Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,917
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

Tirai langsir diselak.Pintu jendela dibuka.Aku mendepakan kedua-dua belah tanganku sambil memejamkan mata.Angin subuh yang dingin menerpa lembut ke kulitku.Sesekali aku menggigil kesejukan.Tambahan pula malam semalam hujan turun dengan lebat sekali.Bilik tidur yang terletak di tingkat tiga mampu memberi ketenangan lebih-lebih lagi waktu pagi.Bahkan ia bukan saja mampu memberi ketenangan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai bioskop permandangan kerana dari situ aku boleh melihat seluruh kawasan sekitar Country Heights.

Sedang asyik menikmati panorama alam,suara ibu memecah masuk ke gegendang telinga memanggil nama aku berulang kali.Aku membuka mata perlahan-lahan.Kelihatan ibu sedang bercekak pinggang sambil berdiri di sisi kereta peugeot putih kesayangannya itu.Deruman enjin dari kereta tersebut jelas kedengaran.Di bahagian belakang kereta,tingkap hitam terturun.Suraya menjenguk kepala keluar dan dia mula merengek meminta ibu agar cepat menghantarnya ke sekolah.

Tatkala itu baru aku tersedar yang aku sudah terlambat untuk ke sekolah.Aku terkocoh-kocoh keluar dari rumah meluru masuk ke dalam kereta sebaik saja mencapai beg dan menyarungkan kasut.Nasib baik stokin sudah dipakai awal-awal.Kalau tidak pasti aku sudah ditinggalkan oleh ibu.Ibu memang seorang yang tidak suka membuang masa walaupun satu minit.

"Suzana,ingat jangan buat hal lagi!Kalau kamu masih membuat masalah lagi,mama takkan memaafkan kamu!Faham?"sempat lagi ibu memberi amaran sebelum aku keluar dari kereta.Aku hanya mengangguk dan tersenyum hambar.Tangan ibu aku capai lalu bersalam dan mengucup lembut.Suraya di sisi hanya membuat reaksi jengkel.Namun begitu,ia tidak meninggalkan kudis pada hati ini.

Setelah aku dan Suraya keluar dari perut kereta,ibu segera memecut keretanya terus ke Suzara Holdings.Aku menghayun langkah masuk ke pekarangan sekolah tanpa menghiraukan Suraya di belakang.Tiba-tiba,tanganku bagai disentap dari belakang.Aku menoleh.Seorang gadis bersama beg silang merahnya itu mematikan langkahku.Aku tersenyum melihat wajahnya.Anita rupanya.Aku fikir Suraya.Mataku melata sekeliling mencari kelibat Suraya namun tiada.Mungkin Suraya sudah masuk ke kelas,telahku.

"Suzana,kau dah lupa kat aku ke?Kenapa kau tak balas mesej aku semalam?Lama aku tunggu kau balas mesej,tapi kau tak ada...Kau pun dah taknak kawan dengan aku ke?Lagi satu,betul ke semalam aku dengar kau pengsan?Kau sakit apa,zana?"raut wajah Anita membuatkan aku rasa bersalah.Wajah itu cuba meraih jawapan daripada aku.Aku cuma menunduk.Mencari jawapan yang sesuai untuk dituturkan kepada Anita.

"Anita....Maafkan saya,Anita.Bukan itu maksud saya yang sebenar.Saya tak berniat langsung untuk memutuskan persahabatan kita.Tak terlintas langsung difikiran saya nak lupakan Nita.Percayalah...Nita dah tahu jalan cerita yang berlaku di antara saya dan Suraya semalam.Tapi saya mohon jangan beritahu dia yang Nita dah tahu pasal hal ni.Sebab saya takut dia marah.Err..ya saya memang pengsan.Tapi...err..itu sebab..sebab...haa sebab saya tak makan.So saya pun pitamlah.Bukan penyakit besar pun..Jadi,Nita janganlah risau."Aku mengangkat muka.

"Kenapa kau takut dia marah?Kau tahu tak yang kau ni kakak?Sepatutnya kau sebagai kakak bimbing dia supaya dia jadi baik,bukan biarkan dia marah kau dan biarkan dia terus hanyut dengan perangai jahat dia tu.Tanggungjawab kakak untuk bimbing adik jadi baik.Kau tak perlu takut dengan dia."

"Nita...dia adik saya.Saya sayang dia sangat-sangat."

"Aku tak fahamlah dengan kau ni,Suzana.Aku tahu kau sayang dia,tapi sayang tak bermaksud kau perlu bagi muka kat dia.Kau perlu manjakan dia macam tu.Marah juga tanda sayang.Semakin kau bagi muka kat dia,dia jadi naik lemak.Buktinya?Pertukaran watak antara kau dengan dia semalam dah cukup untuk jadikan bukti!"Anita meninggikan suaranya.Geram sungguh dia dengan sikap kawannya yang sorang ini.Namun aku tahu dia lakukan semua itu kerana dia sayangkan aku.Dia kasihankan aku.Aku tertunduk dan mendiamkan diri untuk seketika sebelum langkahku diteruskan menuju ke kelas 5 Cemerlang.Anita dibiarkan terkulat-kulat sendirian di situ.

Setiap mata di dalam kelas mengarah kepada aku.Ada yang melemparkan pandangan tajam dan penuh kebencian.Ada pula yang memandang dengan jengkel sekali seolah-olah aku seorang yang jijik dan kotor.Aku jadi pelik dan aneh.Kenapa mereka bersikap sebegitu?Sebelum ini tak ada pula mereka memandang aku dengan cara kurang menyenangkan.Persoalan itu aku biarkan.Aku segera mendapatkan tempat duduk.Sedang aku sibuk mengais-ngais sampah di bawah meja,seseorang menyentap kasar badanku.Aku menjerit kecil.Kesakitan itu cuba ditahan.Namun semakin ditahan,semakin banyak air mata yang bertakung di kolam mata.

"Kau ni memang tak guna,Suzana!Sekarang ni,semua orang dah bencikan kau!"Sofea berbisik.Belum sempat aku hendak membalas,Nizrina dan Suraya pula datang mengepung meja aku.Perasaan aneh menebar di dalam dada.Sejak bila pula Sofea dan Nizrina berkawan dengan Suraya?Bukankah mereka sukakan 'Suzana' yang baharu?Entah-entah mereka dah tahu yang aku ni masih Suzana yang lama?Tapi...macammana mereka boleh tahu?

"Suzana,kau ni tak ada perasaan ke?Orang dah benci kau pun,tapi kau masih lagi nak bersekolah.Kalau aku jadi kau,aku dah keluar dari sekolah ni balik rumah tau!"Nizrina menyampuk.

"Hey guys...Don't act like that to her.Buat macam ni."Suraya menepis tangan Sofea yang masih memegang kedua-dua bahu aku,sebelum dia mengangkat tangannya...."Pegang muka dia!"Suraya mengarah.Satu tamparan hinggap ke pipi kananku.Aku menahan perit.Telingaku masih sempat menangkap gelak tawa dari semua pelajar di kelas ini.

"Ini baru sikit tau,Suzana!Aku boleh buat lebih daripada ni.Jadi kau jangan macam-macam dengan aku."

Pang!Baru sahaja Suraya hendak berundur ke tempat duduknya,Anita meluru masuk ke kelas dan melempang pipi Suraya sekuat hati dan setinggi rasa geramnya terhadap apa yang dilakukan Suraya terhadap aku.Suraya meraba pipinya yang perit.Aku hanya tersenyum kecil.Pedih dipipiku mujur sudah pulih.

"Suzana,pembohong!Suzana,pembohong!Suzana,pembohong!"Sungguh sakit hati ini apabila mendengar sorakan keji yang dihamburkan oleh teman sekelas sendiri.Itu baru teman sekelas,belum lagi satu sekolah.Kalau boleh,mahu saja aku melampiaskan segala kesedihan aku di situ tapi aku tidak mahu dianggap lemah oleh mereka.

Fikiranku menerawang mengingat kembali peristiwa yang telah mengangkat nama aku di sekolah itu.Perasaan menyesal mula meracuni hati.Aku pernah mewakili larian 4x400 meter di peringkat negeri dan berjaya mendapat tempat pertama.Hal itu telah membanggakan semua pelajar begitu juga aku.Sejak peristiwa itulah satu sekolah mula mengenali aku.Dan kini,kerana peristiwa itu juga semuanya membenci aku.Seandainya aku mampu memutar kembali masa...Aku tidak akan menyertai larian itu dan aku pasti tidak akan dikenali lalu dibenci semua orang.Ah!Takdir hidup hanya Tuhan yang menentukan.Tuhan tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.Cuma kita sebagai hamba perlulah tingkatkan usaha dan terus berdoa agar tidak tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar.Aku yakin kebahagiaan pasti sedang menanti aku dihadapan nanti.Air mata yang membasahi wajah diseka.

Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris lalu dihadapan kelas.Semua pelajar segera ke tempat duduk masing-masing dan berdiri tegak untuk memberi salam.Wajah cikgu itu sangat bersih dan jernih.Memberi ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.Bibirnya tidak lekang dari senyuman mesra.Namun begitu,dia masih belum berkahwin diusia ini.Tiada calon mungkin.

"Sit down.."

"Thank you,Puan Lily."Kami menarik kerusi dan duduk dengan senyap.

Pelajaran dimulakan.Puan Lily membuka buku rujukannya dan menjelaskan kepada kami mengenai topik Idioms.Sesekali tangannya mencatat sesuatu di papan putih dan kami menyalin.Kemudian,dia menyuruh kami membuat latihan di dalam buku teks dan menghantar latihan tersebut pada minggu depan.Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran Bahasa Inggeris selesai.Sebelum Puan Lily keluar,dia sempat memanggil aku dan menyuruh aku ke bilik guru pada waktu rehat nanti.Aku hanya mengangguk.

************************************************************************

"Zana,jom pergi rehat!"pelawa Anita.

"Hmm..takpelah,Nita...awak pergi dulu sebab saya kena jumpa Puan Lily."balas aku lembut.Senyuman aku ukir.

"Oklah,saya pergi dulu.."Anita segera berlalu dari situ mendapatkan Zafira,pelajar kelas sebelah.Anita dan Zafira tidaklah serapat mana.Teman tapi mesra je.

Memang sudah menjadi adat apabila waktu rehat tiba suasana sekolah pasti akan hingar-bingar.Aku berjalan perlahan menuruni anak tangga menuju ke tingkat dua.Melangkah ke bilik guru dan mencari-cari sosok tubuh Puan Lily.Aku melemparkan senyuman apabila terlihat Puan Lily sedang melambai-lambai tangannya ke arahku.Langkahku dipercepatkan menuju ke meja Puan Lily yang terletak di hujung bilik guru.

Puan Lily terus menguntum senyuman.Aku juga begitu.Sebelum duduk,aku sempat menghulurkan salam kepadanya.Tangan Puan Lily tidak lepas daripada mencatat sesuatu dalam buku catatan miliknya.Entah apa isinya.Setelah selesai,buku catatan tersebut ditutup dan ditolak ke penjuru meja.Buku catatan yang berkulit tebal dan dihiasi dengan manik-manik hasil buatan tangan sendiri itu sangat cantik sekali.Kreatif juga Puan Lily ni.

"Suzana,terima kasih sebab datang.Sebenarnya,cikgu nak jumpa kamu ni bukan nak bertanyakan tentang kerja sekolah atau apa.... tetapi ia tentang masalah peribadi.Bolehkan kalau cikgu tanya?"Puan Lily memulakan bicara.

"Oh tak apa.Tanyalah,cikgu."

Puan Lily menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung. "Suzana...cikgu dengar kamu pukul orang dan menengking Cikgu Fatmah semalam.Kenapa kamu buat macam tu?Kamu ada masalah ke Suzana?Cuba cerita pada cikgu apa masalah kamu."

"Err...maafkan saya,cikgu.Saya tak tahu nak mulakannya dari mana.Sebenarnya...semua ini cuma salah faham jer cikgu.Suraya yang...."Tiba-tiba,ada seseorang memutuskan percakapan aku.Mataku mengerling ke arah pemilik suara.

"Cikgu...saya nak bagi buku ni kat cikgu."Entah bila pula Suraya ada kat sini!Aku sudah mula gelisah.Dia menghulurkan buku tulisnya kepada Puan Lily.Bukankah cikgu menyuruh hantar minggu depan?Aku yakin ini pasti helah Suraya agar aku menutup mulut.Jelingan tajam dilemparkan kepadaku.Jari telunjuknya diangkat ke bibir sebagai isyarat menyuruh aku tidak membongkarkan rahsia itu.

"Eh Suraya,awal kamu hantar kerja sekolah?Tak pernah kamu serajin macam ni.Bagus!Satu peningkatan yang baik."Puan Lily membelek-belek kerja sekolah Suraya sebelum menyambung "Hmm...tapi takpe,kamu pegang dulu buku ni.Hantar saja minggu depan bersama pelajar-pelajar yang lain."Buku tersebut dihulurkan kembali kepada Suraya.

"Baiklah,cikgu!"Suraya membalas.Matanya dijegilkan ke arahku sebelum berlalu dari bilik guru.

"Suzana,sambung cerita tadi."Puan Lily memandang tepat ke anak mata aku.Perasaan aku berbelah bagi.Aku tidak sanggup menghampakan kedua-duanya,Suraya dan Puan Lily.

Ah!Apa yang harus aku buat ni?Takkan nak pergi macam tu jer..Nanti Puan Lily kata aku ni kurang ajar pula..Terpaksalah aku meminta maaf dekat Puan Lily.

"Err...cikgu,maafkan saya sekali lagi.Saya terpaksa pergi."Aku segera bangkit dari tempat duduk.

"Hmm...takpelah,Suzana.Lagipun kamu belum rehat.Saya juga minta maaf kerana ambil masa rehat kamu.Tapi,kalau kamu nak cerita masalah kamu,jangan segan-segan jumpa saya ya!"

"Terima kasih,cikgu!"Aku terus melangkah melewati setiap meja guru di dalam bilik seluas 4 buah bilik darjah itu dan segera keluar.Aku tersentak apabila ada seseorang yang menarik tudungku dari belakang.Aku menoleh.Aku sudah agak tentu dia,Suraya!Tak habis-habis nak sakitkan hati aku.

"Suraya,nak apa ni?Tak boleh nak cakap elok-elok ke sampai tarik tudung akak ni."Aku menyoal lembut tetapi masih bernada geram.Tudung yang tadi senget diperbetulkan.

Soalan itu dibiarkan tidak berjawab.Suraya segera menarik tangan kanan aku dan membawa aku masuk ke dalam tandas.Aku sungguh terkejut dengan tindakan drastik dia.Tanganku dilepaskan sebaik tiba di tandas.Pergelangan tangan kanan aku yang terasa sengal ditekan-tekan.Kasar sungguh perbuatan Suraya itu.Nasib baik aku ni jenis yang reti bersabar.Kalau tak memang dah kena pelempang maut dah budak ni.

"Puan Lily tanya apa kat kau tadi sampai kau nak buka rahsia kita?"soal Suraya kasar.

Rasanya sudah tiba masanya untuk aku melawan dia.Benar kata Anita.Suraya ni makin diberi muka,makin naik lemak.Aku sebagai kakak sepatutnya membimbing dia bukan membiarkan dia terus jadi macam tu.Bimbing Suraya?Bolehkah Suraya dibimbing?Aku tersenyum sumbing. "Buat apa Suraya sibuk?Pergilah joingeng Sofea dengan Nizrina tu!Lagi satu,rahsia kita?Akak tak rasa yang tu rahsia kita.Tu cuma rahsia Suraya sorang jer..Takde kena mengena dengan akak."

"Oh...kau dah berani melawan ye sekarang?Dulu bukan main lagi takut dengan aku!"Suraya mengelus lembut pipiku.Tanganku dengan pantas menepis.Aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk melawan Suraya.Bukankah aku begitu gentar tatkala berhadapan dengan dia?Aneh!Sungguh aneh.Mungkinkah ini daripada kata-kata nasihat Anita pagi tadi?

"Sebabnya semakin hari,semakin menjadi-jadi perangai kurang ajar Suraya tu!Suraya sepatutnya hormat akak dan bukannya menggunakan kelemahan akak untuk menjatuhkan akak!"Jerit aku dekat ke muka Suraya.

"Dah terlambat untuk akak membentak Suraya macam tu!Sebab sekarang ni maruah akak dah jatuh dah.Masih ada peluang ke untuk akak membersihkan nama baik akak?Haha."Suraya ketawa sinis.

"Dahlah,Suraya akak nak masuk kelas!"Aku terus berlalu meninggalkan Suraya.Ayat terakhir Suraya masih terngiang-ngiang di telinga dan berulang-ulang bermain di fikiran.Masih ada peluang ke untuk aku membersihkan nama baik aku?Setelah hampir satu sekolah membenci aku.Aku benar-benar buntu.Aku tidak faham kenapa Suraya tergamak melakukan semua itu kat aku?Dan jikalau aku berubah nakal pun kenapa mereka perlu membenci aku?Sedangkan ramai lagi yang nakal di sekolah ini,tidak pula mereka membenci sepertimana mereka semua membenci aku?Mungkin juga ini disebabkan khabar yang mengatakan aku menengking Cikgu Fatmah.Ah ini semua disebabkan Suraya!Suraya kenapa kau sanggup memfitnah aku,kakak kau sendiri?Tapi ini juga mungkin salah aku kerana bersetuju dengan cadangan Suraya untuk bertukar watak?Salah akukah?Ketika itu dia mengatakan yang dia ingin berubah.Ternyata itu cuma helah dia untuk menjatuhkan air muka aku!

"Hoi,Zana!"telingaku cepat menangkap suara seseorang memanggil aku.Baru saja aku hendak menoleh,dia menolak bahu aku dengan kasar sekali sehingga tubuhku terdorong jatuh ke lantai berhampiran tandas.

"Maria,kenapa ni?"soal aku lembut sambil berdiri perlahan-lahan dan mengibas-ngibas baju yang comot.Wajah Maria serius dan tegang.Di belakangnya terdapat 5 orang pelajar lain.Gengnya barangkali.

"Heh,Zana!kau tak payah nak pura-pura baiklah.Sekarang ni semua orang dah tahu yang kau tu talam dua muka.Berita yang mengatakan kau menengking Cikgu Fatmah semalam dah tersebar luas dah wei!Tumbukan kau kat aku semalam masih terasa tau,ingat Zana kalau terjadi apa-apa kat aku,kau yang kena bertanggungjawab!Faham?!"Maria bersuara keras dan jari telunjuknya menunjal-nunjal di bahu aku.

Aku menunduk dan mengangguk.Tiada gunanya aku melawan.Memang patut pun Maria berkelakuan sebegitu terhadap aku.Sebab semuanya disebabkan aku.Disebabkan aku ke?Tidak,ini bukan salah aku.Ini semua salah Suraya yang menyamar menjadi aku.Namun dah terlambat untuk aku menyalahkan sesiapa.Kini,aku yang harus menanggung segala akibat daripada kesalahan Suraya semalam.Tidak mungkin aku akan memaksa Suraya untuk bertanggungjawab kerana budak itu sangat keras kepala.

Aku mengangkat muka setelah Maria dan konco-konconya beredar dari situ.Aku turut menyambung perjalanan ke kelas dengan wajah sugul dan kusut.Sekusut pemikiran hati.Aku menoleh ke belakang dan mataku memerhati muka pintu tandas.Kelibat Suraya tiada.Lama betul dia dalam tandas.Kata hati kecilku.

Tiba-tiba,aku terasa seperti terlanggar sesuatu.Dengan segera aku memalingkan pandangan ke hadapan.Rupa-rupanya,aku terlanggar seorang pelajar lelaki tetapi tidak pernah aku melihat wajah itu sebelum ini.Kelihatannya dia seperti pelajar baharu.

"Sorry,sorry!Saya tak sengaja."aku tergopoh-gapah menolong dia mengangkat buku-buku dan kertas-kertasnya yang bertaburan ke lantai.Aku sempat mengerling wajahnya yang berkaca mata sementara tanganku ligat menyusun barangan yang jatuh.Kacak juga ya...Fikiran aku kini sedang berangan jauh.Sejauh angkasa mungkin.

"Hoi,hoi,hoi bangun!Siang-siang pun nak berangan ke?!"Aku kembali ke alam realiti setelah badanku digoncang-goncang.Aku tidak sedar ternyata pelajar lelaki yang unknowntu dah panggil aku banyak kali.Ya Tuhan,malunya!Pipiku merona merah menahan malu.Aku segera berdiri sebaik saja dia memasukkan semua barangan yang jatuh ke dalam beg silangnya.

"Terima kasih sebab tolong!"pelajar lelaki unknown bersuara.Ucapannya agak keras tapi masih boleh dirasa keikhlasan kata-kata yang diucap.Aku tersenyum dan mengangguk.

"Hmm...awak ni pelajar baru ke?Sebelum ni tak pernah nampak pun..."Terkeluar juga persoalan yang dari tadi bermain di fikiran.Pelajar lelaki unknownitu tertawa kecil.Apa yang kelakar pun tak taulah..Bukannya aku buat lawak pun.Haish!

"Nope!Saya bukan pelajar baru cuma saya dipindahkan sementara kat sini atas urusan keluarga.Actually,saya tinggal di Kedah.Jadi disebabkan tiada sesiapa kat sana,saya terpaksa ikut ayah dan mak saya yang dihantar bekerja di sini."

"Oh...jadi nama awak siapa?"soal aku lagi tanpa segan-silu.Wajah yang tadi sugul kini kembali ceria.

"Oh nama saya Farid Iskandar.Panggil jer Farid.Awak?"

"Saya Suzana Arina.Panggil Suzana jer..Jadi,awak jawab SPM nanti kat sini atau kat Kedah?"

"Dekat Kedah.Oh by the way,saya tengah cari kelas 5 Cemerlang ni.Kat mana ya kelas tu?"

"Hah,jadi awak ni kelas 5C?Awak dah jumpa orang yang tepat,saya pun kelas 5C!Jom ikut saya."Aku segera mendaki satu persatu anak tangga hingga ke tingkat tiga menuju ke kelas 5 Cemerlang diekori pelajar sementara bernama Farid itu.Sempat aku dan dia berbual-bual kosong sementara hendak sampai ke kelas.Riuh-rendah di dalam kelas 5 Cemerlang dapat didengari dari jauh lagi.

Sebaik saja aku dan Farid lalu dihadapan kelas 5 Cemerlang,semua pelajar tertumpu ke arah kami berdua.Ada yang berbisik,ada yang mencebik dan ada yang memandang Farid tidak berkelip.Barangkali kerana ketampanannya.Hehe...Tiba-tiba aku merasa tekanan yang aku hadapi hilang begitu saja.Ajaib betul Farid ni...

*******************************************************************

Sejak itulah segala-galanya bermula.Hadirnya Farid Iskandar dalam hidup ini bagaikan satu keajaiban kepada aku.Walaupun ia hanya sementara tapi sudah cukup membuat aku tenang sebelum sampainya tarikh peperiksaan SPM.Farid seorang lelaki yang baik dan rajin.Aku,Anita dan Farid selalu meluangkan masa bersama untuk mengulang kaji pelajaran.Namun begitu,adakala Suraya juga cemburu melihat aku selalu bergelak tawa dengan Anita dan Farid.Walau sejahat manapun Suraya mengkhianati aku,aku sentiasa yakin yang kebahagiaan pasti akan hadir juga.

Farid Iskandar telah pulang ke Kedah tiga hari sebelum peperiksaan SPM.Sedih.Sangat sedih kerana kegembiraan yang Tuhan kurniakan begitu sekejap tetapi aku tetap bersyukur.Insya-Allah kalau ada jodoh tentu kita akan dipertemukan kembali.Aku sempat menulis warkah buatnya dan aku meluahkan segala kejadian yang berlaku sebelum hadirnya dia.Segala apa yang berlaku antara aku dan Suraya,tentang Maria,tentang Sofea dan Nizrina,mengenai Cikgu Fatmah dan mengenai ibu,Datin Paduka Sharifah Hasnah.Aku tidak tahu dari mana datangnya kepercayaan aku terhadap Farid sehinggakan aku menceritakan segala-galanya kepada dia.Sedangkan Anita,sahabat paling akrab dengan aku pun aku rahsiakan dari pengetahuannya.

Selepas pemergian Farid,semuanya kembali seperti sediakala.Suraya tidak henti-henti menganiaya aku.Kali ini lebih kasar dan teruk.Kalau dulu,setiap kali aku diganggu oleh Suraya pasti Farid akan jadi pelindung.Kini,tiada sesiapa malah ibu juga tidak percayakan aku lagi kerana setiap kali aku hendak mengadu kepada ibu tentang hal yang sebenarnya,Suraya pasti menyibuk dan mereka-reka cerita untuk mempengaruhi fikiran ibu supaya bencikan aku.Tidak mengapa,aku masih boleh bersabar.Setiap malam aku sering menangis dan berdoa kepada Tuhan agar berikan aku kebahagiaan dan pertemukan kembali aku dengan Farid Iskandar.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus