Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,782
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 8
                               Al-INSAAN

Ajim menggelengkan kepalanya berulang kali. Dua tanduk berwarna hitam pekat dengan hujungnya berwarna merah darah turut sama bergoyang. Di hujung pintu sempadan Dunia Halsar itu, Ajim bercekak pinggang menantikan ketibaan Al- Qin. 

“Kau tahu penyakit gila apa yang tiada ubatnya?” Ajim memuntahkan pertanyaan sebaik kelibat Al Qin semakin mendekat.

“Gila bayanggg”

“Tahu pun kau!” 

Al Qin memanjangkan langkahnya. Lebih cepat dia meninggalkan kawasan sempadan pintu Dunia Halsar lebih baik. Dia sedar, ada banyak mata- mata yang memerhati. 

“ Qin.. Qinnnn.. tunggu la aku.. kenapa kau laju semacam jea nih?” sedikit tercungap Ajim mengejar langkah Al Qin. 

“Kau tahu kan kenapa?” sambil matanya mencerlun ke arah Ajim.

“Yaa..yaaa aku tahu..”

Suasana di alam halus sangat berbeza dengan alam nyata. Di sini, sukar membezakan waktu siang atau malam, bahkan putaran masanya juga berbeza. Segala jenis makhluk dapat dilihat, ada yang bersayap, ada yang merayap, ada yang melata, ada yang suka duduk di dalam gua, ada yang menginap di muara,ada yang menyerupai wanita, ada yang seperti jembalang, argghhhhh.. sehingga tidak terhitung!

“Al Qin.. kau pasti tiada mata yang mengekori mu saat  kau bertemu dengan Qinna?” 

“Aku harap” balas Al Qin endah tak endah. 

“Kau tak nak  singgah rumah mak Langwir?” Ajim  segera menukar topik. Saat itu mereka melintasi kawasan hutan yang tebal dan kelihatan beberapa pohon Ara tinggi menjulang. 

“ Argg malas.. balik- balik nak jodohkan aku dengan Cik Ponti” sungut Al Qin.  Bukan dia tak tahu bangsa aku dah kena sumpahan!”

“Ahh.. tahu pun kauuu!, habis yang kau beria sangat nakkan Qinna al insaan tuh kenapa?” pertanyaan yang lebih kepada sindiran terpacul dari bibir bertaring Ajim.

“Qinna istimewa di sini” seraya menggerakkan jari telunjuk  menekan-nekan dadanya. Pantang kalau nama Qinna disebut sebarangan.

“Kau fikir sumpahan terhadap bangsamu akan berakhir?” 

“Entah lah Ajim.. aku hanya boleh berharap Allah mengampunkan dosa- dosa oyang-oyang ku dulu”.

“ Kau ingat masa Perang Walpurgis dulu?” Waktu  itu aku ingat bangsa aku akan terhapus..terima kasih atas pertolongan bangsa kau Qin.. “ Ajim terimbau kenangan ribuan tahun yang lalu saat dia dan keluarganya berdepan kegetiran Perang saudara. Jika tidak kerana gerombolan bangsa  Al Hin yang memutuskan untuk membantu mereka, pasti tidak bersisa keturunan Ajim.  

“Ahh benda lama, buat apa nak ungkit?” 

“Aku akan kenang jasa kau sampai bila-bila Qin” 

                         


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham