Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,927
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9

Senja mula berlabuh.Sang mentari sudah pun tenggelam ke ufuk barat untuk menggantikan posisi sang purnama.Burung-burung kembali ke sarang masing-masing.Kagum!Aku kagum tatkala melihat sang burung berkejar-kejaran balik ke sarang apabila tiba waktu senja.Sedangkan manusia yang diberikan akal pun tidak reti-reti pulang ke rumah untuk beribadat kepada Allah.


Orang ramai mula memenuhi pekarangan Masjid Al Mukaramah.Tempat berwuduk sudah dikerumuni ramai orang begitu juga tandas.Mujurlah aku dan Mak Uda sedari awal lagi telah ambil wuduk siap-siap di rumah.Jadi tak adalah susah-susah untuk beratur panjang.Cuma Anita sahaja yang belum mengambil wuduk.Terpaksalah dia beratur panjang.


Ibu dan ayahnya sudah pun masuk ke dalam masjid.Anita menyuruh aku dan Mak Uda bookingtempat duduk di dalam masjid takut penuh.Lantas,aku dan Mak Uda melangkah menuju ke bahagian tempat solat wanita.Setelah mendengar azan mula dilaungkan bilal,kami segera menyarungkan telekung.Anita masih lagi tidak sampai padahal beberapa minit lagi solat maghrib akan dimulakan.


Suara iqamat bergema ke segenap sudut.Aku sempat lagi menoleh ke belakang mencari kelibat Anita.Di saat akhir,Anita terkocoh-kocoh berlari mendapatkan tempat safnya di sisiku.Mujur masih ada kosong.Telekung sudah dia pakai siap-siap di luar tadi.Solat maghrib dimulakan.Syahdu benar bacaan imam kali ini.Aku tidak tahu siapa gerangan yang memiliki suara yang merdu itu.Lagipun aku tidak selalu pergi ke masjid ini kerana jarak perjalanan antara rumahku dan masjid ini begitu jauh sekali.Kedengaran suaranya seperti orang muda.Budak tahfiz barangkali.


Masa terus berjalan.Jam di tangan menunjukkan pukul 9 malam.Ceramah daripada panel jemputan,Ustazah Noor Laila akan dimulakan sebentar saja lagi.Tabir yang memisahkan antara bahagian solat lelaki dan wanita dibuka.Luas sungguh masjid ini,detik hatiku.Terdapat sebuah meja dan kerusi di hadapan yang disediakan untuk penceramah.Ala-ala Halaqah tapi versi masjid sahaja tiada siaran langsung di televisyen.


Dari jauh,mataku tertancap pada seorang perempuan yang berjalan menuju ke meja dan kerusi yang tersedia.Barangkali itulah penceramah jemputan tersebut.Sopan saja tingkah lakunya.Wajahnya manis.Bertudung labuh dan berbaju kurung berwarna biru cair menambahkan lagi serinya.


Sesi ceramah dimulakan dengan doa dan selawat yang dikendalikan oleh imam tadi.Kelihatan dari air wajahnya,dia seperti berumur dalam lingkungan 20-an.Lebih kurang akulah kiranya..Para jemaah menadah tangan mengaminkan doa.Kemudian,diikuti dengan salam dari Ustazah Noor Laila dan diteruskan dengan ceramahnya yang bertajuk 'Jagalah Pandangan'.Satu persatu butir bicaranya aku dengar dengan khusyuk dan teliti.


"Para hadirin sekalian...pernah tak kita perasan,sedang kita meniti arus pemodenan ini,kita kurang mengendahkan halal haram dan dosa pahala.Lebih ramai anak muda yang bercouple-couple.Mula-mula,memanglah couple,esok lusa jadi triple.Sebabnya,dah ada anak pun.Anak yang tak sah taraf.Semua ni berasal daripada zina.Zina terbahagi kepada banyak cabang.Zina mata,zina telinga,zina mulut dan macam-macam lagilah.Jadi,bersesuaian dengan tajuk kita hari ni saya nak sentuh pasal mata ni,tuan dan puan.Sebelum tu,mari kita renungkan ayat-ayat ini yang bermaksud :


Allah berfirman : Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;Sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan [An-nur 24:30]


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan terhadap perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. [An-nur 24:31]


Kita disuruh supaya menundukkan pandangan.Tapi menundukkan pandangan tidak semestinya kena menundukkan wajah sepanjang hari sampai tak tengok orang sekeliling.Bukan macam tu konsepnya.Kita disuruh agar menundukkan pandangan dari melihat perkara yang haram.


Rasulullah SAW,pernah menasihati Ali : "Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya.Milik kamu adalah pandangan yang pertama tapi yang kedua bukan."


Kalau tak sengaja tidak mengapa tapi bila disengajakan tu yang salah.Tapi pada zaman sekarang ni,mungkin susah sikitlah kot nak elakkan?Saya pernah dengar ada sorang wanita ni tanya saya,kalau kat tempat kerja ada ramai lelaki dan seringkali lelaki itu membincangkan mengenai kerja dengan dia,adakah dia patut menundukkan wajahnya dari melihat lelaki tersebut?Di sini saya mengatakan pendapat saya,kalau kita pandang tu bersebab tidak apa-apa.Janganlah asyik tunduk muka jer...nanti orang yang nak berkomunikasi dengan kita tu pun rimas dengan kelakuan kita.Tapi,yang tak bolehnya bila kita pandang tu ada perkataan-perkataan macam ni.Hmm..kacak juga ya..Hmm..cantik juga ya..Haa!Di situ dah lahirnya bisikan-bisikan syaitan yang mula menghasut kita sedikit demi sedikit.Ini pun boleh dikira sebagai zina mata."


Kata-kata ustazah tersebut membuatkan aku tersenyum sendiri.Benar juga katanya.Dulu,masa aku mula-mula jumpa dengan Farid Iskandar,terdetik di hati aku menyatakan yang dia seorang yang kacak.Haish...memang sukar untuk kita mengelak daripada berbuat demikian di zaman atom ini.Aku terus hanyut dalam arus kenangan mengingati saat-saat indah aku bersama Farid.Ceramah daripada Ustazah Noor Laila hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.


"Pernah dengar mengenai seorang pemuda yang memakan buah tanpa kebenaran tuan punya kebun?Kemudian,pemuda itu berasa bersalah lalu meminta maaf dengan tuan punya kebun tersebut.Tuan kebun tu kata dia akan memaafkan pemuda itu dengan syarat pemuda tersebut mesti berkhidmat dengannya selama beberapa tempoh.Setelah tempoh itu selesai,pemuda tersebut minta untuk pulang ke kampung halamannya tapi tuan kebun itu hendak pemuda tersebut kahwin dengan anak perempuannya yang pekak,bisu,buta.Dan pemuda tersebut terima.Pada suatu malam,pemuda tersebut melihat bahawa perempuan yang dikahwininya itu tiada cacat cela.Sangat sempurna dimatanya.Lantas dia bertanya kepada tuan kebun tersebut,"Wahai ayahku,mengapa ayah berkata yang anak perempuan ayah itu seorang yang pekak,bisu dan buta sedangkan dia seorang wanita sempurna?"Tuan kebun tersebut membalas,"Aku katakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang haram,aku katakan dia bisu kerana dia tidak pernah bercakap perkara yang tidak baik dan aku katakan dia buta kerana dia tidak pernah memandang perkara yang haram",dan pemuda dan isterinya itu merupakan orang tua kepada Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani.Konklusinya,jaga pandangan ini amat penting kerana ia mencegah kita dari melakukan maksiat.Mata ni digunakan dalam dua cara.Cara baik dan cara buruk.Cara baiknya bila kita gunakan mata itu untuk membaca Al-Quran,kitab-kitab dan melangkah ke tempat yang baik misalnya sekolah atau masjid.Cara buruknya pula bila kita guna mata ini untuk melihat perkara yang haram seperti bahan lucah.Jangan kata orang dewasa,kanak-kanak pun boleh terjebak dengan bahan lucah ni bila internet menghidangkan perkara-perkara sebegitu.Mungkin mereka tidak search di Google,tapi kalau tuan puan perasan...pernah tak bila tuan puan buka websiteapa-apa,contohnya tuan puan nak cari resepi masakan tapi kat tepi website tu keluarnya iklan-iklan yang tak senonoh.Haa..perkara sebeginilah yang mendorong anak-anak kecil terdedah dengan maksiat.Jadi,kalau boleh perkara sebegini mesti dielakkan daripada berlaku..."


Waktu terus berlalu...tanpa aku sedari...


"Hoi,Zana!Tak nak balik ke?Nak tinggal sini?"Anita berseloroh dan tangannya menampar perlahan paha aku sambil tertawa kecil.


Aku terus terjaga dari lamunan yang panjang.Mataku melilau sekeliling melihat para jemaah semua sudah bangun meninggalkan dewan solat.Aku masih lagi terpinga-pinga dan blur.


"Hah?Dah habis ke?"soalku.


"Dah habis dah,Zana.Kamu tu jer mengelamun lama sangat lepas tu senyum sorang-sorang.Ingat dekat siapa?"Mak Uda menyampuk.Dia hanya menahan senyum.


"Hah?Senyum?Ish mana ada Mak De!Mak De salah tengok kot..."aku membalas begitu saja untuk cover malu sedangkan Mak Uda sendiri dah tahu.Alamak,malunya!Wajahku merona merah.


"Ecececeh...Malulah tu.."Anita mengusik menambahkan lagi rasa malu aku.Aku mencebik.


"Dah cepat siap..Mak De dan Nita tunggu kamu dekat kereta.Cepat,orang dah nak tutup dah dewan solat ni!"Mak Uda mencelah lalu melangkah keluar dari dewan solat bersama Anita.


Dewan solat sudah mula lengang.Tinggal aku sorang saja lagi yang masih terkocoh-kocoh memakai tudung.Akhirnya selesai juga.Cepat-cepat aku memasukkan telekung ke dalam beg khas.Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal,aku membuka langkah untuk keluar dari dewan solat.Tiba-tiba,aku terasa tubuhku lemah sekali,peluh mula merenik di dahi.Mataku terasa berat.Pandanganku kabur.Kepalaku terasa pening.Tubuh badanku menjadi lemah longlai dan akhirnya aku terus jatuh terjelepok di atas lantai.Aku terus hanyut ke alam yang gelap-gelita.Adakah untuk selamanya?


******************************************************

"Zana!Zana!Bangun Zana.Zana..."Badanku terasa digoncang-goncang perlahan.Kedengaran suara seseorang mengejutkan aku di hujung telinga.Aku membuka mata perlahan-lahan.Pandanganku berbalam.Kelihatan ada empat orang yang menunjukkan reaksi cemas.Mak Uda setia berada di sisi sambil membelai-belai rambutku.Anita pula menggenggam erat tanganku.Ibu bapa Anita terus menunjukkan riak wajah yang gusar.


"Errr...Zana kat mana ni,Mak De?"soalku lambat-lambat.Dahiku dikerutkan.Kepalaku masih terasa berdenyut-denyut.


"Kamu kat hospital,Zana."balas Mak Uda.Terpamer riak gembira di wajahnya apabila melihat aku sudah sedar.


"Zana,kau tu pengsan tadi.Puas kitorang tunggu kau dekat kereta.Ingatkan kau bersiap lama sangat.Rupa-rupanya kau dah terkulai dekat dalam dewan solat tu.Sebab cemas sangat..terus kitorang bawak kau datang sini."jelas Anita.Genggaman tangan dileraikan.


"Kamu tak apa-apa,Zana?"soal Puan Safura,ibu Anita.


Baru aku sedar yang aku sedang terlantar di hospital apabila melihat seorang lelaki berbaju serba putih dan berseluar slack hitam sedang memeriksa pesakit di katil sebelah dan dibelakangnya terdapat seorang jururawat wanita.


"Tidak apa-apa,mak cik.Terima kasih."tutur aku lembut dan mesra.Segaris senyuman kecil aku ukir sekadar untuk mengambil hati.


Doktor lelaki dan jururawat tadi melangkah pula ke tempat aku.Nametagnya aku lihat dari ekor mata.Oh..Dr.Hakimi.Kedua-duanya memandang aku dengan pandangan mesra.Salam mereka hulurkan.Ya,bukankah amalan '10 S' patut mereka laksanakan?


"Hmm...tuan puan,saya mohon agar kalian duduk di luar sebentar.Saya hendak cek kondisi Suzana dulu.Terima kasih."Dr.Hakimi meminta dengan nada suara yang ramah.


Setelah Mak Uda,Anita,Puan Safura dan Encik Ahmad sudah berada di luar,tirai langsir yang memisahkan katilku dengan katil sebelah ditutup.Kini,hanya tinggal kami bertiga,aku,Dr.Hakimi dan jururawat yang tak ketahui namanya.Dr. Hakimi mengeluarkan stetoskop dan melekapkan bell di atas dadaku.Aku tidak pasti apa yang sedang dia lakukan.Ah biarlah itu kerjanya!


***********************************************************

Tatkala tirai langsir dibuka.Mak Uda dan Anita terus menyerbu ke arah doktor untuk bertanyakan tentang keadaan aku.Puan Safura dan Encik Ahmad tidak pasti pergi ke mana.Sosok tubuh mereka sudah tidak kelihatan.Ke kafe barangkali.


"Bagaimana keadaan Suzana,doktor?"soal Mak Uda dan Anita.Sudah tentu mereka mengharap jawapan yang baik daripada doktor.Namun,andai jawapannya merupakan berita buruk,redha sajalah.Itu takdir Allah.Kita tiada hak untuk mempertikaikan takdir Allah.


Dr.Hakimi menoleh sekilas ke arahku yang masih terbaring seraya mengukir senyuman hambar.Dia menarik nafas dalam-dalam,"Suzana baik-baik saja.Tiada penyakit yang bahaya."


Mak Uda dan Anita tersenyum lega sambil mengucap syukur,"Alhamdulillah...Jadi,Suzana boleh saya bawa balik?"


"Oh..err sudah tentu boleh.Silakan.Saya minta diri dulu ya?"balas doktor yang berkumis nipis dan berusia lingkungan 30-an itu acuh tak acuh.Dia dan pembantunya terus melangkah keluar dari wad tersebut.


"Baiklah,doktor.Terima kasih..."ucap Mak Uda dan Anita sebelum menerpa ke arahku.Aku sudah siap sedia untuk bangun setelah mendengar penjelasan Dr.Hakimi yang mengatakan aku sudah boleh pulang ke rumah.Tatkala melihat wajah Mak Uda dan Anita,perasaan bersalah mencengkam hati ini.Aku tidak sanggup untuk menghampakan perasaan kedua-duanya kerana mereka antara insan yang aku sayangi.Aku hanya memandang sayu kedua-dua wajah yang terus melemparkan senyuman bahagia.Mungkin jua senyuman tersebut tidak akan kekal...Maafkan Zana...Zana terpaksa...


Hidup ini mungkin menjadi mudah apabila kita berbohong dan berdusta.Tapi jangan terlampau seronok dengan kemudahan yang kita miliki kerana hidup ini ibarat roda,kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah.Lambat-laun pasti kebohongan itu akan terbongkar jua...

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus