Home Novel Keluarga Air Mata Semalam
Air Mata Semalam
Cik Gladiolus
24/10/2013 19:04:22
19,910
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

Malam mula melabuhkan tirai.Bulan dan bintang tidak kelihatan malam itu.Diselindung awan mungkin.Kedengaran suara katak dan cengkerik saling bersahutan di luar rumah mengindahkan lagi suasana malam.

Seusai solat Isyak,aku berteleku di atas tikar sembahyang bermuhasabah diri.Mencari-cari di mana silapnya diri ini sehingga Suraya begitu bencikan aku.Namun aku yakin pasti ada hikmah di sebalik Tuhan jadikan aku dan dia kembar.Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab.Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Aku terus menadah tangan memohon ampun kepada Tuhan dan berdoa untuk kesejahteraan diri dan keluarga.Aku turut memohon agar hati Suraya dilembutkan dan menerima cahaya hidayah.Air mata yang telah lama bertakung di tubir mata akhirnya gugur juga.Tanganku pantas menyeka air mata tersebut.

Disaat diri ini berada dalam kenikmatan mahupun kesulitan,kepada Dialah aku mengadu dan memohon pertolongan.Kepada Dialah aku menangisi nasib.Kepada Dialah aku melepaskan segala apa yang terbuku di hati ini.Kerana begitu,aku mampu rasakan ketenangan hadir dalam diri.Terasa seperti semua beban yang terpikul di bahu ini terbang dan menjadi abu yang bertebaran di dada langit.Dialah Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Ketika melipat sejadah,Mak Uda mengetuk pintu bilikku tiga kali kemudian setelah aku memberi isyarat masuk,barulah dia melangkah dan menyapa.Tenang sekali tatkala aku memandang wajah itu.Bagaikan hilang sekejap masalah yang mendatang.

"Assalamualaikum,Zana.."Mak Uda menyapa sebelum dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Waalaikummussalam,Mak De!Kenapa?"Bibirku terus mengukir senyuman mesra.

"Zana,kenapa kamu buat semua ni?"

"Buat apa Mak De?Zana tak faham."

"Mak De tahu kamu dan Suraya bertukar watak pagi tadi.Kenapa buat semua ni?Kamu tahukan Suraya tu macammana budaknya."

Tepat sekali telahanku.Mak Uda memang sudah tahu mengenai hal ini.Tapi yang peliknya bagaimana Mak Uda boleh tahu?

"Err..Mak De,Suzana buat semua ni sebab pada mulanya dia kata dia ingin berubah.Dia ingin berubah cara macam ni.Jadi Suzana bagi dia peluang.Tapi Suzana tak sangka pula yang Suraya tu hanya mempergunakan Suzana semata-mata."

"Itulah yang Mak De risaukan.Mak De takut dia apa-apakan kamu.Zana dah bagitahu mama tentang hal ni?Kalau belum,biarlah Mak De yang bagitahu mama.Suraya tu dah melampau!"

"Mak De,jangan!Suzana tak nak bagitahu mama.Suzana tak nak Suraya kena marah dengan mama.Mak De tahu-tahu sajalah perangai mama tu macammana.Kalau dia dah marah,memang meletup satu rumah.Suzana sayangkan Suraya,Mak De."Di akhir kata,aku sempat berseloroh.

"Hmm..kalau itu kemahuan kamu,Mak De tak boleh halang.Zana,sifat kamu serupa sangat dengan arwah ayah kamu dan jauh berbeza dengan Suraya dan mama."Tiba-tiba,perasaan sebak bergolak di hati Mak Uda tatkala mengingati kisah lama."Kalau ayah kamu masih hidup,dia pasti bangga ada anak macam kamu.Mak De turut bangga.Kamu sanggup lakukan apa saja untuk kebaikan orang lain biarpun diri kamu sendiri yang terluka.Sebagaimana ayah kamu sanggup..."Kata-kata Mak Uda tiba-tiba terhenti di situ.Dia termenung jauh dan fikirannya mula menerawang mengingati kisah lama yang dirahsiakan antara dia dan Datin Paduka daripada pengetahuan Suzana dan Suraya.

"Sanggup apa,Mak De?"melihat Mak Uda yang sedang termenung jauh,aku melambai-lambaikan tangan di depan wajahnya.Hairan sungguh dengan kelakuan Mak Uda kali ini.Akhirnya,Mak Uda kembali ke dunia realiti.

"Eh,tak ada apa-apalah.Mak De turun dulu ya,nak masak makan malam."Mak Uda terkocoh-kocoh keluar dari bilik.

Mak Uda seperti sedang merahsiakan sesuatu.Telahku.Tapi apa dia?Besar sangatkah rahsia itu?Apa yang terjadi kepada arwah ayah?Satu per satu persoalan menujah fikiran ini.Aku buntu.Nampaknya,aku mesti siasat tentang perkara ini.Pasti ada sesuatu yang Mak Uda sorokkan daripada pengetahuan aku!

*****************************************************

Telefon di tingkat bawah berdering memecah kesunyian malam.Aku segera berlari mendapatkan panggilan.Kedengaran suara Sofea memberi salam di corong telefon.Aku membalas salam tersebut.

"Suzana ada?"Sofea menyoal.

"Errr...Suzana.."Baru saja aku hendak menjawab,Suraya datang meluru ke arah aku dan merampas gagang telefon.Dia memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam bilik.Aku menurut.Mata Suraya mengekori langkahku sehingga aku hilang dari pandangan barulah mata dia beralih ke arah lain dan terus menjawab panggilan.

"Haaa..akulah Suzana.Kenapa kau panggil aku?"Suraya membalas.

"Suzana,aku nak cakap dengan kau yang aku suka dengan perubahan kau.Aku suka Suzana yang sekarang."

Suraya agak terkejut dengan kata-kata Sofea.Matanya membuntang.Apa?Sofea suka dengan perubahan baru 'Suzana'?Ini tak boleh jadi.Aku tak boleh biarkan ada seorang pun yang mendekati dan menyukai Suzana.Aku mesti buat mereka semua bencikan Suzana dan menyukai aku.Getus Suraya diikuti dengan senyuman sinis.Fikirannya pantas merancang sesuatu.Gagang telefon diletaknya dan dia segera berlari ke tingkat atas.

"Hello??"Tiada jawapan."Hello,Suzana?"Tiada jawapan juga.Sah budak ni sudah letak telefon.Tak guna.Detik hati Sofea.Dia turut meletakkan gagang telefon.

***********************************************

Aku menghenyakkan tubuhku di atas katil.Wajahku dihadapkan ke skrin laptop.Fokus benar aku melayari laman facebook.Aku menilik chatuntuk melihat siapa yang sedang online.Mujurlah tiada orang yang aku kenal.Tanganku ligat menyentuh tetikus dan scrollterus ke bawah.

Tiada yang menarik.Alih-alih benda sama yang keluar.Status tentang cinta.Cinta yang tak kesampaian pun ada.Macam tak ada benda lain nak share.Sharelah tentang ilmu agama ke,fakta ke takpun isu semasa.Kalau tak ada benda baik nak share,tak payahlah share.Menyampah!Gumam hati Suzana.

Tiba-tiba,baru sahaja aku nak log out,seseorang menghantar mesej kepadaku.Anita Ahmad!Dia menghantar 'salam' kepadaku.Tiba-tiba,aku terasa canggung untuk berbalas mesej dengannya seperti selalu.Perasaanku terasa seperti aku baru saja mengenali Anita.

"Waalaikummussalam."Iconsenyum aku hantar kepadanya.

"Suzana?"

"Ya"

"Ni Suzana ke?"

"Err..Ya!Kenapa?"

"Takdelah...Kalau kau ni betul-betul Suzana,baguslah..Aku harap kau bukan Suraya."

Tatkala,aku membaca mesej daripada Anita,wajahku membahang.Aku tersentak sekaligus terkejut.Jantungku berdegup kencang.Anita tahu ke aku dengan Suraya bertukar peranan pagi tadi?Bijak sungguh dia!

"Aik?Suraya?Apa ni awak,saya tak fahamlah.."aku sengaja menghantar mesej sebegitu sengaja ingin menguji Anita.

"Alah...Suzana,aku kenal kau dari kecil lagi.Kau tak mungkin berubah jadi nakal.Lagi satu,tadi kat sekolah kau panggil aku dengan gelaran 'kau',macammana sekarang ni boleh panggil 'awak' pulak?Tak ke pelik tu.Terkantoi satu rahsia.Heheheh..Jadi kesimpulannya,kau dengan Suraya memang bertukar watak.Betul tak?"

Aku tersentak sekali lagi.Memang tepat andaian Anita.Dia memang bijak sedangkan Cikgu Fatmah sendiri percaya yang aku sudah menjadi nakal.Bukan sahaja Cikgu Fatmah malahan Sofea dan Nizrina turut percaya yang aku sudah berubah.Namun begitu,Sofea dan Nizrina suka dengan 'Suzana' yang baharu.Adakah selama ini Sofea dan Nizrina tidak betah berkawan dengan aku?Kalau begitu,kenapa tidak dari dulu lagi mereka menjauhi aku?Aneh!Dunia ini begitu aneh.

Semenjak aku dengan Suraya bertukar peranan,banyak perkara yang menghantui fikiranku dan banyak persoalan yang tidak henti-henti menujah kotak fikiran ini.Kadang-kadang,aku buntu,aku keliru,aku tidak tahu bagaimana caranya agar aku bisa mendapat jawapan dari setiap persoalan yang membelenggu.Tidakkah persoalan-persoalan ini akan menjejaskan penumpuan aku terhadap peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia yang akan dijalankan 15 hari lagi?Bantulah aku Ya Tuhan.Semoga setiap persoalan selesai dalam masa 15 hari ini agar aku mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan SPM.

Mesej Anita aku hiraukan.Tanpa sempat mendaftar keluar facebook,tanganku terus menutup laptop dan meletakkannya di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.Gebar ditarik hingga menyelubungi seluruh tubuhku.Mataku terasa berat bagai ditindih batu besar.Aku terus terlelap untuk seketika...

****************************************************

Daun pintu dikuak.Suraya mengendap masuk ke bilik Suzana secara senyap-senyap.Dia tidak mahu mengejutkan Suzana.Dia berjalan perlahan-lahan untuk mendapatkan laptop Suzana.Fikirannya ligat merancang sesuatu untuk menjatuhkan maruah kakaknya.

Setelah berjaya mendapatkan laptop tersebut,Suraya keluar secara senyap.Bibirnya mengukir senyuman jahat.Dia segera berlari anak masuk ke biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Suzana.

Google Chrome ditekan.Jari-jemari menari-nari di atas papan kekunci menaip F.A.C.E.B.O.O.K.Apabila dia menekan butang enter,terpancarlah akaun facebook Suzana.Dia tertawa kecil.

"Haish...Suzana...Suzana..Kau tak log out facebook kau..Ish ish ish..Lagi senanglah kerja aku macam ni.Aku baru jer nak godam akaun kau,Suzana..Kau ni macam tahu-tahu jer aku nak buka kau punya akaun.Hahaha!"Suraya berkata sendirian.

Matanya terus melekat pada skrin laptop.Sesekali dia tertawa kecil dan tersenyum.Cursordihalakan ke mesej.Nama Sofea Anisa dan Rina Vogue ditekan.Keluarlah chatboxkedua-dua nama tadi.

Jari jemarinya kembali menari-nari di atas papan kekunci menaip mesej kepada Sofea dan Nizrina.Dia membaca sekali lagi mesej yang ditaip.Setelah berpuas hati barulah dia menekan enter.

Kebetulan ketika itu Sofea dan Nizrina memang sedang online.Mata mereka tertancap pada mesej yang dihantar oleh Suzana Arina.Khusyuk.Membuntang mata mereka tatkala selesai membaca mesej yang dihantar.

Inilah yang dihantar Suraya kepada Sofea dan Nizrina :

Aku benci kau.Kau ni memang kawan yang tak guna.Sebenarnya aku sengaja berlakon menjadi brutal sebab aku nak uji kau.Aku still Suzana yang lama.Tiada istilah Suzana yang baru.Kau jer yang lebih-lebih.Jadi,aku dah buat keputusan dah..yang aku taknak kau berkawan dengan aku lagi.Dan nama kau akan aku padam dari kamus hidup aku!!!Jangan pernah jumpa aku lagi.Aku benci kau seumur hidup aku!!!Dan kalau kau tak suka aku,kau pergilah berkawan dengan Suraya.Dia lebih sesuai untuk orang macam kau!

Suraya dengan segera unfriendSofea dan Nizrina menggunakan akaun Suzana.Dia tidak mahu mesej daripada kedua-dua gadis itu dibaca oleh Suzana.Setelah itu,cursordihalakan ke butang log outdan diklik.Kemudian dia terus menutup laptop itu dan menghantarnya ke bilik Suzana dan meletakkan ke tempat asalnya kembali.Bibirnya terus tersenyum.Dia berharap agar rancangannya kali ini berjalan lancar...

Previous: bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cik Gladiolus