Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,919
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

Kaki langit sudah semakin cerah.Kereta Peugeot ibuku meluncur laju di atas jalan raya membelah kedinginan pagi.Sepanjang berada di dalam kereta,aku hanya mendiamkan diri.Sesekali mataku memerhati wajah Suraya yang sedang duduk disebelahku.Tiba-tiba,Suraya menarik leher aku dan mendekatkan mulutnya ke telingaku.Dia membisik sesuatu.

"Suzana,kau kena ingat!Jaga watak aku baik-baik.Jangan sampai tercemar.Kalau tak nahas kau aku kerjakan!!!"Suraya melepaskan tangannya daripada leherku.

Aku hanya mengangguk.Aku tidak tahu kenapa aku tak boleh melawan si adik.Sedangkan aku kakak dia.Aku terus tenggelam dalam pemikiran sendiri.Sebaik sahaja ibuku memberhentikan kereta,Suraya menolak bahu aku lalu menjegilkan matanya tanda memberi isyarat.Aku hanya memandang sepi.Aku dan dia terus keluar dari perut kereta berwarna putih itu.

Para pelajar dan ibu bapa sudah mula membanjiri pekarangan sekolah.Namun begitu,ada juga yang masih melepak di warung makan di hadapan sekolah.Degil!Dah bagi amaran banyak kali pun masih nak buat hal.Getus hatiku.Aku dan Suraya melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.Jantungku berdegup kencang.Aku begitu takut dengan tindakan Suraya kali ini.Aku takut dia akan mempermainkan watak aku.Tuhan selamatkan aku!

Sofea,Nizrina dan Anita sudah lama menanti aku di pondok gazebo bersebelahan pondok pengawal.Rasa bersalah menyelinap ke segenap hati.Aku mengerling Suraya di sebelah yang sedang memberi isyarat anak mata menyuruh aku masuk ke kelas dahulu.Aku hanya menurut.Setelah aku rasakan yang aku sudah jauh dari Suraya,aku menoleh ke belakang melihat tiga orang rakanku sedang menyambut kehadiran Suraya.Sewajarnya aku yang patut disambut oleh mereka bukan Suraya.Namun begitu,aku harus akur yang aku dan Suraya sedang bertukar peranan.Ya,aku berharap ia hanya untuk sementara.Hanya untuk hari ini!

Aku turut akui yang Suraya tiada teman kerana satu sekolah sudah sedia maklum dengan sifatnya yang suka melaga-lagakan orang dan membuat onar.Mana tidaknya,dia selalu dipanggil di bilik disiplin atas masalah disiplinnya yang suka mereka-reka cerita.Kadangkala para guru jugak mendapat tempiasnya.Kalau masalah itu terlalu berat,dia akan dipanggil berdiri di atas pentas ketika perhimpunan dijalankan.Dia juga hampir-hampir dibuang sekolah,namun ibu,Datin Paduka Sharifah Hasnah membuat permohonan agar Suraya diterima kembali.Disebabkan rasa simpati pengetua terhadap ibu yang perlu menjaga dua orang kembar,akhirnya Suraya diterima kembali.Bukannya sekali dia dibuang sekolah tetapi dah banyak kali!Sejak hal itu,para guru sudah tidak berani campur urusan Suraya.Bagi mereka,Suraya memang dilahirkan untuk berbuat jahat dan hatinya tidak boleh berubah lagi.

"Hai korang!!!"Suraya menyapa dengan ceria.

"Err..Hai."balas Sofea,Nizrina dan Anita acuh tak acuh.Mereka saling memandang antara satu sama lain.

"Asal korang ni macam pelik jer tengok aku?Ada yang tak kena ke?"Suraya membelek-belek dirinya takut ada yang tak kena dengan cara pemakaiannya.

"Tak..Kitorang cuma pelik,betul ke kau ni Suzana?"soalan Nizrina bagaikan satu tamparan hebat terhadap dirinya.Dia menelan air liurnya.Kelat.

"Ya,aku Suzana.Kenapa korang ni?"Suraya membalas.Dia cuba senyum untuk mengurangkan debaran di hatinya.Dia begitu takut kalau rancangannya tidak berjaya.Misinya cuma satu ; menjatuhkan maruah Suzana.

"Hmm tak..Sebab Suzana yang kitorang kenal takkan memanggil kitorang dengan perkataan korang dan kau.Dan dia juga takkan membahasakan diri dia dengan perkataan aku."Anita pula menambah lalu berjalan mengelilingi tubuh Suraya sambil menilik tubuhnya atas dan bawah.Pandangannya sinis.

"Err...Eh aku pun nak jadi macam korang.Guna perkataan aku,kau,korang,kitorang.Takkan tu pun tak boleh."Suraya sangat bijak dalam menutupi kesalahannya.

"Hmm..apa apa jelah Suzana.Jom masuk kelas.Dah lambat dah ni.Jom Suzana!"Nizrina pula menyampuk.Mereka berempat pun bangun menyandang beg sekolah masing-masing lalu berjalan seiring menuju ke kelas 5 Cemerlang.

Huh!Nasib baik minah bertiga ni tak tanya lebih-lebih.Kalau tak nahas aku.Sial punya Suzana!Dia tak jelaskan langsung kat aku,dia membahasakan diri dia tu apa.Yang dia tahu,angguk,angguk dan angguk.Kurang ajar betul budak ni.Memang nak kena dengan aku.Eh tapi baguslah tu.Sekurang-kurangnya dia tak melawan.Aku akan pastikan hari esok dan hari-hari seterusnya tidak lagi menjadi hari-hari yang bermakna untuk kau.Hari ni jugak aku akan hancurkan segalanya.Aku akan hancurkan kehidupan kau,Suzana!

******************************************************

Guru waktu pertama masuk ke kelas Tingkatan 5 Cemerlang.Badannya tegap.Kakinya berjalan lurus ke depan.Tiada lenggok.Suasana kelas yang tadinya hingar-bingar kini bertukar sunyi.Salam Cikgu Fatmah yang bernada keras itu memecah keheningan pagi.Semua pelajar berdiri dan menyambut salam Cikgu Fatmah.

"Baik,kalian boleh duduk.Tapi..sebelum duduk saya nak anda pastikan sekeliling tempat duduk anda bersih.Setelah itu,kalian dikehendaki menghantar kerja sekolah yang saya bagi pada anda semalam!"Amarannya bernada tegas.Jari telunjuknya menuding ke arah sampah-sampah yang berselerak di lantai.Anak matanya menikam tajam anak mata setiap pelajar.

Ya ALLAH!Kerja sekolah itu aku tidak siapkan lagi.Habis!Patutkah aku memberitahu Suraya perkara yang sebenarnya.Ah biarlah.Kalau aku beritahu nanti ada sahaja yang nak dimarahi tapi.....kalau tak beritahu pun dia tetap akan memarahi aku.Lagipun nasi sudah menjadi bubur.Selepas saja aku tersedar daripada pengsan semalam,aku terus jadi lupa untuk menyiapkan kerja sekolah.

Kami mengikut arahan yang diberikan.Mataku sempat menangkap jelingan anak mata Suraya.Penuh dengan kebencian.Kebencian terhadap aku.Kakak kandungnya sendiri.Walaupun Suraya dilahirkan 4 minit lewat daripada aku tetapi dia sewajarnya menghormati aku sebagai kakak seperti adik beradik yang lain.Kenapa dia tidak mampu menjadi seperti adik yang lain?

****************************************************

"Nursuzana Arina!Sila berdiri di tempat duduk kamu!"Cikgu Fatmah yang terkenal dengan kegarangannya itu menjerit.Suaranya mampu didengari ke segenap sudut sekolah.Kenyataannya memang begitu.Cikgu Fatmah ialah antara guru yang paling ditakuti oleh semua anak muridnya.Tangannya sentiasa bersama rotan tebal.Kesan rotan tebal tersebut amat perit bagi yang terkena.

"Err...Ya cikgu.Saya ada salah apa?"Suraya berdiri.Wajahnya melemparkan riak seperti orang tidak bersalah.Aku hanya memandang sepi wajah Suraya.Maafkan aku,Suraya.Disebabkan aku,kau yang jadi mangsa.

"Apa?Kamu tanya lagi apa kesalahan kamu?Sedangkan dah jelas-jelas saya beritahu anda semua untuk menghantar tugasan yang telah disiapkan pada hari ini.Tapi...kamu lain pula ceritanya.KENAPA KAMU TIDAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH?!!!"Cikgu Fatmah menengking dengan nada garang.Tangannya mencapai sebatang pen dan melemparkan ke arah Suraya.Namun begitu,Suraya pantas mengelak.

Aku tidak sampai hati melihat Suraya diperlakukan sebegitu lantas aku berdiri dan cuba membela Suraya yang sudah terkaku disitu."Err...Maafkan saya,cikgu.Semalam adik saya pengsan,jadi dia tidak sempat buat kerja sekolah."

Suraya yang tertunduk dari tadi,terpempan dengan kelakuan aku.Dia mengecilkan matanya.Apa?Jadi ini semua salah dia?Kurang ajar punya,Suzana!!Kau telah malukan aku di hadapan semua pelajar.Ini memang tak boleh dimaafkan.Aku mesti pastikan misi aku untuk menjatuhkan Suzana berjalan lancar.Bibirnya tersenyum sumbing.

Sofea,Nizrina dan Anita bagaikan tidak percaya.Mereka saling memandang antara satu sama lain.Betulkah apa yang dilihat mereka?Benarkah Suzana yang selama ini pelajar yang rajin dan baik dimarahi sebegitu teruk oleh cikgu yang paling garang di sekolah ini?Anita,pandangannya bersilih ganti.Sekejap memandang aku,sekejap memandang Suraya.Dia keliru.Apa yang terjadi sebenarnya?Adakah ini cuma salah faham?Kenapa Suzana boleh pengsan?Dia sakit apa?Pelbagai soalan berlegar dimindanya.Yang pasti perkara itu harus disiasat olehnya....

"Baiklah.Biar saya buat keputusan sendiri.Hari ini saya akan memanggil ibu kalian datang ke sekolah.Saya nak dengar sendiri penjelasan daripada ibu kalian.Titik!"Kelantangan suara Cikgu Fatmah kini merendah sedikit.Lembut tetapi bernada sarkastik.

Tatkala Cikgu Fatmah memutuskan sedemikian,aku dan Suraya terkejut besar.Mataku membuntang.Aku dan Suraya terbungkam sementara.Bagaikan terkena renjatan elektrik.Ah!Habislah kali ini.Apa pula rancangan Suraya selepas ini?Aku tidak pasti.Buat masa ini,aku hanya mampu redha dan pasrah dengan takdir hidup ini.Hatiku pantas berdoa agar aku dan Suraya selamat daripada ibu,wanita yang sangat tegas dan garang.Ya,itu yang aku harapkan!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus