Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,915
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3
Kring!!!!Loceng berbunyi tepat pukul 9.30 pagi menandakan waktu rehat bermula.Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuruni tangga menuju ke kawasan rehat masing-masing.Ya!Itulah perkataan yang sesuai.Kawasan rehat masing-masing.Sebabnya,kantin tidak lagi menjadi tempat rehat bagi semua pelajar.Sekarang ni,dataran dan kawasan padang pun dah jadi tempat rehat.Dan yang paling teruk,kelas pun dah bertukar menjadi tempat rehat.Memang tak berdisiplin betul dia orang ni.

Kelas 5 Cemerlang kembali lengang dan sunyi.Begitu juga di kelas-kelas sebelah.Aku masih lagi berada di dalam kelas terkial-kial meletakkan alat tulis ke dalam beg.Tiba-tiba,telingaku cepat menangkap suara seseorang berbisik.Nadanya perlahan tetapi masih keras seperti memberi amaran.

"Lepas ni jumpa kat tandas.Jangan terus merayau.Ingat!Kita ada masalah besar.Cikgu Fatmah nak jumpa mama hari ni jugak lepas tamat waktu persekolahan.Jadi kau jangan nak buat hal!"Tanpa aku menoleh,aku tahu itu ialah suara Suraya.Aku hanya mengangguk dan terus mengangguk.Aku tidak tahu mengapa di saat aku berhadapan dengan Suraya,aku menjadi kaku dan suaraku bagai tersekat di kerongkong.Aku tidak sanggup menatap wajahnya yang disimbahi dengan aura kebencian.

"Good girl!"Suraya tersenyum sumbing dan menepuk bahuku tiga kali.Tepukannya yang terakhir sangat keras sekali.Pedih!Bibirku melemparkan senyuman hambar.Aku bagaikan makhluk yang tidak mempunyai perasaan tatkala berada di samping Suraya.Perasaan berani bagai sudah melayang jauh daripada diri ini.Aku tidak mampu melawan kata-katanya.Sampai bila?Sampai bila aku harus menjadi mangsa permainan Suraya?Sampai aku dah jadi abu dalam permainan dia baru aku nak terngadah?Baru aku nak sedar yang dia betul-betul jahat dan dia memang dilahirkan untuk berbuat jahat?

Ya Tuhan,seandainya hidup ini lebih baik maka kau panjangkanlah usiaku dan berikanlah aku ketabahan dalam mengharungi kehidupan yang penuh berduri ini.Seandainya mati itu lebih baik maka aku hanya mampu pasrah dengan takdir hidup ini.Bantulah hamba-Mu,Ya Allah.Itulah doaku disaat aku hampir berputus asa atas apa yang menimpa aku hari ini.

*************************************************
"Sofea,Nizrina,kau tak rasa pelik ke dengan perangai Suzana hari ni?Aku rasa peliklah dengan dia.Kau tak tengok ke dia panggil kita dengan gelaran apa?Padahal sebelum ni dia elok jer panggil kita dengan gelaran awak.Dia pulak membahasakan diri dia dengan panggilan saya,takpun Zana.Tup.Tup.Hari ni tak semena-mena dia panggil kita dengan panggilan korang.Yang aku paling tak faham,inilah kali pertama aku nampak dia kena marah dengan cikgu.Cikgu yang paling garang kat sekolah ni pulak tu!Apa kes ni?Aku rasa ada yang tak kenalah dengan Suzana dan Suraya."soal Anita sambil bermundar-mandir di bawah pondok gazebo.Sememangnya itulah tempat Sofea,Anita,Nizrina dan Suzana melepaskan lelah masing-masing setiap kali waktu rehat.

"Aku rasa dia memang dah berubahlah,"Sofea bersuara setelah lama mendiamkan diri menunggu Anita menamatkan hujahnya yang panjang lebar.Anita memang seorang yang serius dan bersungguh-sungguh kalau hendak mencapai sesuatu.Tidak hairanlah,sekiranya dia selalu merangkul gelaran juara dalam pertandingan syarahan,pidato,perbahasan dan yang sewaktu dengannya.

"Tak!Dia takkan berubah macam tu jelah.Kita mesti siasat apa yang berlaku sebenarnya.."Anita menafikan kata-kata Sofea.Dia tetap dengan pendiriannya.

"Nita,apa yang kau nak risaukan sangat ni?Manusia boleh berubah dalam apa jua cara!Kau tak boleh terus menerus menafikan hal macam ni.Boleh jadi kalau Si Suzana tu dah terpengaruh dengan Si Suraya yang jahat tu!"Nizrina menambah.

"Apa korang cakap ni?Takkan korang tak kenal dengan Suzana?Dia kawan kita.Kita kenal dia daripada tadika lagi.Aku rasa tak mungkin Suzana boleh berubah macam tu je.Aku rasa Suzana tu bukan Suzana asli.Aku rasa tu Suraya sebab dalam kelas tadi,masa Suzana tengah kena marah dengan Cikgu Fatmah,tak mungkin Si Suraya yang jahat tu boleh membela Suzana.Sebelum nikan diorang tak pernah berbaik.Macammana Suraya tiba-tiba boleh jadi baik?"

Sofea dan Nizrina terus terdiam.Mungkin sedang menghadam segala kata-kata Anita.Anita hanya tersenyum kecil melihat kedua-dua rakannya itu terdiam dan tenggelam dalam pemikiran masing-masing.Dia cuba memberi ruang pada hati mereka agar dapat mereka amati betul-betul apa yang dikatakannya sebentar tadi terselindung satu kebenaran.

Setelah lama berfikir,Nizrina memulakan bicara."Ish!Aku rasa dia memang Suzanalah.Cuma dia ialah Suzana dalam versi baru.Takkan kau tak suka dengan Suzana versi baru.Aku tengok dia lagi advance daripada Suzana lama.Suzana lama dahlah kolot lepas tu guna perkataan awak saya.Eeee...tak ikut peredaran zaman langsung.Harap jer anak Datin Paduka!"

"Ya!Betul cakap Nizrina tu.Aku pun suka dengan Suzana baru.Agak brutalkan,Nizrina?Anita..aku tahu kau lebih sukakan Suzana yang lama.Tapi takkan kau nak terus menerus tengok dia jadi naif macam tu.Dia tu lurus.Sekarang ni kau bagilah dia peluang untuk mengubah diri dia.Jangan sampai suatu hari nanti bila dia dah termakan dengan kata-kata manis dari orang sekeliling yang dalamnya jahat,baru kau nak menyesal.Masa tu dah terlambat dah,Anita.Nasi sudahpun menjadi bubur.Baik kau fikir betul-betul."kata Sofea lembut.

"Apa kau orang cakap ni?Kau orang sedar tak apa yang kau orang cakap ni macam nak memusnahkan hubungan persahabatan kita?Kata-kata kau orang ni macam bencikan Suzana yang lama.Suzana yang lama tak naif,dia cuma terlalu baik.Susah nak jumpa orang macam dia pada zaman sekarang ni."Anita terus teguh dengan pendiriannya.Dia cuba meyakinkan Sofea dan Nizrina yang semakin hanyut dengan pengaruh 'Suzana' yang baru.

"Ah!Lantak kaulah,Anita.Aku malas dah nak berfikir.Kalau kau rasa Suzana yang lama lagi bagus,kau teruskanlah.Pergilah berusaha untuk mengubah kembali Suzana yang baru menjadi Suzana yang lama sebabnya aku dan Nizrina akan menghanyutkan Suzana yang baru menjadi 'terlebih' baru."Sofea diam sejenak sebelum kembali bersuara."Dan...mulai hari ini,kita bukan lagi kawan.Selamat tinggal,Anita!Jom pergi,Nizrina."Nadanya menengking.

Sofea dan Nizrina berlalu membiarkan Anita terkulat-kulat di situ.Mata Anita bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi.Dia tidak menyangka sahabat yang disanjungnya selama ini menjadi sebegitu rupa.Begitukah sifat Sofea dan Nizrina yang sebenarnya?Atau ada sesuatu yang mempengaruhi pemikiran mereka?Mereka tidak pernah marah sebegitu rupa dalam hal sebegini.Kalau adapun mereka akan bersepakat untuk bersama-sama keluar dari masalah yang membelenggu.Tetapi,hari ini ialah pertama kali mereka bersikap sedemikian.Pelbagai persoalan yang menujah kotak fikirannya saat ini.Dia keliru.Tanpa disedari,air matanya mengalir deras ke pipi.Dia melemparkan segala kesedihan yang dirasakannya di situ.

Dari sudut yang lain,ada sepasang mata yang sedang memerhati daripada tadi dari belakang semak.Suzana melihat dan mendengar apa yang berlaku di antara tiga orang sahabat itu.Luluhnya hati ini tatkala melihat hubungan persahabatan yang terbina sekian lama kini runtuh dan melebur begitu saja hanya kerana salah faham.Hatiku tidak mampu menampung lagi segala kesedihan ini.Akhirnya,aku terpaksa mengeluarkan segala rasa hiba ini.Hanya kerana pertukaran peranan antara aku dan Suraya pada hari ini,terputusnya satu hubungan antara aku,Sofea,Nizrina dan Anita.

Namun begitu,Tuhan tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan mereka.Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.Ujian itu diadakan untuk mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Kuasa.Seandainya ujian begitu sudah tertulis,kita tidak boleh mengelak.Kita perlu mengharungi segalanya dengan kuat dan tabah.Dan kadangkala,ada sesetengah tidak mampu menerima kenyataan dan menyalahkan takdir.Sehinggakan ada sesetengah itu berputus asa dan mencari jalan mudah dengan membunuh diri.Tuhan itu Maha Adil.Cuma manusia itu sendiri yang tidak adil pada diri mereka sendiri!

********************************************
Suraya berjalan-jalan dalam kawasan sekolah dengan megah menggunakan nama 'SUZANA'.Semua mata memerhati ke arahnya.Ada yang berbisik-bisik dan ada yang memandangnya atas bawah dengan penuh hairan.Apabila Suraya menyedari perbuatan mereka,dia menengking dan beremosi.

"Apa pandang-pandang?Nak kena sepak terajang dengan aku ke kau orang ni?Atau kau orang nak kena penampar maut aku ni?Kalau kau orang tak pernah kena marilah rasa penampar aku ni.Tak payah bayar,free jer..."ujar Suraya dengan nada sarkastik sambil menunjukkan buku limanya.

Semua yang berada di situ berbisik-bisik dan bisikan itu masih boleh didengari oleh Suraya yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Eh,apasal dengan Suzana hari ni?Kasar semacam jer.."
"Yalah!Dulu takde pun macam ni..Dulu dia terkenal dengan sifat dan tingkah lakunya yang sopan santun dan jaga percakapan."
"Tapi hari ni lain pula sikap dia.Anehnya..."
"Dia kena rasuk apa hah?"
"Aku tengok Suzana dengan Suraya lain betul hari ni.Macam terbalik pula.Aku tengok Suzana pula yang jahat dan Suraya pula yang baik.Apa kes ni?Aku tak fahamlah!"

Suraya tersenyum.Oh rupanya ini yang kau orang hairankan rupanya.Bagus!Dengan cara ini aku serta-merta boleh menjatuhkan air muka Suzana.Wow!This is a good idea.Aku tak pernah terfikir sampai macam ni pun.Mula-mula aku cuma nak ibu sahaja yang bencikan dia.Kalau macam ni gayanya aku boleh buat satu sekolah bencikan dia.Wah,bestnya!Dan..mungkin juga masa tu mereka akan beralih perhatian pada aku pula disebabkan sifat aku yang baik pada hari ini.Wah,terima kasih,Suzana sebab telah menjayakan watak aku dengan sempurna dan berkesan.Hahaha!

"Woi,kau apahal?!Nak cari pasal dengan aku ke?Apa yang kau orang tak puas hati?"Suraya sengaja ingin mencetuskan pergaduhan agar watak Suzana segera tercemar pada hari ini juga dan nama baik Suzana yang orang selalu sanjung selama ini terlupus begitu sahaja.Dan..sudah pasti orang di sekeliling akan mula menggelar Suzana dengan panggilan 'Kaki Pukul','Kaki Penipu' dan 'Kaki Tak Guna'.

"Apa kau kisah?Suka hati kita oranglah nak cakap pasal apapun!Kau terasa ke?"salah seorang bernama Maria membalas percakapan Suraya.Tanpa berlengah lagi,Suraya segera melepaskan satu tumbukan pada muka Maria.Maria ingin membalas tetapi cepat-cepat Suraya menumbuk perutnya.Maria akhirnya mengalah dan menahan perutnya yang sakit.Suraya tersenyum gembira.

Tanpa Suraya sedari,Cikgu Fatmah asyik memerhati kelakuannya daripada tadi.Ah!Dia lagi suka kalau Cikgu Fatmah nampak kerana dengan inilah Cikgu Fatmah percaya yang 'Suzana' memang dah berubah menjadi nakal dan jahat.

"Suzana!!Kamu ni nak jadi apa,hah?!Mula-mula tak siapkan kerja sekolah,kemudian kamu pukul pula orang sesuka hati.Mana sifat Suzana yang dulu?Sifat Suzana yang boleh dijadikan contoh pada pelajar lain.Kenapa kamu boleh berubah begitu jauh macam ni,Suzana?"Semua pelajar berlari masuk ke kelas apabila loceng yang menandakan waktu rehat tamat berbunyi.

"Saya tak kisahlah semua tu,cikgu!Lagipun buat apa cikgu nak sibuk dengan urusan saya?!Cikgu jagalah hal cikgu sendiri!"Suraya menengking Cikgu Fatmah lantas berlari menuju ke tandas.Cikgu Fatmah terkejut dengan tindakan drastik daripada anak muridnya itu.Mulutnya terkumat-kamit mengucap 'Astaghfirullahalazim'.

Haha!Habislah kau kali ini,Suzana.Sebab aku dah berjaya mempengaruhi fikiran orang sekeliling agar membenci kau dan menjauhi kau.Aku tak sangka yang aku dah berhasil meletakkan racun untuk mencemarkan nama baik kau,Suzana.Dan..terimalah episod hidup kau yang baru.Hidup yang penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan.Aku akan menjadi orang yang paling bahagia disaat melihat kau dicemuh dan dicerca orang sekeliling.Dan..aku akan terus-menerus memastikan yang kau tidak akan sesekali mandapat perhatian dan kasih sayang itu lagi.

*********************************************
Waktu berlalu begitu pantas.Kawasan sekolah kini sedang sesak dengan para pelajar sesi pagi dan sesi petang bertukar pergi dan balik.Begitulah rutin kehidupan manusia bergelar pelajar.Selagi mereka berada di alam persekolahan,selagi itulah mereka seharusnya mematuhi segala peraturan sebagaimana matahari dan bulan saling berganti posisi mengikut apa yang telah Allah tetapkan.

Aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga menuju ke tandas.Aku hampir terlupa untuk bertemu Suraya.Pasti dia sudah bengang dengan kelewatan aku.Aku terleka ketika mencari buku rujukan di pusat sumber.Tatkala aku menilik jam tangan baru aku teringat akan pesanan Suraya pagi tadi lantas aku berlari menyarungkan kasut,mencapai beg dan terus turun ke tandas.

Kakiku berhenti melangkah.Mataku meliar ke segenap sudut mencari kelibat Suraya,namun tiada.Aku melepaskan satu keluhan.Penat.Penat dengan sikap Suraya pada hari ini.

Tiba-tiba,seseorang menekup mulutku dari belakang dan menarik aku masuk ke dalam tandas.Dia melepaskan tangannya daripada mulutku sebaik saja aku dan dia berada di dalam tandas.Aku menoleh.Suraya!

"Haha takut?Aku fikir kau ni berani sangat."soalannya bernada sarkastik.Dia tertawa kecil.Perkataan 'sangat' sengaja ditekankan.

"Ok tak payah nak berdolak-dalih lagi.Kenapa Suraya nak jumpa akak ni?Nak sakitkan hati akak lagi?"

"Hei,akak ops taknaklah panggil kakak,aku nak panggil kau Suzana jer.Lagipun selama ni aku tak pernah menganggap kau sebagai kakak.Aku cuma anggap kau ni tak ubah seperti musuh ketat aku."

"Apa?Sampai macam tu sekali rasa benci Suraya kat akak?Akak fikir Suraya ni betul-betul nak berubah.Semalam beria-ia Suraya cakap nak berubah.Tapi sebaliknya yang berlaku.Rupa-rupanya Suraya cuma nak mempergunakan akak je."ujar Suzana.Air matanya berlinangan di tubir mata.

"Alalalala...janganlah menangis,Zana..Kasihan kat kau.Haha.Woi,kau tak payah nak berdrama sangatlah.Aku panggil kau ni sebab nak tukar tudung.Kau faham?Kita pakai tudung masing-masing.Bak sini tudung aku.Nah,kau ambil tudung kau yang busuk ni!"Pantas saja tangan kanan Suraya menarik tudung dari kepala Suzana dan tangan kirinya mencampak tudung yang dipakainya kepada Suzana.Suzana cekap menyambut.Lantas mereka segera menyarungkan tudung masing-masing.

"Kenapa kita kena tukar tudung?Apa lagi yang Suraya nak buat ni?"

"Ah!Jangan banyak cakaplah.Ikut je!Dah,tunggu apa lagi?!Keluarlah.Terhegeh-hegeh.Ingat!Cikgu Fatmah dah panggil mama datang sekolah.Jadi kau jangan nak lari."

Aku mengangguk lalu menghayun langkah keluar dari tandas menuju ke kantin.Sebelum itu,aku sempat mengambil sedikit air untuk menghilangkan sembab di muka.Satu-satu masalah yang menimpa hari ini dan aku terpaksa menghadapinya dengan tabah kerana aku yakin ini adalah ujian dari Tuhan.Sesungguhnya,Dialah yang mengetahui jiwa hamba-hambanya...
Previous: Bab 2
Next: bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus