Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 2 ; Treble tahun 1999

Bab 2

Treble tahun 1999

Penghujung Mei tahun 1999, jam dinding rumahku menunjukkan pukul 4 pagi….. aku dan ayah terpaku di depan televisyen untuk menonton perlawanan akhir liga juara-juara eropah di antara Manchester United melawan Bayer Munich di stadium Nou Camp Barcelona. Kini permainan telah memasuki minit ke 88 perlawanan dan dijangkakan akan tamat pada 2 minit lagi. Aku ( Nama sebenar aku Zaidi Bin Abu ) merupakan seorang penyokong tegar pasukan Manchester manakala ayah aku pula ( pak Abu ) menyokong Bayern Munich. Ole Gunner Soksjer dimasukkan untuk menggantikan Dwight Yoek;

“Ala… lagi berapa minit sahaja nak habis game ni.. buang masa ja pi tukaq pemain. Bayern mesti menang punya…. Along tengoklah” kata ayah sambil menghirup kopi kampungnya.. ternyata ayah percaya kemenangan kini di tangan Bayern.

“Harap Soksjer dapat sumbat gol ayah. Yoek pun sudah letih” kataku penuh mengharap.

“Sumbat gol? Yoek pun terhegeh-hegeh nak lepas pertahanan Bayern” tingkah ayah.. nampaknya ayah sudah yakin bahawa pasukannya akan memenangi piala eropah.

“Bayern main bertahan ayah lepas score. Tak adillah...” aku memberi alasan.

“Hahahahahahaha.. biasalah… dah leading.. mestilah bertahan. Mana dia Andy Cole along? Tak nampak pun?” kata ayah memperliku.

“Kita tengoklah je lah ayah” kata aku bengang. Memang aku bengang apabila ayah menperkotak-katikkan pemain kesayangan iaitu Andy Cole. Malah di sekolah…. aku turut diejek dengan panggilan Andy Cole…. Ini kerana warna kulitnya yang persis seperti pemain pujaannya itu ( tapi tidaklah gelap sangat macam Negro.. macam India pun tidak... ayah aku anak mamu manakala emak aku melayu sejati ). Malah jurulatih bola sepak sekolah aku iaitu Cikgu Adham turut memanggil namaku Andy Cole. Beliau bukanlah pemain penyerang utama pasukan bolasepak sekolahnya.. hanyalah pemain tengah menyerang. Malah badan aku juga tidak sebesar mana seperti pemain pujaan .. badan aku agak kurus melidi tetapi agak laju apabila berlari membawa bola. Malah aku juga sangat licik apabila melepasi pertahanan dan mempunyai idea untuk membuat gerakan-gerakan yang menarik untuk menjana serangan. Satu lagi kelebihan aku adalah aku mampu membuat sepakan sudut atau percuma di luar kawasan penalti pihak lawan. Kelemahan aku hanyalah susuk tubuh yang pendek dan agak kecil menyebabkan aku mudah terjatuh apabila dikasari oleh pihak lawan. Aku kini menjadi pemain utama pasukan sekolah rendah buat 3 tahun berturut-turut dan menjadi naib kapten pasukan. Aku pernah dipanggil untuk menjalani latihan pemilihan pasukan negeri tetapi terpaksa ditolak kerana emak tidak membenarkan aku meneruskan minat di dalam permainan bolasepak ke peringkat tertinggi. Emak aku berkata bola sepak tiada masa depan.. hanya pelajaran sahaja yang boleh membantu aku untuk berjaya. Malah emak siap menyediakan jadual untuk aku bila masanya aku boleh bermain bola. Aku hanya dibenarkan bermain bola pada waktu petang sahaja selepas Asar. Selepas itu aku perlu membaca buku atau mengulangkaji pelajaran serta membuat kerja sekolah.

Ayah aku? Ayah hanya mempersetujui aku bermain untuk sekolah sahaja… dan aku perlu berjanji untuk memastikan mata pelajarannya tidak terjejas apabila bermain bola. Mujurlah janjinya ditepati oleh aku.. aku tidak mahu emak tidak mengizinkan bermain permainan kesukaan aku hanya disebabkan keasyikannya bermain bola. Malah keputusan peperiksaan tahunan aku juga amat membanggakan. Aku selalu mendapat tempat 5 terbaik di dalam kelas... tahun ini aku bakal mengambil peperiksaan UPSR yang dijangka pada bulan 6 nanti... aku sudah berjanji dengan keluarganya inilah perlawanan terakhir beliau berjaga untuk melihat pasukan kesayangannya beraksi di akhir liga juara-juara.. kemudian akan kembali fokus untuk mengulangkaji pelajaran sehingga peperiksaan UPSR nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis