Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,925
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 4

Kakinya melangkah laju melewati setiap kedai yang terdapat di Mid Valley.Derap tapak kasut tumit tingginya kuat berbunyi.Dia tidak menghiraukan orang di sekeliling.Kelihatan seperti ada sesuatu yang mustahak dari riak wajahnya.Kaca mata hitam dipakai.Tangannya pantas menekan butang lif menuju ke aras bawah.Tatkala pintu lif terbuka,dia segera keluar lalu menuju ke kereta Peugeot putih miliknya.Dengan kadar segera dia menghidupkan enjin kereta dan membawanya ke suatu tempat.

Hati Datin Paduka Sharifah Hasnah dihimpit perasaan cemas dan gundah setelah dia menerima panggilan daripada seorang guru yang mendakwa kedua-dua anaknya cuba membohongi guru tersebut.Dia berasa malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh anak-anaknya.Mana dia nak letak muka apabila anaknya bersikap sedemikian.Jatuhlah reputasi dia sebagai Datin Paduka!

Sejurus tiba di pekarangan sekolah,dia memarkir keretanya di hadapan sekolah dan segera melangkah menuju ke bilik disiplin.Kelihatan kedua-dua anaknya berdiri kaku di situ.Matanya memandang puteri-puterinya dengan pandangan tegas seperti seorang tuan ingin menghukum hambanya.

"Silakan duduk,Datin.Saya akan menceritakan segala-galanya yang berlaku pada hari ini dan sekiranya anak Datin memang bersalah saya akan menghukum mereka."jelas Cikgu Fatmah.Datin Paduka Sharifah Hasnah melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Baiklah,saya terima!"Datin Paduka memang begitu orangnya.Tegas dalam sebarang tindakan tidak kira kepada sesiapa.Dia tidak mahu memberi muka kepada orang yang bersalah.Takut kalau-kalau orang itu naik lemak.

Cikgu Fatmah pun memulakan bicara.Dia menceritakan apa yang berlaku antara Suzana dan Suraya pagi tadi.Sebaik sahaja ceritanya tamat,dia mengajukan beberapa soalan kepada Datin Paduka yang duduk bertentangan dengannya.

"Datin,benarkah Suzana pengsan semalam seperti apa yang dikatakan Suraya pagi tadi?"

"Saya tidak pasti sebab semalam saya tiada di rumah."

"Baiklah,perkara itu saya biarkan.Lagi satu Datin,Suzana terlibat dalam pergaduhan pagi tadi.Dia telah memukul orang."

Air mukaku berubah serta merta.Aku pasti ini semua angkara Suraya.Dia sengaja ingin mencemarkan nama aku.Aku tidak mungkin melakukan semua perkara seperti itu.Mataku melirik ke wajah Suraya.Dia melemparkan jelingan tajam kepada aku.Aku beralih pandangan memandang tepat ke lantai.Akhirnya,aku meredakan hati ini dengan menyerahkan segalanya kepada Allah.

"Apa?!Suzana memukul orang?Tak mungkin!Suzana bukan macam tu!Cikgu sengaja mahu mereka-reka cerita,kan?"

"Tidak,Datin.Tidak terdetik langsung di hati saya untuk memfitnah Suzana.Saya seorang guru,jadi saya seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada mereka,bukan merendah-rendahkan mereka seperti apa yang Datin cakapkan tadi.Tambahan pula,saya tengok Suzana dan Suraya lain benar sikap mereka hari ini.Bagai dunia ini sudah terbalik."

"Apa maksud,cikgu?"

Cikgu Fatmah melepaskan satu keluhan berat sebelum bersuara semula "Saya menyedari tingkah laku dan sikap Suzana dan Suraya bagai sudah tertukar.Dengan jujur saya katakan,sebelum ini Suzana terkenal dengan sikap sopan santunnya manakala Suraya terkenal dengan sikap nakalnya.Namun begitu,hari ini lain pula jadinya.Suzana berubah jadi nakal dan Suraya pula yang menjadi baik."

"Puan Fatmah,saya telah menyedari perubahan Suraya sejak pagi tadi lagi semasa sarapan pagi.Ya,itu satu perubahan yang cukup baik.Saya suka.Tapi saya tak percaya dengan perubahan Suzana seperti apa yang cikgu cakapkan.Mungkin Suzana melakukan semua itu kerana ada alasannya yang tersendiri.Puan tidak selayaknya menghukum atas kesalahan yang Puan tidak tahu cerita sebenar di sebalik kesalahan tersebut.Oleh itu,biarlah saya mengambil keputusan untuk menyoal kedua-dua puteri saya."ujar Datin Paduka dengan panjang lebar.Setelah itu,dia memanggil Suzana dan Suraya.Suzana dan Suraya menurut dan duduk di samping ibu mereka.

"Suzana,tolong jelaskan pada mama apa yang berlaku sebenarnya?Kenapa Suzana pukul orang?"Datin Paduka memandang tepat mata Suzana,cuba mencari jawapan disebalik sinar mata puteri sulungnya itu.

Rasa serba salah dan keliru mula menyelinap masuk ke segenap sudut perasaanku.Dia tertunduk.Kemudian mataku berkalih pada Suraya yang sedang menjegilkan mata dan mengangkat jari telunjuk ke bibir memberi isyarat supaya tidak membuka rahsia.Aku terpaksa akur dengan kemahuannya.Aku tidak tahu mengapa setiap kali aku melihat wajah itu aku rasa begitu sayu dan tidak sanggup mencalarkan hatinya meskipun wajah itulah yang telah merobek separuh hatiku dan menyebabkan aku hampir berputus asa.Adakah aku dan Suraya mempunyai ikatan yang sangat kuat?Jikalau aku dan dia mempunyai ikatan kuat yang perlu bergantung antara satu sama lain,kenapa dia sanggup menghancurkan separuh hati ini dan berhasrat untuk berdendam kepada aku?Kenapa harus begitu?

Setelah sekian lama menahan air mata daripada jatuh,akhirnya ia jatuh juga.Setitis demi setitis dan terus mengalir.Tatkala itu aku cuba bermain dengan perasaan,mencari jawapan yang sebetulnya di lubuk hati.Dan..keputusannya aku terpaksa...aku terpaksa melakukan semua ini hanya untuk dia,adikku sendiri.Demi menjaga nama baik dia...Suraya :

"Err...mama,sebenarnya Zana memang bersalah.Zana pukul orang tanpa sebab."

Tiba-tiba,Suraya menyampuk.Di saat ini,dia cuba mengambil peluang untuk memenangi hati ibu.Dia ingin nampak baik di mata ibu."Err..cikgu,tak payahlah cikgu hukum dia.Dia kakak saya.Jika cikgu hukum dia,saya rasa seperti saya juga terkena hukuman tersebut.Kami kembar,naluri kami mungkin sama.Silap-silap hari bulan,saya boleh merajuk 40 hari 40 malam,Cikgu."

Aku terkejut dengan perbuatan Suraya.Aku tahu dia sedang berpura-pura.Aku tahu dia melakukan semua ini untuk meraih perhatian ibu dan Cikgu Fatmah.Alangkah indahnya,jika Suraya benar-benar berubah dan membela diriku seperti ini.Tapi sayang,dia bukan Suraya yang aku harapkan.Namun,aku akan terus berdoa dan berharap agar Tuhan menghadirkan Suraya yang tulus dalam hidup ini.

Cikgu Fatmah mula terpengaruh dengan kata-kata Suraya.Dia tersenyum tenang melihat Suraya yang 'baharu'.Suraya yang berada di hadapannya kini lebih baik daripada Suraya yang 'dulu'.Fikirnya.Padahal,dia buta hati,dia tidak dapat melihat sifat Suraya dan Suzana yang sebenarnya.Mereka bagaikan langit dengan bumi.Mereka bagaikan bawang merah bawang putih cuma didatangkan dalam versi baru.Seandainya Cikgu Fatmah tahu siapa Suraya yang sebenarnya pasti dia akan menyesal kerana telah membanggai orang yang salah.

"Baiklah.Saya maafkan,Suzana."

"Terima kasih,cikgu."

Aku,Suraya dan ibu keluar beriringan dari bilik disiplin setelah selesai bersalaman dengan Cikgu Fatmah.Ketika kami berjalan menuju ke kereta,aku perhatikan,ibu asyik memandang aku dengan pandangan tajam.Dia seperti memarahi aku.Kemudian,mataku jatuh pula pada wajah Suraya yang sedang tersenyum gembira lalu menjelirkan lidahnya ke arah aku.

Ya Allah,kenapa aku terlalu baik dengan Suraya sedangkan sudah jelas-jelas dia jahat pada aku?Kenapa aku masih nak membela dia?Sedangkan dia telah banyak buat jahat pada aku.Dia mempergunakan aku.Adakah aku begitu bodoh kerana mengikuti setiap langkahnya?Ya Tuhan,bimbinglah aku agar aku tidak tersilap langkah.Jadikanlah setiap apa yang aku lakukan ini benar.Hatiku terus berdoa diiringi dengan air mata yang mengalir deras.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus