Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,922
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1

Tap!Tap!Tap!Bunyi air hujan mencurah-curah menimpa bumi.Pintu dan jendela saling berlaga akibat dihempas angin kencang.Tirai langsir turut berkibar-kibar ditiup angin.Guruh berdentum-dentam memecah kesunyian malam.Hujan turun dengan lebatnya pada malam yang suram itu.Sesekali keadaan rumah dua tingkat yang gelap-gelita itu disapa cahaya kilat.

"Zana,Tolong buka lampu sekejap.Gelaplah..Aku nak tidur ni.."pekik Anita kepada teman serumahnya,Suzana yang berada di tingkat atas.

"Ya aku dah buka!!"sahut Suzana.Keadaan di dalam rumah itu menjadi terang-benderang tatkala suis lampu dipetik.Dia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu lalu menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa.Kelihatan wajahnya muram sahaja.Seperti ada sesuatu yang terbuku dalam benak wanita itu.Fikirannya berkecamuk.Matanya tepat memandang ke arah kipas siling yang ligat berputar.Tragedi yang berlaku 10 tahun yang lalu kini kembali menerpa mindanya.Tanpa disedari,air matanya berlinangan di tubir mata.Akhirnya,dia tenggelam dalam pemikirannya yang sedang memainkan semula pita video lama.

**************************************************************

10 tahun yang lalu....

Aku dan dia dilahirkan dari rahim yang sama.Aku dan dia juga dibesarkan dalam kalangan orang-orang ternama.Ibuku,Datin Paduka Sharifah Hasnah merupakan seorang isteri dan ibu yang baik juga merangkap sebagai pemegang syarikat Suzara Holdings.Sifat tegas yang ada dalam diri ibuku menjadi aset utama kejayaan hidupnya.

Suraya dan Suzana,dua orang kembar seiras yang memiliki rupa paras yang cukup cantik!Namun begitu,rambut sama hitam,hati lain-lain,begitulah persepsi jiran terhadap Suraya.Dia seorang yang sangat licik.Kegembiraan orang lain membuatkan dia cemburu.Hidupnya sentiasa diselubungi hasad dengki dan iri hati.Berbeza dengan aku,Suzana,kakaknya yang disenangi oleh ramai orang sehingga ibuku sendiri selalu melebih-lebihkan diriku.Kasih sayang tidak pernah kurang dalam diri aku.Kadangkala,aku berasa diriku seperti sudah terlebih lengkap.

Hal ini telah menimbulkan api cemburu dalam hati Suraya.Sebagai seorang anak,dia juga mempunyai hak untuk memiliki apa yang dia tidak pernah rasa sebelum ini.Kasih sayang.Ya,itulah perkara yang membuatkan dia tidak senang duduk.Hidupnya sentiasa diselubungi dendam yang telah lama tersimpan.Dendam terhadap aku,adiknya sendiri.Dia akan mencari helah untuk menjatuhkan aku.Jadi,persamaan fizikal yang kami miliki akan dia jadikan sebagai umpan untuk menarik aku ke lembah penuh berduri!Dia mampu melakukan apa sahaja untuk memiliki sebuah kasih sayang yang telah lama hilang meskipun dia terpaksa melukakan hati kakaknya sendiri!

"Akak,boleh Suraya cakap sekejap?"sapa Suraya sebaik sahaja memasuki kamar tidurku.Riak wajahnya seperti mencuba meraih simpati.Dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Aik Suraya ni,takkan nak cakap dengan akak pun kena minta izin?Cakap ajelah,"Aku tertawa kecil melihat reaksi wajah Suraya.

"Hmm...akak,sebenarnya Suraya dah bermuhasabah diri..Suraya dah bertekad untuk berubah.Suraya nak jadi baik macam akak."suara Suraya mendatar saja.

"Are you serious?"

"Yes,I'm serious.Aku nak berubah.Jadi akak,boleh tak untuk sementara waktu ni kita bertukar peranan?Maksud aku,kau jadi aku dan aku jadi kau.Boleh?"

Aku terpempan sebentar untuk menghadam segala persoalan Suraya sebelum menyambung bicara."Apa Suraya cakap ni?Akak tak faham..Kenapa kita perlu tukar watak?Nonsense!"

"Suraya nak rasa berada di tempat akak.Macammana rasanya bila seseorang tu hidupnya sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang.Only that,not much.Akak jangan risau,Suraya akan jaga watak akak sebaik mungkin."

Aku diam seketika.Suraya menyambung lagi,"Please,kak...Only this time."

Rayuan Suraya membuatkan aku berasa kasihan terhadapnya.Lantas aku mengangguk tanda setuju dengan cadangannya.Segaris senyuman hambar aku lemparkan.

"Yeay!!Sayang kakak!"Suraya bersorak gembira lalu memelukku erat.Setelah itu,dia melangkah keluar dari bilikku.Senyuman sinis dari bibirnya membuatkan aku berasa diri aku dalam bahaya.Adakah tepat keputusan yang aku buat?Adakah aku terlalu kejam seandainya aku menolak cadangan Suraya?Adakah watakku akan dipermainkan oleh Suraya?Adakah Suraya benar-benar sudah berubah?Arghh!!!Pelbagai persoalan berlegar dalam kotak fikiran.Fikiranku berkecamuk!Aku tidak larat untuk memikirkannya.

Akhirnya,aku terjelepok di lantai.Tubuhku terkulai di lantai bilik tanpa sesiapa pun menyedari...Kedua-dua mataku berasa berat.Kepalaku terasa sakit yang amat.Fikiranku sudah melayang ke alam lain.Alam yang gelap-gelita!

***************************************************************

Mak Uda,sahabat baik ibuku merangkap pembantu rumah mengejutkan aku dari terus terkapai-kapai di alam yang gelap-gelita.Mata aku berpinar-pinar.Aku memandang Mak Uda yang sedang duduk di birai katil.Dia tersenyum mesra.Apa yang terjadi tadi?Kenapa aku boleh tertidur pulak ni?Aku mengerling jam di dinding.Pukul 8.00 malam.Astaghfirullahalazim!Aku terlepas solat maghrib.

"Mak De,macammana Suzana boleh tertidur ni?Tadi elok jer Suzana bersembang dengan Kak Suraya?.Apa terjadi sebenarnya?"soal aku bersungguh-sungguh.

"Hmphh..kamu ni Suzana.Asyik lupa jer..Kamu pengsan tadi kat atas lantai,tu Mak De angkat kamu naik atas katil..Haish!Penyakit kamu ni dah semakin melarat Mak De tengok.Kamu tak nak beritahu mama ke?"balas Mak Uda yang sememangnya dialah yang banyak beri perhatian kepada aku.

"Entahlah,Mak De.Suzana tak naklah ganggu fikiran mama.Dia dah banyak sangat fikir pasal kerja,nanti fikiran dia tambah serabut pulak bila Suzana cerita pasal penyakit Suzana ni."Tanpa disedari,air mataku mengalir melalui lurah pipi.Tatkala melihat aku bersedih,Mak Uda menarik aku ke dalam dakapannya sambil membelai-belai rambutku.

"Kenapa Suzana menangis ni?"tanya Mak Uda lembut.

"Emm..takde apa-apalah Mak De."Sebenarnya otakku ligat berfikir tentang perkara yang dibincangkan aku dengan Suraya petang tadi.Aku tidak mahu menambah beban Mak Uda.Perempuan separuh usia itu telah banyak membantu aku.

****************************************************

Awal-awal pagi lagi,Suraya sudah menyelinap masuk ke dalam bilik tidur aku dengan membawa beg yang berisi tuala dan pakaian sekolah.Masak dia kalau ibu yang garang dan tegas itu tahu tentang misi dia.Ketika itu,aku sedang mengenakan baju kurung putih dan kain berwarna biru.Senyuman sumbing yang terukir di bibir Suraya cukup membuatkan aku gentar untuk bertukar peranan meskipun untuk satu hari.Dia segera masuk ke dalam bilik mandi.Dia begitu takut jikalau rancangannya akan tergendala atau gagal.

Sementara menunggu Suraya selesai menguruskan diri,aku cepat-cepat mengenakan tudung sekolah yang bernama 'SURAYA' lantas turun ke tingkat bawah untuk mengambil sarapan pagi.Tudung bernama 'SUZANA' aku sediakan di atas katil untuk Suraya pakai.Hatiku mula berdebar-debar di saat ibuku memandang aku dengan pandangan tajam.

"Suraya,awalnya kamu bangun hari ni?Selalunya bukan main liat lagi nak bangun.Dah buang tabiat ke?"Ibu aku ni perli ke apa?Aku hanya tersengih.Sedangkan perasaan dalam hati aku ni berkocak kuat hanya Tuhan yang tahu.Aku melirik ke arah Mak Uda yang sedang berdiri di sisi ibuku sambil menuang air ke dalam cawan.Mak Uda mengerutkan dahi ketika memandang aku.Agaknya Mak Uda tahu tak aku ni Suzana?Oh my God,matilah aku kali ni!

Suraya,mana Suzana?Selalunya dia yang sampai dulu sebelum kamu,kan?Haish peliknya budak-budak ni!"Ibu mengeluh perlahan."Suraya,lepas ni mama taknak kamu keluar rumah sesuka hati!Kamu mesti duduk rumah ulangkaji pelajaran!SPM dah dekat.Mama tak nak kamu berpeleseran dengan jantan-jantan kat luar sana.Diorang tu bukannya baik pun!Cuba kamu jadi macam Suzana tu,elok jer duduk rumah.Kalau kamu masih lagi buat perangai buruk kamu tu,mama takkan teragak-agak halau kamu keluar dari rumah ni!"Ibu tiba-tiba bertegas.Angin buruk dia dah sampai.Sepatutnya Suraya yang berada di tempat aku.Tak pasal-pasal aku yang kena tempias.Huh!

"Mama,Suzana sampai..."tutur Suraya lembut.Persis seperti Suzana yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan.Semua mata memandang ke arah Suraya yang baru turun dari tingkat atas.Dia segera mendapatkan ibu.

"Haaa!Anak kesayangan mama dah sampai pun...Kenapa lambat hari ni?Mari duduk sebelah mama."sapa ibu sambil mendakap erat tubuh Suraya dengan penuh kasih sayang.

Aku hanya memandang sepi.Hatiku dicengkam perasaan hiba dan cemburu.Seharusnya aku yang berada di situ.Bukan Suraya.Argh!!Apa yang aku merepek ni?Mungkin beginilah perasaan Suraya selama ini tatkala melihat aku selalu dilebih-lebihkan oleh ibu.Jadi aku patut memberi Suraya ruang untuk dia merasai kasih sayang ibu.Kasihan Suraya.Kenapa ibu bersikap seperti itu kepada Suraya?Kenapa ibu seperti membenci Suraya?Apa dosa Suraya?

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus