripada pandangan mereka.

          “ABU!!!”

          “ABU…!!!” Aliff ingin menerjun semula tetapi ditahan oleh kawan-kawannya itu.

          “Sabar, sabar Aliff. Aku dapatkan bantuan.” Sahut Din lalu dia bergegas untuk mendapatkan pertolongan daripada orang awam.

          “ABU!!! JANGAN TINGGALKAN AKU..!!!”

          “ABUUUU..!!!”

 

 

“ABU!!!”

           “Astraghfirullah Al Adzim. Kenapa tiba-tiba aku mimpi Abu ni.” Soal Nabila dan dia hanya berfikir, betapa dashyatnya mimpinya itu.

          ‘Kenapa dia ucapkan selamat tinggal kat aku, dalam mimpi pula tu. Kenapa aku rasa dia dah….,’ fikir Nabila dalam keadaannya yang keliru terhadap mimpinya itu.

          “Astraghfirullah.. Aku ni fikir bukan-bukan je ni. Cuma mimpi je.” Nabila hanya terus beristighfar dan berhenti untuk berfikir tentang mimpinya itu.

           Nabila terus bergegas bangun dari tempat tidurnya untuk mempersiapkan dirinya dan segera ke sekolah. Hari ini adalah hari paling awal Nabila datang ke sekolah dan dia segera meletakkan beg sekolah di tempat duduk belakang. Dia merasakan ada sesuatu yang telah menguasai dirinya apabila Nabila hanya melihat tempat duduk Abu yang berada di sebelahnya itu.

          Tiba-tiba, dia menjadi sebak dan dia tidak tahu mengapa dia berasa begitu. ‘Apa yang sedang berlaku ni, kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Abu, kenapa kau tak datang lagi, selalunya kau yang paling awal datang sekolah. Kau kat mana, kawan,’ Nabila bermonolog lalu hanya menunggu sahaja di tempat duduknya untuk menanti kehadiran murid-murid yang lain.

           Beberapa orang murid yang berada di dalam kelas itu sudah pun hadir tetapi yang ditunggu-tunggu oleh Nabila adalah Aliff yang masih lagi tidak muncul di hadapannya itu. Dia tahu, hanya Aliff seorang sahaja kawan karib Abu dan selepas itu, baru kami berempat menjadi sahabatnya.

           “Bil, kau kenapa? Macam tak ada mood je.” Sapa Jemy dengan nadanya yang lembut.

           “Aku rasa tak sedap hati. Entah apa yang akan terjadi.” Jawab Nabila dalam keadaan yang sayu.

          “Kenapa?” Jemy menyoalkannya untuk mendapatkan kepastian daripada kawannya itu.

          “Semalam, aku mimpi Abu…..” Nabila terhenti seketika apabila melihat kemunculan Aliff di muka pintu kelas itu.

          “ALIFF..” Panggil Nabila seketika.

          “Sini kejap.” Sambung Nabila sambil menunggu Aliff meletakkan beg sekolahnya ke tempat duduknya lalu terus menuju ke arah meja Nabila.

          “Abu mana. Bukan kau selalu dengan dia ke.” Nabila menanyakan soalan tersebut kepada Aliff.

          “Abu… Abu…” Aliff berasa sebak untuk berkata-kata lalu dia hanya merenung ke arah meja Abu yang berada di sebelah Nabila itu.

          “Kenapa dengan Abu?” Jemy mencelah.

          “Abu dah meninggal.” Jawab Aliff dengan nada suaranya yang perlahan lalu air matanya sudah pun bergenang keluar.

          “APA!!!” Nabila dan Jemy terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja diungkap oleh Aliff.

          “Apa yang kau cakap ni, Liff.” Nabila tidak dapat berfikir lagi.

          “Dia selamatkan aku dari arus air sungai tu.” Aliff teresak-resak menangis.

          “Sepatutnya, aku yang kena telan. Bukan dia!!!” Tangisan Aliff semakin kuat kerana tidak dapat menahan akan kehilangan sahabatnya itu.

          “Betul ke ni.” Celah Hazwan dan Irwan kerana terkejut akan berita tersebut.

          “Abu… dah tinggalkan kita. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya.” Aliff hanya teresak-resak lagi menangis dan diikuti dengan resakan mereka yang sudah mengalirkan air mata tentang pemergian sahabat mereka itu.

          ‘Apa yang aku mimpi malam tadi adalah benar. Kau tinggalkan kami, Abu. Kau datang ke mimpi aku, hanya mahu ucapkan selamat tinggal. Walaupun kau selalu mengusik aku, kau tetap sahabat yang baik buat aku dan kawan-kawankau yang ada di sini,’ fikir Nabila dalam keadaannya yang sebak.

          ‘Semoga kau tenang di sana, sahabat. Terima kasih kerana jadi sahabat aku selama kita kenal,’ fikir Nabila lagi lalu air matanya sudah bergenang keluar kerana tidak dapat menahan lagi sebak di dadanya.

 

 

 

……………………………………………….

          ‘Aku doakan kau, wahai sahabatku Abu Khairullah, sentiasa tenang di sana,’ fikir aku sambil mengenang peristiwa lampau itu.

          Aku semakin sebak apabila mengenang persahabatan kita, walaupun hanya sekejap sahaja kita berkenalan. ‘Kini, kau sudah tinggalkan kami selama 14 tahun. Selepas 14 tahun itu, aku sudah terpisah dengan Hazwan dan Irwan. Dan sampai sekarang kami tidak pernah bertemu lagi, kecuali Jemy dan Aliff. Itupun jarang sekali kami bertemu,’ Nabila bermonolog sahaja lalu termenung seketika.

          “Bil..” Sapa Enny sambil memegang tangan Nabila.

          “Ahh, sorry. Jom, kita gerak.” Sahut Nabila lalu mengelap sahaja air matanya yang mengalir di pipinya itu.

          Mereka hanya meneruskan perjalanannya untuk menuju ke destinasi mereka. Nabila tidak banyak cakap apabila lagu yang dimainkan di radio sudah berdendang selama satu jam dalam perjalanan mereka. Selama itu juga, Enny sudah melelapkan mata kerana keletihan akan kerja-kerja yang dilakukan pagi tadi.

          Jam menunjukkan pada pukul 2:50 petang dan mereka sudah tiba ke destinasi mereka. Nabila hanya melihat sekeliling kawasan di Universiti yang bangunannya nampak begitu cantik sekali.

          “Enny, bangun. Kita dah sampai.” Panggil aku sambil mencuit-cuit lengan Enny.

          “Haa..”

          “Ishh, sampai terliur.”

           “Dah sampai ke.”

          “Dah. Jomlah.”

          “Kenapa, sekejap sangat sampai.” Enny hanya melihat di sekelilingnya.

          “Kau cakap sekejap sangat. Dua jam tau, kau tidur dalam kereta.” Sahut aku seketika.

          “Oh, ye ke.”

          “Dah dah, jom jom.”

          Nabila dan Enny berjalan seiringan dan mereka terus menuju ke tempat pendaftaran. Mereka sangat gementar apabila ingin mendaftarkan diri sebagai pelajar di dalam Universiti itu.

          “Bil, aku nak pergi tandas sekejap laa.” Sahut Enny.

          “Alaa, kau ni. Nama kita kejap lagi diorang panggil.” Rungut aku seketika.

          “Sekejap je.” Jawab Enny lalu terus berlari anak untuk menuju ke bilik air.

          “Aduh, Enny ni.”

          ‘Aku dahlah segan dengan pelajar-pelajar kat sini. Dahlah, aku paling tua kat sini. Tapi, peduli apa aku,’ fikir aku lalu hanya tersenyum seorang diri sahaja.

          “Nabila..!!!”

          Aku tersentak seketika apabila namaku dipanggil dari belakang. Lalu, aku terus memaling ke arah belakang di mana namaku dipanggil. Aku menjadi bingung apabila seorang lelaki yang berkemeja hitam itu mengetahui namaku. Seperti aku pernah mengenalinya sebelum ini tetapi fikiranku agak samar-samar sahaja untuk mengingatinya.

          “Ye, awak panggil saya ke?” Aku hanya menyahut sahaja.

          “Assalamualaikum, Nabila.”

          Lelaki yang berkemeja hitam itu telah memberi salam kepada Nabila. Nabila hanya membulatkan kedua-dua belah matanya sahaja dan terkejut apabila dia mula sedar bahawa dia memang mengenali lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja apabila melihat raut wajah Nabila yang seakan-akan baru sahaja melihat hantu.

          “Awak..!!!”

          “Assalamualaikum, Nabila.” Lelaki itu memberi salam lagi lalu hanya tersenyum seketika.

          “Waalaikumusalam…”

 

~ TAMAT ~

Previous: Bab 36
Next: ILHAM

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.