Home Novel Keluarga DOA CINTA HERSALINA
DOA CINTA HERSALINA
28/1/2014 19:47:48
47,048
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
3

Tidurnya yang aman seketika itu kini tergugat. Suara anak kecil yang menangis sejak tadi benar-benar mencabar kesabarannya. Marahnya kini semakin meluap-luap. Anak haram itu benar-benar memporak-perandakan hidupnya. Lalu mata yang terlelap itu dibuka perlahan-lahan. Memandang-mandang dari mana arahnya datang suara bising itu. Seketika dia meliar-liarkan biji matanya lalu lalu tertancap pandang pada katil bayi yang tidak berapa jauh dari katilnya. Suara anak haram itu berasal dari katil bayi tersebut. Serentak itu hatinya mendidih geram. Bukankah anak haram itu sudah diarahkan campak keluar dari biliknya? Mengapa dia masih lagi disini?

“Timah!!! Oh Timah!!!” Rita mulai menjerit lantang, memanggil orang gajinya yang langsung tidak berguna.

Geram! Ada orang gaji pun Tidak berguna guna. Kalau dah tua nyanyuk, tua nyanyuk sajalah. Ini tidak! Tak habis-habis menyusahkan aku! Dalam diam dia membentak. Mak Timah yang dipanggil tak juga muncul tiba tetapi suara anak kecil semakin galak menangis kuat. Dia menjadi tidak senang duduk. Telinganya terasa pedih dan hatinya terasa gelisah bercampur geram.

“Diam! aku kata diam!” Jerit Rita lagi.

Anak kecil itu langsung tidak memahami malah menangis dengan lebih kuat dari tadi. Barangkali terkejut dengan suara lantang atau takut dengan suasana bilik yang dikelilingi dengan aura kemarahan dan kebencian yang mengelilingi.

“Diamlah bodoh!” Jerit Rita buat kesekian kalinya.

Serentak itu dia mencapai apa sahaja di sekitarnya untuk dibaling kepada anak kecil yang dirasakan menyusahkan itu. Dia benar-benar tiada daya untuk bangun. Sedangkan mahu duduk pun dia terasa benar-benar payah. Kalaulah dia berdaya mahu saja dia menghampiri anak kecil itu lalu dicampakkan ke luar tingkap. Paling tidak pun dicampak keluar dari biliknya ini. 

Lampu meja yang dicampak tadi langsung tidak mengena anak kecil. Hanya mengena pada kepala katil bayi itu. Rita geram. Lalu dia mencapai perkakasan lain. Dia membaling pula bantal kecil, pun tidak mengena bayi itu. Malah bayi itu semakin galak menangis. Rita yang sudah tidak tertahan dengan tangisan bingit bayi itu nekad mencapai apa sahaja lalu dibalingnya kepada bayi itu. Biarlah! Asalkan hatinya puas.

“Diam! Diam ! Diam!” Sambil melempar segala jenis barang dia turut membentak.

“Ya Allah, puan! Jangan!”

Mak Timah yang baru sampai terus terperangah dengan tindakan majikannya itu. Dia benar-benar tidak menyangka begitu hodoh dan menjijikkan perilaku majikannya kepada bayi yang tidak tahu apa-apa itu. Segera dia masuk mendapatkan majikannya bagaikan orang kerasukan itu. Cepat-cepat dicapai sepasang tangan majikannya agar perbuatan kejamnya terhenti serta-merta.

“Puan buat apa ni?” Mak Timah mula menyoal.

Rita memandang bengis orang gajinya. Geram bila perbuatannya dihentikan. Serasanya mahu saja dia memuntahkan maki kepada orang gajinya itu.

“Kau ni bodoh ke apa? Aku nak baling saja budak ni! Memekak saja dari tadi!”

Dia merengus geram apabila sepasang tangannya mulai dilepaskan. Lalu dengan pantas dia menghinggapkan tangan kanannya ke pipi Mak Timah. Mak Timah terkaku langsung tidak sempat berbuat apa-apa melainkan menerima sahaja dengan tabah. Rita sedikit lega. Orang gajinya memang patut diajar menghormati orang yang memberinya makanan dan gaji untuk terus hidup selama ini.

Sepatutnya dia diajar dari dulu lagi. Langsung tidak beradab. Jika tidak kerana suaminya dah lama Mak Timah dan suaminya mati tergolek di tepi jalan. Mak Timah terkelu bicara. Sangat terasa dengan perbuatan majikannya itu. Rasa kecil hatinya itu selalu sahaja tiris mengaliri kolam rasanya. Berkali-kali perkataan yang dilafazkan dalam hati bahawasanya dia tidak apa-apa dengan perbuatan majikannya itu. Kerap kali dia menipu hati dan perasaannya bahawa dia mahu terlihat tabah di hadapan majikannya itu. 

Tapi sampai bilakah dia akan bertahan lagi? Tabahnya sudah mulai menipis melihat majikannya memeperlakukannya seperti orang yang sangat hina. Tabahnya mulai hancur apabila melihat bayi kecil itu sanggup dibunuh oleh ibunya kerana dendam terhadap lelaki yang mendustai cintanya. Kalau boleh dia tidak mahu tinggal di rumah yang bagaikan neraka ini. Rumah yang penuh dengan maksiat, dosa dan segala jenis noda dunia. Kalau boleh dia mahu berambus sahaja dari sini. Namun dia dan suaminya tak berdaya. Hutang budi keluarga Tuan Krim telah merantainya untuk bekerja di sini sebagai membalas jasa.

“Berapa kali aku nak pesan! Aku tak nak anak ni berada dalam bilik aku apatah lagi rumah aku!”

Mak Timah hanya terdiam. Dia menahan rasa pedih yang mencucuk ulu hatinya.

“Kalau kau nak bawa balik sahaja tinggal di rumah pekerja! Kau yang nak jaga sangat kan?! Kalau

tak campakkan bayi ini ke mana-mana sahaja!” Bentak Rita.

Mak Timah diam lagi. Bicara yang tajam itu selalu sahaja mampu menbuatkan dia terkelu bicara. Tarafnya dia hanya orang gaji saja di rumah itu. Sudah tentu segala cakap atau nasihatnya tidak akan didengar apatah lagi mahu diikuti. Perlahan-lahan dia mengundur langkah, menjauhi majikannya itu lalu merapati ke katil bayi. Seketika Mak Timah menatap wajah bayi itu. 

Hampir saja air matanya mahu bertitisan. Belumpun sempat dia menyeka dengan cepat-cepat. Menatap wajah bayi ini selalu sahaja membuatkan dia tidak mampu untuk menjadi kuat. Apatah lagi untuk kebal menjadi tabah. Dia ambil anak itu lalu mendukungnya dengan kasih-sayang. Bayi kecil itu berhenti menangis.

“Biarlah saya ambil anak ini. Biarlah saya yang jaganya.”

Sesudah berkata Mak Timah terus sahaja melangkah keluar tanpa menunggu apa-apa kata majikannya itu. Dia sudah tidak betah menatap lama wajah majikannya itu. Semakin lama dia tatap semakin benci menggamit ruang dadanya.





Usai sahaja mengerjakan segala kerja di dapur dia kembali mendapatkan bayi itu yang berada di dalam biliknya. Sudah dipesan kepada suaminya supaya menjaga anak kecil itu sekejap sementara dia menyelesaikan kerja yang berbaki tadi. Suaminya baru usai mengerjakan perkerbunan tidak jauh dari banglo tempat mereka menginap hanya mengangguk bersetuju tanpa sebarang kata-kata. Sememangnya suaminya itu seorang yang senyap. 

Hanya pada bicara penting sahaja baru dia mengeluarkan suara emasnya. Terkadang geram juga dia melihat suaminya hanya sepi tidak kena pada tempatnya. Baharu saja dia melangkah ke rumah pekerja, tempat dia dan suaminya menginap, sayup-sayup sudah terdengar suara anak kecil yang menangis. Apalah yang dibuat suaminya hinggakan anak kecil itu menangis sebegitu sekali? 

Dia mempercepatkan langkahan menuju ke biliknya. Hatinya semakin dipalu gelisah bila mendengarkan tangisan bayi itu yang kuat daripada tadi. Sesampai di sana dia melihat suaminya yang leka mengagah anak itu.

“Abang buat apa ni? Patutlah budak ni menangis!” Marah Mak Timah pada Pak Mat yang betul seronok bermain dengan bayi itu.

“Taklah, dari tadi budak ni menangis. Abang dukunglah mana tahu dia berhenti menangis. Tapi lagi galak dia menangis.” Adu Pak Mat yang sudah pening melihat bayi itu asyik menangis sahaja sedari tadi.

“Abang rasa dia lapar kot...” Kata Pak Mat lagi.

Mak Timah diam. Dia seperti memahami apa yang diperkatakan oleh suaminya. Seketika dia mengangguk berkali-kali sambil mengeluh. Fahamlah dia anak ini kelaparan sebenarnya. Sejak semalam lagi selepas majikannya bersalin, bayi ini belum disusukan lagi.

“Puan Rita tak mahukan anak ini. Dia kata anak ini anak haram bang. Anak dia dengan kekasih gelapnya.” Mak Timah memberitahu perihal yang sebenarnya.

Matanya kembali berkaca. Sendu di hati langsung tidak terbilang dengan apa pun bicara. Dia hanya memandang suaminya dengan mata yang sangat sayu. Seketika mereka saling bertatapan. Bagai memahami bicara hati dengan sendirinya. Pak Mat hanya mampu mengucap dalam hati. Dia tidak mampu untuk berkata apa lagi ketika ini. Terasa sesak seketika apabila nafas dihela.

“Kenapa dia tak nak? ini anak dia! Kalaupun ini anak luar nikah Ini tetap anak dia. Dia tak boleh melawan ketetapan Allah. Siapa dia nak mempertikaikan?!”

Mak Timah mengerti pada setiap perjalanan bicara suaminya itu terselit kemarahan dan ketidaksenangan suaminya terhadap majikannya itu. Dia sendiri juga merasakan hakikat yang sama. Walau sebanyak mana majikannya cuba menidakkan, bayi ini tetap anaknya. 

Walau sebanyak mana dia katakan bayi ini anak haram, anak ini tetap anaknya. Puan Rita yang melahirkan anak ini. Anak ini akan tetap menjadi darah dagingnya. Sampai bila? Majkannya itu hanya manusia biasa yang langsung tidak layak mempertikaikan kekuasaan Allah. Sedangkan dia yang bersalah dalam semua hal ini. Mengapa harus dipersalahkan orang lain? Yang tidak berdosa.

“Entahlah bang, Puan Rita tetap tidak mahu anak ini. Puan Rita tetap mahu membuang anak ini tapi saya lekas melarangnya.”

Pak Mat hanya mampu diam pada setiap bicara isterinya itu. Seketika Pak Mat sepi bagai memikirkan sesuatu.

“Habis tu anak ini nak bagaimana? Kalau dah ibunya pun tak menginginkannya?”

Mak Timah terdiam seketika. Dia lupa mahu mengkhabarkan pada suaminya itu yang dia mahu membela anak itu. Kalau dah ibunya pun tidak mahukannya lagi biarlah dia yang membesarkan anak ini.

“Tak salahkan bang kalau kita yang membela anak ini. Lagipun dia mengingatkan saya pada seseorang.”

Sesudah Mak Timah menyudahi ayat yang satu itu hatinya sendiri tersayat. Dia terkenangkan anaknya yang baru pergi menghadap Ilahi sebulan yang lalu.

“Sudah tu Timah. Yang sudah pergi janganlah diratapi lagi. Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk anak kita.”

Mengingatkan anak yang baru lahir meninggal dunia di pangkuannya, hatinya rabak sendiri. Alangkah indahnya perasaan menjadi seorang bapa dan ia direntap begitu sahaja. Siapa yang tak sedih melihat permata hati yang belumpun sempat menjengah dunia sudah pergi mendahului ibu bapa mereka. Kalaulah boleh mahu sahaja dia menggantikan tempat anaknya itu. Ingin sahaja dia biarkan anaknya itu hidup bahagia dengan isterinya.

“Sudahlah Mah,” Kata Pak Mat sambil merangkul Mak Timah dalam pelukannya.

Erat dan bagai tidak mahu dilepaskan. Isterinya itu belum sepenuhnya dari trauma yang melandanya. Dia selalu ingin disisi isterinya memberi semnagat dan memberi sepenuh kasih sayang. Mak Timah sudah menangis dalam pelukan suaminya. Mengingatkan anaknya yang telah pergi hatinya diserang pilu. Mudah benar naluri wanitanya terguris. Lebih-lebih lagi melihatkan perilaku kejam majikannya terhadap anaknya itu lagi menambah parah di hatinya.

“Kita jaga anak ni ya bang? Timah dah tak sanggup berjauhan dengannya,” Kata Mak Timah dalam sendu yang tertahan.

Pak Mat hanya memahami yang anak ini mengingatkan mereka dengan anaknya yang telah pergi menghadap Ilahi. Sungguh Allah itu Maha Kaya lagi Maha Adil. Rezeki itu ternyata ada di mana-mana bagi hamba yang tak pernah culas berusaha dan berdoa. Kedatangan anak itu seolah-olah Allah telah memakbulkan doanya selama ini. Pergi anaknya itu dan Allah mengurniakan lagi satu anak buat mereka. Sesungguhnya rezeki tidak terhingga nilainya bagi hamba yang tahu mensyukuri.

“Baiklah, kita bela anak ini seperti anak kita sendiri. Biarpun apa pun status anak ini, dia tetap anak kita. Tetap manusia biasa disisi Penciptanya.” Kata Pak Mat disertai ucap syukur yang tidak terhingga.

Mak Timah menyeka air matanya yang berjuraian. Lalu dia ikut menadah tangan berdoa bersama suaminya. Berharap hatimereka akan tetap dengan tali Allah dan tidak akan berpaling kepada syaitan yang direjam.

“Terima Kasih bang,” ucap Mak Timah bersama senyuman yang membungai hati dan wajahnya.

Lalu dia rangkul leher suaminya dengan sepenuh kasih dan dikucup pipi suaminya dengan penuh cinta. Dia benar menyayangi lelaki ini. Syukur tuhan telah menghadiahi lelaki yang bakal melorong dirinya ke syurga. Insyaallah. Muka Pak Mat sudah kemerahan menahan malu.

“Susukanlah anak ini Mah, mungkin dia lapar,” Kata Pak Mat selepas itu.

“Susu badan Mah ada lagi kan?”

Mak Timah hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Ada lagi bang, banyak.”

Pak Mat hanya mengangguk. Lalu isterinya ditinggalkan bersama anak yang kelaparan itu. Dalam diam hatinya berbunga bahagia. Isterinya bagai sudah menemui anaknya. Dia berharap anak dan isterinya dikelilingi dengan warna-warna kegembiraan. Mengenangkan anak itu dia menjadi sedih. Tabahlah kau anak! Bisik hatinya. 

Dia tiada kuasa untuk membetulkan kesilapan kehidupan yang dibuat oleh majikannya. Siapalah dia di mata majikannya itu. Melainkan hanya lelaki tua yang hanya tahu melakukan kerja-kerja kasar sahaja. Anak itu tiada beza dengan manusia lain. Tetap sama. Tiada taraf yang membezakannya dengan umat Islam yang lain. Tiada kasta yang berhak menentukan. Anak itu manusia biasa sama seperti manusia yang lain. Manusia yang sebaik-baik kejadian itu tetap sama disisi Allah. Cuma yang membezakan antara manusia yang lain, hanya iman dan amal yang dikerjakan.




Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.