Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,916
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

"Hoi!"Suzana terasa bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang.Fikirannya sudah melayang jauh entah ke mana.Dia kembali tersedar apabila melihat Anita di sisi.Jauh benar dia mengelamun.Hujan lebat sudah mulai reda.Suzana tersenyum kecil melihat wajah Anita yang masih sembab.Barangkali baru bangun tidur,telahnya.

"Mengelamun berapa episod dah ni?"Anita berseloroh.

"Ish,kau ni!Hehe...episod dua mungkin."Suzana tersengih.

"Hmm..apa-apa jelah,Zana.Aku bangun ni nak bagi handphoneni kat kau.Puas aku jerit tadi panggil kau suruh angkat telefon ni.Tapi kau takde.Aku fikir kau dah tidur sebab tu aku bangun.Tengok berapa missed call.Tujuh!Semuanya dari kekasih tercinta kau tulah..."sengaja Anita tekankan perkataan 'tercinta'.Tangannya menghulurkan telefon bimbit kepada Suzana.

Suzana segera mencapai telefon bimbit tersebut dan menekan butang log.Dia tersenyum melihat semua panggilan tidak dijawab itu datangnya dari kekasihnya.Kekasih?Dia ada kekasih ke?Agaknya siapalah kekasih dia...

"Zana,kau menangis ek?"soal Anita.Matanya tidak lepas dari memandang wanita dihadapannya itu.

Suzana menggeleng dan matanya masih terlekat pada skrin telefon.

"Kau tidur ke malam semalam?"Anita terus menyoal.Suzana pula menggeleng."Habis tu kenapa muka kau sembab?"

Tatkala mendengar soalan itu,wanita berusia 27 tahun itu memandang wajah Anita.Dia fikir hanya wajah Anita yang sembab.Rupa-rupanya wajahnya turut sembab dan dia baru teringat yang dia menangis malam tadi.Dia cepat-cepat menyeka air mata yang sudah kering itu.Namun ia tidak berhasil.

Anita tersenyum nipis dan nafasnya ditarik perlahan."Zana,kau masih teringat tentang peristiwa tu?Sudahlah Zana,perkara tu dah lepas dah pun.10 tahun dah berlalu.Takkan kau masih tak boleh maafkan mama kau.Setiap manusia melakukan kesilapan.Tak baik kau buat macam ni..."

Suzana mencampak pandangannya ke televisyen yang tertutup.Air mata bergenang kembali tatkala mengingati peristiwa di saat dia keluar dan dihalau oleh ibunya."Nita,aku tak boleh lupakan peristiwa tu.Sebab...semakin aku cuba lupakan,semakin ia datang menerjah kotak kenangan aku.Aku dah lama maafkan mama...Cuma ego yang menghalang aku supaya tidak memaafkan Suraya dan meminta maaf kepada mama sebab aku tahu mama stilltak boleh terima aku sebagai anak dia.Mama aku tu kalau dia dah kata TIDAK,memang sampai bila-bila TIDAKlah jawapannya.Dia sangat tegas.Aku masih ingat ayat terakhir dia..Dia kata aku dan bakal keturunan aku nanti bukan lagi darah keturunan dia dan telah diharamkan untuk aku menjejakkan kakiku di rumahnya,malah bukan sahaja rumahnya tapi ke kubur dia juga turut diharamkan.Jadi adakah kau rasa patut untuk aku ke rumah mama aku?"

Anita menggeleng-gelengkan kepalanya."Zana...kau ingat tak hadis yang Ammar Hafizi beritahu kau masa kau jalani kursus ketika berada di England?"

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan silaturahim."

"Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari 3 hari.Siapa yang memboikot saudaranya lebih dari 3 hari,kemudian dia meninggal maka dia masuk neraka."(HR. Abu Daud,Annasa'i)

Suzana terdiam.Mengingati Ammar Hafizi bagai membuka kembali luka yang telah lama dia ubati.Sesungguhnya banyak perkara yang telah dia hadapi dan pelajari selama 10 tahun ini.Ramai orang yang telah hadir dalam hidupnya memberi suka dan duka.Selepas dia keluar dari rumah ibunya,hidupnya terumbang-ambing tidak tentu arah dan penuh kesengsaraan dan dalam kesengsaraan itu dia mengenali kebahagiaan.Dia sangat bersyukur akhirnya kehidupannya kini kembali tenang.

Namun begitu,jauh di sudut hati,dia amat merindui ibunya.Sudah 10 tahun dia meninggalkan keluarganya.10 tahun juga dia tidak bersua muka dengan ibu.10 tahun bukanlah suatu jarak masa yang singkat,ia mengambil masa yang begitu lama.Bagaimana wajah ibu sekarang?Pasti ibu sedia membilang kedut di wajah.Bagaimana dengan rupa Suraya?Ah,aku sudah tidak kisah dengan perempuan itu!Dia tidak perlu bimbang dengan keadaan ibu kerana Mak Uda masih berhubung dengannya sehingga kini.Jikalau ada kesempatan,dia akan mengajak Mak Uda bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur sambil menceritakan mengenai perkembangan hidup ibu.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.Suzana segera meminta diri masuk ke dalam bilik tidurnya yang berada di tingkat dua.Anita hanya memandang sepi kelibat Suzana yang sedang berjalan mendaki tangga sehingga ia hilang dari pandangan.

"Zana...Zana...kau masih berdendam dengan Suraya ya..."Anita berkata sendirian sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Suzana menutup pintu biliknya dan melangkah perlahan ke katilnya.Fikirannya kusut.Dia tidak mampu melupakan peristiwa itu kerana semakin dia cuba melupakan,semakin ia menghampiri dan memaksa dia untuk terus mengingati peristiwa hitam tersebut.Akhirnya,dia terpaksa akur.Dia sedar;hingga ke hujung dunia pun dia berlari,sedalam mana pun dia selami,setinggi mana pun dia terbang,namun dia tetap tidak boleh melupakannya.

Suzana merebahkan tubuhnya ke atas katil.Matanya terus memandang ke arah kipas siling yang ligat berpusing.Peristiwa itu kembali menerpa kotak kenangannya.Peristiwa selepas pemergian Farid Iskandar ke Kedah.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus