Bab
6
Ujian
Penilaian Sekolah Rendah
Akhir bulan 6 tahun 1999, hari ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR
dijalankan.. kertas Bahasa Melayu satu... kertas pemahaman... jawapan sudah
ada.... pilih sahaja jawapan yang tepat. Selama sebulan sebelum peperiksaan...
memang aku pulun habis-habisan belajar. Aku buat study group dengan 3 orang
kawan aku dicampur dengan Nadiya ( ini pun aku suruh mak aku pujuk belajar
sama-sama dengan kami.. kalau kami berempat sahaja belajar.. alamatnya berborak
pasal bolalah kerjanya ). Alhamdulillah.. dengan pertolongan Nadiya.... banyak
pengetahuan yang aku dapat. Tetapi Nadiya agak garang apabila mengajar aku...
jika gagal menjawab atau menang.. dia akan sekeh kepala aku dengan pembaris...
sabar jelah.
Alhamdulillah hari ketiga
tamat sudah kertas terakhir kami.. tamat sahaja kertas Matematik dua pada pukul
1 petang... kami membuang kertas kotor yang digunakan untuk mengira ke bawah
bangunan ( nampak dek Cikgu Salim terus kami kena buat gotong royong bersihkan
satu kawasan sekolah.. baik punya ). Dalam perjalanan balik ke rumah ( aku
berjalan berdua dengan Nadiya dan adiknya yang berusia 8 tahun ).
“Lepas ni hendak sambung
belajar mana pulak?” tanya Nadiya.
“Ayah kita nak pindah
balik Negeri Sembilan.. katanya nak pencen di sana... usahakan kebun” jawabku.
“Tak minta sekolah
asrama?” tanyanya.
“Aku sekolah asrama? biar
betul... lainlah Nadiya.... pandai.. harapan sekolah” aku memperli Nadiya.
“Hahahaahahaha... Zaidi...
Zaidi pun berusaha samakan..... isi jelah borang.. mana tahu Zaidi dapat
keputusan yang bagus.”
“Insya Allah.”
“Jadi.. Zaidi kalau nak
isi borang asrama penuh... Zaidi nak pergi sekolah mana?”
“Zaidi ingat nak masuk
sekolah KGV.. sekolah di bandar Seremban.”
“Kenapa sekolah tu?”
“Sekolah itu antara
sekolah di Negeri Sembilan yang mempunyai jurulatih dan kemudahan sukan yang
terbaik. Ini Zaidi beritahu jangan lapor dekat mak pulak... mesti dia tidak
setuju punya. Nadiya.. sekolah mana?”
“Rahsia!!!” Nadiya
berlari meninggalkan aku... aduh... aku kena tipu rupanya.. habislah .. lepas
ni mesti mak aku tak beri aku isi borang letak sekolah KGV... mesti betina ini
lapor kepada mak aku kenapa aku sekolah disini. Bala.. bala.. aku menyorong
basikal untuk balik kerumah.
{{{{{{{{{{{{{{{
Pertengahan bulan 9 tahun 1999, tibalah hari yang mendebarkan...
pengumuman keputusan peperiksaan UPSR. Sejak dari semalam aku tidak keruan...
buat apa pun tak kenalah. Makanpun tiada selera, tidur pun tidak lena dan mandipun
tak basah... macam orang bercinta pula aku rasa. pagi itu aku sampai awal ke
sekolah. Pukul 7 suku aku sudah sampai di sekolah. Sampai di sekolah..
kawan-kawanku yang lain sudah menunggu aku di wakaf;
“Macamana Andy? Kau rasa
berdebar?” tanya Jo.
“Mahunya tak berdebar?
Aku rasa macam nak gugur jantung ni ha. Inilah masa depan aku tau.”
“Hahahahahahahahaha. Aku
dari semalam buat apa pun tak jadi.... risau juga aku” kata Ahmad.
“Mak aku sudah berjanji..
kalau aku gagal periksa ini.. jangan haraplah nak benarkan aku main bola lagi”
kataku bimbang.
“Aik.. orang lain takut
gagal kerana tak dapat sambung belajar ke asrama.. kau pula takut pasal mak kau
tak bagi main bola” kata Jo
“Akukan gila bola.. malah
aku merancang hendak masuk sekolah KGV
kat Seremban. Sekolah itu sahaja yang ada fasiliti sukan yang terbaik. Memang
cita-cita aku dari dulu.”
“Kau dari dulu sebut
pasal KGV. Sekolah apatu..... Kami gemar Vote???????” agak Jo.
“Hahahahahahahahah.. kami
gemar vote” gelak Muthu.
“Apa pula... King George
V......... V itu satu nombor roman bagi nombor 5” aku membetulkan salah makna
yang diberikan oleh Jo.
“Perghhhhh.. sekolah
orang putih tu. Makan nasi dengan belacan.. ada hati nak sekolah orang putih”
berderailah ketawa mereka semua.... sedap je ketawakan aku.
“Amboi korang...... sedap
ye gelakkan aku... pukul berapa keputusan keluar,”
“Entahlah.. tapi aku
tanya guru kelas kita Cikgu Yati.. dia cakap pukul 10 pagi atau 11” balas
Muthu.
“Berdebar betul
aku.......” kemudian loceng berbunyi.. kami masuk ke kelas semula. Masuk di
kelas.... guru yang masuk ke kelas tidak mengajar. Hanya memantau kami
sahaja... maklumlah sudah habis periksa. Kami pula sepanjang kelas...... hati
kami tak keruan. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba...... tepat
pukul 11 pagi.. semua murid tahun 6 diminta berkumpul di dewan perhimpunan.
Sampai di sana kami beratur mengikut kelas.... kemudian kami terus mengambil
keputusan UPSR yang diberikan oleh guru kelas. Aku dan kumpulan aku beratur di
belakang sekali. Orang pertama yang mengambil keputusan seperti biasa adalah
pelajar harapan sekolah.. si Nadiya.. aku melihat dia melonjak kegembiraan
apabila mendapat slip keputusan daripada cikgu. Sahlah tu dia mendapat semua A
dalam peperiksaan;
“Tengok Nadiya tu..
kemain gembira dia... sampai melompat” kata Jo.
“Keputusan dia baguslah
tu.” Jawabku.
“Apalah keputusan kita
yer.. adui” kata Muthu
“Relaksla. Kalau korang
berdebar.. aku lagi berdebar tau”
kataku. Setelah hampir 35 minit kami beratur ( kami di barisan belakang
) tibalah giliran Muthu mengambil keputusan ( antara kami berempat.... Muthu
beratur paling hadapan.. dan aku beratur paling akhir sekali ). Apabila Muthu
mendapat keputusan dan berlalu pergi;
“Muthu macamana?”
tanyaku.
“Rahsia...... kamu semua
ambil dahulu.. kemudian kita beritahu sama-sama. Tak syoklah kamu tahu
keputusan aku.. aku tidak tahu keputusan kamu” kami mengangguk.. kemudian Jo
pula mengambil keputusan, diikuti oleh Ahmad dan akhir sekali aku.
“Andy Cole..... tahniah..
keputusan awak tidaklah teruk sangat” Cikgu Yati memberikan slip keputusan aku.
Aku membacanya... alhamdulillah. Kemudian selepas mengucapkan terima kasih dan
mendapatkan borang kemasukan ke sekolah menengah daripada Cikgu Yati.. aku
bergegas mendapatkan mereka bertiga yang berada di hujung dewan. Dari jauh aku
ternampak Nadiya turut serta bersama kawan aku bertiga.