Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,928
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 10

Pagi yang cerah.Hari ini juga merupakan cuti umum sempena perayaan krismas.Aku hanya bersandar di atas sofa sambil membaca novel 13 Jam A380.Lagi sikit jer nak habis,telahku.Beberapa helai rambut yang berjuntaian di dahi aku kuis ke belakang.Aku tidak suka mengikat rambut apatah lagi memakai cekak kerana bagiku melepaskan rambut menyerlahkan keayuan.Tapi itu hanya di rumah,kalau hendak keluar sudah tentu aku memakai penutup kepala tak kiralah sama ada tudung mahupun selendang.

TV LED 65 inci di hadapan dibiarkan terpasang.Tiada rancangan yang menarik tetapi sengaja dipasang bagi meriuhkan lagi suasana rumah.Selesai menamatkan keseluruhan novel yang menarik itu,aku segera mencapai remote televisyen dan menekan punat on/offlantas bergegas ke ruang dapur untuk melihat Mak Uda yang sedang memasak.Ibu dan Suraya masih lagi membuta di bilik masing-masing.Mentang-mentanglah cuti,gumam hati kecilku.

Tubuhku membolosi ruang dapur yang luas dan besar itu.Wallpaper yang bercorak air laut berwarna biru menghiasi sekeliling dapur menenangkan lagi suasana.Ditambah pula dengan perabot-perabot klasik berjenama datang dari pelbagai negara menjadikan ruang dapur kelihatan mewah dan elegan.Aku menuju ke arah Mak Uda yang sedang sibuk menyiang ikan di sinki.

"Mak De,buat apa ni?"soalku selamba.

"Menari,Zana..."balas Mak Uda.Dia mengetap bibir dari tersenyum.

"Ish,Mak De ni...loyar buruk pula..haha."aku mencuit pinggang Mak Uda.

"Haha..kamu tulah ada pulak tanya soalan macam tu.Mak De kan tengah siang ikan ni..."balas Mak Uda lagi sambil tangannya ligat membuang barang dalaman sang ikan.

"Haish..Bukan macam tu maksud Zana...Maksud Zana,Mak Udaku yang tersayang ni,nak masak apa hari ini?"

"Oh...Mak De nak masak kari ikan...Lain kali tanya tu biarlah terang-terang.Hmm."Mak Uda menggeleng-gelengkan kepala.Aku menatap wajah tua di hadapanku dengan sayu sekali.Di sebalik wajah tua itu,tersimpan beribu cerita dan pengalaman.Cerita bagaimana dia boleh berteman rapat dengan ibu dan diangkat bekerja sebagai pembantu rumah di rumah banglo ini.Tanpa disedari,mataku berkaca dibaluti air mata yang akhirnya bercucuran mengalir ke dagu....

Mak Uda merupakan anak tunggal dalam sebuah keluarga.Dia berasal dari keluarga berada.Sewaktu remaja,kehidupannya dilimpahi senyuman dan tawa.Sungguh bahagia.Apabila ada majlis keramaian pasti dia akan menjemput semua rakannya bertandang ke rumah termasuklah ibu,Datin Paduka Sharifah Hasnah.Namun di saat usianya menginjak 25 tahun,semua nikmat yang diberikan melayang begitu saja.Ibu dan ayah Mak Uda terlibat dalam sebuah kemalangan yang sangat tragis di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga meragut nyawa mereka berdua.Selepas tragedi itu,kehidupan Mak Uda berubah 360 darjah tatkala semua harta peninggalan orang tuanya dirampas oleh ibu saudaranya.Mak Uda diusir keluar dari rumahnya sehelai sepinggang.Hidupnya terumbang-ambing dihanyut ombak derita.Ketika itu,ibu berada di luar negara melanjutkan pelajaran.Mak Uda telah meminta tolong rakan-rakannya tetapi semuanya begitu angkuh dengan nikmat dunia.Musibah yang menimpa Mak Uda tidak mereka peduli malah tidak pula diambil iktibar.Benar kata orang,di saat kita senang,semua orang mahu mendekati kita dan pabila kita susah,semuanya pergi menyembunyikan diri dan menjauhi kita.Seringkali Mak Uda tidur di jalanan menanti esoknya tiba dan berharap agar semua ini hanya sebuah mimpi dan apabila dia bangun pada esok pagi,dia berharap segalanya bertukar seperti sediakala.Namun tidak.Ia merupakan sebuah kenyataan yang amat pahit untuk ditelan.

Hari demi hari,kehidupan Mak Uda terus hanyut dan adakala dia hampir lemas dan terkapai-kapai meminta bantuan namun tiada sesiapa yang sudi menghulurkan tangan.Sehinggalah suatu hari,dia diambil bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran.Disebabkan hasil kerjanya baik dan bagus tambahan pula dia bekerja dengan gigih,akhirnya dia dinaikkan pangkat menjadi tukang masak.Namun begitu sudah menjadi asam garam kehidupan sekiranya ada saja yang tidak senang melihat orang lain bahagia.Seorang pekerja bernama Che Som telah memasukkan julap di dalam masakan Mak Uda.Pada mulanya,Mak Uda tidak mengetahui apa-apa sehinggalah semua orang yang memakan masakan tersebut sakit perut dan pada esoknya mereka melaporkan hal ini kepada pemilik restoran.Mak Uda meminta maaf kepada pemilik restoran tersebut dan dia dimaafkan.Che Som tidak berputus asa,ketika Mak Uda pergi ke tandas,dia mengambil kesempatan itu untuk mengenakan Mak Uda dengan meletakkan julap dalam masakan Mak Uda.Akhirnya,Mak Uda difitnah oleh Che Som yang mengatakan Mak Uda hendak menjatuhkan perniagaan Encik Mutalib,pemilik restoran tersebut.Encik Mutalib termakan dengan kata-kata Che Som sehinggakan dia mengambil keputusan untuk memecat Mak Uda.Mak Uda akur dengan keputusan itu.Dia melangkah keluar dari restoran itu dengan hati yang lara.

Tiba-tiba,datang seorang lagi pekerja restoran itu menunjukkan sesuatu kepada Encik Mutalib.Sebuah rakaman yang memperlihatkan kelakuan Che Som yang senyap-senyap membubuh julap dalam periuk.Apalagi memang naik angin Encik Mutalib lalu dipecatnya Che Som yang hati busuk itu.Perasaan bersalah menyelubungi hatinya saat itu,dia segera berlari keluar dari restoran untuk mengejar Mak Uda dan meminta agar Mak Uda kembali bekerja dengannya.Dia menceritakan segala-galanya yang berlaku.Namun semuanya sudah terlambat,Mak Uda tetap tidak boleh terima tawaran daripada Encik Mutalib kerana dia sungguh kecewa dengan sikap majikannya yang suka menuduh tanpa usul periksa.Akhirnya,kisah itu dibiarkan begitu saja.Mak Uda meneruskan kehidupannya dengan menjadi seorang pekerja kedai runcit di sebuah kampung.Seperti biasa,Mak Uda pasti melakukan sesuatu kerja itu dengan gigih dan bersungguh-sungguh.Saban hari,dia ditugaskan untuk menghantar tong gas ke rumah-rumah.Kerjanya tak pernah menghampakan majikannya,Encik Hasan sehinggalah suatu hari kedai runcit tersebut hancur lebur dijilat api.Semuanya musnah tiada satu pun yang tinggal.Mak Uda diminta supaya mencari sumber pendapatan di tempat lain.Hatinya remuk tatkala itu kerana baginya dia seolah-olah pembawa malang kepada semua orang.Dia mula menyalahkan dirinya dan bertekad untuk tidak mempercayai dan berhadapan dengan orang lain lagi.

Sekembalinya ibu ke tanah air selepas tamat pengajian,ibu membuka syarikat perusahaan kecil-kecilan di Kuala Lumpur.Di situlah,ibu terjumpa seorang wanita yang berpakaian compang-camping dan comot-momot terbaring lesu di kaki lima bangunan.Pada awalnya,ibu tidak tahu bahawa wanita itu ialah Mak Uda.Namun selepas Mak Uda mengejar ibu masuk ke dalam bangunan,barulah ibu tahu bahawa wanita tersebut ialah Mak Uda.Tersayat pedih hatinya tatkala melihat sahabat baiknya itu dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Ibu fikir semua rakan-rakannya mendapat kerjaya yang bagus-bagus.Ternyata salah telahannya.Ibu tak sangka selama dia berada di luar negara telah banyak perkara yang berlaku termasuklah musibah yang menimpa sahabatnya,Mak Uda.Segala-galanya berlalu begitu pantas.Mungkin benar tiada apa yang mustahil dalam hidup ini.Jika Tuhan sudah merancang agar tragedi ini berlaku,ia tetap akan berlaku dan kita sebagai insan yang lemah tidak mampu melawan takdir Tuhan.Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.Semenjak itu,hubungan ibu dan Mak Uda bertambah erat.Pada dasarnya,Mak Uda diberi tawaran untuk bekerja di syarikat ibu tetapi dengan serta-merta dia menolak.Katanya,dia tidak mahu tersungkur buat sekian kalinya malah dia sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pembantu di rumah ibu.Dan...kerana itulah yang membuatkan Mak Uda masih bergelar pembantu rumah sehingga hari ini.Baginya,dia lebih tenang begitu tanpa perlu mengusutkan fikirannya dengan berfikir perkara yang tidak penting...Dia akhirnya redha dengan apa yang berlaku dan mula menganggap semua yang terjadi ada hikmahnya.

Lamunanku terhenti sebaik saja suara Mak Uda menerjah pelupuk telinga.Air mata yang membasahi pipi cepat-cepat aku seka lalu berlagak biasa.

"Kamu ni kenapa?Ingat kat siapa,Zana?Mengelamun je sejak akhir-akhir ni.Haaa...jangan-jangan ingat kat boyfriend kot...Hehehe!"usik Mak Uda.Kali ini dia sudah beralih tempat,kalau tadi di sinki kali ini dia berada di peti sejuk.Entah bila dia berjalan ke peti sejuk pun tak taulah.

"Ish,mana ada boyfriend,Mak De!Zana tak mainlah boyfriend-boyfriend semua ni..Pandai-pandai je Mak De ni."wajahku sudah merona merah.Malu,dalam diam aku menahan senyum.

"Aiii...malulah tu!Mana taukan...Selalunya budak umur macam kamu ni Mak De tengok sibuk cari jantan kononnya nak couple.Baguslah kalau kamu baik macam ni.Tak elok perempuan sebaya kamu ni berpeleseran dengan lelaki bukan muhrim lainlah kalau dah kahwin."

Kata-kata Mak Uda membuatkan aku teringat akan Suraya.Suraya begitu berani keluar dengan lelaki bukan muhrim pada waktu malam dengan berpakaian tidak cukup kain atau lebih tepat seksi.Ibu memang mati-mati fikir Suraya sudah berubah menjadi baik semenjak kejadian pertukaran watak tempoh hari.Bahkan setiap kali aku menceritakan mengenai sikap Suraya terhadap aku,ibu lebih mempercayai perempuan licik itu!Kasih sayang yang ibu curahkan selama ini kepada aku semuanya telah luntur disimbah pula dengan secupak kebencian.Seringkali terdetik di hatiku mengatakan bahawa ibu tidak adil dengan anak-anaknya.Kasih ibu terlalu cepat berubah dan berpindah.Kalau dulu ibu tidak begitu suka dengan Suraya,kini perasaan tidak suka itu dicurahkan pula kepada aku.Adakala hati kecilku sering menafikan yang sebenarnya Suraya itu tidaklah jahat,cuma disebabkan dia kurang perhatian dan kasih sayang dari orang sekeliling,jadi dia terus mengambil keputusan untuk merampas kasih sayang manusia di sekeliling aku termasuklah ibu.Suraya itu sungguh dahagakan kasih sayang manusia.Cuba kalau dari awal lagi ibu adil kepada kami dua beradik,pasti semua ini takkan berlaku.Ah,lagi-lagi 'kalau',lagi-lagi 'kalau'!Semua ini rancangan Allah.Menyebut 'kalau' sama seperti aku mengeluh dengan jalan takdir kehidupan ini.

"Betul cakap,Mak De..Zana rasa tak elok berdua-duaan lelaki perempuan yang belum ada ikatan yang sah kerana yang pasti akan ada yang ketiga."serius saja nada suara aku.

Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Secalit senyuman terlakar di bibir Mak Uda.Tangannya sibuk mengupas bawang merah.Suasana senyap seketika sebelum Mak Uda menyambung.."Zana,umur macam kamu ni dah boleh kahwin...Zana tak nak kahwin ke?"

"Ish,Mak De ni. Apa tanya soalan macam tu?Zana tak sedia lagilah Mak De.Lagipun Zana nak tumpukan dulu perhatian Zana pada pelajaran.Lagipun masa Zana usia 12 tahun,Mak De selalu pesan supaya kejar cita-cita dulu,baru kejar cinta.Sampai sekarang Zana pegang kata-kata Mak De tu."

"Zana,dulu kamu kecil lagi.Sekarang ni kamu dah besar.Dah nak naik 18 tahun dah pun."Mak Uda berhenti sebentar sebelum menyambung lagi.."Tapi,eloklah kamu belajar dulu pandai-pandai sampai ke luar negara pun takpe.Mak De tak kisah.Asalkan Mak De nak tengok kamu bahagia.Mak De taknak kamu jadi macam Mak De.Terperap je kat rumah ni.Mak De tak kisah semua ni.Mak De dapat menghabiskan seluruh sisa hidup Mak De kat rumah ni pun dah cukup baik.Alhamdulillah..."kata-kata Mak Uda yang mendatar nadanya itu kedengaran sayu di telinga aku.

"Mak De...Terima kasih sebab selalu sokong dan jaga Zana dari kecil sampai besar.Zana dah anggap Mak De ni macam ibu Zana sendiri."Aku mendakap tubuh Mak Uda dari belakang.Erat.Seerat kasih aku terhadapnya.Entah mengapa tiba-tiba saja terlintas di hatiku mengatakan kasih sayang aku terhadap Mak Uda lebih besar daripada kasih sayang aku terhadap ibu sendiri.Astaghfirullah!Seharusnya kasih sayang aku terhadap ibu lebih besar daripada Mak Uda..Ah...

**********************************************************

"Tolong!!!Tolong!!!Anakku!!!"Datin Paduka Sharifah Hasnah meronta-ronta dalam tidur.Jeritannya kuat sehingga mampu didengari hingga ke tingkat bawah.Aku dan Mak Uda yang masih galak berbual-bual di dapur tersentak tatkala mendengar suara orang meminta tolong.Pada mulanya,aku fikir itu jeritan dari televisyen tapi tak mungkin televisyen sedangkan sedari tadi lagi televisyen itu dimatikan oleh aku.Setelah diamati betul-betul suara jeritan itu,ia seperti datang dari tingkat atas dan suara itu milik...

"Mama!"serentak aku dan Mak Uda bersuara dan kami terkocoh-kocoh berlari anak ke tingkat atas mendapatkan bilik ibu.Daun pintu ditolak.Kelihatan ibu terus meronta-ronta dan terdapat air mata yang kering di bawah kedua-dua belah matanya.

"Tolong!!!Selamatkan anakku!!!"jerit ibu lagi.Matanya terkatup rapat.

Mak Uda duduk di samping ibu sambil memegang tubuh ibu daripada bergerak.Aku yang berdiri kaku di sisi Mak Uda hanya melihat ibu terus meminta tolong.Meminta tolong supaya selamatkan anak dia pula tu.Apa yang sedang dimimpikannya?Anak?Kenapa dengan anaknya?Anaknya ditimpa musibah ke?Anaknya itu aku atau Suraya?

"Hasnah,bangun!Hasnah!"Mak Uda memanggil nama ibu seraya mengoncang-goncang perlahan tubuh ibu.Namun,ibu masih tidak sedarkan diri.

"Mama,bangun!Mama,bangun!"aku turut mengejutkan ibu.Akhirnya,setelah dipanggil berulang kali barulah ibu terjaga.

"Hah!Anakku dalam bahaya.Tolong selamatkan anakku!Mana anakku?"igauan ibu terbawa-bawa sampai ke dunia realiti.Peluh merenik di dahi,dagu dan lehernya.

"Hasnah...tu anak kamu ada!Anak kamu takde apa-apalah..Sabar..Kau mimpi ni,Hasnah.."pujuk Mak Uda sambil mengusap-usap belakang ibu.Sekilas dia menjuihkan bibir ke arah aku.

"Uda...Bukan Suzana..."lirih suara ibu.Wajahnya sayu seperti meminta simpati.Aku yang mendengar jawapan ibu terasa lega sekejap tapi hati aku masih tertanya-tanya siapa yang ibu mimpikan.Eh,siapa lagi sudah tentu Suraya!Ibu cuma ada dua orang anak.Kalau bukan aku,pasti Si Suraya,telahku.

"Hmm..habis tu siapa?Suraya?"soal Mak Uda lagi.

"Bukan,Uda...Bukan Suraya..."jawapan daripada ibu membuatkan aku terbungkam sebentar.Telahanku jauh terpesong.Kalau bukan Suraya,siapa lagi?Ibu ada anak lain ke?Aneh!Satu lagi persoalan datang menujah fikiran ini.

"Suzana,tolong keluar.Mama nak cakap sikit dengan Mak Uda.."arah ibu dengan suara yang agak tegas.Matanya mencerlung kepada aku.Jari telunjuknya menuding ke arah pintu bilik.Aku hanya mengangguk dan menurut.Ibu seperti menyimpan rahsia daripada aku.Tapi apa dia?Kenapa perlu dirahsiakan?Hatiku terus dihimpit dengan pelbagai persoalan.

*******************************************************

Setelah memastikan Suzana sudah berada di luar dan pintu tertutup rapat,Datin Paduka Sharifah Hasnah memulakan cerita...

"Uda...aku dah tak sanggup nak pendam semua ni seorang diri.Aku percayakan kau dan sebab itu aku nak luahkan segala-galanya kepada kau.Sebenarnya banyak perkara yang aku simpan selama ni.Tak semua kisah hidup aku,aku cerita kat kau,Banyak lagi yang kau tak tahu Uda..."Air matanya mula merembes keluar.Dia bercerita dalam sendu dan tangis.

"Uda...biarlah aku terus terang kepada kau.Sebenarnya,aku ada anak lelaki!Anak sulung aku dan Saufi...Dia hilang ketika umurnya berusia dua tahun di kampung halaman aku.Puas aku mencari dia sampai sekarang.Tapi aku tak jumpa pun dia."

"Hmm..macammana aku boleh tak tahu sedangkan aku tinggal kat rumah ni dah lama.."sampuk Mak Uda.

"Kau ingat tak masa first timeaku jumpa kau dekat kaki lima bangunan tu.Sebenarnya masa tu aku dah kahwin dengan Saufi ketika kami sama-sama belajar dekat overseadulu.Dalam masa yang sama,aku mengandungkan satu-satunya anak lelaki aku.Dua tahun selepas tu,kami pulang ke tanah air dan terus balik ke kampung untuk melawat ibu dan ayah aku sekaligus nak menunjukkan anak aku kepada mereka.Kemudian,aku membawa anak aku tu mengambil angin kat belakang rumah di mana terletaknya tali air.Semuanya berlaku sekelip mata je selepas aku terpijak tanah selut kat tebing sungai lalu tergelincir.Tapi yang membuatkan aku terkejut sangat tu,tatkala aku tak jumpa sosok tubuh anak aku.Dia hilang!!!Aku tak tahu sama ada dia masih hidup atau mati sekarang ni.Ibu dan ayah aku pujuk aku supaya redha dan belajar cara menerima hakikat.Masalahnya,hampir setiap hari aku teringat-ingat dekat anak aku tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi..."Datin Paduka Sharifah Hasnah meramas-ramas rambutnya dan meraup wajahnya berulang kali.

"Sabarlah Hasnah...Ini ujian dari Tuhan.Setiap manusia tak terlepas daripada menerima ujian dari-Nya.Belajar cara nak redha sebab redha tu ertinya bahagia."Mak Uda turut simpati atas apa yang menimpa sahabatnya itu.Suasana sepi seketika sebelum Mak Uda menambah.."Hidup kau sangat tragis,Hasnah...Satu-kau kehilangan anak kau yang dikatakan hanyut dibawa arus sungai.Dua-kematian suami kau yang berpunca daripada kekhilafan..."

Belum sempat Mak Uda meneruskan kata-katanya,Datin Paduka Sharifah Hasnah mencelah sengaja ingin menukar topik."Eh Uda,aku nak pergi mandilah.Biar segar sikit badan ni.Kau pergilah masak...Nanti aku turun."Dia segera mencapai tuala dan melangkah menuju ke bilik air yang terletak di penjuru bilik.

Mak Uda hanya memandang sepi kelibat sahabatnya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.."Hasnah...Hasnah...bilalah rasa marah kau dengan suami kau tu akan terhapus?Saufi tak bersalah,Nah.."katanya sendirian.Perlahan.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus