Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,053
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 12
                                    SINGGAHSANA

Dengup jantung Ajim bagai mahu terhenti. Bulat matanya merenung raut Al Qin. 

“ Qin?!.. kau benar nekad mahu mengambil semula dia?” 

“Yea Ajim..dah sampai masanya, aku cuma nak menuntut balik hak aku!”.

“Kau pewaris kedua singgahsana ayahanda kau Qin. Kau fikir ayahanda kau akan lepas tangan begitu sahaja?”

Ajim mengiringi langkah Al Qin  melewati sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga Merah Darah Mewangi. Haruman itu tidak memberi sebarang kesan kepada makhluk seperti mereka tetapi fatal kesannya pada manusia. 

Desiran air  yang mengalir daripada kolam kecil dihiasi patung cupid sangat mengasyikkan. Tenang sekejap jiwa Al Qin. Taman itu adalah taman dia dan Qinna. Al-Qin menyimpan kemas memori dia dan Qinna sewaktu dia membawa  Qinna ke dunianya ketika Qinna berusia 5 tahun. 

“Ajim... kalau aku ceritakan satu rahsia, kau rasa mampu untuk menyimpannya?”

“Bergantung!”

“Semalam aku mencium nya lewat mimpi dia,” terukir senyuman bahagia di hujung bibir Al Qin.

“Dia tak menolak ciuman aku Ajim, ikutkan hati, waktu itu juga aku ingin membawa dia ke sini.”

Ajim membatu, namun riak terkejut yang masih membekas di wajah. 

“Qin.. aku fikir dah sampai masanya kau berbincang dengan ayahanda kau. Aku tahu kau sangat-sangat sayangkan manusia perempuan tuh.. cumaaa.. aku nak kau waspada Qin!”.

“Setahu aku, dia dah bersuami.. dan suaminya seorang ustaz. Kau faham maksud aku kan Qin?”

Al Qin tidak segera menyahut. Dia berdiri tegak menatap kolam dihadapannya. Saat dia berpaling, tiba-tiba matanya tertangkap kelibat sesuatu di hujung taman. 

“Hmm..Ajim, kita sambung lainkali saja..aku tak sedap hati..macam ada sesuatu yang sedang mendengar perbualan kita”.

Dengan langkah berat Al Qin meninggalkan kawasan taman itu. Dia sedar, mata-mata yang dipasang abangnya berada berhampiran sahaja.

“Terpulang pada kau Qin.. jom kita beransur”.


                                         *********************************************************************

Qinna melingas kiri dan kanan. Golek sana golek sini, masih juga tidak dapat menetapkan kedudukan yang selesa di atas katilnya. Entah kenapa semenjak kehadiran Pak Kiai Hasbullah beberapa hari yang lalu memukimkan resah yang mendalam dihatinya. Qinna sangat pasti, pasti ada rencana yang dirancang sang suami.

 Wajah Pak Kiai Hasbullah yang merenung tajam ke arah Qinna ketika kunjungannya membuatkan hati Qinna tidak keruan. Pandangan itu seolah-olah sedang menembusi sempadan waktu dan dimensi. "Arghhh..tak boleh jadi nih! aku mesti bertanyakan pada suamiku"..akhirnya Qinna membulatkan tekadnya. Walaupun asalnya dia beranggapan kehadiran Pak Kiai Hasbullah tiada kaitan dengan keadaan dirinya, namun dia tahu pasti ada sesuatu yang tersirat disebalik kehadiran mengejut Pak Kiai 

"Assamualaikum..assalamualaikum.."tok..tok.." ketukan pintu kedengaran seiring dengan salam yang diberi. Syafiq terpacak di hadapan sebuah rumah tidak bernombor yang agak jauh sedikit tersorok dari pandangan orang ramai. Hatinya berbelah bagi. Sebagai seorang ustaz, dia tahu dosa yang teramat besar jika syirik terhadap Allah tapi..."arghh..aku terpaksa, aku harap Pak Kiai tidak menyeru yang bukan-bukan untuk bantu dia nanti..aaminn" seraya meraup wajahnya dengan telapak tangan yang semakin dingin. 

"Waalaikumusalam" kedengaran sahutan salam daripada dalam rumah tersebut. Tubuh Pak Kiai Hasbullah tertacap di hadapan Syafiq. Tangan Pak Kiai memang sesuatu yang kurang jelas di mata Syafiq. 

"Kau dah bawak semua yang aku minta?" tanpa berbasa basi lagi terus kepada persoalannya. 

"Dah Pak Kiai"..di tangannya tergengam bungkusan kuning. Gentar hatinya bagai gendang dipalu. Dia berharap agar pilihannya menggunakan kaedah yang dikatakan rawatan perubatan islam ini tidak bercanggah dengan pegangan agama. Apatah lagi dia seorang ustaz.

"Meh sini naik atas.."pelawa Pak Kiai saat melihatkan Syafiq masih lagi tercegat di hujung tangga. Langkah Syafiq sedikit canggung sewaktu mahu melangkah menaiki anak tangga batu rumah tersebut. Entah kenapa dia merasa seakan ada mata-mata yang memerhati setiap gerak langkahnya. Meremang seketika roma halus di tengkuknya. 

"Mana barangnya?"..ujar Pak Kiai Hasbullah.

"Nih Pak Kiai"..sahut Syafiq seraya menolak kehadapan Pak Kiai barangan yang dibungkus kemas dengan kain berwarna kuning itu.

"Semua barang ada?" tegas nada Pak Kiai.

"InsyaAllah ada semuanya Pak Kiai.

"Gambar dia?"

"Ada"

"Rambut dia?"

"Ada"

"Benang tujuh warna?"

"Ada"

"Limau purut tujuh biji?"

"Ada"

"Baiklah..aku anggap semua barang yang lain pun cukup lengkap lah yea?"

"Yea Pak Kiai"...

"Kalau macam tuh, kita tunggu malam Jumaat keliwon baru aku mulakan.. kau Syafiq jangan lupa doa banyak-banyak...kita usaha, lebihnya kita serahkan pada Allah SWT." nada Pak Kiai kedengaran serius. 

Malam itu, seusai menghantar barangan yang diminta oleh Pak Kiai, hati Syafiq semakin tak keruan. Beberapa kali dia nyaris terbabas di bahu jalan sedangkan perjalanan pulangnnya ke rumah  ditemani cahaya terang bulan purnama. "Astagfirullah"...semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang menyekutukan mu ya Allah..



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.