“Hahahahahahahahahaha... along.. dah minat ke 90 dah. Sat lagi..... mesti
pengadil botak ni tiup wisel” kata ayah mengejutkan lamuananku. Mata aku
kembali tertancap ke skrin Televisyen ( pengadil botak yang dimaksudkan oleh
ayah adalah Pierlugi Collina.. seorang pengadil terkenal dari Itali ).
“Yelah... ayah menanglah
kali ni” kataku berputus asa. Nampaknya tidak ada harapan untuk United menang..
bila-bila masa sahaja pengadil akan membunyikan wisel.
“Hehehehehehehe.. selamat
kena belanja along mi mamak pekan nanti.. lepas ni along jangan lupa cuci but
abah selama seminggu tau” ayah
mengingatkan aku.
“Yelah yah...” memang aku
ada berjanji dengan ayah.....jika aku pasukan aku kalah... aku akan mengilat but
tenteranya sampai berkilat selama seminggu. Tapi jika pasukan aku menang....
ayah akan membelanjakan aku mee mamak pekan. Aku memandang Televisyen semula...
nampaknya Manchester mendapat sepakan penjuru.
“Takdak pa lah sepakan
percuma..... Kleanman boleh tepis punya... macam sepakan Andy Cole tadi.” Ayah
begitu yakin.... aduh.. tolonglah Soksjer... gollah sebiji. Sepakan diambil David Beckham di penjuru kiri..... dia
menyepak bola tinggi di tengah kotak penalti dan dikeluarkan oleh pertahanan
Bayern...... kemudian bola jatuh di kaki Giggs dan dia terus menyepak bola ke
arah Teddy dan....
“Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
aku melonjak kegembiraan dan terus menjerit gol ( tengah-tengah pagi buta ).
Aku melihat ayahku mengeleng-gelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya.
“Dah seri ayah” kataku
gembira.
“Ala.. seri.. belum kalah
lagi. Ada masa tambahan lagikan... relak-relak” aku kembali duduk di hadapan
televisyen.... tidak sampai seminit.. satu lagi sepakan penjuru diberikan oleh
pengadil kepada Manchester di posisi yang sama seperti tadi. David Beckham
cepat mengambilnya..
“Gol.. gol.. gol.... gol”
kataku.. ayahku memandangku dengan kerutan di wajahnya. Mungkin terganggu
dengan perbuatan aku. Sepakan diambil... bola tinggi dan diambil oleh Teddy
yang menanduk ke arah pintu gol dan terus
“Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
aku melompat keriangan melihat gol yang dijaringkan oleh Ole Gunner Soksjer (
malah siap pusing sekitar rumah ). Jeritan aku menyebabkan adik bongsu aku yang
baru berusia 3 bulan menangis di dalam bilik kelamin.... emak keluar bilik
serta-merta ;
“Dah long.. pergi tidur
dalam bilik sekarang.. sudah pukul berapa ni? Besok hendak bangun pagi-pagi ke
sekolah” marah emakku.
“Ala mak..... along nak
tengok bola ni sampai habis.”
“Mak kata pergi masuk
bilik.. pergi ye” kata emakkku tegas.. ternyata emak bengang apabila tidur
adikku terganggu oleh jeritan aku. Aku bergerak lemah masuk kedalam bilik...
aku memandang ayahku.. ayahku hanya membuat isyarat tangan bagus ke arahku....
adoi..............