Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,911
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 8

Selepas pemergian Farid Iskandar...

Aku sering dicaci dan dihina oleh pelajar-pelajar di sekeliling setiap kali aku melangkah ke sekolah bagaikan sekolah itu tidak lagi menerima aku.Aku bagaikan bangkai yang kotor dan jijik.Apa salahku?Bilakah semua penderitaan ini bakal berakhir?Hari demi hari aku sudah lali dengan perangai mereka semua.Aku masih bersyukur ada Anita di sisi yang sentiasa menyokong walaupun acap kali nasihatnya sentiasa aku tolak.Sofea dan Nizrina dah banyak berubah.Setiap kali selepas waktu persekolahan,mereka akan mengheret aku masuk ke tandas dan menyeksa aku.Anita sentiasa ingin menyelamatkan aku namun dia dikawal oleh Suraya.Perkataan kasar yang pantas digelar kepada mereka ialah 'kejam'!

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah berakhir.Alhamdulillah,aku mudah untuk menjawab soalan yang diajukan.Namun begitu,sudah menjadi lumrah sekiranya ada sesetengah soalan yang sukar untuk dijawab.Mungkin kerana tidak membaca ataupun lupa.Semoga aku mendapat keputusan yang baik dan aku berharap agar segala penat lelah aku selama 2 tahun ini terbayar dengan sebuah kejayaan.Yang paling aku bersyukur sangat setelah aku berjaya keluar daripada cengkaman Sofea dan Nizrina.Tapi tidak Suraya.Seksaan Sofea dan Nizrina lebih kejam daripada seksaan Suraya.

Sekarang ni,berlangsungnya cuti sekolah.Sudah tentu difikiran setiap pelajar sekolah terdapat pelbagai rancangan dan aktiviti.Sama ada aktiviti berfaedah mahupun tidak.Terpulang kepada individu itu masing-masing.Dalam membuat sesuatu keputusan,kita hanya diberi dua pilihan sama ada pilihan yang kita buat itu baik ataupun tidak.Aku bercadang untuk sertai kelas memandu.Teringin sekali memandu kereta dan membawanya meluncur laju di jalan.

Sementara menunggu keputusan SPM keluar,aku hanya menggoyangkan kaki di rumah.Kadang-kadang ada juga aku meluangkan masa bersama Anita untuk berjoging di taman.Bosan.Tiada apa yang patut aku lakukan.Aku berbaring di atas katil sambil melayan novel.Novel yang dikarang oleh Evelyn Rose bertajuk 13 Jam A380 itu sangat bermutu.Di samping pengolahan jalan ceritanya yang menarik,banyak kata-kata nasihat berupa hadis dan ayat Al-Quran diterapkan.Tidak sia-sia aku membeli.

Setelah beberapa jam menghabiskan 20 bab,badanku terasa lenguh dan sengal-sengal di lengan.Aku bingkas bangkit dan mengambil udara segar di luar,di halaman rumah.Aku berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar rumah dan membuat perkara yang sepatutnya seperti menabur makanan kepada ikan koi di dalam kolam,menyiram pokok bunga serta membuang daun-daun kering yang gugur.Setelah penat,aku melepaskan lelah di bawah sebuah pondok kayu kecil berukiran bunga di bumbungnya yang direka khas oleh jiran belakang rumah,Encik Zahrin.Cantik dan kelihatan antik.

Tiba-tiba,aku terdengar seseorang memanggil nama aku perlahan ketika sedang asyik aku menikmati pemandangan indah di halaman rumah.Suara yang hanya didengari di hujung telinga.Mataku melilau mencari arah suara tersebut.Akhirnya,aku nampak separuh tubuh Kak Chah,jiran sebelah kanan yang sedang melambai-lambaikan tangannya.Terdapat tembok yang memisahkan antara rumahku dan dia.Aku segera bangun dan mendapatkannya.Dia melirik kiri dan kanan seperti takut ada orang lain di situ.

Jiranku yang seorang ni sudah layak merangkul gelaran anak dara tua.Mana tidaknya dah umur 43 tahun pun masih lagi tidak berkahwin.Mungkin kerana mulutnya yang suka menyebarkan gosip,telahku.Aku tersenyum sendirian tatkala teringat setiap pagi pasti ada saja cerita-cerita hangat dan sensasi yang ingin dikhabarkan olehnya.Cerita tentang orang tulah,orang nilah padahal diri sendiri tak sedar yang dah bergelar anak dara tua pun.

"Ada apa,Kak Chah?Gosip hangat apa pulak yang Kak Chah nak bagitahu?"soalku apabila kakiku sudah berhenti melangkah.Aku berseloroh.

"Ish,hang ni.Aku cabai mulut hang baru tau!Hah ni,Kak Chah nak habaq mai.Sebelum tu,hang jangan fikir Kak Chah nak aibkan dia noh?"balas Kak Chah dengan dialek utaranya yang pekat.Aku geli hati melihat telatah dia.Tak padan dengan tua.

"Hmm..apa dia,Kak Chah?Cakaplah."

"Aku nampak Suraya tengah malam semalam pi keluar dengan jantan mana tau.Depa naik motor ni menonggeng si Suraya tu kat belakang jantan tu.Ish laaa kalau hang tengok mesti hang malu.."

Air mukaku serta merta berubah."Ish...Kak Chah,jangan main-main.Betul ke ni,Kak Chah?Tak baik reka cerita.."

"Laaa...aku kenal hang ni dari kaki hang ni besar ibu jari aku lagi..Daripada mak hang tu belum bergelar Datin lagi tau...Zana,buat apa Kak Chah nak tipu hang?Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ni yang dia dok berpeluk atas motor..Lepas tu,aku sengaja tunggu sampai pagi,nak tengok pukul berapa dia balik.Pukul 5 pagi!!"

"Apa?!!Muka jantan tu macammana?"

"Hmm...yang tu Kak Chah tak tau sebabnya si jantan tu pakai topi keledar...Ni Kak Chah nak habaq,kalau hang sayang kat adik hang tu,hang nasihatlah kat dia..Dia tu dah teruk sangat dah..Aku bukan nak mengaibkan ke apa noh...Tapi aku nampak lagi Si Suraya tu pecahkan pasu jiran sebelah kiri tu,Puan Liyana.Mana tak naik angin Puan Liyana tu bila dapat tahu pasu yang dia beli dari Korea pecah?Dia kata kalau dia dapatlah siapa pemecah pasu tu,dia potong-potong tangan yang gatai tu!Aku ni saja kunci mulut sebab aku ni kasihan kat hang dan mak hang..."

Marah dan geram pada Suraya bercampur baur setelah mendengar penjelasan Kak Chah.Suraya ni makin melampau.Aku tidak boleh berdiam diri.Aku mesti buat sesuatu.

"Kak Chah,terima kasih eh sebab bagitahu..Zana,masuk dulu.."Aku meminta diri sebelum bergegas masuk ke rumah melalui pintu dapur.Turun naik turun naik dada aku menahan marah.Suraya memang sudah keterlaluan!

"Suraya!!!Suraya!!!"aku menjerit memanggil adik kembarku.Perasaan takut aku terhadap dia sudah dicampakkan jauh-jauh.Aku kakak,jadi tugas seorang kakak untuk membimbing adiknya.Nasihat Anita masih aku pegang sehingga kini.

Apabila panggilanku tidak disambut,aku segera menuju ke bilik tidur Suraya yang terletak di tingkat tiga.Biliknya didapati tertutup.Lantas aku mengetuk-ngetuk pintu biliknya dengan kuat sambil menjerit keras memanggil namanya.Wajahku tegang dan bengang.Malu sungguh aku dengan perilaku Suraya...Tidakkah dia berfikir bahawa tindakannya itu mampu menjatuhkan air muka keluarganya?

"Suraya!!Keluar kau!!"Pintu yang diperbuat daripada kayu keras itu berdegung-degang akibat diketuk berulang kali.

Mak Uda yang sedang sibuk memasak di dapur,segera naik ke atas apabila mendengar suara riuh-rendah.Wajahnya cemas.

"Kenapa ni,Zana?Ada apa?"soal Mak Uda namun soalan itu aku biarkan tidak berjawab.Aku terus mengetuk pintu dan menjerit memanggil Suraya.

Suraya yang sedang tidur nyenyak terjaga tatkala mendengar bunyi pintu biliknya diketuk dan namanya dipanggil.Mulutnya terkumat-kamit menyumpah orang yang mengganggunya tidur.

"Ish!!Hantu mana pulak yang buat bising ni?!Kacau betullah!Herghhh!!!!"Dengan muka yang dicomoti air liur basi dan tahi mata serta rambutnya yang kusut-masai,dia akhirnya bangun juga dan melangkah malas-malas ke pintu dan membukanya.Matanya ditenyeh-tenyeh.Tersembul wajah Suzana dan Mak Uda di hadapan pintu.

"Oh,kau rupanya hantu tu...Kau nak apa?"soal Suraya selamba sambil memandang jengkel terhadap aku.Di manakah rasa hormat Suraya terhadap aku,kakaknya sendiri?

"Suraya pergi mana malam semalam?"soalku tegas.Wajahku mencerlung kepadanya.

"Err...aku...aku pergi..eh aku mana ada pergi mana-mana.Elok jer ada kat rumah..."balas Suraya ada sedikit gagap.

"Suraya keluar dengan jantan mana?Suraya fikir akak tak tahu yang Suraya keluar tengah malam semalam?Betulkan,Suraya?"

Suraya terdiam.Apabila soalanku tidak dijawab,aku menjerit garang kepadanya,"Jawablah bila aku tanya!!!"

"Ya!Ya,aku memang keluar dengan jantan semalam!!So what?!!"tengking Suraya dekat ke wajahku.

Aku cuba menarik nafas panjang dan bersabar dengan sikap Suraya yang liar itu.

"Mana harga diri kau sebagai seorang perempuan,Suraya?!Pakai ketat-ketat keluar rumah.Aurat dibiarkan terdedah.Keluar lewat malam,balik pukul 5 pagi.So what do you want to say?Kau tak pernah terfikir ke yang sikap kau ni boleh menjatuhkan maruah keluarga dan nama baik mama sebagai Datin Paduka?!Di mana tanggungjawab kau sebagai seorang anak?Adakah dengan memalukan keluarga?Jawab!"Aku sudah tidak tahan lagi dengan Suraya.Mak Uda di sisi hanya terdiam menyaksikan pertengkaran antara aku dan Suraya.

"Lantak akulah!Pergi mampus ah dengan harga diri tu!Suzana,kau tak payah nak tunjuk baguslah...Kau fikir kau baik sangat ke hah?!Aku berpuas hati sebab berjaya buat mama bencikan kau!Nasib baik dia masih bagi peluang untuk kau hidup dalam rumah ni!Kau patut bersyukur,Zana...Haha!"Suraya menghamburkan kata-kata sinis kepada aku.Pintu bilik dihempasnya dengan kasar.

"Suraya,aku tak habis cakap lagilah!"jerit aku.Tiada respons.Aku terus melangkah lemah menuju ke tingkat bawah.Penat.Penat sungguh aku melayani sikap Suraya.Bantulah aku,Ya Allah.Lembutkanlah hati Suraya.Tanpa disedari,air mata yang bertakung di tubir mata akhirnya gugur.Mak Uda mengekori langkahku sambil memandang sayu.

Aku duduk bersandar di atas sofa.Mataku dipejam rapat.Mak Uda melabuhkan punggungnya di sampingku.Mataku dibuka semula.Wajahnya aku pandang.Penuh kesayuan.Pasti Mak Uda turut bersedih melihat keadaanku,telahku.Mak Uda mengusap-ngusap kepalaku seraya tersenyum nipis,dia seperti ingin membicarakan sesuatu.Aku turut melemparkan senyuman.Senyuman hambar.

"Zana,ini kamu ke?"soal Mak Uda.

Aku mengerutkan dahi.Hairan sungguh dengan soalan Mak Uda. "Maksud Mak De?Yalah,ni Zana.Ish,Mak De ni!"Aku menampar lembut paha Mak Uda lalu tertawa kecil.

"Bukan macam tu...Setahu Mak De,Zana yang Mak De kenal bukan macam ni orangnya...Dia ada perasaan takut dengan Suraya."

"Mak De...Zana dah sedar yang Zana ni kakak.Tanggungjawab kakak untuk membimbing adiknya.Jadi Zana tak perlu takut.Lagipun...Suraya tu dah semakin teruk dah..."Aku membalas dengan suara yang lirih.

"Hmm..baguslah kalau macam tu,Zana.Elok sangat la tu kamu bentak-bentak dia macam tu tadi."

"Tapi masalahnya Mak De,Suraya tu sangat degil orangnya!Bentaklah sampai meletup rumah ni pun,dia tetap jugak buat perkara yang sama.Susah nak dijangka perangai dia..."Aku mengeluh perlahan.

"Sabar jelah,Zana.Allah sengaja turunkan ujian ni buat keluarga kamu.Jangan putus asa.Mak De pasti kebahagiaan pasti sedang menunggu kamu.Kita tak tahu masa depan kita baik atau buruk..Tapi yang pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.Zana,untuk mendapatkan apa yang terbaik tu bergantung pada usaha kita.Kalau kita malas-malas,apa yang kita hajati tu takkan tercapai.Insya-Allah...Jika niat kamu tu ikhlas untuk mengubah Suraya,pasti lambat-laun hatinya akan berubah...dengan berkat kesabaran kamu..Hmm,oklah Zana,Mak De nak pergi dapur sambung masak."Mak Uda mula mengangkat punggung dan terus ke dapur.

Jika niat kamu tu ikhlas untuk mengubah Suraya,pasti lambat-laun hatinya akan berubah...dengan berkat kesabaran kamu..Nasihat Mak Uda masih berlegar-legar di fikiranku sebelum ia jatuh mendarat ke dalam kotak fikiran.Kata-kata itu akan aku pegang.

Kring!Kring!Telefon rumah berdering memecah kesunyian.Siapa pula yang panggil ni?Aku segera berlari anak mendapatkan telefon yang terletak di atas meja jati kecil yang ada di tepi tangga.Gagang telefon aku angkat.Suara seseorang memberi salam kedengaran melalui corong telefon.Suara itu seperti biasa aku dengar.Oh ya...

"Waalaikummussalam,Anita!Haa..kenapa ni?"soalku sambil tersenyum walaupun aku tahu senyuman aku tidak dapat dilihat oleh Anita.

"Zana,malam ni ada ceramah dekat Masjid Al Mukaramah.Jomlah!"

"Ish!Jauh kot..tajuk apa?"

"Jangan risau...kau naik kereta ayah aku sebab ayah dengan mak aku pun ikut sekali.Hmm tajuknya aku tak ingat tapi Ustazah Noor Laila sebagai jemputan.Dalam pukul 6.30 petang macam tu aku jemput kau.Solat maghrib kat sana.Siap awal sikit eh!"

"Oh ya!Wah...Okay!Eh kalau aku ajak Mak Uda boleh tak?"

"Haha of course boleh!Oklah..Jangan lupa ek!Assalamualaikum,Zana.."

"Haha..Waalaikummussalam,Anita..."Gagang telefon aku letak dan bergegas naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik tidur.Pintu almari aku buka dan tanganku terus membelek-belek pakaian untuk ke masjid.Setelah pilih punya pilih,akhirnya aku berkenan untuk mengenakan jubah hijau tua bersama tudung bawal labuh yang berwarna hampir sama dengan jubah untuk dipakai malam nanti.Kemudian,aku turun ke tingkat bawah semula dan meluru ke dapur untuk mempelawa Mak Uda menemaniku ke masjid.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus