MUSIM tengkujuh sudah pun bermula dan hari demi hari hujan semakin lebat membasahi muka bumi. Hujan rahmat ini menandakan apabila hari yang kita miliki akan menjadi baik atau sebaliknya. Aku dan Enny hanya berteduh di dalam sebuah cafe untuk menanti hujan reda tetapi semakin lebat pula di luar sana.
“Hmmm, macam mana kita nak balik ni.” Rungut Enny seketika sambil melihat keadaan hujan di luar yang semakin lebat.
“Alaa, kita naik kereta kan.” Sahut aku seketika.
“Memang laa, kau parking kereta jauh-jauh tu buat apa. Kan dah tersandar kat sini.” Rungut Enny lagi lalu hanya memuncungkan sahaja mulutnya itu.
“Ehh, salah kita pula. Kau juga yang suruh aku parking kat situ kan.” Aku hanya mencelah sahaja.
“Yelah, yelah, aku salah.” Enny hanya menundukkan sahaja kepalanya itu apabila dia mengetahui bahawa kesalahan yang dia lakukan tadi telah mengakibatkan mereka berdua ditimpa masalah.
“Tau tak apa. Alah, chill laa. Kita lepak dulu kat sini.” Aku hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat Enny yang betul-betul kesal dengan kesilapannya itu.
“Kau nak tahu tak.”
“Tak tahu.”
“Ishh, kau ni. Dengarlah dulu.” Enny mengerutkan dahinya sambil mencubit lengan Nabila.
“Auchh.” Aku hanya mengadu kesakitan apabila dicubit oleh Enny lalu aku tergelak seketika.
“Haa, apa dia.”
“Datuk nak datang rumah aku.”
“Datin tak datang sekali ke.” Aku menegur secara spontan dan hanya mengenyekkan sebelah mata kananku ke arah Enny.
“Ishh, atuk aku laa.”
“Ohh, habis kau panggil atuk kau apa?” Aku hanya mengecilkan sahaja mataku ke arah Enny.
“Atuk laa.”
“Dah tu, yang kau panggil formal sangat tu dah kenapa. Mestilah aku ingat orang besar.” Aku hanya membebelkan sahaja apabila Enny ingin mengatakan sesuatu kepadanya.
“Haa, nak cakap apa.” Aku hanya membulatkan mataku sahaja kerana keadaan sikap aku yang tiba-tiba menjadi berang telah membuatkan aku berasa rimas akan sesuatu perkara.
“Alah, orang tersasul sikit je. Kau datang bulan ye.” Enny hanya mencebikkan mulutnya sahaja dan kemudian dia hanya mendiamkan diri apabila melihat keadaan Nabila yang sudah tiada mood untuk berbicara dengannya.
“Sorry laa, tiba-tiba mood aku hilang.” Aku berasa bersalah apabila bersikap dingin dengan Enny.
“Tak apa beb, aku faham. Aku pun nak minta maaf.” Enny memahami perasaan sahabatnya itu yang sudah lama kehilangan kedua orang atuknya.
“Bukan salah kau, aku yang terbawa-bawa.”
“Okay, kita cakap benda lain…..”
“Tak.. aku nak dengar kau cakap pasal atuk kau. Cerita je laa.” Aku mencelah seketika lalu terus menghirup secawan air milo yang masih hangat itu.
Tiba-tiba aku berasa sedih dan rasa sayu di dalam hati apabila mendengar cerita Enny tentang atuknya itu. Disebabkan kedua-dua orang atukku sudah lama meninggalkan kami sekeluarga. Aku hanya mendapat kasih sayang daripada seorang aki sejak aku bayi lagi hinggalah semasa aku berumur 13 tahun. Sekarang, sudah 12 tahun arwah aki telah pergi, malah arwah atuk di sebelah mama tidak pernah aku merasakan kasih sayang daripadanya kerana dia telah pergi semasa aku masih lagi di dalam kandungan mamaku.
……………………………………………………………………
Keadaan menjadi huru-hara apabila semua orang yang berada di rumah Puan Khalsom menjadi tidak tentu arah dengan orang ramai yang sibuk ke sana dan ke sini untuk menguruskan jenazah arwah Encik Razak. Semakin hari semakin menjadi tidak tentu arah lagi apabila Puan Khalsom asyik bergenangkan dengan air matanya kerana terkejut akan pemergian suaminya itu.
“Khalsom, keluar laa. Kami baru lepas mandikan jenazah ni. Marilah keluar, kesian kat arwah tu.” Tegur Puan Maimun untuk memujuk kawannya keluar dari bilik tidurnya.
“Som..” Puan Maimun tersentak seketika apabila terdengar bunyi hentakkan kaki seseorang yang sedang menuju ke arahnya.
“Doh tubik ko.” Sapa salah seorang anak Puan Khalsom yang ingin mengiringinya untuk keluar dari bilik tidur ibunya.
“Belum, nangis lagi tu. Mu gi pujuk emok tu. Acik gi duk atas.” Tegur Puan Maimun lagi.
“Emok, buat ngapo dio kat dale tu. Marilah, sian kat arwah ayoh tu. Semua doh ado kat atas tu.” Tegur anak perempuannya sambil mengetuk-ngetuk perlahan pintu bilik ibunya.
Rosdi hanya menatap wajah arwah ayahnya itu dengan keadaan muka arwah yang begitu bersih dan sejuk saja hati ini untuk memandangnya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati Rosdi dan hanya menahan tangisan air matanya sahaja. Dia redha akan keadaan yang dihadapi olehnya dan adik-beradiknya yang lain. Rosdi betul-betul merasa kehilangan seorang ayah yang telah membimbingnya dari kecil hinggalah ke dewasa.
“Kakak, angah, mari. Cium dahi arwah aki, nanti abah nak bawa aki.” Rosdi memanggil anak-anaknya untuk mendekati arwah ayahnya itu.
“Abah, nak bawa aki ke mana.” Dayana kebingungan seketika apabila melihat arwah akinya yang sudah dikapankan dengan kain putih itu.
“Aki nak pergi ke syurga.” Jawab Rosdi seketika dan dia tidak mahu memanjangkan cerita kerana anak perempuan keduanya masih lagi kecil untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Dayana terus mencium dahi arwah akinya itu dan diikuti dengan ciuman Nabila. Nabila berasa sebak dan hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tetapi, bulu romanya sudah meremang dan merasakan ada sesuatu yang menghampiri dirinya. Dia terus bangun dari tempat arwah akinya terbaring lalu bergerak laju ke arah mamanya yang sedang mengendong adik bongsunya itu.
‘Perasaan apakah ini. Kenapa aku menjadi seram sejuk ni. Macam terkena renjatan elektrik pula,’ fikir Nabila seketika lalu dia terus beristighfar untuk menenangkan kembali perasaan takutnya itu. ‘Astraghfirullah Al Adzim. Mungkin perasaan aku saja,’ fikir Nabila lagi.
“Kita pun sudah selesai solat jenazah. Mari kita angkat jenazah ini untuk dibawakan keluar.” Sahut Ustaz Hassim kepada anak-anak lelaki Encik Razak untuk mengangkat arwah ayah mereka.
Puan Khalsom hanya mendiamkan dirinya sahaja dan tidak sanggup mengikuti mereka untuk pengebumian arwah suaminya itu. Dia hanya termenung dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun kepada sesiapa. Hanya menantu-menantu perempuan dan anak-anak perempuannya sahaja menemani Puan Khalsom di rumah.
“Kakak, angah, nak ikut ke.” Rosdi sempat lagi memandang ke arah kedua-dua orang anak perempuannya yang masih lagi tercegat di muka pintu rumah tersebut.
“Kakak nak ikut.” Celah Nabila.
“Angah duduk dengan mama kat sini.” Dayana pula yang mencelah.
“Okay, jaga mama dengan adik ye, ngah. Mari kak.” Rosdi memanggil anak sulungnya untuk mengiringi kami ke tempat perkuburan.
Ustaz Hassim dan rakan-rakan setugasnya sudah pun menyelesaikan pengebumian arwah Encik Razak di tempat perkuburan tersebut. Nabila hanya melihat sahaja cara pengebumian yang dilakukan oleh mereka tadi dan dia terus mengalihkan pandangannya ke arah tempat perkuburan arwah adik perempuannya itu. Di mana arwah akinya telah dikebumikan berhampiran dengan perkuburan arwah adiknya yang bersebelahan dengannya.
“Kita pun sudah selesai kebumikan arwah. Alhamdulillah.” Sahut Ustaz Hassim seketika sambil membetulkan kedudukan di hadapan kubur arwah.
“Sebelum kita mulakan bacaan, terlebih dahulu kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah.” Sahut Ustaz Hassim lagi.
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulilla’hirabbil ala’min. Arrahma’nir rahim. Ma likiyau middin. Iyyakanak budu wa’iyyakanas ta’in. Ihdinas sira’tolmustakim. Sira’tollazi na’an am ta’alaihim ghairil magdhubi alaihim wala dho’llin.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
(Surah Al-Fatihah : Ayat 1 – 7)
Amin Ya Rabbal Ala’min…
Aku seperti telah dihanyutkan ke dalam mimpi. Tetapi, badanku seperti terampung-ampung di awang-awangan. Seolah-olah tiada penghujungnya untuk aku terus jatuh seperti seorang penerjun udara. Keadaan di sekeliling tidak kelihatan dan ia teramatlah gelap bagai jurang yang mendalam.
‘Ehh, aku kat mana ni. Kenapa semua menjadi gelap. Kenapa badan aku terampung-ampung ni. Aku kat mana, tolong. Suaraku… Kenapa aku tak boleh keluarkan suara ni,’ fikiranku semakin bercelaru dan kemudian..
“TOLONGGG!!!” Aku berteriak lalu mataku tercelik luas untuk melihat keadaan sekeliling.
“Astraghfirullah Al Adzim. Mimpi rupanya.” Keluh Nabila seketika dan berasa lega apabila dia sudah sedar dari mimpinya.
‘Ehh, kejap. Aku masih lagi kat kampung ke. Kenapa sunyi je,’ Nabila bermonolog lalu terasa sedikit bingung dengan keadaan di dalam rumah itu.
‘Ehh, kejap. Tu aki kan. Bukan ke dia dah….,’ Nabila hanya terfikir akan sesuatu perkara lalu memandang semula ke arah atuknya yang asyik dari tadi memandang ke arah Nabila tanpa mengelipkan matanya itu.
“Aki, yang lain mana.” Soal Nabila lalu terus bergerak menuju ke arah akinya itu.
“Aki, aki nak minum ke, atau nak makan apa-apa.” Soal Nabila lagi.
‘Aki ni asyik pandang aku je dari tadi. Aku tanya soalan, dia tak nak jawab. Ada yang tak kena ke dengan keadaan aku ni,’ fikir Nabila seketika lalu dia berasa seram apabila melihat keadaan akinya itu asyik merenung tajam ke arahnya.
“Aki, kenapa pandang Nurul macam tu.” Nabila hanya menyoalkannya lagi.
“Aki, mata aki…..” Nabila tidak dapat mengungkapkan ayatnya apabila dia melihat kedua-dua belah mata akinya itu sudah menjadi merah tanpa mengelipkan matanya.
Pandangannya telah membuatkan Nabila berasa takut dan gerun. Dia ingin melarikan diri tetapi pergerakkan tubuh badannya menjadi kaku dan dia juga tidak dapat mengeluarkan suaranya untuk meminta pertolongan. Dia cuba untuk kuatkan imannya lalu…
“ALLAHU AKBAR!!!”
“Astraghfirullah Al Adzim. Apa dah jadi.”
“Aku mimpi lagi ke.” Nabila masih lagi kebingungan.
“Petanda apakah ini.” Cemas Nabila seketika.