Bab 8
Dapat tawaran
ke sekolah KGV
Sudah seminggu keluarga kami berpindah. Aku sudah mula dapat membiasakan
diri duduk di kampung ini. Malah aku juga sudah berjumpa dengan kawan-kawan
lamaku disini. Mereka semua gembira aku kembali semua ke kampung ini. Tapi aku
tidak bersempatan untuk bermain lama dengan mereka... setakat main bola itu
adalah ( mak aku sudah beri amaran.. kalau aku mengikut mereka mandi sungai
atau buat aktiviti kampung... mak tidak akan membelikan aku kasut bola.. jadi
aku terpaksa akur dengan arahan mak ). Walaupun begitu, kami sering meluangkan
masa melepak dan berbual-bual di halaman rumah aku.. ada pangkin yang arwah
nenekku selalu berbual dengan orang-orang kampung atau tempat dia makan
sirihnya. Macam-macam cerita yang kami bualkan.....
Ayah dan emak aku sudah
mula bekerja ( sebelum ini bercuti hampir seminggu untuk berpindah dan mengemas
rumah ). Hanya ada aku dan angah sahaja
di rumah. Adik pula dihantar ke rumah pengasuh ( bosan gila kalau geng dengan
angah... yang dia tahu baca buku.. baca majalah.. baca apa-apa sahaja yang
boleh dibaca. Main bola??? Malas katanya... tapi aku tengok angah ni ada
skill yang bagus. Badan tinggi.. tegap.. malah lebih tinggi dari aku. Ramai
orang terkeliru mana satu along.. mana satu angah. Angah pernah diminta untuk
menjalani latihan pasukan sekolah. tetapi beliau enggan, katanya malas nak
sakit-sakit badan. Tetapi kekadang dia main jugalah. Tapi taklah sekerap
seperti aku.
Dan disebabkan dia ini mengikut kata mak aku jangan main bola, Angah menjadi anak kesayangan mak. Tetapi walaupun begitu, angah tidak
pernah mencampuri urusan aku terutama dalam hal bermain bola. Dia menghormati
minat aku malah pernah memberi aku wang tabungnya untuk aku membeli stokin dan
pad setelah emak aku enggan membelikannya untuk aku.
Sedang leka membaca
majalah kepunyaan mak aku, posmen membunyikan hon di luar.. aku keluar dari
rumah dan mendapatkannya;
“Ada orang dah rumah
ni... abang ingatkan surat siapalah ni. Dah lama rumah ini tak berpenghuni..
kamu ke Zaidi bin Abu?” tanya abang posmen itu kepadaku.
“Ye saya bang” aku
berkerut.. siapa pula kirim surat kepada aku ini. Mungkin kawan aku dari
Taiping kot.. tapi baru semalam aku telefon mereka bagi alamat aku disini.
Nadiya?
“Emak kamu pindah sini
balik ye?” tanya abang posmen lagi.
“A ah.. lagipun ayah
hendak pencen.. jadi dia minta balik ke sini” jawabku.
“Oooooo.. kirim salam
dengan ayah kamu. Abang kenal dengan mak dengan ayah kamu. Saudara jauh
jugalah. Oklah.. abang hendak hantar surat lagi ni.”
“Terima kasih bang”
kataku. Posmen terus berlalu pergi.. aku membelek surat tersebut... “ Urusan
Seri Paduka”aik.!!! Apa pula urusan aku dengan Agong ni? Lantas aku membuka
surat tersebut dan menuju ke pangkin. Kemudian aku membacanya...... “Dengan
ini kami menawarkan kamu Zaidi Bin Abu tempat ke Tingkatan satu di Sekolah
Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan. Berserta dengan surat ini
juga kami menawarkan kamu borang penempatan asrama” Yahooo!!!! Aku melonjak
kegembiraan..
“Yes!!! Yes!!! Yes!!!!”
akhirnya aku berjaya menempatkan diri di sekolah yang aku idam-idamkan. Adik
aku yang mungkin terkejut mendengar sorakan aku keluar dari rumah.
“Long. Asal macam kera
dapat bunga? Makwe bagi surat ke?” laungnya dari beranda rumah. Aku berlari
anak mendapatkan angah bagi memberitahunya berita gembira ini. Semasa berlari
aku terfikir hendak membuat skill balik kuang yang selalu aku buat apabila
berjaya menjaringkan gol. Aku membuat lompatan pertama,berjaya mendarat
dengan selamat. Dengan yakinnya aku buat lompatan kedua. Kali ini nasib tidak baik, aku
tergelincir ( tanah pasir ) menyebabkan aku terjatuh. Macam nangka busuk aku jatuh.
Kedengaran angah gelak sakan di beranda;
“Hahahahahahahahahahahahaha. Balik kuang konon!!! Macam nangka busuk jatuh. hahahahahahahahahaha” amboi
angah.. gelak sakan nooooo.... aku bangun dan membuang pasir yang melekat di
seluarku. Sakit juga di bahagian punggung aku rasakan. Nasib baiklah tiada apa-apa
yang terjadi. Aku berjalan kembali mendapatkan angah di beranda rumah. Aku
duduk berhadapan adikku;
“Sedap ye gelakkan along.”
“Hahahahahahahahaha....
nak buat skill pun agak-agaklah long. Ini nak buat balik kuang kat tanah
berpasir. Macam nangka busuk. Hahahahaahahha” amboi. Makin kuat pula
gelaknya.
“Amboi sukanya gelak. Takpa... sat lagi bila angah jatuh. Masa itu abang balas balik,”
“Adoi. Relakslah long.
Yang along ni kenapa tiba-tiba buat skill balik kuang ni? Dah buang tebiat? Surat
apa tu?” aku menghulurkan surat itu kepada angah.. angah mengambil dan
membacanya;
“Tahniah long.. nampaknya
cita-cita along hendak bersekolah di sini nampaknya sudah menjadi kenyataan.
Tapi angah tahu kenapa along hendak sangat bersekolah di sinikan?” katanya sambil mengenyitkan mata.
“Kenapa?” kataku
buat-buat tidak tahu.
“Ala... itukan sekolah
yang agak ternama dalam bidang sukan terutama ragbi dan bolasepak.. macamlah
saya tidak tahu.”
“Syhhhhhhhhh... kau
jangan beritahu mak. Kalau mak tahu aku sekolah sana disebabkan pasal bola. mahu mak mengamuk nanti. Selama ini mak tahu sekolah itu sekolah budak-budak
pandai sahaja.”
“Heheehhehehehehehe. Jangan risaulah bang. Saya adik abang ni mengerti minat abang. Tapi dengan
satu syarat” alahai. Syarat apa pula ni?
“Apa dia? kau nak minta
rasuah ker?”
“Takdelah... tiap-tiap
kali balik, jangan lupa beli makanan atau majalah tahu bang. Terutama
majalah Apo atau Ujang. Boleh?”
“Banyaklah kau punya
majalah... kau ingat mak bagi ke beli majalah begitu. Aku mana ada duit hendak
beli majalah itu semua.”
“Ala bang. Pandai-pandailah seludup. Lagipun abangkan dapat biasiswa masuk asrama” aik!! Mana adik aku tahu.
“Mana angah tahu?”
“Lah... abang tak baca
surat itu sampai habis ke? kan ada tulis muka surat 2 bahawa abang akan dapat
biasiswa RM 90 sebulan.... ni ada tulis ni” adik menyerahkan semula surat itu
kepadaku. A ah.. ada tulislah aku bakal mendapat RM 90 sebulan..... mungkin
sebab aku terlalu gembira agaknya menyebabkan aku tidak membaca isi surat
tersebut sampai habis.
“Alhamdulillah... boleh
buat belanja.”
“Belanja saya sekali tau.”
“Wah.. makan duit atas
angin je angah nikan.”
“Hehehehehehehehe”
katanya tersengih.
“Yelah... yelah... nanti
abang beli majalah tu. Pandai-pandailah kau sorok dari mak. Kalau kantoi..
habislah.”
“Terima kasih.. bahagian
mana yang sakit long.. meh saya urut”
“Pandai
angah nak membodekkan” aku kembali membaca surat tersebut. Petang ini sebaik
sahaja kedua ibubapaku pulang dari kerja.. aku akan memberitahu mereka berdua.