“Andy... apa macam? Kena sebat ker?” tanya Muthu.
“Sebat? Takdelah... kena
leter ngan buat karangan jer” kemudian kami bersama-sama mengucapkan terima
kasih sebelum pulang kepada Cikgu Ismil.. guru seni kami. Kemudian apabila aku
hendak keluar dari kelas.... aku terpandang Nadiya yang sedang berseorang
menuju ke arah pintu pagar.. aku pantas menuju ke arahnya dan menahannya
secara mendadak;
“Opssssss... nanti-nanti.
Saya ada hal nak cakap dengan Cik Nadiya.”
“Apa dia Andy Cole? Aku
hendak balik cepat ke rumah.. hendak pergi sekolah agama lagi.”
“Kenapa Nadiya tulis nama
Andy Cole dalam laporan pelajar yang lambat datang ke sekolah... nak pekenakan
saya yer?” tanyaku.
“Hello.... macamlah semua
orang dalam sekolah ini tak tahu siapa Andy Cole tu okay... kulit pun serupa.”
“Excuse me.... itu
gelaran sahaja Nadiya.. nama itu bukan untuk tujuan rasmi.”
“Ada Nadiya kisah?
Tepilah... Nadiya dah lambat nak pi sekolah agama ni” Nadiya menolak bahuku...
aku hampir terjatuh..... aku hanya memandang Nadiya dengan pandangan yang
geram... eee... geramnya aku.
“Oi... kena tolak dengan
Nadiya ker.. apalah.. dengan perempuan pun takut” aku memandang suara lelaki
yang memperliku... Sazali... gangster sekolah.
“Kau apa sibuk.. kena
sebat dengan cikgu dah menangis” kataku selamba.
“Wah.. melampau betul kau
ni” Sazali menuju ke arahku.. aku bersedia menghadapi dengan segala
kemungkinan.
“Ha... Sazali.. apa kamu
hendak buat tu?” aku menoleh ke arah suara garau tersebut, Cikgu Salim
memberhentikan motornya berhampiran kami. Sazali tidak jadi menuju ke arahku.
“Eih cikgu... takde
apa-apa... sahaja je nak berbincang dengan Zaidi Cikgu.. maklumlah periksa tak
lama lagi. Sayapun bukannya pandai sangat... itulah ingat nak belajar dengan
Zaidi.”
“Ingatkan nak gaduh
tadi............. sudah.. balik cepat. Nanti hendak pergi ke sekolah
petang..tak sempat pulak... kamu Sazali... jangan nak membelasah orang sahaja
kerjanya... kamu ada peluang sekali lagi. Kalau tak..... kamu kena buang
sekolah... kamu tu hendak periksa. Tak kesian ke dengan mak kamu?”
“Ya cikgu... saya
paham... ingat tau Zaidi... petang ni... tolong ajar aku Matematik” kata Sazali
menghulurkan salamnya... aku menyambut salamnya... entah bila pula aku berjanji
hendak mengajarkan Sazali matematij.. entah-entah Sazali ni sifirpun tak hafal.
Kemudian kami bersurai.. aku pergi mengambil basikal.. manakala Sazali berjalan
kaki ke rumahnya yang terletak berhampiran sekolah. Aku bercadang hendak balik
sahaja terus rumah.. rasanya tidak larat lagi untuk menghadiri sekolah agama...
balik rumah tidur.. lagipun mak selalu balik lambat.. kadang-kadang kalau ada
kes.. pukul 8 malam baru mak aku balik. Lagipun zaman itu mana mampu hendak
beli telefon bimbit untuk anak-anak. Aku terus mengayuh basikal menuju ke
rumah.