Rita kesakitan yang teramat. Dia tidak pernah menginginkan anak ini. Anak ini semenjak melekat di dalam kandungannya sudah dianggap anak sial. Anak yang sentiasa membawa malang kepadanya. Kalau boleh dia mahu meletakan segala kesalahan ke atas pundak anak tidak berdosa ini.
Tidak pernah tidak dia menganggap anak yang dikandungnya ini berdosa. Yang hanya dia tahu anak ini akan tetap dia anggap berdosa seumur hidup ini sehingga ke penghabisan nafasnya.
“Timah cepat panggil bidan ni! Aku dah sakit tak tahan lagi ni!” Jerita Rita lantang.
Mak Timah yang baru sampai di rumah itu tergopoh-gapah meluru masuk sejurus tiba di halaman rumah tersebut. Lalu seberapa segera dia mendapatkan majikannya yang sedang sakit mahu bersalin. Melihatkan majikannya yang sedang memicit-micit kandungannya, serentak hatinya dibanjiri hiba.
Apa jenis ibukah ini? Begitu tergamak mahu membunuh darah daging sendiri. Sudah puas dia berkata dalam hati bahawa anak yang dikandung majikannya tidak pernah berdosa. Bersama mata yang berkaca-kaca dia segera mendapatkan majikannya.
“Ha! Yang kau tercegat apa lagi di sini? Mana mak bidan?!” Tengking Rita geram.
Orang tua ni lembap nak mampos! Terhegeh-hegeh! Satu yang dicakap satu yang dibuat! Bentak Rita bersama kesakitan yang teramat sangat.
“Aah!!” Rita terpekik, kuat.
Mak Timah jadi kaget sebentar. Sepasang matanya sedikit terpelotot melihat perbuatan majikannya yang sempat lagi mahu membunuh anaknya sebelum sempat dilahirkan. Lekas-lekas dia menahan tangan majikannya yang mahu menumbuk lagi perut yang besar bengkaknya.
“Sudah puan! Sudah! Jangan dizalimi anak ini! Dia tidak berdosa!” Rayu Mak Timah yang sudah melutut dihadapan majikannya itu.
Cecair jernih yang cuba ditahannya sejak tadi berlelehan juga. Dia sudah tidak tabah. Dia sudah tidak menahan perasaannya daripada melihat sandiwara kejam yang merenggut hati dan perasaannya. Naluri wanita Mak Timah bagai dicarik tanpa belas kasihan melihatkan kaumnya sendiri yang sanggup melakukan perbuatan kejam. Membunuh anaknya sendiri!
“Aku tidak peduli! Aku tak mahu anak ini! Aku tak mahu anak ini!” Kata Rita menjerit dengan kuat sekali.
Apakah malang nasib kau anak? Di dalam rahim ibumu kau selalu ingin dibunuh. Pada kehidupan ini nanti bagaimana kau anak? Akan untungkah nasib kau anak? Akan tabahkah kau anak menempuhi kehidupan yang kejam ini? Air mata yang berlelehan sejak tadi hanya dibiarkan begitu sahaja.
Sejujurnya dia tidak pernah menangisi nasib majikannya. Tapi hatinya lebih parah lebih pilu melihat betapa kejam seorang ibu. Ibu, darjat yang diangkat Allah ke tempat paling tinggi. Sakit derita seorang ibu yang mahu melahirkan anak bagaikan berjuang di jalan Allah.
Andai wanita yang bergelar ibu mati ketika melahirkan anak, ketahuilah bahawasanya Allah telah menetapkan syurgabuat wanita yang mati syahid. Tapi dihadapannya kini, ibu apakah ini? Ibu yang mahukan anaknya mati tanpa sempat menjengah dunia. Ibu yang tidak pernah memberi tauladan seorang ibu yang baik dan kerap kali memaki anak di dalam kandungannya. Mak Timah cuba menahan sendu yang semakin menggila di hatinya.
“Timah! Mana Mak Bedah ni Timah! Mana?!” Bentak Rita bersama perit yang menggerit-gerit pangkal ari-arinya.
“Sabar puan, Mak Bedah dalam perjalanan. Kejap lagi dia sampai.” Dalam tangisan Mak Timah cuba melontar suaranya itu.
Lekas-lekas dia bangun dari sisi katil untuk ke tandas berhampiran. Dicapai kain kering lalu dibasahkannya. Mak Timah mendapatkan majikannya kembali, lalu dilap darah dan air ketuban yang mulai berlelahan itu. Walaupun sedikit hanyir dia gagahi juga.
“Kalau dah dalam kandungan aku ni menyusahkan aku! Ni nak beranak pun menyusahkan aku! Baik kau mati saja! Dasar anak haram!” Sumpah Rita buat kesekian kalinya.
Mendengarkan kata-kata kejam hati wanita Mak Timah benar-benar tersiat. Mendengarkan kata-kata itu hati wanita manakah yang tidak akan terusik? Hati wanita manakah yang tidak akan terasa? Hati wanita manakah yang tidak akan tergores? Sebak merundung pilu hatinya sekali lagi. Air mata yang semakin galak berlelehan sekadar dibiarkan sepi. Seketika Mak Timah terpana sekali lagi apabila melihat majikannya mahu melakukannya sekali lagi.
“Jangan Puan! Jangan! Lepaskanlah dia ke dunia kalau itulah takdirnya.” Mak Timah merayu meminta simpati supaya anak itu dikasihani.
Anak, Allah telah mentakdirkan kau ke dunia ini. Tabahlah kau dalam meranduk kehidupanmu yang belum tentu lagi bahagia. Mak Timah hanya berserah kalau ini sudah tertulis buat anak majikannya itu. Kalau nyawa masih di kandung badan dia akan melindungi anak itu. Menjaga dan merawat anak itu sehingga besar. Allah itu Maha Melihat, Maha Melindung, Maha Memahami dan Maha Besar. Allah sentiasa bersamamu anak. Doanya dalam hati.
“Mana perempuan yang heboh nak beranak tadi?! Terlolong dari luaraku boleh dengar!” Bentak Mak Bedah sesampai di bilik Rita.
Lalu segala barangan yang dijinjingnya tadi dikeluarkan satu persatu. Mak Timah yang terperanjat memberi laluan selepas kedatangan Mak Bedah. Lalu dia menunuduk dan hanya berdiri di sudut bilik majikannya itu.
“Cepat Mak Bedah! Rita dan nak beranak ni!” Bentak Rita.
Suaranya semakin perlahan. Badannya semakin lemah tidak berdaya. Ternyata anak ini benar-benar menyusahkannya. Nafasnya turun naik mencungap-cungap. Mak Bedah seperti biasa menjalankan tugasnya.
“Ni dah nampak kepala dah ni, Teran lagi!” Arah Mak Bedah.
“Argh!!” Rita meneran seperti yang diarahkan Mak Bedah.
Namun semakin dia meneran dia merasakan semakin sakit. Sakit yang teramat sangat.
“Argh! Tak guna punya anak!” Rita menjerit sedaya upaya dengan daya masih tersisa.
“Teran lagi! sikit saja lagi ni!”
“Aku tak boleh dah! Tak daya!”Bentak Rita kepada Mak Bedah.
Terkulat-kulat Mak Bedah seketika. Mak Timah hanya mendiamkan diri sahaja.
“Habis tu kau nak biarkan anak kau macam ni?! Nak biarkan lemas macam ni?!” Herdik orang tua itu apabila kesabarannya sudah mulai menipis.
Sekalipun Rita tidak menginginkan anaknya namun dia tetap mesti melahirkan anaknya itu. Anak itu sudah mulai lemas dan boleh mati kalau dibiarkan begitu sahaja.
“Teran sekali lagi Rita!”
Rita terpaksa mengikut arahan. Dia sudah tida berdaya. Seboleh-bolehnya dia mahu ingin menamatkan deritanya dengan seberapa segera. Dia ingin berbahagia semula dengan suaminya. Kini baru dia tersedar betapa menyesalnya dia. Dengan sisa tenaga yang tak seberapa dia meneran sekali lagi. Derita dan seksa sudah tidak dia pedulikan. Akhirnya dia terkulai layu.
“Uwekk! Uwekk!”
Rita sudah kelelahan. Dia sudah tak mampu berbuat apa-apa lagi. Yang hanya dia terdengar suara halus anak yang bari dia lahirkan. Namun semuanya hanyalah sia-sia. Sedikitpun dia tidak terusik dengan rengekan anak yang baru lahir ke dunia itu. Sedikitpun tidak menggugah naluri keibuannya. Dia hanya mampu mendengar. Sedikitpun tidak mahu memandang anak yang suci itu. Yang kini bercambah-cambah di relung hatinya hanyalah kebencian dan dendam yang meluap-luap.
Rita akhirnya pengsan keletihan.