Home Novel Keluarga DOA CINTA HERSALINA
DOA CINTA HERSALINA
28/1/2014 19:47:48
47,051
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
6

Sebulan hal yang sangat mengaibkan berlalu begitu sahaja. Selepas suasana tegang itu suaasana rumah kembali seperti biasa. Hanya pernah sekali orang kampung bertandang ke banglo majikannya bertanyakan hal Rita yang dirogol oleh Amran sehingga melahirkan anak luar nikah. Begitu cepat hal itu tersebar. Sepantas semilir menyapu lembut ke mukanya. Orang Melayu begitulah kalau boleh pekung orang mahu dibuka dan dijaja ke serata kampung. 

Cuba saja hal-hal keburukan diri sendiri, seboleh-bolehnya disimpan kononya tidak mahu dihebohkan. Penafian Tuan Karim dan Puan Rita cukup keras sehingga orang kampung terdiam dibuatnya. Bermati-matian mereka menafikan hal tersebut walaupun sudah jelas perkara itu ternyata benar sekali. 

Pada perkiraannya, majikannya itu berjaya menegakkan benang yang basah akhirnya. Orang kampung hanya diam sahaja apabila disogokkan dengan kenyatan palsu. Mudah percaya dan senang ditipu hidup-hidup. Lalu desas-desus yang begitu galak bermain di setiap bibir mereka mati begitu sahaja. Tiada lagi orang yang mengata-ngata. 

Sudah tentu majikannya menarik nafas teramat lega apabila berjaya meyakinkan orang kampung. Puan Rita lebih-lebih lagi. Khabar itu lenyap sama sekali.Tuan Karim dari sehari ke sehari semakin berubah lakunya. Dari seorang lelaki yang baik kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan kaki minum. 

Semenjak itu selalu benar dia melihat Tuan Karim keluar malam hingga lewat dinihari baru pulang. Hubungan Tuan Karim dengan Puan Rita kerap kali terganggu. Dia selalu sahaja mendengar Tuan Karim mengungkit kisah rogol kepada Puan Rita. Selalu jugalah dia terdengar Puan Rita memarahi suaminya yang kerap kali mengabaikan dirinya. Namun 

Mak Timah langsung tidak ambil pusing hal itu. Hal-hal di dalam kelambu itu biarlah kekal di dalam kelambu. Tidak perlu dibawa keluar untuk pendengaran umum. Kalau sudah suami isteri pandai-pandailah mahu bersikap bertoleransi dan mengalah. Kalau asyik nak berkeras kepala dan bersikap nak menang sahaja, segala jalan penyelesaian yang hendak ditunaikan terasa amat payah. 

Mak Timah menjalankan kerjanya seperti biasa. Tiada lagi penipuan dan kekejaman sejurus selepas pergaduhan itu. Dia sudah tidak kisah lagi jika bayi ini tidak dipedulikan oleh ibu kandungnya. Apatah lagi bapa kandungnya yang tidak langsung dia dengar khabar beritanya. Kepulangan Tuan Karim bagai melenyapkan Amran dari muka bumi ini. Ada sesuatukah yang terjadi pada Amran? 

Ke manakah perginya Amran? Sudah lama dia tidak nampak bayang lelaki itu. Mungkin kepulangan Tuan Karim membuatkan Amran jadi tidak berani untuk bertandang ke sini setiap hari seperti dahulu. Mak Timah hanya mampu bertanya dan berteka-teki pada diri sendiri. Dia tidak mampu untuk menjawab segala musykil yang berlegar-legar di fikirannya. Dia sudah melakukan apa yang termampu. 

Kini terpulanglah kepada majikannya mahu berubah atau tidak ataupun menjadi lebih teruk lagi. Apa yang penting ketika ini dia mahukan anak ini sentiasa selamat disisinya. Anak kecil ini sudah diberi nama Hersalina. Bagi Mak Timah dan suaminya, nama yang dipilih punyai keindahan yang tersendiri. 

Dia berharap Hersalina sentiasa akan menjadi anak gadis akan sentiasa indah di pandangan Tuhan serta pandangan sesama manusia yang lain. Seindah dan seharum namanya dari tadi Mak Timah dan Pak Mat leka bermain dengan Hersalina. Hersalina walaupun masih kecil tapi sudah pandai menyebut beberapa perkataan seperti ayah dan emak. 

Hati Mak Timah benar-benar terusik. Walaupun tidak memahami kebanyakkan apa yang dikatakan oleh anak kecil, naluri keibuannya benar-benar bahagia dengan gelagat Hersalina yang memikat hatinya. Terasa bahagia yang dia rasakan kini. Kalau dulu dia hanya hidup berdua dengan suaminya. Kini selepas kehadiran Hersalina hidupnya lebih terisi. Lebih bermakna dia dapat menjadi ibu. Dia hanya memandang suaminya bermain dengan Hersalina dengan tekun sekali.

“Kita akan jaga anak ini dengan baik bang. Kita didik dia dengan agama. Moga dia terlindug dari segala kejahatan dunia.” Ujar Mak Timah penuh kelembutan kepada suaminya.

Pak Mat hanya memandang isterinya bersama harapan agar anak ini sentiasa terpelihara dari dosa. Akhirnya dia hanya mengangguk perlahan menyetujui kata-kata isterinya itu. Ilmu akan diberi kepada

Hersalina nanti. Ilmu yang mengisi dada itulah harta yang paling mahal. Tidak terbanding pun nilainya dengan harta yang lain. Makin diberi makin banyak ilmu yang terisi. Sama memberi sama mendapat keberkatannya.


Previous: 5
Next: 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.