Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,059
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 7
                                JELMA


“Assalamualaikmummm..”

“Waalaikumusalam”

Mata Qinna menatap tanpa kerlipan. Di hadapannya susuk tubuh tegap bersayap putih kebiruan seakan disimbahi cahaya rembulan. 

“Kau pastinya bukan manusia kan?”

Al Qin tersenyum nipis. 

“Ya Qinna.. aku bukan sebangsa dengan mu.. jelas sekali kan?” seraya sayapnya dikibas sedikit.

“Erkkkk..kau kenal aku?”

“Qinna Nur Laila bt Sayid Abdillah, mana mungkin aku tidak mengenali mu..” Al Qin mendekat pada Qinna. Terdengar hela nafas Qinna yang sedikit terganggu. “Takut pada aku kah?” hati kecilnya mulai bimbang.

“Dah lama kau kenal aku?” tanya Qinna ragu-ragu. Kerut di dahi Qinna sedikit kelihatan. Takut bercampur bimbang. 

“Sepanjang umur mu Qinna” ujar Al Qin semakin mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Qinna yang mengundur ke belakang. Tanpa Qinna sedari, jarak antara dia dan Al Qin hanya tinggal sejengkal.. 

“Hah?!”

“Aku melanggar janji dengan menampakkan diri ku padamu Qinna..maafkan aku.. sungguh aku tak mampu lagi menahan rindu  pada mu Qinna.” Saat ini, jari jemari Al Qin menyentuh lembut pipi Qinna. Kemudian, melorot ke bibir mungil yang sangat didambakannya..

Qinna terpaku. Entah apa yang merasukinya hingga dia tidak langsung menepis tangan Al Qin. Mata bertentang mata. Dapat didengar dengan jelas hela nafas Al Qin yang lembut. 

“Kau pasti terasa sedikit pijar dibelakang pelipis telinga mu kan Qinna?” 

“Yea.. macam mana kau tahu?” 

“Maafkan aku..aku terpaksa “menandakan” dirimu Qinna.”

“Tanda?!”

“Yaa..itu bermaksud aku akan menuntut mu semula bila tiba masanya.”

“Aku tak pernah jadi milik kau, kenapa pula aku perlu tunduk pada tuntutan kau?” hati Qinna mulai panas. “ Ehh..ingat aku barang ke main suka hati tanda-tanda!” getus hatinya.

“hmmmm.. aku tak pernah anggap kau macam barang Qinna, tingkah Al Qin tiba-tiba.

Qinna tersentak. Ayat itu tidak lafazkannya, bagaimana Al Qin terus menafikan?.. Wajah Al Qin semakin dekat dengan Qinna. Saat itu, nafsu jantanya mulai terasa menyesakkan. 

“Aku sangat-sangat cintakan mu Qinna Nur Laila. Amat sangat..andai saja kau tahu betapa aku  sanggup memggadaikan  nyawa aku untuk kita”.,lirih suara Al Qin. 

“kriuttttttt”

“Huhh?!” Qinna segera memalingkan wajahnya ke arah sumber bunyi tersebut.

Sesaat kemudian, terasa seperti angin menyapa rerambutnya. Qinna terpinga-pinga. Tiada lagi kelibat Al Qin di hadapannya. 

Di hujung daun pintu rumahnya mata Qinna tertancap pada dua batang tubuh. Satu amat dikenalinya, satu lagi langsung tidak.

“Assalamualaikummmm”... Ustaz Syafiqullah menyapa  Qinna sambil tersenyum menjemput tetamu yang di bawa bersama.

“Erkkk.. Waalaikumusalam abang..erkkk..siapa tetamu kita nih?”

“Owhhh.. nih Pak Kiai Hasbullah.”

“Kawan abang?”

“Ehh.. erkkk..a’ahhh”

“Erkk.. Pak Kiai duduk lah dulu.. saya ke dapur sekejap yea” ujar Qinna sambil berlalu. Entah kenapa pandangan mata Pak Kiai Hasbullah itu seperti mahu menikamnya!.

                              

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.