Home Novel Keluarga DOA CINTA HERSALINA
DOA CINTA HERSALINA
28/1/2014 19:47:48
47,049
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
8

Hersalina kecil lagi. Baru usia lima tahun. Tapi yang dia rasakan kini cepat benar Hersalina membesar. Dia belum puas melihat telatah Hersalina yang kadang-kala mencuit hatinya itu. Hersalina anak yang lincah dan baik. Mak Timah hanya tersenyum lebar melihat Hersalina bermain di belakang rumah perkerja itu. Hanya di situlah tempat dia bermain sendirian. 

Sambil ditemani oleh pokok yang tinggi sesekali ditiup angin. Hersalina kembali mendekat kepadanya. Kelihatannya dia melepas lelah seketika.

“ Ibu! Salina lapar,” Rengek Hersalina manja.

Ibu! Perkataan keramat itu bagai terlaung-laung sendiri dalam hatinya. Terkadang dia tahu Hersalina pasti akan tersasul memanggilnya dengan panggilan Ibu . Sedihnya dia mendengarkan panggilan itu. Meskipun dia dan suaminya yang membela anak itu bagaikan anak sendiri tapi dia merasakan yang dia belum layak dipanggil dengan panggilan itu. Hersalina bukannya anaknya. 

Tapi Hersalina tetap anaknya dunia dan akhirat! Hatinya berbicara lagi. Dia memandang wajah Hersalina yang jernih. Sebak datang dengan sendiri. Setiap hari dia bertanyakan di mana ibunya. Namun Hersalina terlalu kecil untuk mengetahui ibunya selalu berada di depan matanya. 

Selalu berada dekat tetapi jauh bagaikan beribu batu. Anaknya ini terlalu muda untuk mengetahui apa rahsia punya dia sebenarnya. Belum tiba masanya. Kata hatinya lagi. Hersalina langsung tidak mengerti apa-apa. Yang hanya dia tahu ketika ini perutnya sudah berkeroncong kelaparan sambil menarik bucu bajunya. Wanita yang sudah dianggap ibunya.

“Mak Timah, lapar.” Rengek Hersalina lagi sambil menunjukkan perutnya yang sudah berbunyi.

“Jom kita pergi makan ya sayang,” Kata Mak Timah sambil menggenggam tangan kecil menuju ke dapur yang di khaskan untuk orang gaji.

Hersalina hanya mengikut tanpa sepatah kata. Melewati kawasan rumah pekerja ke ruang dapur. Dia ternampak dua orang kanak-kanak kecil yang sedang asyik bermain bola. Siapakah mereka? Sudah lama dia nampak mereka bermain di situ. Teringin benar dia bermain dengan kanak-kanak yang selalu terlihat saban petang. 

Kadang-kadang ditemani oleh seorang wanita yang cantik jelita. Siapakah mereka? Hersalina hanya dapat memandang dari jauh. Desakan hati Hersalina terlalu kuat untuk bermain-main seketika dengan anak itu. Soal lapar bagai dilupakan begitu sahaja. Tanpa sedar dia melepaskan genggaman tangan Mak Timah dan berlari-lari kearah kanak-kanak tersebut. 

Sampai di sana dia hanya mampu merenung kanak-kanak lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

“Nak main,” Ujar Hersalina.

Lalu jari telunjuknya menunjuk kearah bola yang dipegang oleh salah seorang kanak-kanak itu. Hersalina mendekati salah seoarang kanak-kanak lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Hersalina menghulurkan tangan pula apabila pertanyaan dia tidak dijawab. Dibiarkan sepi.

“Kita boleh kawan?” Hersalina ingin berjabat tangan.

Kanak-kanak lelaki tersebut memandang sesama sendiri sebelum memandang Hersalina. Lalu tangan Hersalina yang terhulur itu lekas-lekas ditepis kasar. Terduduk seketika Hersalina. Dia mengeluh kesakitan.

“Aku tak nak kawan dengan kau! Kau siapa? Anak haram!” Tempik salah seorang dari mereka lalu meninggalkan Hersalina terkaku di situ.

Mak Timah nyata tergamam melihat situasi tersebut. Tidak menyangka Hersalina melepaskan tangannya untuk mendekati kedua anak majikanya itu. Apabila dia melihat tangan Hersalina ditepis dan Hersalina ditolak kasar sungguh dia terkedu. Dia sudah pesan banyak kali jangan mendekati anak majikannya itu. Hersalina tetap degil. Meleleh sudah air matanya. Sedih melihatkan Hersalina diperlakukan sebegitu. 

Bukannya dia tidak tahu Puan Rita sudah beramaran dengannya supaya mengingatkan Hersalina jangan mendekati anak-anaknya. Dia hanya menurut sahaja. Dia tidak mahu Hersalina diapa-apakan nanti. Mak Timah mendekati Hersalina yang duduk di tanah sahaja. Sesampai di sana Mak Timah hanya mengusap lembut kepala Hersalina.

“Kan Mak Timah dah pesan, jangan bermain mereka. Budak lelaki tak sesuai bermain dengan budak perempuan.” Kata lembut memujuk.

Hersalina hanya memandang Mak Timah dengan penuh tanda tanya. Dia hanya ingin berkawan dengan kanak-kanak lelaki tersebut.

“Salina hanya nak berkawan dan bermain dengan mereka.”

Mak Timah hanya diam tidak mampu untuk menjawab. Walaupun hanya sekecil ini Hersalina sudah pandai bersoal kata dengannya. Apa yang tak kena dengannya pasti dia akan bertanya. Perlahan-lahan dia bangunkan Hersalina. Badan Hersalina yang sedikit kotor dia bersih sekadar lalu. Tangan kecil Hersalina digenggam lalu dibawa Hersalina ke dapur. Dia sudah malas mahu mengulas bicara panjang lebar dengan Hersalina lagi. Bimbang-bimbang dia sendiri kelak yang berduka hiba.

Buat seketika dia tersenyum melihat Hersalina sedang makan dengan begitu berselera sekali. Sudah tentu lauk kegemarannya gulai ikan sembilang menambat seleranya. Melihatkan anak kecil itu makan dia jadi kekenyangan. Seketika dia terperanjat apabila melihat pintu dibuka dan terhempas kuat ke dinding. 

Puan Rita! Segera dia bangus ingin melindungi Hersalina dari diapa-apakan. Belum pun sempat dia bertanya kenapa majikannya masuk ke sini, tangan majikannya sudah melekap erat ke pipinya. Terkial-kial orang tua itu dibuatnya. Dia mengusap pipinya yang terasa pijar. Dia dapat mengagak tujuan majikannya itu ke sini.

“Kan aku dah kata, jangan biar budak ni dekati anak aku!” Tengking Rita sambil menujah kasar dada orang gajinya itu.

Sakit di dada itu Mak Timah tahankan sahaja. Yang penting dia harus melindungi Hersalina. Dia terkebelakang sedikit hampir mengenai kabinet dapur. Hersalina yang hanya menyorok di sebali badan Mak Timah yang gempal itu mulai menampakkan diri.

“Jangan pukul mak! Jangan pukul mak!” Kata Hersalina sambil menyerang Rita.

Namun apalah daya seorang anak kecil itu. Langsung tidak terkesan dengan serangan kecil anak itu. Rita melempang kasar Hersalina, terhempas Hersalina ke lantai. Bibirnya berdarah. Sakit yang dirasakannya kini. Rita maju kehadapan mendekati Hersalina lalu dia lempang sekali lagi.

“Sakit!” jerit kecil Hersalina langsung tidak memberi erti kepada Rita.

Tangannya semakin galak memukul anak itu. Dia sudah tidak peduli anak itu mahu sakit atau apa. Yang penting kini hatinya sangat puas. Anak ini mengingatkan dia kepada Amran. Mengingatkan Amran hatinya yang aman kembali berdendam. Ternyata kepergian Amran belum tentu memuaskan hatinya lagi. Amran sudah meninggalkan derita kepadanya. Hersalina itulah derita Rita.

“Jangan Puan! Jangan!” Jerit Mak Timah.

Cepat-cepat dihadang Hersalina dari terkena pukulan majikannya itu. Perempuan ini langsung tidak pernah surut dendamnya. Makin melarat-larat pula dirasakan Mak Timah. Geram pula dirasakan Rita bila melihatkan Mak Timah begitu berani melindungi anak yang tak tahu diuntung itu. Cepat sahaja dia menampar pipi Mak Timah yang dia rasakan suka masuk campur itu.

“Aku nampak budak tak berguna ni dekat dengan anak aku lagi siaplah kau! Dengan kau sekali Timah!” Betak Rita kuat sambil bercekak pinggang.

Bulat matanya memandang dua manusia yang selalu sahaja menaikkan darjah kemarahannya itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menghumban mereka berdua ini ke jalanan. Sekali lagi dia mendengus geram sebelum melangkah keluar meninggalkan dapur itu. Sedangkan Mak Timah bertitisan air mata. Hersalina sudah menangis disisi Mak Timah sambil menyoal kepada diri sendiri, siapakah wanita itu?





Mak Timah sedang menuam pipi Hersalina yang sudah bengkak dengan kain yang sedikit panas. Perlahan-lahan dia melakukan lagi penuh berhati-hati agar kesakitan yang Hersalina rasakan tidak terlalu sakit. Berkaca-kaca matanya melihatkan Hersalina yang menitis air mata daripada tadi. Mungkin buat seumurnya hidupnya ini dia baru berhadapan secara dekat dengan wanita yang selalu Hersalina lihat dari jauh. 

Ternyata pertemuan pertama mungkin sangat menakutkan bagi Hersalina. Mak Timah hanya berkata dalam hati. Pak Mat baru masuk ke bilik sambil menatang secawan kopi. Dia hanya mampu melihat sambil menggelengkan kepalanya. Dia berlabuh duduk di kerusi malas sambil menyisip perlahan kopi yang dibawanya tadi. Seketika dia mengeluh lalu melemparkan pandangannya ke tingkap bersebelahan dengan kerusi malasnya itu.

“Awak ni kenapa bang? Ada masalah ke?” Tanya Mak Timah bagaikan tidak senang hati apabila melihatkan suaminya sebegitu rupa.

“Ya, ada masalah. Awaklah masalah tu,” Kata Pak Mat pula kemudiannya.

Sambil menuam bibir Hersalina yang berdarah dia mengerutkan dahinya. Pelik benar dengan kata- kata suaminya. Apa salah dia hingga mendatangkan masalah kepada suaminya itu? Hatinya mulai digaru pertanyaan.

“Awaklah, kenapa awak biarkan Hersalina dekat dengan keluarga tu, awak tahukan majikan kita bencikan budak ni,” Kata Pak Mat sedikit tinggi nada suaranya.

Dia menyisip kopi sekali lagi lalu melemparkan pula pandangannya kearah isterinya yang sedang khusyuk menuam pipi Hersalina kembali. Jatuh kesian dia melihatkan anak itu diperlakukan oleh ibunya sendiri. Hersalina tidak pernah mengetahui wanita yang melempang itu adalah ibu kandungnya. Ibu kandung yang tidak pernah menganggap dia sebagai anaknya.

“Awak ni bang, Hersalina Cuma nak berkawan dengan anak-anak majikan kita. Dia Cuma mahu bermain sama-sama. Itu sahaja.”

Hersalina mungkin sudah bosan bermain sendiri. Selama dia dibesarkan dia tidak pernah membawa anak itu keluar daripada pintu pagar banglo ini. Tidak pula dia diajar mengenal dunia luar. Walaupun dia tahu majikannya pantang sekali apabila melihat Hersalina mendekati anak-anaknya namun dia tidak sempat menghalang. 

Kalaulah dia tahu majikannya akan mengamuk bagaikan orang gila, sumpah dia tidak akan membenarkan. Boleh saja Mak Timah menghalang Hersalina dari ke mana- mana. Hanya bermain di belakang rumah sahaja. Namun dia tidak tegar melihat anak itu hidup terkongkong. Di rumah pekerja itulah lingkungan hidup Hersalina. Tidak pernah lebih daripada itu.

Di situlah tempat dia membesar dari sehari ke sehari. Paling tidak pun hutan dibelakang rumah pekerja. Terbatas. Dan tentunya tidak membahagiakan. Sudahlah dia dilarang sama sekali membawa Hersalina mengenali dunia luar, masih tergamakkah lagi dia mahu mengongkong hidup anak itu? Yang majikannya pun satu. Tergamak sungguh memukul anak sendiri hanya kerana Hersalina medekati anak-anaknya yang lain. 

Apa hina sungguhkah Hersalina ini? Jijik sangatkah Hersalina untuk didekati? Sebanyak mana dia cuba menafikan Hersalina itu tetap anaknya. Talian ibu dan anak tetap tidak akan putus sampai bila-bila. Dalam diam Pak Mat mendongkol marah. Dia malas lagi mahu duduk di situ. Menatap kedua wajah insan yang disayangi membuatkan hatinya tersirap sahaja.

Perlahan-lahan dia menapak keluar meninggalkan isterinya bersama Hersalina. Mak Timah masih menuam pipi Hersalina. Suaminya yang sudah melangkah keluar hanya dia lihat dengan hujung matanya sahaja. Dia tidak pedulikan kesakitan yang dialaminya. Ternyata kesakitan yang dialami Hersalina lebih teruk darinya. Majikannya seakan membalas dendam apabila memukul Hersalina. 

Dia dapat melihat dari sinar mata majikannya itu. Dendam apakah lagi yang Hersalina lakukan? Hersalina langsung tidak bersalah. Yang bersalah itu majikannya bersama kekasih gelapnya, Amran.

“Mak Timah, siapa mak cik tadi? Kenapa dia pukul Salina dengan Mak timah?”

Mak Timah hanya diam. Seakan memikir apa yang mahu dikatakan kepada Hersalina. Perlukah dia jujur dalam hal ini? Lekas-lekas dia menggeleng. Dia belum mampu lagi.

“Dia marah kita dekati dengan anaknya. Tulah Lina, Mak Timah dah pesan jangan dekat dengan anak-anak dia. Dia tak suka.”

Hersalina diam cuba memahami apa yang dikatakan oleh Mak Timah. Dia hanya diam membiarkankan pipinya dituam oleh Mak Timah.

“Lain kali jangan pergi dekat dengan anak-anak makcik tu, nanti Salina kena lagi. Main dekat belakang rumah ni saja. Kalau bosan boleh panggil Mak Timah main sekali.”Kata Mak Timah lembut memujuk anak itu. 

Dibelainya penuh kasih pipi Hersalina yang lebam itu. Sayang anak sekecil ini dan tidak tahu apa-apa sudah menjadi mangsa pukul. Buat seketika mereka saling bertatapan. Entah apalah yang difikirkan Hersalina, Bisik hati Mak Timah.

“Mak Timah, mana ibu Salina? Salina nak jumpa ibu. Salina rindu sangat dengan ibu. Mana Ibu Mak Timah?”

Tanya Hersalina bertubi-tubi kepada Mak Timah. Mak Timah terkedu dengan soalan yang tidak sangka akan terbutir dari mulut mungil Hersalina. Hatinya kembali parah dengan soalan anak kecil itu. Dia diam tidak mampu untuk menjawab apa-apa buat masa ini.

“Mak Timah, mana ibu? Ibu sama sama seperti ayah ke pergi kerja?”

Mak Timah diam lagi bersama hati yang semakin luka. Harus apa lagi dia katakan kepada Hersalina? Mahukah dia katakan kepada Hersalina bahwa ibunya kini sudah tidak mahukannya lagi? Mahukah dia berkata bahawa ayahnya langsung tidak menginginkannya? Air mata yang menitis perlahan dilapnya dengan hujung baju.

“Ya sayang. Ibu dan Ayah pergi kerja.” Kata Mak Timah akhirnya.

Biarlah, kalau dia terpaksa menipu Hersalina biarlah. Kalau dengan jawapan itu boleh membuatkan Hersalina diam dari bertanya lagi. Dia rela. Dia rela menipu. Asalkan Hersalina tidak tahu kisah sebenar yang boleh membuatkan dia kecewa. Apatah lagi menderita jiwa dan raga.


Previous: 7
Next: 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.